Assalamualaikum.
Ikhlas. Kadang aku sukar untuk mendefinisikan ikhlas.
Ikhlas bukan "aku ikhlas belanja kau milo ais harga rm1.50 ikat tepi letak straw."
Ikhlas juga bukan monolog dalaman, "makcik ni asik mintak tolong aku jelah. Tolong jelah... aku ikhlas."
Bagi aku secara personal, aku kadang merungut jugak bila tolong orang. Kadang.
Ikhlas datang bila hadir satu perasaan nyaman. Kau tak mencebik bila tolong orang.
Tiada getaran dalam hati kau lalu kau merungut kecil, "aduh beratnya, aduh malasnya, aduh nyusahkanlah."
Kau rasa gembira. Kau rasa bahagia. Kau rasa tak kisah kalaupun kau penat menolong orang.
Mungkin itu definisi ikhlas aku.
Ikhlas dan riak harus dipisahkan dengan satu garisan halus. Kalau bisa riak itu kau hapuskan terus.
Boleh jadi kau pernah mengalami perkara sebegini mungkin bukan persis. Lebih kurang.
Situasi: Kau sedang berjalan, kau ternampak seorang pengemis, kau tolong pengemis tu atas dasar kasihan, berniat sedekah rm10 walaupun kau rancang untuk beli dua komik doraemon dekat kedai buku. Waktu kau hulur duit dalam cawan plastik pengemis, orang pandang aksi kau. Kau rasa "Fuhhhh! orang pandang aku, baik jugak aku ni" Ikhlas yang awalnya ada terus terhapus dan langsung tidak dikira pahala. Bahkan bila kau rasa, berat hati "hmm, aku nak beli komik. bagi ke taknak? menyesal pulak lalu sini. urgh, bagi jelah kang orang cakap apa pulak."
Natijahnya, ikhlas kau juga mungkin tidak dikira. Mungkin. Wallahu a'lam.
Tapi ikhlas ataupun tidak kau membantu orang, tiada satu manusia tahu kecuali hati kecil kau sendiri dan sedia maklumlah, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Jadi Dia tahu. Setiap perkara sebesar zarah juga Dia tahu. Jadi walau sebesar zarah kebaikan yang kau lakukan, Dia nampak. Dia suruh malaikat catat. Diam kan je bila buat baik. Tak perlu megah. Tak perlu bangga. Kelak hati kau terisi dengan perasaan riak yang merugikan. Sungguh.
Apa apa pun, terus saja ringankan tangan membantu orang. Jadi baik meskipun orang benci. Kalau jadi jahat lagi orang melaknat. Jadi baik kau untung dunia akhirat. Ikhlaskan hati dan moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang selalu memberi. Ini peringatan buat aku, aku, aku dan juga semua. Aku juga banyak lacking. Banyak sangat. Mohon maaf atas kekurangan aku. Dan maaf kerana gunakan aku.
No comments:
Post a Comment