Monday, April 29

#ThatOneGuy (Short Novel)



Bahagian Akhir.

Awek Taufiq yang setahun? Itu aku. Aku dump dia? Bukan ke dia yang menggatal dengan perempuan lain. Siap bawak masuk apartment. Aku tak faham. Aku makin jadi tak faham dengan semua ni. 

Aku mula merasakan ada yang tak beres. 


Aku bersuara, "Uhmm, sebenarnya, saya ex girlfriend dia yang setahun tu. Tapi untuk pengetahuan awak, saya tak dump dia, tapi dia yang mainkan hati saya. Dia bawa perempuan lain masuk apartment dan perempuan tu.... hmm”

“Lahh awak ke orangnya. Baru saya tahu. Malam tu saya pujuk dia, dia luahkan semua yang terbuku dalam hati dia pada saya. Dah puas saya tanya siapa perempuan tu, mana tahu saya boleh tolong serba serbi. Slow talk dengan perempuan tu ke. Tapi dia taknak bagitahu. Saya tak tahu apa reason dia taknak bagitahu. Rupa-rupanya perempuan tu awak, Fitrah. Kalau saya tahu awak ex dia, saya bagitahu awak semua benda ni lama dah. Fitrah, bukan dia yang bawak perempuan tu masuk.....”

“Habis tu siapa yang bawak perempuan tu masuk? Takkan perempuan tu suka hati masuk sendiri dan jalang sangat nak pakai selimut depan Taufiq. And those private messages that I read before?”

“Ya Allah, semua ni salah faham yang besar. Okay, apa yang Taufiq cerita malam tu sebenarnya macam ni. Perempuan yang awak nampak malam tu makwe Harith. Harith ni teruk sikit perangai dia. Malam tu Harith ajak Dania stay apartment sebab saya dan Mukhriz balik kampung. Taufiq pula keluar seharian sambut anniversary korang lah kan?" 

Qayyum menyambung ayatnya lagi, "kiteorang sendiri tak tahu Harith berani beraninya bawak perempuan masuk dalam apartment. Dan katanya Harith keluar pergi beli rokok. Masa Harith keluar, Taufiq pula balik. Dia betul-betul terkejut tengok Dania berselimut je. Nothing happened, Fitrah. Dan pasal private message tu saya tak tahu pulak. Dia tak cerita.”


Aku menahan air mata. Tak tahu apa yang perlu aku rasa. Sedih? Marah? Semuanya kalut.....

“Taufiq betul-betul marah. Marah pada Harith. Marah pada Dania. Then you came knocking on the door. Dia tak buat apa-apa pun dengan Dania. Ini semua cuma salah faham yang nyata. Awak tolak dia waktu dia nak explain. Awak taknak dengar penjelasan dia walaupun seminit. Awak taknak bagi dia peluang, awak terus dumped him and left him macam tu je.”



Air mata yang ditahan akhirnya menitis juga. Selama ini aku salah faham. Aku tak pernah tahu apa yang terjadi. Hati aku sangat sakit bila teringatkan apa yang aku nampak malam tu.

“Pada awal korang berkenalan, dia ingat awak macam perempuan-perempuan lain yang dia pernah kenal. Kaki tipu. Kaki kikis. Kaki ampu. Awak tahukan dia jenis macam mana dulu? Ternyata anggapan dia salah. Awak ubah dia. Saya sendiri tengok dengan mata kepala saya. Kalau dulu, awek keliling pinggang. Tapi lepas dia patah hati, dia lepak dengan saya je. Pandang perempuan pun dia tak lalu. Awak dah bagi hidup baru dalam diri dia.”

“Tapi semua private message dalam inbox dia tu.....”

“Semua private message dalam inbox saya tu cerita lama Fitrah. Awak tak pernah bagi saya kesempatan untuk jelaskan. Saya dah cuba. Malam selepas awak pergi saja dari rumah saya, berulang kali saya taip message untuk jelaskan semua yang dah terjadi. Saya taip, saya padam. Saya taip lagi, saya padam. Saya terlalu takut untuk tahu respon dari awak. Saya tak ada bukti untuk membuktikan perempuan tu no one. Sebab masa lalu saya, saya memang kaki perempuan. Jujur, dia bukan siapa-siapa Fitrah. Tapi buang masa kalau saya cuba jelaskan dan awak tetap tak percayakan saya.”

