Thursday, February 5

Syukur

Aku pusing belakang jap trying to get a reflect of what i have accomplished for the past few months, aku nampak banyak positif dari negatif. Before this masa aku nak adapt kat tempat kerja baru sumpah banyak gila perkara paling neraka jadi kat aku.

Tapi each and every passing days taught me that jangan surround diri dengan negative thoughts. Always stay positive no matter how many times aku fedup dengan perangai segelintir manusia. Mak pernah kata "jangan bila tak selesa dengan tempat kerja, awak resign, give up. Sama je macam lari dari masalah"

Today i managed to prove to my mom yang aku dah kerja lebih sebulan dekat papparich. One thing abt my workplace is everyday is a learning process plus dekat situ aku ramai kawan so everytime aku rasa semangat sikit pergi kerja sebab nak jumpa kawan kawan aku

Harini dengan semalam aku belajar balik topik consolidation yang susah gila. Tapi harini ntah kenapa ada satu perasaan lega yang teramat dalam hati aku bila aku dapat 100% apa yang lecturer ajar.
Pastu aku macam persoalkan dekat diri sendiri "kenapa aku tak boleh buat dulu. Kenapa aku tak fokus wehhhh. Benda ni tak complicated pun ya Allah" terus aku jadi positif sebab aku rasa memang elok aku fail (walaupun tak dapat grad sama dengan coursemate tapi takpelah takde rezeki) dari situ aku tahu langit tu tinggi ke rendah dan dari situ pemahaman aku dan interest aku untuk belajar lagi melonjak naik.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Thats all i gotta say.

Monday, January 19

Appreciate

Bila kau dah dapat benda yang paling kau nak, tolong hargai. Mungkin sebalik tabir sebelum benda tu sampai ke tangan kau, ada liku liku yang si pemberi tempuh well yea sometimes things dont go as we planned kan

Dah dapat, hargai. Tak dapat, usaha sendiri. Jangan nak merengek lah macam orang sekeliling kau tu atm machine. Please la dah besar kan?

Konsep sama bila kau nakkan seseorang, dan bila kau dah dapat, kau tolong lah hargai dia ok
Dah tu je

Thursday, January 1

summary


Pejam celik dah 2015 dah yang pelik nya kenapa status aku masih bujang! bila isi apa apa borang dengan usia setua ni (22 tahun je pun) aku dah patut letak status 'berkahwin, dua orang anak'

Kalau tanya aku azam 2015 aku dah malas nak cite. jujur lah kan list out 10 tapi yang jalan cuma 1 atau 2 azam je kot. contoh azam aku setiap tahun 'nak kurus' weh gemuk jugak tak kurus kurus pun. makin gemuk ada lah kot. makin aku tua ni aku makin malas nak buat azam tahun baru. cukup aku improve diri sendiri, improve kualiti hidup aku dan ibadah aku rasa tu dah molek sangat dah. Kalau tanya pengalaman paling best tahun 2014, i would definitely say that terlalu banyak untuk aku jot down tapi paling best waktu satu family went for our Sabah trip!

Kalau tanya apa yang paling tak best, well, part aku dapat tahu aku tak dapat grad on time dengan Faisal plus kena extend sampai part 7. Kalau tanya peristiwa yang aku tak boleh lupa of course lah i would say pasal those plane tragedies. I cant imagine the pain of losing the people that i love. Kalau tanya benda paling unpleasant untuk tahun 2014, i would straight away cakap pasal those fights i had with my housemates. Kalau tanya apa yang paling nak untuk tahun 2015, aku tak mintak banyak cuma aku doa sangat me and Faisal selalu support each other, appreciate dan sayang each other like always. 

Dan aku doa moga Tuhan panjangkan usia orang orang yang aku sayang. semua sekali. dan moga Tuhan merahmati hidup aku dan semua yang aku cinta. harap harap 2015 banyak yang indah indah dari yang jelik kan? Insya Allah biiznillah




Tuesday, December 30

late night post

Dalam hidup ni apa yang kau nak tak semestinya kau akan dapat. apa yang kau rancang tak semestinya akan berlaku. Kalau tanya apa yang paling aku nak, aku nak grad on time. dah rancang nak naik pentas yang sama dengan Faisal ambik gambar baling baling topi petak dengan dia tapi benda tu aku tak dapat. tak payah tanya frust ke tak, sebab jawapan aku memang ya.

Tiga tahun diploma 99% masa aku habiskan dengan dia. baki 1% aku tidur, study sorang takpun balik rumah cuti hujung minggu. dek kerana fail satu paper, extend sampai part 7, kena hadap lagi satu sem. nak taknak, kena hadap. aku tak kisah aku kena pergi kelas 2 kali seminggu, aku tak kisah aku kena belajar balik apa yang aku belajar last sem sebab bagi aku gagal is a learning process, bukan sebab aku bodo aku fail. kalau aku bodo awal lagi aku give up diploma duduk rumah jadi bibik. aku tak kisah sebab aku tahu fail satu paper isnt really a bad thing sebenarnya (sedapkan hati)

Cumanya, terkilan. 

Bila aku pergi kelas, dulu- kebetulan Faisal punya kelas somewhere around my classroom jugak so boleh jumpa paling paling pun aku lambai dia dari jauh. Kadang terserempak pulak bila dia dah habis kelas dan aku baru nak pergi kelas atau bila aku nak pergi cafeteria, dia nak pergi library. Bila sekarang aku pergi kelas, jalan yang aku lalu nak ke kelas tulah jalan yang sama aku lalu setiap hari dengan dia. 

Drama queen i might say tapi selagi tak rasa sendiri orang takkan tahu.



Monday, December 22

setan

Dalam setiap fasa hidup kau, 
kau akan jumpa ramai perangai setan atau 
kau sendiri si setan dalam hidup orang lain. 

memang selalu macam tu oh well life continues