Sambungan dari surat cinta untuk Ridzwan bahagian satu dan bahagian dua.
Aku terpaksa ponteng kelas hari ini. Mata aku lebam. Lebam kerana terlalu banyak menangis. Kepala aku juga sakit. Tapi awal awal aku sudah makan pain killer untuk hilangkan rasa sakit kepala yang teramat sangat tu. Hidung aku merah. Tisu bersepah merata tempat.
Aku taknak ke kelas takut ditanya oleh Encik Azhar. Si botak tu pula seorang yang busy body. Banyak tanya itu dan ini. Malaslah aku nak bagitahu dia masalah aku. Mungkin bagi dia hal aku adalah hal remeh temeh. Orang tua. Biasalah.
Aku mencapai tuala dan terus pergi ke bilik mandi untuk segarkan badan.
Apa yang aku fikirkan cuma kejadian semalam. Tentang Ridzwan. Dan juga Farhan. Betul ke apa yang Syima kata kan semalam?
Apa yang penting sekarang aku harus dapatkan penjelasan Farhan. Aku harus cari jalan untuk bertemu dengan dia.
Di Dewan Makan.
Mata aku melilau mencari kelibat Farhan. Tapi tak ketemu.
"Hafiz! Hafiz! Kau nampak dak Paan tak? Seharian aku cari dia, dia takde. Aku call dia pun dia tak angkat. Dia off kan handphone. Kau nampak tak dia Fiz?"
"Paan? Kau tak tahu ke dia dekat hospital? Mak dia baru je meninggal awal pagi tadi. Serius ke kau tak tahu?"
"Mak dia meninggal? Makcik Rokiah dah meninggal?" Aku terkejut besar mendengar ayat yang keluar dari mulut Hafiz.
"Tak silap aku mak dia kena sakit jantung. Kau pegilah lawat dia. Waktu macam ni Paan memang perlukan kawan kawan. Dan aku tahu kau je yang paling faham dia. Aku dah ke sana lepas aku dapat text dari Paan. Tapi kalau kau nak aku teman kau ke sana, aku on je sebab kelas aku pun dibatalkan harini"
"Fiz, thank you." Aku mengesat air yang bergenang di mata.
Hospital Melaka.
Sampai sahaja di pintu masuk wad ibu Farhan, aku ternampak Farhan sedang menangis di sisi ibunya. Aku jadi lebih pilu melihat keadaan Farhan sedemikian. Dan aku memandang juga pada tubuh ibunya yang sudah ditutupi dengan kain berwarna putih.
Aku turut menangis. Hafiz menenangkan Farhan yang sedang teresak esak menangis sambil menggenggam tangan ibunya yang sejuk dan kaku.
"Paan, kau sabar ya Paan. Aku sentiasa akan ada di samping kau mulai hari ini." Aku mula bersuara.
Farhan menoleh ke arah aku. Matanya merah kerana terlalu banyak menangis.
"Azli, aku dah takde siapa siapa lagi. Mak aku dah takde." Farhan merintih. Teresak esak.
"Sabar Paan. Aku ada untuk kau. Aku akan sentiasa ada untuk kau." Aku memegang bahu Farhan untuk menenangkannya.
Petang itu jenazah ibu Farhan dikebumikan. Wajah Farhan jelas kelihatan pucat dan tidak bermaya. Aku masih berada di sisinya. Hujan renyai renyai di ketika itu. Seakan akan awan memahami derita dan kesedihan yang ditanggung Farhan.
Ramai kawan kawan dan beberapa orang pensyarah kami turut hadir pada petang itu.
Di sebelah malamnya pula, ada kenduri arwah untuk ibunya. Aku tak lupa untuk hadir ke kenduri malam tersebut untuk turut bersama sama memberi sedekah Al fatihah dan yasin untuk ibu Farhan yang selama ini baik dan sayangkan aku macam anak kandungnya.
Malam itu aku menetap sekejap di rumah sepupu Farhan, Aminah.
Banyak jugalah kenangan bersama Makcik Rokiah sebelum pemergian beliau. Aku dan Aminah tak berhenti henti mengimbau kenangan bersamanya. Rindu dengan arwah.
Dan pada malam itu aku tahu sesuatu.
"Yana, waktu kita form four, Farhan ada bagitahu Ina sesuatu."
"Apa dia tu Ina? Waktu form four Paan memang terejal kan? Teringat pula dia suka betul ponteng kelas. Panjat pagar dan lari dari cikgu disiplin."