Aku menoleh kebelakangan. Taufiq berdiri sambil wajahnya sangat serius. Aku cuba untuk bangun dan tinggalkan tempat itu tapi Qayyum meminta aku untuk tunggu dan dengar penjelasan dari Taufiq. Aku turuti.

“Semua message dalam inbox saya semua masa lampau saya. Waktu awal perkenalan, ya saya mengaku saya ada message dengan perempuan lain. Ajak mereka couple. Waktu tu saya tak kenal siapa awak. Saya masih tercari-cari perempuan sempurna. Saya ingat awak macam perempuan lain. Tapi saya tersedar selepas dua bulan bersama awak, saya kenal dengan awak, jujur, saya makin sayangkan awak. Makin perlukan awak. Makin inginkan awak. Saya juga sedar ketidaksempurnaan awak, sempurnakan hidup saya.”

“Saya bekerja di sini dan tak balik Johor sebab saya nak selalu ada di sisi awak, walaupun setiap kali kita terserempak awak tengok saya dengan penuh jijik dan benci sekalipun, saya tetap mahu berada dekat dengan awak. Nothing will change my feelings. Saya kerja sungguh-sungguh untuk awak. Saya dah tak punya siapa siapa selain awak. Saya nak awak jadi isteri saya.”

“Dan mungkin Allah titipkan perasaan ingin tahu dalam diri awak, dan malam ini, Allah bongkarkan segala yang terjadi masa lalu dan saya pasti awak sudah faham. Can’t you see ini takdir kita Fitrah. Saya tahu saya jahat dulu. Saya tahu saya kaki perempuan. Tapi semuanya berubah bila saya kenal awak!” Taufiq melutut di sisi aku. Aku dapat merasakan kesesalan yang dirasainya. 

Aku bencikan dia, tapi tipulah kalau aku kata aku tak sayangkan dia.

Air mata aku deras mengalir. Aku tak tahu apa harus aku katakan. Aku terdiam seketika. Trying to put up my thoughts and feelings into words.

“Taufiq, aku mintak maaf. Tapi aku tak boleh terima kau lagi dalam hidup aku. Walaupun semua ini salah faham. Aku masih rasa.....”


“Fitrah, I still love you. Setiap hari all I think about is you. Saya takkan lepaskan awak lagi seperti sebelumnya. Saya....”

“Sudah Taufiq. Aku cuma masa lalu kau. Kau patut lupakan aku. Jangan buang masa cari aku lagi.” Aku bangkit dari kerusi dan menolak Taufiq ke tepi, lalu berjalan pergi tanpa menoleh sedikit pun. Hati aku perih, pedih. Susah untuk aku gambarkan.

Waktu aku berjalan di satu lorong, satu kumpulan lelaki melepak di situ. Aku tak fikirkan keselamatan aku sedikit pun kerana terlalu melayan perasaan yang hiba. Aku terus berjalan tanpa memikirkan bahaya yang bakal berlaku. Seorang lelaki dari kumpulan itu bersuara.

“Awek lawa siot. Buat apa malam-malam ni nak abang temankan adik?”

“Diamlah! Jangan kacau aku.” Aku menempik ke arahnya.

“Awek lawa marah... makin lawa muka dia. Kenapa awek menangis malam-malam ni awek? Kena tinggal balak ke? Balak cari bohsia lain lahtu....”

“Aku cakap jangan kacau aku!” Aku menolak lelaki tadi yang semakin melampau.

“Wahhh... perempuan ni main kasar tolak-tolak aku. Weh perempuan, jangan jual mahal sangat lah. Perempuan murahan cam kau tak layak pakai tudung... kalau kau bukak tudung lagi cantik!” Lelaki tadi menarik tudung sehingga menampakkan rambut aku. Lelaki jahanam itu menolak aku lalu aku jatuh ke tanah. Dia cuba untuk mencabul kehormatan aku. 

