Wednesday, April 24

#AlasanBreakUp (Short Novel)


Bahagian Satu.


Cinta. Apa maksud cinta? Waktu aku masih bersekolah di tingkatan empat, kawan aku ajarkan cinta. Katanya cinta itu rumit. Katanya lagi cinta ada banyak peringkat. Dengar sahaja makna cinta kepala aku pula jadi rumit. Aku mula faham apa itu cinta sejak pertama kali aku pandang Syed Amin. 

Lama aku simpan perasaan dekat Syed Amin. Ada dalam 1 tahun setengah. Aku buat keputusan tulis surat untuk luahkan perasaan yang sudah lama hati kecil aku yang comel ini pendamkan. Walaupun tulisan aku cakar ayam, tapi aku tahu Syed Amin pandai membaca. Aku minta kawan aku, Juliana untuk pass kan surat aku ke Syed Amin. Tahu apa dibalasnya?

“Maaf, awak bukan taste saya. Saya dah ada girlfriend di London. Mungkin kita tak ada jodoh.”

Remuk hati aku. Bertepuk sebelah tangan 1 tahun setengah. Lelaki yang ajarkan aku cinta jugalah lelaki yang sama ajarkan aku ‘broken heart.’ Ya, cinta itu rumit. Tak dapat dinafikan.


Aku kini mahasiswa UiTM. Aku berkenalan dengan Khalid Affendi, lelaki yang aku kenal dulu waktu di bangku sekolah Satu kelas pula dengan Syed Amin. Tapi aku tak suka dia dulu, dia pakai braces dan kuat mencarut. Khalid suka bersukan. Sangat sukakan sukan bola sepak. Dan teramat sukakan Cristiano Ronaldo. Kenapa aku cerita pasal Khalid dan kesukaannya? Selain sukan, bola dan C.Ronaldo dia juga suka mainkan perasaan perempuan. Itu sangat nyata. Akulah tu salah seorang yang dipermainkan.

Cuti semester, aku hang out dengan Juliana ke Pavillion. Sengaja nak habiskan masa bersama. Girls Day Out, mat salleh panggil. Juliana ni boleh tahan anak orang berada. Dia tahu modern fashion. Jadi kalau aku perlukan consultation berkenaan fesyen, aku tanya dia. Aku ni apa tahu. Pakai baju, pakai jeans, pashmina aku lilit kemas. Siap.

Waktu kami lepak minum-minum dekat Old Town White Coffee, aku ternampak Khalid. Aku lantas bangkit dari tempat duduk aku menghampiri dia.

“Amboi bukan main seronok peluk pinggang awek lain, aku awek engkau kat belakang pun kau tak sedar. Oh, kata engkau pergi tournament. Kalau Allah nak tunjuk tu, tunjuk jugak. Macam ni perangai kau.”

“No, its not like what you think. Sayang, I can explain.”

“Sudahlah kau, jangan nak ‘sayang’kan aku. Meluat.” 

And yeah I’m over him.



On the other side, “uhuk... uhukk... how could he did this to me after all of my sacrifice, Ju!! I hate you khalid khinzir!!” “Dahla, dah, dah. Sabar je okay. Karma will bite him back nanti.” Well, basically, that’s me bila aku dengan Juliana. Dia tahu setiap inci tentang aku dan semua rahsia aku dia pegang.

Taklah kuat mana pun aku ni sebenarnya.

Belum cukup dengan bertepuk sebelah tangan dan dua kali patah hati. Suffian bin Ismail. Pertama kali aku bertentang mata dengan dia, waktu depan masjid lepas terawih. Itu kali pertama lelaki pandang aku dan terus alihkan pandangannya seraya beristighfar 3 4 kali. Kelakar, mungkin. Aku hormati dia sebab dia hormati aku. Mungkin budak baik macam dia tak sesuai untuk aku. 

