Aku begitu gembira menjadi diri aku. Aku baru, berjenama dan terhangat di pasaran. Musim persekolahan sudah makin dekat. Pelajar-pelajar sekolah sibuk membeli alat tulis baru untuk kegunaan mereka nanti.
Seorang budak lelaki datang menghampiri aku. Dia mengangkat dan membelek-belek kotak dimana tersimpannya aku dan 7 orang kawan-kawan sejenis aku. Kemudian, dia memasukkan aku ke dalam bakul. Dia ingin membeli aku. Aku gembira dan terharu. Selepas ibu budak lelaki itu membayar, kini budak lelaki itu menjadi tuan aku.
Tuan aku selalu menggunakan aku. Dia suka melukis macam-macam. Kadang-kadang dia lukis pokok. Kadang-kadang dia lukis rumah. Kadang-kadang dia suka lukis matahari besar di hujung kertas lukisan. Tuan suka mengasah muka aku, tajam. Aku boleh dijadikan senjata membunuh. Tuan selalu pilih aku dan jarang pilih kawan-kawan aku yang lain. Dia pilih kasih. Namun begitu aku senang hati tuan begitu sayangkan aku.
Dia suka bawa aku ke mana-mana sahaja. Mungkin tak logik bawa pensel pergi berak. Tapi itulah tuan aku. Satu dalam sejuta. Aku terasa sungguh penting. Tuan aku selalu letak aku di dalam pencil box berwarna birunya. Dia ada habit suka goncang pencil box. Mungkin dia hendak jadi ahli muzik.
Tuan aku juga suka gunakan aku dan conteng dinding. Kemudian ibu akan marah tuan aku dan merotan tangannya pakai pembaris. Bilik tuan sudah lima kali di cat. Tuan aku artistik. Tapi tiada siapa hargai seninya.
Kerana terlalu selalu tuan mengasah aku. Badan aku menjadi semakin pendek. Tapi tuan masih setia menggunakan aku untuk melukis dan membuat kerja sekolah. Walaupun hati aku tak rela melihat tulisan cakar ayam tuan aku, namun aku terpaksa berkhidmat deminya. Satu hari ibu tuan membawa pulang hadiah hari jadi. Ibu tuan menghadiahkan tuan sebatang pensel shaker berjenama Faber Castle.
Aku sangat sedih tuan telah menggantikan tempat aku. Akhirnya aku dibuang ke dalam tong sampah dan disemadikan di tempat pembuangan. Aku begitu sedih. Begitulah tamat riwayat aku sebatang pensel.
Good luck to anyone who will be taking their final examinations, trials :-) All the best!
teringat zaman sskolah buat karangan macam ni.
ReplyDelete