Bahagian Dua.
Malam yang dingin. Hujan membasahi bumi. Aku menghirup perlahan
milo yang masih lagi hangat. Hilangkan kedukaan. At least rasa relax sedikit. Sambil aku menikmati malam yang sepi, aku scroll
timeline Twitter. “Macam kena pula dengan situasi aku.” Getus hati kecil aku. Malam
itu pula trending #AlasanBreakUp. Aku yang membaca, aku pula berasa geram. Kenapa
semuanya seakan sama dengan apa yang aku lalui sepanjang aku bercinta? Apa yang
Tuhan cuba tunjukkan?
Mungkin aku degil. Patah tumbuh. Hancur sembuh. Kuat hati aku. Tiga kali dipermainkan. Mungkin
ada yang keempat?
Keempat? Ya, ada.
Pagi keesokkannya. Seperti biasalah aku akan ke library. Meluangkan masa membaca. Kadang-kala
ada lah juga perasaan rajin bergolek-golek masuk dalam hati, aku buat nota kaki untuk subjek Law. Kalau aku bosan aku melukis. Tapi hari itu, aku bawa bersama buku ‘WTF are men thinking?’ Buku ni menarik. Waktu aku sedang
mengamati setiap bait kata dalam buku tu, aku ternampak kelibat Johan. Johan
Amani. Nama macam orang pandai. Masalahnya memang dia budak pandai. Top student UiTM course
Accountancy. Setiap sem 4 flat.
Mungkin mak si Johan amalkan surah Luqman masa
mengandungkan dia. Takpun mak dia selalu bekalkan kismis nabi masa dia
kecik-kecik. Otak bertambah geliga. Mungkin itu antara penyebab dia pandai.
Mungkin. Aku buat andaian sendiri.
Buku ditutup. Aku perhatikan gelagat pelajar-pelajar lain
dalam library. Ada yang tekun. Ada yyang tergelak-gelak entah apa yang lawak
sangat. Ada yang garu-garu kepala. Macam-macam.
Aku mula perhatikan Johan.
Amboi rajinnya membaca. Padanlah pandai. Dengan spec mata, segak berkemeja
hitam. Tergugat iman tengok lelaki skema tengah belajar. Skema bukan skema
nerd. Tapi skema jenis Johan ni skema hot. Aku menongkat dagu. Sambil aku sumbat
ear phone dalam telinga dan layan lagu Paramore, aku jeling-jeling. Surprisingly,
jelingan aku dibalas jelingan dia. Eh, dia perasan aku pandang dia ke? Alamak.
Pura-pura tengok handphone.
Aku pandang dia lagi sekali. Kami bertentangan mata. Aku terus
pandang ke tempat lain.
Aku menjeling dari arah sisi, ternampak dia bercakap dengan
seorang lelaki. Aku tak fikir apa pun. Lelaki tadi datang dekat meja aku untuk bagi
secebis kertas dan dalam kertas tu ada nombor dan perkataan “call me maybe?
:-)” Pehhhh lelaki ni. Lantas, aku bangkit dari kerusi dan berjalan
menuju ke arah meja tempat duduk Johan.
“Okay, listen carefully dude. Aku dah broke off dengan tiga
orang teman lelaki aku. Ketiga-tiga lelaki yang aku kenal semuanya perangai macam
haprak. Tambah lagi dulu cinta aku bertepuk sebelah tangan dan end up aku
dikecewakan. Kalau aku call kau dan terima kau jadi boyfriend aku, mesti satu
hari nanti bila kau dah mula bosan dengan aku, kau akan mula cari alasan bodoh
untuk putuskan hubungan dengan aku. Mesti kau akan jadi jenis yang hmm let me
guess. Oh, mungkin nanti kau hantar sms dekat aku ‘saya nak fokus study. Saya
tak dapat nak teruskan hubungan kita.’ Tapi kesudahannya, few days later kau
dah ada perempuan baru.”
“Tapi.....” Johan cuba mencelah.
“Atau mungkin kau jenis yang akan kata ‘awak terlalu baik
untuk saya. Mungkin ini bukan takdir kita bersama.’ Jadi sebelum aku
dikecewakan lagi, better simpan nombor kau ni baik-baik dan pergilah cari
perempuan yang mudah terpedaya sebab aku bukan lagi perempuan macam tu. Hati
aku dah bulletproof. Tembak pakai sniper pun takkan pecah berderai lagi. So,
bye.”
Aku menoleh ke belakang “And one more thing, jadi gentleman
sikit boleh? Datang dekat aku bagi sendiri nombor tu. Aku akan lebih
hargainya.” Aku terus berjalan ke arah meja aku, angkat buku dan terus bergerak
keluar dari library tanpa pusing sedikit pun pada Johan.
“Wow, who is she? Impressive. Belum pernah perempuan cakap
dekat aku macam ni. Aku akan buat perempuan ni terkedu nanti. Tunggulah kau.” Johan
sudah merancanakan sesuatu.
* * *
Petang tu waktu di kafeteria, aku dan Juliana duduk berbual
kosong. Kejap kejap aku mengeluh. Kejap kejap aku sedih. Kejap kejap aku tersengih. Jiwa aku entah ke mana. Juliana tepuk bahu aku dan bagi semangat. “I
know how you feel walaupun aku tak berada dalam kasut kau, but I know. Dan aku
tahu juga kawan aku ni kuat. Diorang tak layak untuk kau. You deserve
someone better.” Juliana menunjukkan keprihatinannya lalu memberikan senyuman ke aku. Aku turut senyum walaupun hati penuh duka.
