Thursday, June 20

Perempuan makhluk rumit.


Assalamualaikum.

Jadi perempuan tu rumit. Lelaki sendiri melabel perempuan sebagai makhluk rumit dan susah untuk difahami. Aku perempuan. Aku rasa aku rumit.

"Why so complicated lah babe?" Men asked women.

Kami ada sembilan nafsu sedangkan kau lelaki cuma punya satu. Kami ada berlambak pakaian, berlonggok tudung dan bersepah kasut tapi kami tetap rasa kami tak punya pakaian yang cantik. Kami pilih baju berejam, kami pakai tudung berejam belum masuk pilih warna yang tepat bersesuaian dengan penampilan. Kena ke dengan baju? Kena ke dengan kasut? And so a woman asked herself.

Belum cerita sikap toleransi tudung ketika itu. Gelembung sana gelembung sini. Jenis aku jenis kisah tudung berperangai najis. Selagi tudung belum sampai tahap memuaskan elok sopan tak tunjukkan pipi tersembul, semua tak sempurna di mata aku. Jangan hairan kalau tas tangan penuh barangan. Setiap satu item punya fungsi tersendiri. Isu kaki melecet sering berlaku. Justeru itu, setiap saat kami akan komplen. Bare with us please, jejaka.

Membebel sifat lahiriah perempuan. Perempuan hidup lebih lama dari lelaki kerana ribuan perkataan yang diucapkan dalam satu hari. Ini fakta bukan nak kencing orang. Membebel juga senaman mulut bagi perempuan tapi bagi lelaki bebelan perempuan mampu memecahkan gegendang telinga. Kami membebel hampir setiap benda. Salah, bebel. Salah, bebel. Tambah pula waktu datang bulan. Merungut setiap minit, merajuk setiap dua minit, menangis setiap tiga minit lalu kembali normal semula. Kemudian kitaran tadi berulang lagi hari esok.

Kadang pula, kami maksudkan begini, lelaki faham yang itu. Kami nakkan begini, tapi lelaki buat tak tahu. Manakan tidak kami ini makhluk yang rumit sedang lelaki itu sendiri buat tak reti dan malas untuk cuba faham. Faham kami, pelajari sifat kami. Mungkin dari situ akan wujud toleransi. 

Perempuan jarang sekali digelar egois. Mungkin ada segelintir. Kebanyakkan lelaki dilabelkan egois tapi yakinlah masih ada lelaki penyabar dan lemah lembut hatinya. Bahkan lebih lembut dari hati perempuan.

Bukan kami mahu jadi rumit. Tapi hidup kami juga sememangnya sudah rumit dan sukar. Sama seperti kamu, jejaka-jejaka. Kami salahkan 'semua lelaki sama' bukan secara literalnya kami maksudkan semua lelaki. Tapi just to remind you guys, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dan untuk pepatah aku, kerana satu lelaki durjana, fobia hati wanita yang setia. Tuhan ciptakan lelaki perempuan bukan untuk saling menyalahkan tapi untuk melengkapi hati kedua-duanya. 

Dengan adanya wanita dalam hidup lelaki, maka dialah lelaki yang beruntung. Wanita bukan wanita biasa, tapi wanita solehah yakni bidadari di syurga kelak.

Dan beruntung jugalah wanita dengan adanya suami yang soleh. Bilamana suaminya masuk syurga, dia ikut sekali masuk bersama suaminya. Wallahu a'lam bissawab.


2 comments:

  1. exactly isi hati aku. uhuuu T.T

    and aku rasa lelaki deserve aku kalau dia mampu faham dan sabar dgn kerenah aku yang sakit kepala ni. hakikat hati sorang perempuan. eh ke aku sorang? hahahaa

    ReplyDelete
  2. hahaha adah faham. sebab adah pun macam tu. kadang lelaki tak faham, susah faham. sebab kadang kita sendiri tak faham dengan situasi hati. memang rumit. tak tahu camna lagi nak bagi deskripsi. hehe

    ReplyDelete