Saturday, July 27

Separuh Jiwaku Pergi (Short Novel)


Bahagian 1

“Kenapa, Azim? Kenapa awak nak tinggalkan saya?” Aku merentap tangan Azim. Genggaman tangan aku dilepaskan, kasar. 

“Aku dah taknak tengok muka kau lagi. Aku benci kau. Aku tak suka hidup dengan kau. Aku taknak kau lagi. Aku dah ada orang lain yang lebih baik dari kau.” Azim mendengus kasar sambil dahinya dikerutkan.

“Kenapa Azim? Apa yang saya dah buat. Saya setia dengan awak. Saya nak hidup dengan awak, nak jaga awak. Kenapa awak buat saya macam ni after all that we’ve been through.” Aku cuba untuk menenangkan Azim. 

“Peduli apa saya awak setia ke tak setia. Bagi saya awak ni sampah!” Kata-kata Azim membuatkan tangan aku terus menampar pipinya. 

“Sampai hati awak! Awak buang saya, awak panggil saya sampah. Awak kejam, Azim! Saya benci awak sampai saya mati!” Aku berlari pergi meninggalkan Azim. Tergamaknya hati dia memperlakukan aku sebegini teruk. Aku mengesat air mata jernih yang membasahi pipi aku. Apa salah aku... 

Sampai sahaja rumah, aku berlari masuk ke bilik dan langsung menghempaskan pintu. Ibu yang sedang menolong Adrian menyiapkan tugasan sekolahnya tergamam melihat sikap aku. Adrian dan ibu memandang sesama sendiri. Ibu bangkit dari sofa, berjalan perlahan menuju ke dalam bilik aku. 

“Anis sayang, kenapa ni? Ada yang tak kena ke?” Ibu merapati aku lalu duduk di tepi katil. Aku menekup muka dengan bantal masih menangisi apa yang barusan terjadi. 

"Anis.. ok” 

“Kalau anak ibu ni ok takkan menangis pulak? Anak ibu ni kan periang. Ceria selalu? Ada apa ni? Cuba cerita dekat ibu meh.” Ibu menarik lengan aku. Cuba untuk menenangkan keadaan yang tegang. 

“Azim... Azim tinggalkan Anis” Aku memeluk ibu erat. 

“Lah... sebab Azim ke Anis menangis sampai macam ni? Haih. Kenapalah si budak Azim tu. Ibu tengok dia sayang betul dengan kamu. Kenapalah dia buat kamu macam ni. Memang nak kena budak tu.” 

“Azim panggil Anis, sampah. Dia buang Anis. Dia maki hamun Anis. Apa salah Anis, ibuuuu” Teresak-esak aku menangis. Pedihnya hati diperlakukan seperti perempuan tidak bermaruah. 

“Ya Allah, melampau betul budak tu. Nak ibu jumpa dia tak? Biar ibu kasi smack down budak tu” 

“Hmm ibu, tak payah lah. Nanti Azim cakap Anis ni kuat mengadu.” 

“Hihi, anak ibu kan memang kuat mengadu. Biarlah dia nak kata apa pun. Lelaki macam tu tak layak dapat anak ibu ni.” Sempat ibu cuba bergurau senda. 

“Ish.. ibu ni kan...” Aku terketawa kecil. Ibu mengesat lembut air mata aku. Jari jemari ibu hangat, sehangat kasih sayangnya. 

“Dah... jangan nangis pasal benda kecik lagi dah. Anak ibu ni kuat kan?” Serasa sakit dalam hati aku berkurang bila aku dalam dakapan ibu, bila dipujuk ibu. Aku rasa kesakitan itu kian lenyap. Semuanya terasa kembali pulih untuk sementara. 

“Anis kuat bila ada ibu je.” Makin erat pelukan ibu. 

“Ibu tahu anak ibu semua kuat-kuat. Dah pergi bersiap dan mandi. Busuklah. ibu terpaksa tahan nafas Anis busuk sangat.” 

