P/s: Baca di atas risiko sendiri. Cerita tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
***
“We
really need to break up!” Rizal meluahkan, tegas. Air muka Fika yang tenang
berubah serius dengan sekelip mata. Fika menahan air mata. Pura-pura kuat untuk tetap
berhadapan dengan Rizal. Meskipun hatinya telah hancur luluh, tetap juga
dikuatkan. Meskipun perasaan marah mencapai tahap klimaks, ikutkan akal gila
mahu sahaja ditikam bertubi-tubi lelaki di hadapannya itu.
“Why
sayang? After all this time, awak tiba-tiba nak breaking up? Tak kelakar,
serius tak kelakar langsung.” terketawa kecil, selamba.
“I
ada orang lain” Rizal mengaku sendiri tanpa banyak dalih.
“As
simple as that? Awak fikir saya akan lepaskan awak senang macam tu je? Well you
know what, you’re wrong. Saya akan cari perempuan sial yang hancurkan hubungan
kita dan jangan fikir awak akan terlepas dengan sangat mudah.” Fika meletakkan
jari telunjuknya pada dada Rizal. Ditekan-tekan. Ditolak-tolak.
“Kau
fikir dengan ugutan kau, aku akan kembali duduk celah kangkang kau? Gi mampus
lah perempuan!” makian yang dihamburkan dengan suara yang sangat lantang
membuatkan Fika terkedu. Lidahnya kelu. Sekali
tempik, tahu kau takut. Rizal segera mengorak langkah memasuki keretanya,
menutup pintu dan terus memacu laju meninggalkan Fika yang masih tercegat
dengan posisi memeluk tubuh.
“Kau
akan menyesal Rizal. Aku takkan lepaskan kau. Kau akan menyesal” Air mata yang
berlinangan di pipi, dikesat dengan kasar. Matanya merah menahan marah. Jangan bazirkan air mata untuk si bangsat,
hidup kau hancur, semua sebab dia. Nak biarkan dia hidup senang-berbahagia?
Jangan jadi bodoh! Sekarang, balas dendam. Biarkan dia hidup sengsara! Bisikan
yang entah dari mana membuatkan Fika menyengih sendiri.
“Aku takkan biarkan dia
bahagia. Aku. Akan. Balas. Dendam”
***
Fika
semakin kerap bersendiri. Berkurung di bilik tak makan dua tiga hari. Kerap
juga dia berbual sendirian seperti ada yang menemaninya. Tak tahu apa yang
merasuk dia sejak kejadian 3 hari lepas, di hari Rizal telah memutuskan
hubungan mereka berdua. Sekejap dia ketawa, sekejap dia menangis, sekejap lagi
dia menjerit bagaikan histeria. Ini sangat merisaukan ibu tirinya. Semakin
hari, semakin mati akal mahu diapakan si Fika.
Rizal
terpaksa memutuskan hubungan mereka, bukan kerana orang ketiga, bukan kerana
dia ada perempuan lain. Rizal serik! Serik kerana sering dikongkong dan dikawal
ketat pergerakannya sehinggakan dia semakin lama semakin rimas untuk menghadapi
situasi yang sama setiap hari. Fika terlalu senang cemburu, sering marah-marah
tak tentu pasal lalu menghamburkan kata-kata kesat.
Perangai Fika sangat
memualkan dan menyebalkan. Cukup-cukuplah
perempuan gampang. Aku dah serik kena kongkong! Rizal membakar setiap
kepingan gambar sewaktu mereka masih bersama. Puas hati aku.
22-Oktober-2011
Rizal
dan Jalil sedang menunggu di perkarangan parkir kereta.
“Mana
awek kau ni Zal. Lambat doh. Pukul lapan suku wayang start.”Jalil menepuk bahu
Rizal. Lama benar mereka menunggu Syima tetapi masih belum ternampak juga
batang hidungnya.
“Kau
gerak dulu lah. Dia sampai aku terus gerak wayang. Jangan lupa beli popcorn.”
Rizal menghulurkan sekeping not RM10.
“Beres
bos. Jangan dah jumpa, kau dengan dia buat wayang pulak. Aku gerak dulu bro.
Kirim salam sayang awek baru kau tu.”
“Hahahaha
gampang kau. Pergilah bodoh!” Sempat pula mereka bertumbukan mesra, bergurau-gurau
senda.
***
“Tolong…
Tolong jangan apa-apakan aku.” Syima meronta kasar. Tangannya diikat pada
kerusi, wajahnya penuh dengan lebam dan darah, penglihatannya kabur.