Aku hargai dia. Persahabatan ini. Cukup rasanya Juliana ada selalu untuk temankan aku. Cuma aku tak boleh selalu bersama dia. Aku dan dia course berlainan. Roomate aku dan aku tak rapat. Hmm. Mungkin aku gila dan dia tak. Aku pun bukannya selalu lepak dengan dia. Selain Juliana, aku lepak dengan classmate jelah. Kalau tak dengan Fiza atau Farah Ain, aku lepak dengan Syafiq. Itu jelah geng aku.
"Chill babe. One day kau akan jumpa the right guy at the right time. Aku yakin. Dahla babe. Jangan fikirkan sangat. Muka kau pucat. Kau okay tak ni? You need anything?" Juliana menggenggam tangan aku, sejuk. Dia begitu risaukan kondisi aku.
"Takpa Ju. Aku okay." Aku menongkat dagu, memikirkan nasib aku. Haih lah Labu.
Sedang aku mengelamun jauh, kerusi sebelah aku ditarik.
“Hi there girls. I duduk sini boleh kan?” Suara macam aku
kenal. Aku menoleh ke kanan aku. Muka aku terus berubah kelat.
Apa mamat ni buat dekat sini. Dahlah takda adab dah duduk
baru nak mintak izin. Tak malu duduk sebelah aku. Nasib baik kau handsome.
“Oh tak apa. Duduklah Johan. Fitrah pun tak kisah kan,
Fitrah?” Juliana mengenyit mata pada aku penuh nakal.
“Hmmm. Haaa... duduklah kau.” Aku memandang ke arah tempat
lain langsung tak tengok muka Johan. Ceria je pulak Johan ni hari ini.
“Oh by the way, Fitrah. You nak tak ikut I pergi tengok
wayang Twilight Breaking Dawn this weekend? Tak silap I dah keluar dekat
cinema. Kalau you nak, ajaklah Juliana sekali. I dapat free tickets sebenarnya.
Menang contest. Jadi membazirlah pulak I ni bukannya ada ramai sangat kawan.”
“Twilight? Eeee nak nak! I confirm confirm akan ikut. Rezeki
datang bergolek ni.” Juliana tepuk tepuk tangan teruja.
“Hmmm. Tengoklah.” Ikhlas tak ikhlas aku terima ajakkan
Johan. Risau hati aku. Aku ni mudah suka orang. Mudah juga cair dengan ayat
manis. Mestilah aku makin risau. Sebab aku kenal diri aku.
“Kalau macam tu, nanti I’ll pick you both. You girls duduk dalam kan? Jumpa weekend ya. I gotta go. Sebelum tu,
Fitrah. Jangan masam-masam muka. Senyum tu kan sedekah. See you both later.
Bye.”
“Bye Johan. See you later too.” Juliana melambai-lambai
Johan sambil senyum kambing sehinggalah Johan hilang dari pandangan.
“Eishhhh. Aku tak suka dia. Kalau kau suka sangat dekat dia, kau jelah ambik. Aku
takutlah Ju. Kau tahukan how many times aku kena dumped. Sedih tau. Kau cantik,
kau perfect. Boyfriend kau pun tak pernah curang dengan kau. Hmmm” Aku mengeluh panjang.
“Alaaa. Okay okay aku terlupa. I’m sorry. Tapi kau akan pergi jugak ikut
tengok Twilight this weekend kan? Not because he asked you, tapi for me?”
Mulalah Juliana kelip-kelip matanya buat aku rasa tak sampai hati untuk kata
tidak.
“Okay. Fine. Aku ikut. Tapi after the movie, kita terus
balik okay? Promise?”
“Iya, babe. Promise” Juliana tersengih-sengih, gembira.
Bukan kerana aku nak ikut teman dia, tapi sebab dia dapat tengok Edward Cullen.
Hmm untung sangatlah.
* * *
Malam aku sangat hambar. Aku cuma duduk depan laptop buat
assignment yang perlu dihantar esok. Biasalah student suka buat kerja last
minute. Akulah tu student yang suka buat kerja bila dah dekat-dekat dateline. Lecturer dah bagi lama kerja ni. Aku tengah bertempur hebat dengan
assignment boleh pula roomate aku ni berenak-enak tengok Lawak Ke Der,
terkekek-kekek dia ketawa sendirian. Aku hiraukan dia dan teruskan kerja aku.
Sambil aku siapkan kerja, aku scroll timeline. Mana berkait
rapat dengan diri aku, aku retweet. Dengan adanya Twitter hidup aku taklah rasa
sepi sangat. At least setiap saat ada sahaja orang post tweet membebel entah
apa apa. Jari tersepit pintu pun nak bagitahu orang. Unlike Facebook. Timeline
Facebook tak bergerak selaju ini.
Sedang aku membalas tweet Fiza berkaitan assignment yang
perlu dihantar, aku terperasan nama Johan Amani, baru 2 minit dia follow aku.
Mana pulak dia dapat Twitter aku ni? Dan kenapa dia terhegeh-hegeh sangat nak
follow aku bagai. Rimas!
Aku jadi ingin tahu. Aku buka profile Johan. Mana tahu dia ada tweet tentang aku. Manalah tahu.
"A 21y/o guy who loves his mom so much ♥" Bio dia comel. Mesti anak mak. Aku memang dah agak. Muka jambu macam dia kalau bukan anak mak, memang sangat mustahil. Aku scroll ke bawah dan ke bawah. Aku ternampak tweet "Planning on watching Twilight with Fitrah." Aku sangka nama aku tak akan muncul dalam kepala otak dia. Rupanya ada.
Patut atau tak patut aku tweet say thanks atau biarkan je? Aku buntu.
No comments:
Post a Comment