Saturday, July 27

Separuh Jiwaku Pergi (Short Novel)


Bahagian 2

Aku bingkas bangun dan terus beredar dari meja menuju ke bilik air. Aku menangis semahunya. Amani yang tersedar dengan tingkah laku aku, mengikut aku dari belakang.

“Anis, aku dapat tahu kau dengan Azim dah putus. Apa yang sebenarnya berlaku? Aku bukanlah nak busy body tapi aku risaukan kawan aku. Walaupun kita tak serapat dulu, tapi aku sayang semua kawan-kawan aku. Dan meskipun lepas kau ada Azim, kau pernah kata, kau tak pernah anggap aku sebagai kawan baik kau, aku redha. Aku masih tetap anggap kau kawan baik aku dunia akhirat.” Amani mengusap bahu aku cuba menenangkan aku yang masih lagi menangis.

“Hati aku sakit Amani. Aku tak tahu mana silap aku sampaikan dia tinggalkan aku untuk perempuan lain. Lelaki semua sama sahaja! Tak cukup dengan yang satu, yang lain dicari-carinya. Aku mintak maaf aku pernah sakitkan hati kau. Aku silap menilai kau.”

“Tak ada manusia yang sama Anis. Lelaki semua sifatnya berbeza-beza. Cuma kau belum jumpa lelaki yang sangat baik untuk diri kau. Mungkin awal-awal lagi, Tuhan nak tunjukkan perangai Azim. Bersangka baik dekat Allah. Satu hari nanti Dia akan gantikan Azim dengan lelaki yang jauh lebih baik. Ingat tu Anis. Pasal hal dulu, biarkan jelah. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih ok?”

“I'm sorry Amani. Aku akan cuba bersangka baik.” Amani tersenyum melihat keadaan aku yang kembali reda.

“Kau kena kuat Anis. Prove to him what he had lost. Prove to him you’ll be happier without him in your life and prove to him dia langsung tak layak untuk kau.”

“Thanks for the advice Amani. You’re the best.” Aku tak sangka walaupun dulu aku pernah buat jahat dekat Amani, dia tetap anggap aku kawan baik. Walaupun aku tinggalkan dia, hina dia dan pilih Azim instead of her, dia tetap setia anggap aku kawan baik. Mungkin ini khilaf aku yang Tuhan mahu tunjuk. Karma berjaya menggigit.

* * * *

Malam aku sepi. Ditemani lagu-lagu sedih. Gambar-gambar aku dan Azim waktu kami masih bersama dulu menjadi peneman bila aku rindu. Bukanlah aku tak cuba untuk lupakan dan move on. Kalau orang lain berada di dalam kasut aku, mereka cuba rasa pedih perih aku, mereka akan faham kenapa susah untuk move on. 

“Move on” bukan kerja mudah dan perlukan masa yang lama untuk sembuhkan luka. Dua perkataan yang simple, tapi sebenarnya sangat complicated. Pintu hati aku pun dah tertutup untuk mana-mana lelaki. Cukuplah Azim, aku fobia dengan lelaki lain. Sekali lagi aku tidur ditemani air mata. Cukuplah. Sedang aku sibuk mengimbau kenangan, ibu mengetuk pintu.

“Anis dah tidur ke belum?” Ibu menjengah ke dalam bilik.

“Belum lagi tapi dah ngantuk. Anis nak bersendiri malam ni.”

“Anis dah makan dinner belum? Ibu tengok nasi tak berusik. Makanlah ya.”

"Anis tak lapar."

"Tak lapar pulak. Awak tu tak makan lagi takkan tak lapar. Anis pergi makan cepat."

“Anis taknak makan!” Aku mula meninggikan suara.

“Kenapa taknak makan? Ibu risau nanti. Pergilah makan nanti sakit pulak.” Ibu masih cuba memujuk.

“Anis cakap taknak, taknaklah! Ibu ni tak faham ke orang nak bersendiri.” Aku menekup muka dengan bantal. Tidak mahu lagi melayan kerenah ibu. Menambah sebal.

“Hmm, suka hati kamu lah. Dah sakit nanti jangan mengadu kat ibu.” Ibu membalas kata-kata aku lalu terus berlalu keluar dari bilik.

“Kacau je” Getus hati aku.