“Ishhhhh, mana ada lah ibu ni kan pandai-pandai je. Anis nak pergi mandilah ni.” Aku bangkit dari katil terus mencapai tuala yang disangkut kemas pada belakang pintu. 

 * * * * * * 

Usai mandi dan solat isyak. Aku menghamparkan badan aku ke atas katil. Menarik teddy bear yang terjatuh di bawah katil lalu memeluknya. Kata-kata Azim masih terngiang-ngiang. Masih aku ingat setiap bait katanya yang sangat menyakitkan hati aku. Bersepai pecah hati ini. Tergamaknya dia. Kejamnya dia.

Serasa bagai separuh dari jiwa aku pergi. Mungkin juga keseluruhan jiwa dan hati aku ini hilang. Berlubang hati aku dirodoknya dengan pisau tajam. Macam mana aku mahu lupa. Azim lelaki yang paling aku sayang. Aku setia, tapi dicurangi. Aku sayang, tapi dibuang. Dibuang macam tu sahaja. Terukkah aku sampaikan dia memperlekehkan hati ini.

Lama aku bersoal jawab dengan hati. Dikuis-kuis hidung teddy bear tadi bila geram. Dipeluk bila terasa rindu yang teramat sangat pada Azim. Dan dicampak pula bila perasaan geram menyelinap lagi dalam kotak hati. Sampai bilalah aku terus macam ni. Air mata mengalir deras bila aku teringat setiap peristiwa pahit manis aku dan Azim. Malam yang dingin, aku tidur bertemankan air mata bersama hati yang ranap.

Pagi aku yang selalu disinari dengan “Good morning Anis sayang. Azim loves you” cuma tinggal kenangan. Aku tak tahu mahu klasifikasikan ia sebagai kenangan manis yang perlu dikenang atau kenangan manis yang tak perlu aku ingat kembali. Aku buntu.

Urgh, dah pukul 9:30 pagi. Kelas aku 10:30. Malasnya. Aku bangun menuju ke bilik mandi untuk bersiap ke kelas. Letihnya. Hari ini kelas Mandarin pukul 8:30 pagi dibatalkan. Aku cuma ada satu kelas iaitu kelas Statistics sekejap lagi. Janganlah aku terserempak dengan Azim seperti selalu. Kalau boleh aku mahu tukar kampus biar aku senang hati tak perlu nampak muka jantan keparat tu lagi. Apakan daya. Pasrah.

Aku menyarung kasut dan menghidupkan enjin kereta. Ibu menghulurkan bekal makanan roti sandwich telur yang dibuatnya awal pagi tadi.

“Nah, roti. Jangan tak makan pulak. Bawak kereta elok-elok. Jangan langgar lampu merah. Pakai seatbelt. Hati-hati dekat jalan tu. Ibu sayang Anis.” Ibu memeluk dan mengucup dahi aku.

“Ya. Anis gerak dulu ya. Kang terlambat pulak pergi kelas.”

“Ha, bawak kereta tu hati-hati! Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam ibu.”

Usai kelas, aku terpaksa menapak ke perpustakaan atas persetujuan kelima-lima ahli kumpulan aku bagi membincangkan tugasan yang diberi pensyarah semalam. Aku menongkat dagu sambil mencatat apa yang perlu. Bosan.. Semua nak ikut kepala sendiri. Teamwork apa macam ni.

Sakinah menepuk bahu aku. “Oi, mengelamun jauh nampak.”

“Manada aku mengelamun. Aku tengah buat kerja ni kau tak nampak ke?”

“Ohh buat kerja ya. Dari tadi aku nampak kau tulis nama Azim je. Kau ada masalah dengan dia ke babe? Eh tu Azim, panjang umur dia, baru je aku sebut. Eh siapa pulak minah tu?” Sakinah memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah kiri aku. Terlihat Azim diiringi seorang perempuan. Kelihatan mereka sangat mesra siap bertepuk tampar dan bergurau senda.

Hati aku bagaikan dicincang-cincang. Sakitnya.....



No comments:

Post a Comment