Satu hari, aku dapat surat dari Kamariah. Katanya surat tu dari si Pian. Aku terkejut dua minit. Apakebenda Pian ni dah buang tebiat ke? Bila aku baca surat dia, dia nak ajak aku kahwin. Katanya benda baik jangan dilengahkan. Eeeee belum tiba masa aku nak kahwin, belum habis enjoy. Lama dia tunggu aku. Ada lah juga dalam dua bulan, akhirnya aku terima dia. Bukan lamaran dia untuk kahwin tu. Bukan. A big no. Tapi aku ajak dia couple. Mula-mula dia taknak. Couple itu haram katanya. Lama-lama fikir baru dia terima. 

Hubungan aku dengan Suffian, tak berkekalan. 

Lepas 2 bulan berkenalan dengan aku dia dah mintak putus. Aku baru nak mula sayang, dah kena lempar taik. Katanya nak berubah. Taknak teruskan hubungan ini. Aku pun iyakan. Aku rasa serba salah sepanjang aku dengan dia. Katanya maksiat. Aku pun iyakan lagi. Tapi dua hari lepastu aku dapat berita dari Ju. Dua hari selepas dia putus dengan aku, dia dah couple dengan perempuan lain. Advance. Aku pun tak selaju tu. Aku geram. Aku hantar sms.

“Ewah ewah, senangnya awak replace saya. Kejap je dah naik status in relationship dekat Facebook. Haa. Eloklah, elok.”

“Yang awak nak dengki sangat kenapa? Hidup saya suka hati sayalah.“

“Okay. Saya pulak yang dengki? Saya taknak dengar suara awak, tengok muka awak, dengar bunyi motor kapcai awak tu pun saya taknak. Faham.”

Itu sms terakhir aku hantar pada Suffian. And I’m over him too.

But on the other side, “Juuu, sampai hati dia replace aku dengan sangat cepat Ju. Dia kata aku dengki tengok dia gembira Ju. Siapa tak sedih Juuuu. Jahanam kau Suffian!!” Tersedu sedan aku menangis mengenangkan nasib aku yang malang. Pisang berbuah dua kali dah pun. Satu kali bertepuk sebelah tangan, dua kali kena mainkan.


Aku pasrah.

Pasrah aku tak lama. Aku selalu habiskan masa aku dekat library. Baca buku. Membaca kan jambatan ilmu. Ada pula seorang mamat ni selalu usha aku tiap-tiap kali aku tengah cari buku dekat rak. Waktu aku tarik buku dari rak, muka dia betul betul celah-celah buku buku yang lain. Dia pandang aku. Kenyit mata. Wah. Ini namanya flirtation. Tapi aku suka.

Nama dia, Taufiq Henry. Muka mat salleh, badan tough, atlit bola keranjang. Ketinggian dia, just wow. Aku memang dah lama dambakan lelaki handsome, tinggi, tough, atlit macam dia. Aku selalu juga main tennis dan selalu juga nampak dia bermain bola keranjang. Bila dia berpeluh-peluh, dia akan jadi sangat attractive. Just. Wow.

Tapi aku tahu lelaki macam Taufiq ni mesti playboy. Memang cari masalah kalau aku nak bercinta dengan dia. Tapi satu hari aku cuba nasib. Aku add dia dekat facebook. Sengaja nak tambah kawan. Itu sebenarnya alasan. Niat sebenar nak mengurat. Biasalah aku. Pisang dah berbuah dua kali pun aku abaikan. Sebab Ju selalu nasihat, karma will bite on them one day. Jadi apa aku kisah. Diorang lempar tahi, nanti kena balik dekat diorang. Prinsip Ju mempengaruhi aku.

“Eh dia approve.” Aku tergamam.

Message box pop-up tiba-tiba, Taufiq menegur.“Hi, awak yang selalu duduk library baca sambil berdiri tu kan?”

“Aduh, laju approve, laju pulak dia hantar instant message. Balas ke taknak balas? Balaslah.”

Ya, dan ianya berlarutan sampai ke pagi keesokkan. Boleh tahan mamat ni. Pandai dia layan aku. Jodoh mungkin. Amin Ya Allah amin! Dahlah perfect, baik hati, pehhhhh tough pulak.

“Awak, single?”

Aik? Baru first day kenal dah tanya aku single. Aku nak jawab apani. Kalau nak diikutkan memang single available sangat. Tapi...... Ahh cakap jelah aku single.

“Aah, saya single. Kenapa awak tanya soalan macam tu?”

