Friday, May 17

Selamanya Milik Tuhan. (Short Novel)


Bahagian Akhir

Doktor Hadi menyerahkan semula handphone aku lalu mengajak aku duduk di bangku taman sambil menikmati udara yang nyaman. Lalu dia memusingkan badannya ke arah aku dan berkata, “Bila awak nak bercakap dengan saya?”

Aku mengangkat bahu lalu menolehkan wajah ke arah lain.

“Suara Sarah mesti merdu kan?” Dia meneruskan perbualan. Aku memandangnya langsung menggelengkan kepala lalu mengangkat thumbs down.

“Agak-agak suara Sarah ni macam siapa? Mesti macam suara Heliza, lembut je. Atau serak basah macam suara Nabila Huda?” Doktor Hadi tertawa kecil.

Aku menjelirkan lidah. Merepek! Langsung tak sama.

"Lah, jelir lidah dekat saya pulak. Habistu macam Amy Search? Hmm" Sambil tersenyum sinis. 

Aku menjeling dia lantas menggelengkan kepala. Amy Search? Dia ni biar betul.

Doktor Hadi menyambung lagi ayatnya, “Kalau bukan macam Amy Search, siapa? Hmm. Sarah kalau gelak mesti macam ahli sihir kan? Hahahaha” Kali ini aku betul-betul geram, aku menepuk-nepuk bahu dia. Berani dia samakan aku dengan ahli sihir. Aku terketawa. 

Suara aku.... Aku dah keluarkan suara aku. Aku meraba-raba bawah dagu dan leher. Aku memandang Doktor Hadi dengan wajah yang terperanjat bercampur gembira. Akhirnya, aku ketawa! Setelah sekian lama...

Doktor Hadi tersenyum mesra lalu mengajak aku pulang segera untuk khabarkan berita ini pada ibu dan baba. “Jom balik, kita bagitahu uncle dengan auntie. Ini berita gembira buat mereka.” Aku mengangguk teruja.


* * * *

“Sarah kena banyak-banyak berehat.” Ibu mengusap dahi aku lalu mengucup manja.

“Ya.. bu..” Aku menjawab perlahan. Aku rasa seperti bayi baru lahir. Kegembiraan mereka bila aku mengeluarkan suara persis waktu aku kecil dulu baru belajar menyebut ‘baba.’ Aku mahu mereka kekal gembira.

“Hadi, uncle berterima kasih sangat dengan kamu. Kamu sudah banyak membantu keluarga uncle.” Baba bersalaman dengan Doktor Hadi tanda terima kasih dan syukurnya.

“Alhamdulillah uncle. Semua ini anugerah Ilahi. Saya cuma menjalankan tugas saya sebagai doktor. Lagipun uncle dah banyak bantu keluarga saya dulu sebelum Daddy berpindah ke Australia.”

“Iya, alhamdulillah. Uncle bersyukur sangat. Tak apalah, itu namanya kawan sejati.”

“Nampak gayanya tugas saya pun dah hampir selesai dekat sini. Saya akan berangkat balik ke Melbourne minggu depan. Dah lama juga tak jumpa Daddy dengan Ummi dekat sana. Terima kasih uncle sebab percayakan saya.”

“Tak.. tak.. terima kasih sebenarnya untuk kamu Hadi. Kami sekeluarga terhutang budi dengan kamu.” Baba betul-betul menghargai pertolongan anak rakannya.

“Saya gerak dulu lah uncle. Lagipun dah nak maghrib ni. Saya berangkat dulu ya. Kirim salam Auntie Bashirah dengan Sarah ya. Oh dengan bibik Murni sekali. Saya mintak diri dulu, assalamualaikum.”

“Inshaa Allah. Waalaikumussalam nak. Bawak kereta elok-elok.”

* * * *

Ibu menyediakan susu suam untuk aku lalu meletakkannya di atas meja.

Aku cuba bersuara, “Bu... Doktor Hadi mana..?”

“Doktor Hadi dah balik dah sayang. Kenapa dengan Doktor Hadi? Sarah nak cakap apa? Kejap ibu ambilkan tab kamu.” Belum sempat ibu hendak bangun, aku mencapai tangan ibu.

“Sarah.. nak cakap... dengan ibu..”

“Hmmm. Sarah nak cakap apa sayang? Okay, ibu dengar.” Ibu mengusap dahi aku dengan lembut.

“Sarah... rasa Sarah sayang.. dia...” Aku mula meluahkan perasaan pada ibu. Ibu agak terkejut dengan luahan hati aku.

“Sarah sayang Doktor Hadi? Ibu pun suka dia. Dia baik. Bila dengan kamu, ibu nampak dia layan kamu lembut sangat.” Ibu mencuit hidung aku lalu tersengih sendiri.

“Sarah... pun rasa... dia sayang Sarah.” Aku merenung wajah ibu aku. Memberi dia hint dengan mengangkat-angkat kening.

