Bahagian Satu.
"Sarah, will you marry me?" Athar melutut di depan aku sambil menghulurkan sebentuk cincin permata.
Aku cuma mampu berdiri sambil mengelap air mata gembira yang membasahi pipi aku. Aku tak terkata. Lidah aku kelu seketika. Athar memandang aku masih menanti jawapan.
"I do! Yes I do Athar." Sebaik mendengar kata setuju aku, Athar tersenyum lega. Mungkin dia takut lamaran dia ditolak. Mana mungkin aku mahu menolak dia. Ini yang aku tunggu. Ya! Ini. Cincin permata tadi disarung ke jari manis aku. Hidup aku kini lengkap. Selangkah lagi untuk aku dan Athar merasai keindahan alam berumah tangga. Aku dan Athar sudah lama berkawan. Dialah peneman, dialah pelindung. Athar adalah cinta pertama aku juga cinta terakhir. Hidup aku cukup sempurna dengan adanya Baba dengan ibu yang sentiasa menyokong, Athar yang sentiasa menyayangi aku dan juga Hanis, rakan aku sejak kecil.
Athar adalah pelajar lulusan Ijazah Perniagaan. Dia sangat peramah dan aktif bersukan. Sangat memilih dalam berkawan. Dia juga alergik makanan laut. Aku dan Athar tak pernah berpisah sejak zaman Diploma. Baba dengan ibu pun dah anggap Athar macam anak mereka sendiri. Keluarga Athar pun dah anggap aku sebahagian dari keluarga mereka.
Empat bulan aku menanti detik yang mendebarkan. Aku bakal jadi isteri Athar yang sah setelah lafaz akad. Sungguh aku tak percaya masa berjalan dengan begitu pantas. Rasa macam baru semalam aku berkenalan dengan Athar hari ini aku akan jadi isteri dia. Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Betapa bahagia hati ini bakal hidup bersama dengan lelaki yang aku sayang lebih dari nyawa aku.
Bahagia dicampur gaul dengan gementar. Aku memandang jari jemari aku, inai dijari tampak kemerahan. Kata orang kalau inai yang dipakai merah pekat, suami sayang. Aku tak tahu nak percaya atau tak apa kata orang., yang pasti Athar memang sayangkan aku.
"Berserinya wajah anak ibu." Ibu datang menghampiri aku lalu memeluk tubuh kecil aku ini. Aku tersenyum lalu menoleh ke arah ibu dan memandang wajahnya penuh sayu.
"Ibu, maafkan Sarah kalau Sarah tak dapat jadi anak yang ibu dan baba banggakan. Halalkan segala yang ibu pernah beri pada Sarah ya ibu? Sarah sayang ibu sangat-sangat." Air mata mulai bergenang. Terus aku mencapai kotak tisu dan mengelap air mata takut rosak pula masterpiece Kak Anoi.
"Ibu dah lama maafkan Sarah. Ibu nak anak ibu ni berjaya dunia akhirat. Sarah sayang ibu, ibu lagi berganda-ganda sayang dekat anak ibu sorang ni. Lepasni ibu bergurau dengan baba jelah dekat rumah, anak ibu dah jadi isteri orang." Mata ibu berkaca. Aku tahu apa yang ibu rasa waktu ibu cakap dia dah takda teman bergurau. Kalau dulu, aku sahajalah kawan dia di rumah.
"Sarah tetap anak ibu lah. Nanti kalau Sarah balik, kita gosip gosip macam biasa okay ibu? Nanti ajak Athar bergurau sekali." Ibu ketawa kecil. Aku mendakap ibu erat. Tersenyum. Tapi dalam keriangan terselit sedikit perasaan ralat dalam hati aku. Sedih pula mahu meninggalkan ibu yang sudah 24 tahun menjaga aku dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna. Tapi ibu kata bukan selamanya apa yang kita ada itu milik kita. Tak selamanya aku milik ibu dan baba.
Baba menyingkap langsir pintu bilik aku dengan wajah yang penuh cemas. Gurauan dan gelak ketawa aku dengan ibu tadi bertukar gelisah.
"Baba, kenapa ni baba? kenapa muka baba macam ni?" Aku bangun mendapatkan baba yang masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Athar...... dia....." Sayu suara baba.
"Baba, kenapa dengan Athar? Baba jangan macam ni. Baba cakaplah."
"Sarah, Athar dah meninggal. Athar kemalangan waktu dia dengan keluarganya dalam perjalanan ke sini. Ayah Man dengan Auntie Embun dah dikejarkan ke hospital. Mereka cedera parah." Baba menghabiskan ayatnya.
"Athar.... Athar dah takda.... Athar dah tinggalkan Sarah." Aku terduduk di atas lantai. Masih belum boleh menelan kelat ini. Masih belum menerima apa yang baru sahaja aku dengar dari mulut baba. Aku nangis semahunya dalam dakapan ibu. Ibu turut menangis, menenangkan aku. Suasana ceria barusan digantikan dengan tangisan. Ya Allah, Athar. Kenapa Athar aku, Ya Tuhan....
"Istighfar Sarah... Istighfar..... Allah sayangkan Athar.... Ini ketentuanNya nak..." baba memegang bahu aku. Menahan air mata. Deep down baba juga sedih kerana dia sudah menganggap Athar seperti anak kandungnya sendiri.
"Athar... Ibu, Sarah nak jumpa Athar.... Sarah nak tengok Athar...."
No comments:
Post a Comment