“Oh, saja. Kalau awak jadi makwe saya awak nak?”

Ya Allah, gila advance lelaki ni terus ajak aku couple. Baru beberapa jam aku borak dengan dia. Dari pukul 9 malam sehinggalah pukul 7 pagi. Mata aku pun dah sembab ni baik aku pergi tidur. Beauty sleep itu paling penting. Sebelum tu....

“Macam ni jelah. Nanti saya bagi awak jawapan. Itupun kalau awak sudi tunggu jawapan saya. Saya nak tidur ni.”

“Apa-apa sahaja untuk permaisuri hatiku. Lautan pun sanggup ku renangi inikan pula tunggu untuk beberapa jam. Selamat malam ♥”

Oh my God, mamat tough mesti kena jiwang ke? Siap ada emoticon hati, cepat betul dia nak bagi hati dia dekat aku. Oh well, baik aku tidur.

Aku bagi jawapan dekat dia tengah hari lepas lunch, ternyata dia gembira. Gembira betul. Siap update dekat blog declare kiteorang couple. Tak pernah orang buat macam ni dekat aku. Aku pun layankan jelah. 1 tahun lamanya aku dengan dia, aku tak pernah jemu. Aku makin sayang dekat dia. Sangat sayang. Setiap kali monthlysary, dia akan hadiahkan aku coklat cadbury large size diikat dengan ribbon. Dan untuk anniversary dia hadiahkan rantai.

Memang dia istimewa. Malam selepas sambut anniversary, aku minta izin dia untuk save gambar yang kiteorang tangkap petang tadi. Yalah, dia upload dan privatekan album. Takkan nak tunjuk dekat semua orang. Nanti insecure semua couple dalam Malaysia ni. Tapi secara tiba-tiba hati aku rasa tak enak. “Macam ada yang tak kena pulak hati ni.” Getus hati aku sambil mengurut dada perlahan. Aku ambil keputusan untuk buka private message di akaun Facebook dia.

Kalau aku pegang gelas kaca, mungkin gelas kaca tu jatuh terhempas ke tanah. Mungkin macam itulah kondisi hati aku, persis. Aku baca setiap perbualan dia dengan awek lain. Bukan setakat awek. Tapi awek awek. Berderai hancur hati aku. Macam kena tembak pakai sniper dari jarak dekat. Aku kira total 16 orang awek dia cuba try. Dan empat berhasil. Termasuk aku. Tak guna punya jantan. Malam tu jugak aku serang rumah dia.

“Taufiq! Taufiq! You keluar sekarang I ada benda nak cakap dengan You.”

“Eh, baby. Kenapa you ada dekat sini lewat malam? And why didnt you call? I kan selalu pesan call dulu sebelum datang rumah.”

“Oh, why? Sebab kalau I tak call, you tak boleh nak suruh perempuan lain keluar dari rumah you dulu sebelum I dapat tahu. Ada perempuan dekat sini kan?” Aku meluru masuk apartment Taufiq dan Ahhh just like I’ve expected. Perempuan jalang lain.

“Jangan jumpa dengan aku lagi Taufiq.”

“Wait, I can explain. Perempuan tu no one okay? You mean so much to me.” Menggenggam lengan aku erat.

Aku menoleh ke belakang dan melepaskan lengan aku “Hmph. If I mean so much to you this thing would not happen. Bye Taufiq. Just go to hell. Aku jijik dengan perangai engkau.”

Surely, I get over him too.



And on the other side, “Its been 1 year Juliana. Dia boleh tipu aku macam tu je. Aku ni dibuat macam perempuan simpanan! Ju, aku terlalu sayangkan dia tapi ini yang dia balas dekat aku. Aku sakit hati dengan Taufiq. Aku jijik bila tengok perempuan lain ada dalam bilik dia berselimut sahaja Ju.” Dan Juliana tetap pujuk aku “Sabar Fitrah. Aku tahu kau sakit hati. Aku tahu kau sedih gila Fit. Tapi one day he will get what he deserves.”

