Tuesday, September 17

Reminiscing every good memories. Lets cherish the love.


Assalamualaikum.

Oh hi, sejak dua menjak berkecimpung dalam arena menulis puisi (sila tekan sini kalau anda rasa anda hensem), aku bagaikan tlah meng-anaktiri-kan blog lama aku. Bukan jet jet, tapi few of my fella asked me "Adah tak update blog ke?" and so I shall give the answer lah yang aku lebih giat menulis puisi pendek dalam blog satu lagi. so yeah, the end.

Anyway, my final examination dah half way there tinggal lebih kurang i dont know nak to be exact maybe a week left til final. My feelings are uncertain and come to think of it, mungkin bahang belum terasa eleh konon nak chill dulu rilek dey tambi lagi seminggu je. aah seminggu.

Next semester i wont be living inside campus. dapat pegang title Non Resident (i think that's a really cool name. is it bad?) dan akan tinggal luar kampus until my diploma ends. Pejam celik i've been living in this Kampus Alor Gajah for two years already. tinggal lagi dua semester kendian bye bye uitm. bye bye tasik Tun Fatimah and all.

What's more exciting, i'm becoming 21 on 4th January next year, few months to go. I can't imagine how time flies in a nick of time. 

Will finishes up my diploma and get married (agreement and approvals from both mumsy and daddy are needed) or maybe after taking my degree. Insha Allah, the sooner the better.

This is so random. I asked my dad if i could take some other courses instead of taking Accountancy. Seems like he's approving on me taking either Finance or Human Resource. Idk what to choose. depends on my rezeki of course. but if Allah said I have to further my degree in Accountancy, then i shall just go with the flow :-)


I have so many good memories to cherish while taking my diploma in UiTM. I learned how to grow up, stand on my own feet, knowing who my real friends are and meeting my Drakula. All these places here in UiTM will always remind me of him and all the good and bad memories I went through. So much to learn yet so little time. I appreciate every people who came into my life and to those people who encourage me, keep telling me to be strong, who helped me, advises me not to give up and those who stands beside me through my ups and down. I appreciate all of you :') I really do.

Now this post has become a very sentimental and emotional post, aaaa man. *kesat kesat air mata*

It has been a while tak menaip this long. ahak. Thank you for your time. Hoping that my blog readers would pray for my success in this upcoming final exams. May Allah bless you guys and girls :-) 



Saturday, August 31

Inspire


"Just be yourself. Peduli apa orang kata. Memang orang boleh cakap macam macam kat kau. Tapi di sepanjang perjalanan untuk jadi diri kau yang sekarang, kau je yang rasa sakit perit nangis tu. Tak semua yang bercakap itu ini ada dengan kau selalu pun. So, let them be. Kite jadi kite. Hidup gembira bersama orang yang hargai kita. Be positive people!!  :)"


P/s: This was actually taken out from kak Intan's picture on her instagram. Simply inspiring :)

Sunday, August 25

Why do I love him?

Why do I love him?
He brought back my happiness I've once lost.
I wasn't looking when I stumbled onto him,
thus, it must have been fate.

He makes me smile without even trying
He sees what a mess I can be and still calls me "beautiful".
He says things and means it.
His brown eyes, his smiles, his laughs.
They're just wonderful.

His personality is one of kind.
Only the one he loves, knows him very well.
Others may think he is full of mystery or maybe boring.
Yes, he is a mystery but no, not boring at all.

Even with so many flaws, he loves me, for me.
And I love him completely.


I don't have to impress him to make him love me this much.
I naturally fell in love.
with the same person, each and everyday.

May this unnamed relationship lasts forever til the day I stop breathing.
Being your wife is what I always dreamed of.
Wishing for it to come true, soon :)

P/s: Counting days ❤❤❤

P/s/s: Happy Birthday in advance! :D

Friday, August 2

Pemberitahuan.

Blog kolaborasi aku dan deedracula.

Jemput-jemput, sila ziarah buat seketika.


Mungkin akan lebih kerap update blog satu lagi ni
since semuanya adalah short post sahaja.