Fika
berjalan setapak demi setapak, perlahan, mengelilingi kerusi yang diduduki
Syima. Dia sudah semakin tak terdaya mahu meronta dan melawan. Fika telah memukul
mukanya menggunakan kayu besbol bertubi-tubi tanpa sedikit belas kasihan.
“Tolong…..
Aku merayu kat kau. Lepaskan aku. Apa salah aku sampai kau seksa aku teruk macam
ni?”
“Huh!”
Fika mendengus kasar.
“Apa
salah kau? Hahahahaha. Kau lah perempuan yang Rizal puja-pujakan sekarang. Dulu
aku, sekarang kau, jahanam! Kau tak layak nak gantikan aku! Bodoh! Mati! Mati!
Mati!” pisau Kiwi yang terletak di atas meja, pantas dikaut. Mengenggam ia kukuh,
diangkat tinggi lalu ditusuk dengan rakus berkali-kali pada wajah Syima.
Lunyai.
Tubuh Fika dipenuhi darah merah pekat. Hanyir. Tangannya berlumurah
darah. Bebola mata Syima yang tertanggal dek tusukan pisau tadi,
dipijak-hancur. Lenyek. Ini balasan untuk
kau sebab hancurkan hubungan aku, bitch. “Aku akan cari kau kat neraka.
Jangan lupa kirim salam setan.”
25-Oktober-2011
Rizal
sedang bersiap untuk ke majlis pertunangan rakan karib di waktu sekolahnya – Mira.
Tetapi seketika dia merasa sebal bila terfikirkan Syima yang langsung tak
muncul malam temu janji pertama mereka. Bazir
duit aku beli tiket wayang, satu. Mungkir janji pulak tu. Perempuan tu memang
taknak kat aku kot. Contact aku pun tak sekarang.
Bunyi
hon kereta Azfar menghentikan lamunan Rizal.
“Woi,
cepat siap lah bontot!” Azfar menjerit ke luar tingkap. Rizal segera mencapai
wallet, tergesa-gesa keluar dan mengunci pintu rumah. Setelah Rizal memasuki
kereta dan memakai seat belt, Azfar bersuara,
“Weh,
kau okay tak? Pucat muka kau”
“Eh,
pucat ke? Aku okay jelah. Cuma aku rasa ini pertama kali aku kena reject. Sakit
gak ek?”
“Alah,
setakat Syima…. petik jari kau boleh dapat lagi lawa lah bro. Jangan frust
sangat. Apa kisah awek kau yang dulu tu?” Azfar memulakan perbualan kosong
bersama Rizal sambil memandu ke daerah yang dituju.
“Fika?
Aku dengar cerita, dia dah kena buang kerja, sekarang duduk berkurung dalam
rumah, meroyan macam orang gila. Kesian gak. Tapi kesian lagi kat aku hari-hari
kena kongkong, rimas weh. Aku ni lelaki, kalau aku kahwin dengan dia, takkan
lah aku kena turut semua benda, jadi laki takut bini. Not in a million years.”
Rizal menerangkan panjang lebar.
***
Usai
majlis pertunangan Mira – sewaktu semua tetamu dipersilakan untuk menjamah
hidangan, pandangan mata Rizal tertancap pada seorang gadis berbaju kebaya
nyonya berwarna jingga, rambutnya ikal mayang dan badannya sangat menggoda
nafsu. Tak lekang pandangan mata Rizal padanya.
Azfar yang sudah kenal lama
kawan baiknya, tahu apa yang bermain difikiran Rizal lalu langsung menepuk bahu
dia, “Yvonne,
budak Sarawak, kawan tadika aku. Berminat?”
Rizal
menoleh pantas ke arah Azfar dan mengangguk laju. “Gila tak berminat? Lawa gila
doh perempuan ni! Macam mana Mira pun boleh kenal dia???”
“Mira
satu sekolah dengan dia. Kelakar kan. Kau pindah sekolah Mira, Yvonne pindah
balik Sarawak. Kalau aku tak ada makwe memang awal lagi aku cop. Tapi tulah, dulu
waktu tadika selekeh je, sekarang aku sendiri tak percaya dengan perubahan dia.
Kau nak aku kenen kan?”
“Belum
ada jodoh masa tu. Weh, serius ke?”