Dua tahun 3 bulan aku simpan hati aku bagi yang layak memegangnya. Aku Fitrah, Fitrah Yusni binti Kamarudin dan aku perempuan. Aku pernah dipermainkan. Aku belajar dari kesilapan. Bila hati aku pulih,  aku buat lagi kesilapan yang sama. Bodohkah aku? 




Mungkin aku perlu ambik serius jenis-jenis #AlasanBreakUp di Twitter. 






Tuesday, April 23

Aku Sebatang Pensel (karangan)



Aku sebatang pensel. Aku berjenama Stabilo. Aku diperbuat daripada kayu. Badanku berwarna hitam, bontotku berwarna merah. Aku bukan monyet. Aku pensel. Aku dah cakap tadi. Aku dimasukkan ke dalam kotak bersama-sama 7 orang kawan aku yang lain.

Aku begitu gembira menjadi diri aku. Aku baru, berjenama dan terhangat di pasaran. Musim persekolahan sudah makin dekat. Pelajar-pelajar sekolah sibuk membeli alat tulis baru untuk kegunaan mereka nanti.

Seorang budak lelaki datang menghampiri aku. Dia mengangkat dan membelek-belek kotak dimana tersimpannya aku dan 7 orang kawan-kawan sejenis aku. Kemudian, dia memasukkan aku ke dalam bakul. Dia ingin membeli aku. Aku gembira dan terharu. Selepas ibu budak lelaki itu membayar, kini budak lelaki itu menjadi tuan aku. 

Tuan aku selalu menggunakan aku. Dia suka melukis macam-macam. Kadang-kadang dia lukis pokok. Kadang-kadang dia lukis rumah. Kadang-kadang dia suka lukis matahari besar di hujung kertas lukisan. Tuan suka mengasah muka aku, tajam. Aku boleh dijadikan senjata membunuh. Tuan selalu pilih aku dan jarang pilih kawan-kawan aku yang lain. Dia pilih kasih. Namun begitu aku senang hati tuan begitu sayangkan aku. 

Dia suka bawa aku ke mana-mana sahaja. Mungkin tak logik bawa pensel pergi berak. Tapi itulah tuan aku. Satu dalam sejuta. Aku terasa sungguh penting. Tuan aku selalu letak aku di dalam pencil box berwarna birunya. Dia ada habit suka goncang pencil box. Mungkin dia hendak jadi ahli muzik.

Tuan aku juga suka gunakan aku dan conteng dinding. Kemudian ibu akan marah tuan aku dan merotan tangannya pakai pembaris. Bilik tuan sudah lima kali di cat. Tuan aku artistik. Tapi tiada siapa hargai seninya.

Kerana terlalu selalu tuan mengasah aku. Badan aku menjadi semakin pendek. Tapi tuan masih setia menggunakan aku untuk melukis dan membuat kerja sekolah. Walaupun hati aku tak rela melihat tulisan cakar ayam tuan aku, namun aku terpaksa berkhidmat deminya. Satu hari ibu tuan membawa pulang hadiah hari jadi. Ibu tuan menghadiahkan tuan sebatang pensel shaker berjenama Faber Castle. 

Aku sangat sedih tuan telah menggantikan tempat aku. Akhirnya aku dibuang ke dalam tong sampah dan disemadikan di tempat pembuangan. Aku begitu sedih. Begitulah tamat riwayat aku sebatang pensel.


Good luck to anyone who will be taking their final examinations, trials :-) All the best!



Sunday, April 7

Tipikal.




Assalamualaikum

Aku suka novel. Tapi berdasarkan dua kondisi. Satu, muka depan novel tu comel. Dua, sinopsis belakang that particular novel menarik minat aku.

Yalah kata orang 'dont judge a book by its cover'. Tapi itu aku. Aku akan tetap judge a book by its cover sebab bagi aku front page buku yang comel comel tulah yang akan tarik minat aku untuk baca buku tu. Kalau setakat muka depan gambar perempuan pegang pipi sambil air mata mengalir di pipi, aku rasa itu aku takkan ambil dari rak buku. Atau gambar perempuan sambil pegang bunga ros. macam urgh no.

