Assalamualaikum.
Penat kan puaskan hati semua orang? Penat kan kena bersabar dengan orang? Penat kan kena tolerate dengan orang? Penat kan hati patah remuk berkecai kerana orang? Penat kan kena mengalah dengan orang? Penat kan kena aibkan dengan orang? Penat kan kena sindir, kena hina, kena caci dengan orang? Penat kan berhadapan dengan manusia hipokrit?
Penat kan? Takpa. Jangan risau. Takpa. Allah kan ada?
Setiap sakit, sedih, patah, remuk, hancur lebur hati akan dibalas dengan kebaikan sekiranya kita tetap terus bersabar. Penat bersabar? Mana boleh penat sedangkan Rasulullah SAW tak pernah berhenti bersabar walaupun baginda diejek, dihina dan difitnah orang. Walaupun kita takkan pernah jadi persis Rasulullah, sekurang-kurangnya kita jadikan baginda Rasulullah sebagai role model. Sebagai contoh. Tak rugi bersabar.
Tak apalah orang tak suka kita, kita sendiri tak suka beberapa orang. Hidup kita bukan untuk puaskan hati orang semata dan abaikan Allah? Salah jalan.
Tak apalah kalau orang buat jahat dekat kita. Tak apalah kalau orang menganiaya kita. Tak apalah kalau orang mengherdik kita. Tak apalah. Allah kan ada? Allah nampak. Allah tahu setiap kebenaran yang tersembunyi sedang kita manusia langsung tak tahu. Kalau orang berdusta, kelak Allah yang akan bongkarkan kebenaran. Kalau orang menganiaya, Allah jugalah yang akan berikan balasan.
Apa tugas kita? Hidup dan beribadah untuk bekalan hari Akhirat.
Nak tahu berita gembira tak? Sekiranya kita berjaya peroleh syurga, setiap hari Jumaat kita akan dibawa oleh Malaikat untuk bertemu Allah. Allah akan tanya, "apa khabar hambaku?" Kita diberi peluang berjumpa Allah, melihat wajah kecintaan kita dan bersamaNya selama satu jam. Allahurabbi :') Siapa yang taknak jumpa Allah? It will be worthless kalau kita hidup cintakan dunia, kelak mati mushrikin dan masuk neraka Jahannam dan tak dapat jumpa Allah. Tragedi.
Jangan pula kita berandaian "takpa, masuk neraka dulu, at the end of the day masuk syurga jugak."
Sanggup ke kita nak tempuh azab yang Allah janjikan? Wallahi, dengar sahaja "perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak" atau "perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak)." sudah buatkan hati bergetar. Allah.
Seksa neraka tak sama dengan seksa dunia. Kena seksa ribu riban tahun. Kita terpijak tulang ikan keluar darah sikit pun kita rasa sakit. Inikan dibakar, dituang timah dalam tekak. Allah. Dalam masa yang sama, orang-orang soleh bergembira dalam syurga, kita berteriak kerana tak mampu tahan seksaan Allah. Allahumma ajirna minannar ya Rabb :'(
Tak apalah kalau kita bersusah berhempas pulas dalam dunia. Syurga tempat kita beristirehat dan dunia adalah ujian.
Aku nak jumpa Al-Khaliq. Aku nak jumpa balik mak abah, semua ahli keluarga. Aku nak jumpa Rasulullah SAW. Aku nak jumpa semua orang yang aku kenal, yang aku sayang dalam syurga nanti.
Mungkin aku tak dijanjikan masuk syurga. Tapi Allah janji siapa yang berusaha dekat dunia, beribadah pada Allah dan tidak syirik serta mati dalam Islam, berhak masuk ke Syurga. Syurga impian aku. Impian kau juga kan? :)
Tak kira apa orang buat, kita bersangka baik. Husnuzon. Setiap yang jadi ada hikmah. Relaks brader, brader relaks.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
this made me cries. allahu....
ReplyDeleteAwww dont cry :') inshaa Allah may we all meet in Jannah
Delete