Kalau rasa tersudi nak follow, silalah :-)

Saturday, July 27

Separuh Jiwaku Pergi (Short Novel)



Bahagian Akhir

Perbualan mesra kami terhenti bila Bibik Erin bergegas ke ruang tamu. Wajahnya penuh gelisah. Bibik menghulurkan telefon katanya panggilan dari doktor peribadi ayah.

Ayah menjawab panggilan tersebut. Muka ayah berubah resah lalu ayah menekup mukanya. Usai perbualan 2 minit. Ayah menghirup nafas panjang, cuba untuk meluahkan semula apa yang baru sahaja didengarinya tadi. Terlalu sukar. Terlalu berat hatinya. Mata ayah mula berkaca.

“Kenapa ayah? Kenapa ayah buat muka macam tu, apa dah jadi ayah?” Aku mula rasa tak sedap hati.

“Ibu... ibu dah takda. Dilanggar lari.”

Gelas yang dipegang aku terjatuh ke lantai. Pecah bersepai. Terkejut mendengar kata-kata ayah. Seakan tidak percaya apa yang baru sahaja diperkatakan dia. Ibu sangat sihat sebelum aku keluar dari rumah tadi.

“Tak. Tak. Ayah tipukan? Takkanlah ibu boleh pergi. Tadi pagi, baru sekejap tadi Anis bercakap dengan ibu. Ayah tipu kan? Ayah bergurau kan?” Ayah mendapatkan aku. Memeluk aku seerat-eratnya. Terasa tangan ayah sejuk setelah mendengar khabar berita yang tak pernah dia jangka. Seluruh badan aku menggigil. Aunty Suzy, cuba menenangkan aku.

“Ayah.... tak ayah... Ibu tak pergi lagi.... ibu tak boleh tinggalkan Anis. Ibu sayang Anis. Anis nak ibu....”

“Sayang, ibu dah pergi........ Allah lagi sayangkan ibu... Kita pergi hospital sekarang ya Anis.” Ayah memujuk aku. Badan aku mula terasa lemah longlai. Tak mampu berdiri dengan kaki sendiri.

"Siapa yang buat ibu macam ni.... ayah, siapa yang buat ibu macam ni?" Teresak-esak aku menangis. Sampai mati orang yang melanggar ibu takkan hidup aman. Tak akan pernah.

* * * * 

Tiba sahaja di hospital, aku dan ayah bergegas ke wad kecemasan di mana ibu ditempatkan. Pintu wad ditolak dan aku lihat ibu terbaring kaku tidak seperti pagi tadi. Wajah dan badan ibu penuh dengan kesan-kesan luka yang telah dibasuh akibat kecelakaan. Badan ibu sejuk. Muka ibu pucat. Aku menyesal. Aku sepatutnya menghargai setiap detik bersama ibu dan bukan menangisi orang yang tidak pernah hargai aku, lelaki yang bukan sedarah daging dengan aku. Ibu mengandungkan aku 9 bulan berhempas pulas menjaga aku sampai aku sebesar ini. Andai masa boleh diputarkan kembali. Aku baiki semula kesalahan. Andai...

Terimbau semula apa yang baru sahaja terjadi waktu pagi tadi dan hari-hari sebelumnya.Teringat semula saat aku telah menghiris hati ibu dengan kata-kata aku yang amat menyakitkan dia dan aku terfikirkan semula setiap bait kata-kata ibu "Macam mana kalau ibu pergi nanti?" 

Adrian di sisi aku menangis sambil ditenangkan Aunty Suzy. Aku memeluk ibu erat, menangis semahunya. Pelukan aku tidak dibalas kembali. Ibu tak membalas kembali pelukan aku, pelukan hangat dan mesra yang penuh dengan kasih sayang ibu tak dapat aku rasakannya lagi. 

Saat aku kehilangan lelaki yang aku sayangi, pelukan ibu ada untuk mengurangi derita yang aku rasa. Saat aku kehilangan ibu aku, siapa mahu memeluk aku dan berkata “anak ibu kuat....”?

Benar-benar kali ini ‘separuh jiwa aku pergi’

Allah, pulangkan ibu Anis.....

Anis merayu..........