“Serius
lah. Aku mana pernah main-main. Kau tunggu sini, aku settle kan” Azfar
mengangkat punggungnya lalu bergerak ke arah Yvonne. Rizal cuma memandang dari
jauh dengan penuh pengharapan. Terlihat Azfar terkumat-kamit mulut sewaktu
berbual dengan Yvonne lalu mereka berdua memandang ke arah Rizal. Yvonne
melambai mesra dan lambaiannya disambut teruja. Whoa! Macam tak percaya!
***
Halus
permainan Azfar. Tak tahulah jampi serapah apa yang dia guna sehinggakan Yvonne
mahu berkawan rapat dengannya.
“Erm,
Hello. Yvonne, kalau I nak ajak you pergi dinner malam ni…. You sudi tak?”
“Oh,
hey Rizal! Why not. Sure, sure. Lagipun roommates I semua baliklah. Kita jumpa
pukul 8 malam, Caroline Restaurant? See you there okay?”
“Thank
you sebab sudi terima perlawaan I. Jumpa dekat sana. Don’t be late!”
Rizal
tiba di tempat yang dijanjikan. Waiter lelaki yang berpakaian segak siap dengan
bow tie mampir untuk mencatat pesanan makanan.
“Sir,
what would you like to have for your dinner?”
“Bagi
I, Spaghetti Arabietta dengan Lemon Juice. For now, itu jelah. Nanti I order
lagi bila kawan I sampai”
“Okay
Sir.”
Spaghetti
yang hangat menjadi dingin dan tidak menyelerakan. Rizal mengerling kearah jam
tangannya, apa benda ni kata pukul 8. Dah
pukul lapan empat puluh, kenapa tak muncul-muncul. Dah dua kali perempuan buat
aku tunggu lama macam ni. Kalau tak berminat, tak payah janji lah. Buang masa
aku je. Getus hatinya, sebal.
Rizal tak terfikirkan yang tidak-tidak.
Hampa. Dia memanggil waiter untuk membuat bayaran. Setelah selesai, Rizal
segera mengangkat kaki keluar dari restoran. Sekali lagi dia mengerling ke arah
jam, 9.20 malam.
“Argh,
celaka!”
***
“So,
kau lah Yvonne? Cantik. Sangat cantik.” Fika mendekati Yvonne dan memegang
dagunya dengan sangat kasar. Fika
membelek-belek wajah Yvonne dengan teliti. Disentuhnya hidung, mata dan bibir
mangsa keduanya perlahan-lahan.
“You
nak buat apa dekat I…. Please…. I tak kenal pun you siapa… Tolong jangan
cederakan I.” Yvonne menangis teresak-esak. Berkali-kali dia meronta-ronta,
cuba melepaskan diri, tapi sia-sia. Seperti mangsa pertamanya, Fika telah
merencana segala-galanya dengan amat teliti. Perancangannya tiada sebarang
cacat cela. Dan tidak akan ada peluang untuk mangsa meloloskan diri.
“Hmm…
Kesian… jangan menangis okay Yvonne?” Fika memeluk kepala Yvonne dan membelai
lembut rambutnya.
“Halusnya
rambut kau. Cantik. Tapi biar aku cantikkan lagi” Fika menyalakan lighter dan
menghalakan ia pada rambut Yvonne. Yvonne melolong meminta pertolongan tapi
percuma. Rambutnya terbakar dan kulit kepalanya menggelegak. “Arghh!! Sakit!
Sakit! Sakit!”
Fika
ketawa mengilai. Teruja melihat perempuan yang dibencinya meraung dalam
kesakitan. Riak wajah Fika berubah kusam. Hilai ketawanya terberhenti. Dia
mendekati Yvonne dan langsung menjerit “Api! Api! Air mana air?!” Fika mencampakkan
air ke muka Yvonne. Ssssssss. “Alamak! Sayang, ini bukan air. Ini asid.
Hahahahaha sorry sangat-sangat Yvonne. Tak sengaja” Raungan Yvonne semakin kuat
dan menyedihkan.
Sedikit pun Fika tidak berasa kasihan. Malah, dihayunkan kayu
besbol pada kepala Yvonne untuk memberhentikan jeritan, takut-takut didengari
orang pula. “Mati pun. Hihihihihihihi” Fika menekup mulut dan ketawa
terkekeh-kekeh. Suka.
Tak ada perempuan yang
boleh menarik minat Rizal, kecuali aku. Dan cuma aku! Aku paling cantik!!!