"Hahaha aah Paan tu memang majal dari kecik sampai besar. Hm. Sebenarnya Paan bagitahu Ina yang dia sukakan Yana. Dia nak sangat Yana tahu tapi dia tak berani sebab dia taknak Yana putus kawan dengan dia kerana perasaan dia. Dia tahu Yana takkan suka dekat dia sebab Yana anggap dia sebagai kawan. Sampai sekarang dia pendam perasaan tu."
"Dan haritu dia ada mengadu dekat Ina. Dia kata Yana dah lupakan dia. Dia rasa macam Yana makin jauh dari dia. Dia nak luahkan dekat Yana tapi dia masih takut Yana tak terima dia dengan hati yang terbuka." Sambung Aminah lagi.
"Ya Allah. Yana tak pernah tahu hal ni. Yana rasa berdosa sangat dengan Paan."
Tiba tiba satu bunyi dentuman kuat kedengaran di luar rumah. Terdengar juga bunyi seretan dan hon bergema di telinga aku dan Aminah.
Aku dan Aminah memandang antara satu sama lain. Wajah kami berubah seakan akan terkejut dengan bunyi tadi. Kami bergegas keluar dari rumah dan membuka pintu pagar.
Ramai orang berpusu pusu ke tempat kejadian. Aku menyarung selipar Angry Birds dan berlari ke arah orang ramai yang sedang berkumpul.
Aku terlihat kereta Wira berwarna biru yang remuk di bahagian depannya tersandar di tepi pokok. Beberapa orang lelaki cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. Dan di sebelah kanan aku pula ada sekujur badan seorang lelaki tidak berhelmet terbaring di atas jalan berlumuran darah.
Mata aku terbeliak bila aku melihat baju yang dipakai lelaki itu. Baju tu adalah baju kegemaran Farhan. Farhan ke Ya Allah?!
Aku berlari lari ke arah dia. Menolak semua orang yang menghalang laluan aku. Dan ternyata benarlah dia; lelaki itu adalah Farhan. Kepalanya berdarah. Tangannya luka teruk kerana di seret jauh.
Orang ramai yang berada di situ mengangkat Farhan ke tepi jalan. Menunggu ambulans yang tak kunjung tiba. Aku menangis di sisi Farhan. Tersedu sedu kerana aku baru sahaja tahu hal sebenar dan tiba tiba ini yang terjadi? Berat ujian kau ini Ya Allah.
Seorang lelaki yang kebetulannya seorang para medik, berlutut di tepi Farhan. Mengangkat dan meletakkan jarinya di pergelangan tangan Farhan. Kemudian lelaki tersebut kelihatan hampa lalu dia menekup mukanya, sedih. Aku seakan akan tidak faham dengan reaksinya lalu aku bersuara.
"Abang, dia okay kan? Dia akan selamatkan bang? Jawab saya bang!" Aku meninggikan suara kerana terlalu sedih.
"Dik, sebaiknya kau sabar. Dia dah pergi dik. Dia dah takde."
Aku tergamam. Terduduk kaku dan tak terdaya untuk berkata apa apa. Aku terkejut. Kawan aku, kawan aku dah meninggal. Aminah datang dan terus memeluk diri aku. Dia juga faham apa yang aku rasakan.
Kawan aku yang selama ni aku sayang dah pergi tinggalkan aku sendiri. Kawan aku yang selalu berkongsi gelak ketawa, suka dan duka dah tiada. Dia dah pergi dulu. Allah lebih sayangkan dia. Ya Allah, aku terima suratan takdir kau walaupun sukar bagi aku untuk menerimanya.
Dan Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Aku terasa kehilangan yang sangat perit. Seolah olah aku telah kehilangan tulang belakang aku.
Aku sepatutnya lebih menghargai dia tika dia ada di samping aku dan sepatutnya aku bersyukur mempunyai kau sebagai seorang kawan yang setia. Yang sanggup abaikan perasaan sendiri demi menjaga hati aku.
Dia satu dalam sejuta. Dialah Muhammad Farhan Muhaimim bin Majid. Seorang teman, seorang sahabat, seorang abang dan seorang pencinta yang setia. Di manakan ku cari ganti seorang sahabat seperti kau?
Aku sayangkan kau Paan. Selamanya.
The story had finally ends. Dan obviously bukan happy ending. Kadang we have to face the reality of having to lose someone we love. Jadi solutionnya, hargailah dia. Sayanglah dia selama dia ada di sisi. Assalamualaikum. K geng, sorry kalau the ending macam "WHAT?!" hahaha. boboi.