* * * * 

Entah kenapa pagi Sabtu itu, hati aku seperti ada yang tak kena. Aku putuskan untuk ikut Tasha dan Sakinah pergi shopping. Pagi lagi aku sudah bersiap rapi untuk keluar pergi makan angin. Dah lama aku tak ikut serta ‘Girls Day Out’ sejak aku dengan Azim. Ke mana mana aku cuma bersama dia sahaja.

“Ibu, Anis nak duit.”

“Anis nak buat apa tiba-tiba mintak duit. Kan ibu dah bagi Rabu kelmarin?”

“Sakinah ajak Anis shopping. Kepala Anis kusutlah fikirkan masalah Anis. Anis nak enjoy dengan kawan-kawan Anis.”

“Ibu dah bagi haritu. Ibu dah pesan jimat-jimat gunakan duit.”

“Alaaaaa tapi duit haritu dah habis. Anis guna buat beli baju dinner, hari Selasa minggu depan ada Annual Dinner lah”

“Ibu taknak bagi.”

“Ibu ni kenapa? Kenapa kedekut dengan anak sendiri?”

“Ibu dah bagi haritu kenapa Anis taknak berjimat? Kamu fikir masalah kamu je, ibu susah payah nak cari duit, fikir masalah duit tak cukup untuk tanggung Adrian dengan kamu, ada kamu cuba fikirkan? Jangan manja sangat Anis! Kalau satu hari nanti ibu pergi macam mana?”

“Ishhhhhhh, kalau taknak bagi tak apalah. Ibu tak payah membebel. Susahlah macam ni. Mintak duit sikit pun tak boleh. Baik Anis duduk dengan ayah je.” Aku berjalan pantas keluar dari rumah, menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu pergi.

“Ishh geramnya. Mintak duit sikit pun nak marah sampai macam tu sekali.” Aku mendengus kasar. Duit poket yang ibu beri tempoh hari sudah tinggal RM50 macam mana nak shopping pula. Jatuh air muka aku. Sakinah dan Tasha kedua-duanya anak orang berada nak dibandingkan dengan aku ni, bezanya bagaikan langit dengan bumi.

Aku putuskan untuk singgah ke rumah ayah. Mungkin ayah boleh consider bagi duit poket pada aku.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Eh Anis rupanya.” Aunty Suzy membuka pintu. Jelas sekali Aunty Suzy kelihatan terkejut melihat aku di depan pintu rumahnya. Aunty Suzy adalah ibu tiri aku. Selepas ayah bercerai dengan ibu, ayah menikah lagi.

“Anis nak jumpa ayah. Ayah ada tak?”

“Lahh, masuklah dulu. Kan ni rumah Anis jugak. Mari, mari masuk.”

“Ayah tengah bersiap. Ada urusan pejabat katanya. Tapi sekejap lagi dia turun. Aunty buatkan air untuk kamu ya. Tunggu sekejap.” Aunty Suzy langsung terus menuju ke dapur.

Beberapa minit selepas itu, ayah bersuara dari tingkat atas.

 “Ha, ada apa anak ayah datang ke mari? Dah lama tak jenguk ayah. Ayah rindu dekat Anis.” Ayah menuruni tangga perlahan-lahan mendekati aku. Ayah terus memeluk tubuh kecil aku ini dan menepuk-nepuk bahu aku. Boleh dikatakan sudah berbulan juga aku tak singgah ke rumah ayah.

“Anis pun rindu ayah juga. Tapi lately Anis banyak assignment lah yah.”

“Ohhh macam tu. Takkan assignment lagi penting dari ayah kot?”

“Alaaaa bukan macam tu lah ayah. Ayah ni...”

“Ayah bergurau jelah. Ibu kamu dengan Adrian macam mana? Ayah dah lama tak peluk Adrian.”

“Diorang okay je yah. Ayah ni cakap je Anis lupa kat ayah. Ayah tu yang busy sangat kerja kat ofis sampai lupa dekat Adrian. Kan aunty kan?”

“Aah, macam tulah ayah Anis ni. Kesian aunty kena duduk rumah sorang-sorang dekat rumah sepanjang hari. Nasib baik ada Bibik Erin buat teman.”

“Lahh, tengok aunty Suzy ni Anis. Dah merajuk dengan ayah pulak. Ha Ha Ha”

“Eh, Anis. Minumlah air tu.” Aunty Suzy mempelawa air oren yang telah dihidangkan di atas meja.

“Terima kasih Aunty Suzy.”

Perbualan mesra kami terhenti bila Bibik Erin bergegas ke ruang tamu. Wajahnya penuh gelisah....


No comments:

Post a Comment