Bahagian Akhir
Perbualan mesra kami terhenti bila Bibik Erin bergegas ke
ruang tamu. Wajahnya penuh gelisah. Bibik menghulurkan telefon katanya
panggilan dari doktor peribadi ayah.
Ayah menjawab panggilan tersebut. Muka ayah berubah resah
lalu ayah menekup mukanya. Usai perbualan 2 minit. Ayah menghirup nafas
panjang, cuba untuk meluahkan semula apa yang baru sahaja didengarinya tadi.
Terlalu sukar. Terlalu berat hatinya. Mata ayah mula berkaca.
“Kenapa ayah? Kenapa ayah buat muka macam tu, apa dah jadi
ayah?” Aku mula rasa tak sedap hati.
“Ibu... ibu dah takda. Dilanggar lari.”
Gelas yang dipegang aku terjatuh ke lantai. Pecah bersepai. Terkejut
mendengar kata-kata ayah. Seakan tidak percaya apa yang baru sahaja diperkatakan
dia. Ibu sangat sihat sebelum aku keluar dari rumah tadi.
“Tak. Tak. Ayah tipukan? Takkanlah ibu boleh pergi. Tadi pagi,
baru sekejap tadi Anis bercakap dengan ibu. Ayah tipu kan? Ayah bergurau kan?”
Ayah mendapatkan aku. Memeluk aku seerat-eratnya. Terasa tangan ayah sejuk
setelah mendengar khabar berita yang tak pernah dia jangka. Seluruh badan aku
menggigil. Aunty Suzy, cuba menenangkan aku.
“Ayah.... tak ayah... Ibu tak pergi lagi.... ibu tak boleh
tinggalkan Anis. Ibu sayang Anis. Anis nak ibu....”
“Sayang, ibu dah pergi........ Allah lagi sayangkan ibu...
Kita pergi hospital sekarang ya Anis.” Ayah memujuk aku. Badan aku mula terasa
lemah longlai. Tak mampu berdiri dengan kaki sendiri.
"Siapa yang buat ibu macam ni.... ayah, siapa yang buat ibu macam ni?" Teresak-esak aku menangis. Sampai mati orang yang melanggar ibu takkan hidup aman. Tak akan pernah.
"Siapa yang buat ibu macam ni.... ayah, siapa yang buat ibu macam ni?" Teresak-esak aku menangis. Sampai mati orang yang melanggar ibu takkan hidup aman. Tak akan pernah.
* * * *
Tiba sahaja di hospital, aku dan ayah bergegas ke wad
kecemasan di mana ibu ditempatkan. Pintu wad ditolak dan aku lihat ibu terbaring kaku tidak seperti pagi tadi. Wajah dan badan ibu penuh dengan kesan-kesan
luka yang telah dibasuh akibat kecelakaan. Badan ibu sejuk. Muka ibu pucat. Aku menyesal. Aku sepatutnya menghargai setiap detik bersama ibu dan bukan menangisi orang yang tidak pernah hargai aku, lelaki yang bukan sedarah daging dengan aku. Ibu mengandungkan aku 9 bulan berhempas pulas menjaga aku sampai aku sebesar ini. Andai masa boleh diputarkan kembali. Aku baiki semula kesalahan. Andai...
Terimbau semula apa yang baru sahaja terjadi
waktu pagi tadi dan hari-hari sebelumnya.Teringat semula saat aku telah menghiris
hati ibu dengan kata-kata aku yang amat menyakitkan dia dan aku terfikirkan
semula setiap bait kata-kata ibu "Macam mana kalau ibu pergi nanti?"
Adrian di sisi aku menangis sambil ditenangkan Aunty Suzy. Aku
memeluk ibu erat, menangis semahunya. Pelukan aku tidak dibalas kembali. Ibu
tak membalas kembali pelukan aku, pelukan hangat dan mesra yang penuh dengan
kasih sayang ibu tak dapat aku rasakannya lagi.
Saat aku kehilangan lelaki yang
aku sayangi, pelukan ibu ada untuk mengurangi derita yang aku rasa. Saat aku
kehilangan ibu aku, siapa mahu memeluk aku dan berkata “anak ibu kuat....”?
Benar-benar kali ini ‘separuh jiwa aku pergi’
Allah, pulangkan ibu Anis.....
Anis merayu..........
No comments:
Post a Comment