Friday, July 12

Aku pilih bahagia.



Norma hidup
Ada derita, ada bahagia.
Ada tangisan, ada ketawa.
Manusia diturunkan ke bumi untuk hidup 
Meniti hari-hari yang penuh dugaan dan pancaroba.
Kelak manusia akan balik semula ke tempat asal mereka 
yakni Jannatul Firdaws.

Dalam hidup manusia diberi pilihan.
Dua pilihan penentu kehidupan 
Pilih antara dua.
Hidup di muka bumi
mahu menjadi watak antagonis
atau watak protagonis?
Mahu disukai atau dibenci?
Mahu dihormati atau dipijak?
Mahu diberkati atau dilaknat?
Mahu syurga atau mahu neraka?
Kita pilih.

Kalau aku.
Aku pilih yang mana membawa aku ke syurga Illahi
Mungkin tak mudah, tapi apa salahnya cuba dan terus cuba.
Biarlah longlai asalkan tak terus patah semangat.
Biarlah rebah termelutut dan bangkit semula
dari jatuh terlentang lalu meratapi pula nasib yang menyedihkan.
Menyalahkan Allah itu kejam sedangkan Dia masih kurniakan nafas. 
Siapa yang kejam?
Yang Maha Pengasih atau kita manusia yang tak sedar diri berTuhan?

Hapuskan air mata di pipi, bangun.
Kesat air mata yang bercucuran, senyum.

Mungkin hidup aku tak sempurna
tapi ada mata-mata manusia yang menginginkan posisi aku
sedang aku pula sibuk merasakan 'kalaulah aku ini dia'
Hidup aku tak seindah apa yang dilihat, sejujurnya.
Tapi hidup aku cukup lengkap.
Keluarga, dia, sahabat yang benar-benar sahabat fillah.
Itu sudah lebih dari cukup.
Dan sememangnya aku sangat perlu bersyukur atas kurniaanNya.


No comments:

Post a Comment