***
Perlawanan
antara Chelsea dan MU ditunggu-tunggukan. Sanggup Rizal bersengkang mata untuk
menonton perlawanan pagi nanti. Sedang Rizal menghirup kopi panas yang baru
sahaja dibancuhnya tadi, telefon rumahnya berdering.
Termelatah.
Terketawa. Menekup muka malu. Nasib baik tak didengari latahannya. Rizal bangun
menjawab panggilan telefon.
“Hello…?”
“Hai,
sayang. Do you miss me?”
“Apa
kau nak perempuan? Jangan kacau aku!”
“You
ni kenapa marah-marah je. I rindu you lah. That’s why I call you up nak tanya
khabar. Sombong sekarang.”
“Kau
berambus lah perempuan, aku tak ada masa nak bercakap dengan kau. Bye” gagang
telefon diletakkan, kasar. Rizal menarik nafas dan menghembus perlahan. Apa lagi yang kau nak dari aku, tak
cukup-cukup lagi ke kau nak kongkong hidup aku dulu perempuan. Tak faham aku!
***
Rizal,
Azfar, Jalil, serta Mira dan tunangannya, Kamil sudah sepakat mahu menonton
perlawanan bola sepak MU vs Chelsea bersama di kedai mamak Abdullah. Suasana
sangat meriah, lebih-lebih lagi bila pasukan MU berjaya menjaringkan gol. Usai
menonton perlawanan bola sepak, Azfar dan Jalil meminta diri untuk pulang awal.
Letih setelah seharian bekerja mengangkut barang. Kamil pula meminta diri untuk
ke toilet sebentar gara-gara pekena dal yang kurang elok rasanya. Kata Mira,
perut Kamil agak sensitif, mudah sangat sakit perut.
Sementara
menunggu tunangannya melepaskan ‘hajat’, Mira dan Rizal berbual kosong dan
kelihatan sangat mesra. Tanpa pengetahuan bersama, gerak-geri mereka sebenarnya
telah lama diperhatikan. Mira ketawa berdekah-dekah bila Rizal membuat lawak.
Tak kering gusi bila bersama Rizal. Pandai menceriakan suasana dan berada
bersama Rizal membuatkan Mira selesa untuk bergurau dengannya.
Fika
mematahkan jari kelingkingnya kerana terlalu marah. Sakitnya tak terasa seperti
rasa sakit di hatinya. Patah riuk hati Fika bila melihat mereka berdua
bermesra-mesraan, bertepuk-tampar. Dasar
perempuan tak tahu malu!
***
29-Oktober-2012
Kamil
menghantar Mira pulang ke rumahnya.
“Bye
sayang. Jaga diri elok-elok. Kunci rumah lepas abang pergi tau.”
“Iya,
abang jangan risau sangat okay. Mira pandai jaga diri Mira. Abang bawak motor
hati-hati” Mira mencapai dan mencium tangan tunangannya.
Sewaktu
Mira berjalan menuju pintu hadapan….. Panggggg! Suatu pukulan kuat hinggap di
kepalanya. Mira jatuh menyembah bumi dan tidak sedarkan diri.
“Aku
kat mana ni? Tolong…. Aku tak nampak…. ” Mira meraba-raba sekitarnya. Gelap
gelita. Mira terdengar bunyi tapak kaki yang semakin dekat ditelinganya tapi
akibat terlalu gelap dia tak dapat mengenal pasti siapa.
“Tolong….
Siapa kat situ????” Mira teraba-raba mencari sesuatu untuk melindungi dirinya
dan tiba-tiba keadaan yang gelap menjadi terang. Lampu dibuka dan sekujur badan
berdiri tidak jauh dari tempat Mira berada.
“AKU
MALAIKAT MAUT!” Fika berlari pantas ke arah Mira sambil menggenggam kapak
ditangan kirinya. Ditetak-tetak kepala Mira sehingga terkeluar otak dan
dipijak-pijak perutnya.
“CUMA
SATU PEREMPUAN YANG BOLEH SENTUH RIZAL, DAN IANYA CUMA AKU. AKU! AKU! AKU!”
Fika semakin hilang kawalan. Semakin gila!
***
(masih 29-Oktober-2011)
Usai
mandi, Rizal bersandar di balkoni dengan hanya bertuala. Tiba-tiba, seorang
perempuan datang memeluk Rizal dari belakang dan meletakkan sepuntung rokok
pada bibirnya lalu dinyalakan api. Rizal menghembus asap rokok, berkepul-kepul.