Aku akan suka novel berdasarkan tajuknya. Satu persatu aku amati, dan bila menarik, aku keluarkan dari rak. Tapi.... this kind of titles, Ku Petik Bunga di Taman? Cinta Bersemi di Syurga Abadi? Terlalu melankolik mungkin. Sesungguhnya jiwang bukanlah pilihan buat aku.

Dan aku bukan jenis melayan novel setebal kamus dewan kulit keras warna hijau. Aku akan terpegun bila mana mana kawan aku kumpul novel tebal dan they manage to baca the whole novel yang tebal in just a day. Like, faham tak A DAY. Bukan a week, bukan a month. Tapi a day. How awesome iz dat?

Aku beli novel setahun juga belum tentu habis. Aku bukan tipe macam tu. Biasanya aku akan mula baca satu novel dengan kulit depan yang comel belaka, dan kalau perenggan pertama dah berjaya tawan hatiku, dalam tiga hari novel tu akan habis. Tapi novel nipis. Novel cinta remaja sekolah atau remaja kolej. Perasan kiut bila baca novel sedemikian. ehek.

The thing is, novel macam tu menarik. Mungkin keseluruhan cerita tu agak keanakkan, like 'budak perempuan and her crush, lepastu her crush minat dia jugak at the end' atau mungkin cerita simple 'the boy gets his girl' and all. Boleh ditebak kesudahan cerita.

Tapi something got me thinking.

Aku kerap tanya si polanah 'best tak novel ni?' sambil tunjukkan satu novel kulit tebal depan muka dia. Sambil aku baca sinopsis dekat belakang novel, aku akan dengar ringkasan cerita dari polanah sampai ke kesudahan. Menarik.

Tapi....

At some point aku terfikir, tipikal novelis kadang suka selitkan adegan macam ni 'perempuan, anak orang kaya, terlanjur lalu mengandung anak luar nikah, kahwin dengan pak sanggup untuk jaga maruah keluarga dan akhirnya hidup bahagia'.


Pembaca membaca saing menvisualkan apa yang dibaca. Banyak lagi cara mencari bahagia dan adegan comel dan sweet yang boleh diselitkan oleh novelis. Bukan nak jadi narrow minded. Tapi....

 ..... Why people?


Monday, January 21

Penghujung cintanya (A short novel)





"Aku nikah akan dikau Iskandar bin Abdul dengan anakku, Aisya Yasmin dengan mas kahwin rm30, tunai."

"Aku terima nikah Aisya Yasmin dengan mas kahwin RM30, tunai." Itulah lafaz yang aku ucapkan dengan sekali lafaz walaupun disulami dengan perasaan gugup yang amat sangat.

Hari ini merupakan hari bahagia kami, 14 November kami telah sah menjadi pasangan suami isteri.

 

Tak tergambar rasa bahagia aku. Kini tanggungjawab Ayah jatuh pada bahu aku untuk menjaga, membimbing dan melindungi Yasmin dunia akhirat.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. Aku menyapu muka aku setelah habis berdoa usai solat sunat lalu aku menoleh ke belakang melihat isteri juga makmumku, Yasmin mengaminkan doaku. Indah tersenyum manis dengan lesung pipit di pipinya. Yasmin seperti bidadari syurga. Wajahnya kelihatan berseri seri tapi bila dia terlihat aku yang sedang memandangnya, dia jadi tersipu malu lalu menundukkan mukanya.

3 minggu setelah hari pernikahan.

Aku terasa dunia ini bagai di syurga kerana aku punya isteri seperti dia. Cantik, solehah, lemah lembut, pandai memasak dan dia juga pandai ambil hati aku. Aku rasa hidup aku cukup lengkap dengan adanya Yasmin. Pilihan ibu sangat tepat. Walaupun pada awalnya aku tak berkenan sangat dan merasa rendah diri kerana siapalah aku dibandingkan Yasmin yang baik dan tinggi ilmu agamanya. Saat merisik, niqabnya dibuka dan ketika itulah hati aku terpaut dan hati aku yakin bahawa dialah orang yang aku cari selama ini.

Kebahagiaan aku bertambah saat aku mendengar berita gembira. Aku bakal jadi seorang bapa. Itulah impian aku bersama Yasmin. Aku memeluk Yasmin kegembiraan.