Aku menjerit mintak tolong tapi tiada siapa di situ. Tapi aku tahu Allah ada. Ya Allah, selamatkan aku Ya Allah. Selamatkan aku dari durjana-durjana ini.

Dengan secara tiba-tiba Taufiq datang lantas menumbuk lelaki tadi. Qayyum juga ada. Teruk mereka dipukul. Taufiq yang berbadan sasa memang susah untuk ditumpaskan. Taufiq menggenggam tangan aku dan cepat-cepat menarik aku masuk ke dalam kereta.

Satu badan aku menggeletar. Aku ketakutan. Aku trauma. Aku tak tahu apa akan terjadi kalau Taufiq tak ada untuk selamatkan aku. 

“Fitrah, are you hurt?” Dia mula bersuara dengan muka yang penuh kerisauan.

“No.” Aku menggerakkan tangan dan “Ahhh, sakit.” Siku aku berdarah kerana terjatuh waktu lelaki tadi cuba mengapa-apakan aku. "Dont worry. I'm okay. Cuma darah sikit. Thanks for saving me Taufiq."


“Saya bawak awak pergi jumpa doktor. Lain kali jangan buat macam ni Fitrah. I can’t imagine kalau mereka apa apakan awak. I will kill them all. Saya tak boleh hidup tanpa awak, saya nak awak faham satu tu sahaja. Saya boleh jadi gila tau tak?”

Aku memandang dengan penuh sayu wajah Taufiq. Dia begitu risau. Aku tak sangka dia sangat sayangkan aku. Tapi kenapa dia menjauhkan diri? Kenapa after so long baru nak explain everything? Aku menoleh ke tingkap dan menangis.

“Awak... awak jangan menangis. I love you okay? I dont want you to get hurt. Saya akan sakit juga.”

I love you. Semua orang boleh cakap. Tapi tak semua orang boleh buktikan. Malam itu aku sedar, selain cinta tak semestinya memiliki dan pengorbanan, cinta juga memerlukan keikhlasan, kesetiaan, menyayangi dan juga melindungi. Aku bersyukur aku tak cedera teruk. Cuma luka-luka di siku. Kalau Taufiq tak datang selamatkan aku, aku tak tahu apa akan jadi.... Allah mendengar doa hambaNya yang teraniaya.

Malam itu aku sedar, Taufiq ikhlas. Taufiq setia. Taufiq ada untuk aku. Mungkin tidak sentiasa, tapi dia ada di saat aku sangat memerlukan pertolongan.

Sejak kejadian itu, hubungan aku dan Taufiq kembali pulih. Aku nampak pengorbanan dia, bukan hanya pada mulut. Aku nampak cinta dia, bukan hanya pada mulut. Aku nampak kesetiaan dia, bukan hanya pada mulut.

Aku menerima lamaran Taufiq dan kami menikah setelah tiga bulan mengenal semula hati budi. Aku hargai usaha dia dalam menunggu aku. Cinta perlukan penantian. Bukan sekadar menanti, penantian itu mestilah disulami dengan doa. Taufiq berubah. Aku berubah. Hidup kami berubah.

Mungkin setiap kebetulan itu dari Allah SWT. Mungkin ini jodoh. Mungkin ini dia lelaki yang telah tertulis di lauh mahfuz. Milik Fitrah Yusni binti Kamarudin selamanya, sampai ke syurga.


Jujur, aku bukan Tuhan yang menentukan jodoh. Aku mampu mencintai, tapi sekiranya Allah kata bukan orangnya, maka bukan. Setiap jodoh yang dikurniakan Tuhan, pasti yang terbaik. Taufiq Henry bin Abdullah adalah kekasih aku dan juga suami aku, dunia akhirat. 


3 comments:

  1. salam kak adah, update lagi short story lain. saya suka baca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah. terima kasih awak :"> Inshaa Allah nanti kita update lagi okay.

      Delete
  2. Interesting, macam cerita benar pulak :)

    ReplyDelete