Entah
perempuan mana dibawa Rizal untuk berseronok buat satu malam.
“Baby,
kenapa duduk sini je. Jom lah.” Perempuan itu menarik manja lengan Rizal dan
direbahkan di atas katil.
Sedang
mereka seronok dan leka melampiaskan nafsu setan, Fika menyaksikan setiap
gerak-geri mereka sambil merakam setiap aksi menggunakan cam recoder.
“Nice…
very nice….” Fika menepuk tangan. Cam recoder masih ligat merakam.
Terkejut.
Rizal pantas menoleh. Perempuan entah siapa itu sudah bersembunyi disebalik
selimut.
“Baby….
Siapa perempuan ni?” perempuan entah siapa bersuara lantas memeluk lengan
Rizal. “Perempuan celaka!’ Fika yang semakin berang terus melempar pisau Rambo
sehingga tertusuk tepat di kepala perempuan itu. Menggelupur-mati. Darah yang
memercik keluar, mewarnai cadar putih menjadi kemerahan.
“I’ve
warned you sayang. I dah bagi amaran awal-awal. But you won’t listen. You nak
jugak putuskan hubungan kita. You tengok sekarang apa dah jadi?” Fika
mengangkat sebuah beg plastik hitam dan menarik keluar sesuatu. Ternyata yang
yang dikeluarkan itu adalah tiga kepala yang telah dipenggal. Lunyai setiap
satu.
“Kenal?
Syima, Yvonne, dan oh kawan baik you, Mira. Sorry sayang, I can’t help it. I
kuat cemburu. Hihihihihihihihi. Maafkan I tau baby?” Fika melepaskan rambut
ketiga-tiga kepala itu, bergelimpangan jatuh ke lantai berjubin biru.
“This
is sick! Kau dah gila Fika!” Rizal gelisah. Psiko
perempuan ni. Musibah apa yang aku terpaksa tempuh ini, Tuhan.
“I
memang gila, sayang. I terlalu gilakan you. I cintakan you. Tapi you tak
nampak!!!!” Fika menengking marah.
Rizal
mengumpulkan segala kudrat dan keberanian.
“I
nampak. You memang cintakan I. cemburu kan tanda sayang. I mintak maaf sebab I
lalai untuk jaga you sehabis baik. Cukup sayang. Mari sini.” Rizal menepuk katil sebelah kanannya.
Fika
menangis teresak-esak. Mendekati Rizal dengan lemah. Pisau yang berada dikepala
perempuan entah siapa ditarik kasar. Darah yang mengalir pada pisau, dikesat-kesat
menggunakan baju. Badan perempuan entah siapa ditolak ke bawah.
Rizal
hanya mampu melihat setiap aksi perempuan psiko di hadapannya. Pura-pura tenang.
“I
penat menangis sayang.” Fika duduk di sebelah Rizal. Dia memandang Rizal dengan
wajah yang sayu. Rizal membetulkan rambut Fika yang kusut masai, darah-darah ungu
diwajah Fika, dikesat.
“Comotnya
awak, sayang. Kenapa tak pakai cantik-cantik macam selalu?” Rizal menyengih.
Terpaksa.
“Sebab
you tinggalkan I. I tak tahu nak pakai cantik-cantik untuk siapa lagi. You nak
tahu satu rahsia tak? I bakar rambut Yvonne sampai menggelegak kulit kepalanya.
Buah dada dia I kelar-kelar. Hmm I lagi cantik dari dia kan sayang?” Fika
menggenggam tangan Rizal. Erat.
“Mestilah.”
Dikucup pipi Fika untuk meyakinkannya. Pantas Fika memeluk kekasihnya. “Funny
thing, sayang. You tak pandai menipu.” satu tusukan hinggap dibelakang Rizal.
Terbelalak mata menahan sakit yang mengilukan.
Semakin
erat pelukan Fika. Dibisikkan kata-kata terakhir di telinga Rizal yang sudah
separuh nazak. “Tak ada satu orang pun yang boleh dapat memiliki kau, Rizal.
Cuma aku, aku aku! Sekejap lagi malaikat maut menjemput kau. Jangan risau, dia
kawan aku.” Pisau ditarik. Semakin banyak darah memercik.
“Jumpa
dekat neraka, sayang. Kita akan kembali bersatu di sana.”
wow..........kak adah..
ReplyDeleteu know what. qila baca ni sampai habis and it was perfect. Gila!!!!
heee thank you sweetie! :*
ReplyDelete