Enam bulan kami menanti detik gembira untuk menyambut kelahiran bayi pertama kami. Macam macam nama kami padankan untuk bakal putera sulung kami. Adam, Affendy semua nama kami cari maknanya. Perasaan teruja ini sukar digambarkan.


Suatu tengah hari,

"Astaghfirullah. Ya Allah, sorry. Maafkan saya tak sengaja langgar awak taaa......di??" Pandangan aku terhenti pada satu wajah yang sepertinya aku pernah lihat sebelum ini.

"Iskandar? You buat apa dekat sini? Ya Allah, what a coincidence! I tak sangka boleh jumpa you dekat sini. You buat apa now?" Suara itu, suara yang aku sangat rindui.

"Maria? Oh I just had my lunch. I buka business sendiri. Biasa-biasa saja. Aah kan. Yes, coincidence yang unik I think. I never thought I could see you again since you balik London dan tak balik balik Malaysia lagi sejak kita belajar dulu."

"Kann? I balik Malaysia sebab nenek I sakit tenat. I ikut my parents then. By the way maaf tadi. I tak sengaja" Maria, menyisip rambutnya ke belakang telinga. Wangi. Cantik. Aku seakan terpukau melihat wajahnya, sekali lagi; dia tak pernah berubah sama persis dulu.

"Anyway, Maria. Since kita dah lama tak jumpa ni, mesti banyak benda nak dibualkan. I nak pinjam masa you. Boleh?"

"Sure, Is. I'd love to. Jom?" Dia melemparkan senyuman yang cukup menawan buat aku. Bergetar jiwa ragaku. Terpesona.



Saat kami berbual panjang, tiba-tiba terkeluar soalan yang membuat aku tersentap seketika. "Is, you masih single? Anyone special?" Dan saat itu jugalah aku telah melakukan kesilapan, jawapan aku ringkas "Ya, single." Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran aku. Aku seakan terlupa Yasmin yang sedang sarat mengandung di rumah.

"Maria, I need to go now. Nanti kita jumpa lagi. Ini card I if anything, you contact I okay? I pergi dulu, Assalamualaikum" Aku memandang Maria dan menghulurkan kad tersebut. Maria mencapainya, tersenyum mesra - "Will do that. See ya. Waalaikumussalam."

Sejak pertemuan semula aku dengan Maria, aku dan dia semakin rapat seperti waktu dulu. Sudah dua bulan setengah, dan ya, kami juga sudah bercinta semula. Maria cinta pertama aku. Dan kerana keadaan tak mengizinkan dia harus pulang ke London. Kami terpaksa memutuskan hubungan. 4 tahun aku menunggunya pulang ke tanah air. Tapi tiada khabar darinya.

Dan sejak pertemuan itu juga, aku jadi semakin dingin dengan Yasmin. Aku sering melukakan hati Yasmin. Aku marah Yasmin bila Yasmin tanya aku kemana, dengan siapa, kenapa pulang lewat. Tapi aku tahu Yasmin risaukan aku. Aku pernah juga melemparkan pinggan pada Yasmin kerana enggan makan. Hati aku menjadi keras, di imaginasiku dan bayanganku cuma Maria yang aku lihat. Aku pernah terniat untuk melamar Maria. Aku juga semakin lalai dengan tanggungjawab aku sebagai seorang suami dan hambaNya. Setiap hari aku mendengar Yasmin menangis ketika dia menunaikan solat subuh. Tapi aku tak endahkan. Aku masih berkeras dengan dia.


Suatu malam.

"Abang, kopi" Yasmin datang ke sebelah ku sambil menghidang air kopi panas. Lalu Yasmin sambung bicaranya.

"Um, abang, Yasmin dah lama tak jumpa Ummi. Boleh tak Yasmin nak balik hujung minggu ini? Abang Saif jemput Yasmin tengah hari nanti.

"Kau nak buat apa balik?" Wajah Yasmin berubah terkejut.

"Yasmin rindu Ummi, bang. Yasmin nak jumpa Ummi." Mata Yasmin mula berkaca.