“Ibu rasa kalau ibu tanya baba pasal Doktor Hadi pun, mesti baba sukakan dia jugak, ya kan sayang? Sesuai jadi menantu ibu”

“Hihihihi. Ibu ni...” Just like I have expected, ibu mesti mahu jodohkan aku dengan Doktor Hadi. Seperti yang aku inginkan. Ya Allah, moga peristiwa lama tak berulang lagi. Peristiwa hitam yang telah merubah hidup aku secara drastik. Moga dialah pemilik hati ini buat selama-lamanya.

Hari keesokkannya, Doktor Hadi singgah ke rumah. Sengaja ibu meminta baba mengajak dia makan malam bersama.

“Hadi, harini masakan special tau. Sarah yang masak. Sarah ni nampak je manja tapi kalau dia masak, memang marvellous lah.” Aku tersipu malu. Ibu ni lebih-lebih pula memuji aku, sekali tak kena tekak Doktor Hadi mahu segan aku seumur hidup.

“Uhm.. Doktor, rasalah.” Aku menghulurkan mangkuk berisikan lauk ayam masak merah hasil air tangan aku pada Doktor Hadi.

Well, ayam masak merah ni taste very good! Pandai awak masak Sarah. Untunglah siapa yang jadi bakal suami awak nanti. Dahlah saya memang minat lauk ayam masak merah. Mana awak tahu ni?” Makin laju Doktor Hadi menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sedap betul.

Usai makan malam, aku mengajak Doktor Hadi duduk berehat sebentar di buaian. Aku cuba untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku. Aku mengetap bibir tak terungkap apa yang tersimpan ini. Tiba-tiba Doktor Hadi bersuara.

“Saya rasa saya cintakan awak. Benda pelik ke? Saya tak pernah jatuh cinta dengan pesakit saya.” Dia menoleh ke arah aku. Memandang mata aku dalam-dalam. Aku terpaku mendengar luahan dia yang sepatutnya keluar dari bibir aku. Aku tak bertepuk sebelah tangan. Cinta aku dibalas cinta dia.

“Tak.. tak pelik. Bukan awak sorang... saya juga.” Aku memalingkan muka ke arah lain. Malu.

“He’eh. Sama pulak perasan kita ya. Hmmm. Jadi apa yang kita kena buat?” Orang tua ni tanya aku pulak?! Lamarlah. Takkan tak faham faham lagi konsepnya. Urgh. Stress!

“Entah... awak rasa?” Aku menjeling.

“Sarah nak kahwin dengan saya tak? Tapi saya dah tua. Sarah nak kahwin dengan saya jugak walaupun saya tua?” Cubaan Doktor Hadi untuk menjadi comel, memikat hati aku. Aku tersenyum lalu berlari masuk ke rumah.

“Eh, lari pulak Sarah ni dah macam filem hindustan. Kira setujulah tu kot. Hehehe.” Getus hati Doktor Hadi sambil menyengih sendiri.

Athar masa laluku. Doktor Hadi Fahmi pula suami aku. Aku sah menjadi isteri Doktor Hadi pada tarikh 11 Oktober 2011. Sudah setahun lebih kami berkahwin tapi masih belum punya rezeki untuk mendapat cahaya mata. Hadi ajarkan aku, sabar itu iman, bersyukur itu iman, bersangka baik itu iman dan perkahwinan itu juga menyempurnakan separuh daripada iman. 

“Sabda Nabi s.a.w. dari Anas bin Malik, "Jika seorang hamba Allah itu menikah (kahwin), maka telah sempurnalah setengah (separuh) agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah yang lain." (Riwayat al-Hakim dan at-Thabrani)”

Hadi mengajar aku kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi kembali menghadap Tuhan. Jika diizinkan Tuhan, aku mahu menjaga Hadi sampai ke hembusan nafas aku yang terakhir. Hadi juga mengajar aku, tak semestinya cinta pertama kita itu adalah cinta terakhir. Mungkin Allah hadiahkan Athar untuk aku belajar erti persahabatan lalu kemudian Dia mengambil Athar dari aku untuk menguji kesabaran aku dalam menempuh hidup ini.

Hakikatnya, kita tak pernah memiliki siapa pun, harta apa pun, kerana semuanya pinjaman dari Allah SWT. Allah memberi dan Allah mengambil semula. Setiap nyawa orang yang kita sayangi diambil Tuhan, bukanlah bererti untuk menyeksa manusia semata, tapi untuk kita belajar menghargai kehadiran seseorang itu dalam hidup kita dan juga untuk belajar menerima pemergian dan kehilangan dia bila satu saat helaian daunnya gugur dan jatuh ke tanah.

Sedih, ya memang sedih. Walau apapun hidup harus diteruskan juga selagi roh masih melekat pada jasad, kita sebagai manusia bersyukurlah. Hargailah kesempatan ini.

Aku mahu menggapai syurgaMu bersama suami aku, Doktor Hadi Fahmi di sisi, selalu.




3 comments:

  1. Salam.
    jalan cerita short novel awak ni best sangat.
    awak berbakat jadi novelis.
    boleh tak kalau saya nak minta share "Selamanya Milik Tuhan" dekat blog saya? nnt saya credit kn kat blog awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. alhamdulillah. terima kasih awak. tapi kita dah disable right click dan dah disable highlight oh :(

      Delete