"Tak payah kau nak balik nak mengadu kat Ummi kan? Kau nak mengadu dekat Ummi so Ummi dengan Abah boleh marah aku kan? Kau duduk je kat rumah ni. Makan minum aku siapa nak jaga? Aku nak buang Bibik Sue, biar dia tak kerja dekat sini lagi. Aku nak kau masak untuk aku, sediakan semua keperluan aku. Peduli apa aku kau sarat. Faham?"

Yasmin tertunduk dan menangis teresak esak kerana terlalu sedih.

"Yang kau nak menangis ni kenapa, perempuan?!" Tanpa aku berfikir waras aku mengambil cawan berisi air kopi yang panas lalu aku curahkan ke muka Yasmin. Aku bangkit dari sofa, langsung menampar mukanya lalu aku tinggalkan Yasmin di tepi pintu, mencapai kunci kereta, hidupkan enjin dan terus pergi.


Aku tak tahu apa yang aku lakukan. Kenapa aku tiba-tiba boleh bertindak sedemikian. Pada waktu itu, telefon bimbit aku berdering dan terpapar nama Maria di skrin.

"Bie, I rasa tak sedap hati. Are you okay? Boleh tak you temankan I malam ni?

"I'll be on my way, sayang"

* * * *

Hari demi hari, aku makin buas memukul Yasmin di badannya tanpa menyedari bayi ku juga sakit di dalam kandungan Yasmin. Aku mengurung Yasmin di rumah dan mengerahnya untuk membuat kerja kerja rumah. Hampir seluruh badan Yasmin bengkak dan berbirat. Yasmin hidup sengsara kerana aku.

Pada malamnya, Yasmin datang dan duduk di sebelah aku lalu berkata,

"Abang, Yasmin dah tahu abang ke mana setiap malam dan kenapa abang tak tidur di rumah. Yasmin dah tahu abang dengan siapa. Ramai orang sudah beritahu Yasmin bang. Tapi Yasmin diamkan kerana Yasmin percayakan abang sepenuh hati Min. Min selalu berharap abang akan berubah. Min tak kisah abang nak pukul Min. Min tak kisah abang nak cemuh Min. Tapi abang, fikirkan bayi kita ini bang. Mana abang yang Yasmin kenal dulu? Yang lemah lembut, yang sentiasa berada di samping Min?" Yasmin merayu dengan suara yang serak basah gara gara hari hari menangis.

"Dah habis cakap? Diam boleh?"

"Yasmin cuma....." Belum sempat Yasmin menghabiskan ayatnya, aku menendangnya sekuat hati aku lantas berkata "AKU SURUH KAU DIAM! KAU NAK DERHAKA DENGAN AKU?!!!"

Yasmin terbaring dan menangis semahunya. Darah mula mengalir ditengah tengah betisnya.

"Auww... Abang, sakit............ Abang, Yasmin sakit." Aku tersedar dari amarah setelah mendengar tangisan dan teriakan Yasmin. Aku terkejut dengan apa yang aku telah perbuat sendiri. Aku mendapatkan Yasmin dan kelam kabut mencapai telefon. Yasmin dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU. Abah, Ummi dan Ibu datang dengan wajah gelisah. Ummi mula menangis. Abah memujuknya. Ibu tanya pada aku apa yang terjadi. Aku cuma diam membisu tak terkata.

Doktor perempuan berbangsa india keluar dengan muka yang pasrah lalu menggeleng kepalanya.

"Kenapa doktor? Is she okay? Isteri saya okay tak doktor?"

"Isteri awak masih dalam keadaan lemah. Dan..... I'm sorry to say this, bayi awak tak dapat diselamatkan."

Aku terkedu. Dan perasaan sedih yang teramat sangat menyelinap dalam hati aku. Hati apa yang aku punya ini, Ya Allah. Aku telah membunuh darah daging aku sendiri. Bicara hati kecil ku. Kesal. Aku mengesat air mata lalu bertanya, "Boleh saya jumpa isteri saya?"

Aku masuk ke ruangan dan terlihat Yasmin terbaring kaku. Aku mencapai tangannya dan mengucup dahinya. Selama ini tangan aku ini yang sering memukul dirinya. Aku perhati wajah isteri ku. Walaupun dalam kesakitan riak wajahnya masih kelihatan ceria.

"Yasmin, maafkan abang. Sepatutnya abang lindungi Yasmin. Tapi abang sendiri yang cederakan Yasmin. Abang pembunuh, Min. Abang salah selama ini. Abang banyak berdosa dengan Yasmin. Abang lukakan Yasmin walaupun dulu abang pernah janji takkan berkeras dengan Yasmin. Abang sayang Yasmin tapi abang jahat dengan Yasmin. Abang berdosa dengan Allah, dengan Yasmin dan dengan semua orang. Min, bangun Min untuk abang. Min dengar tak Min. Abang dah sedar walaupun sedar abang takkan kembalikan bayi kita Min. Abang sayang Min sangat." Aku menggenggam tangannya, erat.

Perlahan lahan matanya dibuka.

"Abang...... Yas... min.... maafkan abang. Abang.... cinta pertama Min... dan.... cinta terakhir.... Min. Min, mintak maaf tak dapat... jadi yang... terbaik buat... abang. Min, berdosa dengan abang sebab.... tak mampu beri apa yang abang inginkan.... Halalkan makan.. minum Min. Min cinta... abang. Abang syurga.... buat Min. Min... tunggu abang dekat.... sana."

"Min, abang yang patut minta maaf dekat min, bukan Min. Min tak salah. Min? Sayang? Min?!! Jangan tinggalkan abang Min. Ya Allah! Apa yang perlu aku perbuat untuk tebus kesalahan aku ya Allah!!"

 

Aisya Yasmin, maafkan abang :'(




P/s: Hargai seseorang yang hadir dalam hidup kita lebih-lebih lagi yang dinamakan suami/isteri/ibu bapa. Kerana kita tak tahu bila ajal mereka, dan bila ajal kita. Maaf yoooo saya bukanlah novelis yang bagus, cukup sekadar cerita dan pengajarannya sampai. Mesti cam malaskan nak baca panjang gila kan? hahaha okay. Then again, thank you for reading! :D Assalamualaikum.





Sunday, December 9

Jadi begini ceritanya.



Assalamualaikum. 

Demam melanda, selsema dan batuk menjadi peneman buat seketika. Penyakit rindu kot. Baru seminggu angkat kaki keluar dari rumah ku syurga ku tapi hati meronta-ronta nak balik cepat. hmm. anak manja seperti ku harus dipijak sampai lunyai. haha tetiba.

Walau demam teruk sekalipun, aku gagahkan diri juga ke Kuala Lumpur - bandar metropolitan yang dipenuhi kereta pin pin pon pon oh rimas *sapu sapu habuk dekat baju*. Kalau nak diingatkan balik, agak  lama tak jejakkan kaki ke tempat aku diberanakkan. Kuala Lumpur, Kuala Lumpur~~ 

Pendekkan cerita, aku ketemu adinda adinda di bawah pada tarikh 8 December bertempat di Berjaya Times Square.










Spent half of my day with them. Penat memang penat sampaikan aku rasakan tulang belakang aku dah lari alignment. Demam aku pun tak sehebat hari hari sebelumnya, jadi penat tu mungkin penat yang kebiasaan, cuma masih batuk selsema. Fyka cakap "kesiannya suara sengau" wuwuwuwu aku bukan pondannnn. tetiba.

Pertama kali jumpa dengan Mieya, Syeera dengan Fyka. Kali kedua ketemu Pyka. Kali ke empat ketemu Ayien. Honestly, dalam bas on the way balik teringat moment moment. Dah rinduu tskk *lap lap air mata*


Haaa aku berbaju kurung, aku main bowling. terasa diriku begitu awesome walaupun main bowling tak awesome cam Ayien. Tidak tidak tidakk. *tumbuk tumbuk manja* hmmm. hahaha.

Hope to meet you girls again. Someday soon!!!!!!

Kalau ada rezeki lebih, ada masa, akan ada pertemuan dengan Hanna. Awak jangan risau Hanna, we will meet someday, kalau Allah kata jadi, maka jadilah :-) and so does to my little pet sister, Amelya. Someday we'll meet!! Aamiin. I'll pray hard for this.

Thanks for the day adindas! May Allah ease your way everyday in your life. In shaa Allah.