Bahagian Akhir
Aku dah nak masuk tidur, ada sahaja yang nak kacau. Aku membuka
pintu. Lah, Juliana rupanya. Kenapa pulak dia datang malam-malam macam ni.
Jangan jangan Johan bagitahu perkara sebenar.
Tapi. Takkanlah?
"Kenapa kau datang malam-malam ni Ju? Aku bertanya pada Ju yang masih tercegat di pintu, tercungap-cungap. Dia ni berlari ke tadi? Ke kena kejar hantu? Tapi kenapa pula Ju datang malam ni sedangkan hari esok masih ada? Kalau ada hal penting pun biasanya dia sms je. Bingung aku dibuatnya.
"Kau buat aku cuak lah babe. Kau ni kenapa?" Secara tiba-tiba Juliana menarik lengan aku dan membawa aku ke tepi tangga.
“Ehhh! Kenapa kau tarik aku ni sakit lah. Ju, kau okay tak ni? Kau demam? Ke kau nampak hantu?” Aku semakin
risau melihat gelagatnya. Juliana menghela nafas, lalu melemparkan senyuman ke aku kemudian tertawa sendiri. Peliklah dia ni. Aku makin bingung.
“Hahahaha. This is crazy and I don't really know how to put this into words. But guess what?! Johan lamar aku tadi! Aku gembira sangat
Fitrah. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku. I don’t even know
what to say, what to do, should I scream? Haha I just can't think straight because I am too happy! Dia lamar aku dalam kereta tadi. Ini cincinnyaaaa, asalnya cincin mummy Johan." Juliana menarik nafas panjang. Lalu menyambung ayatnya.
"Ya Allah you know what, aku sampai tak boleh nak kata apa. Lidah aku kelu sampai tak boleh nak kata ‘I do’ waktu dia keluarkan cincin tadi. And Johan kata besok dia akan bawa aku ke rumahnya lagi untuk khabarkan berita
ni dekat Auntie Ariyana saing buat perancangan selanjutnya. Malunya aku Fitrah. What
should I do? I don't even know what to wear."
Jantung aku bagai berhenti berdegup bila mendengar
berita ini. Berita yang sangat mengejutkan, aku tak jangka. Hati aku cuma mampu menangis dari dalam, tapi
kuatnya hati ini, aku masih mampu untuk terus tersenyum.
“Tahniah Juliana. Kau dapat lelaki yang kau idamkan. I’m
happy for you. So happy!” Air mata mula mengalir deras waktu Juliana berada
dalam dakapan aku.
“Thank you Fitrah. Kau kawan baik aku dunia akhirat. Aku
sangat hargai persahabatan kita. Aku sangat bersyukur pada Allah sebab aku
dikurniakan rakan sebaik kau. Tak pernah putus bagi aku dorongan dan semangat,
jatuh bangun aku, kau selalu ada. Aku sayangkan kau sampai syurga, Fitrah.”
Makin erat pelukannya.
"Be happy with him. You deserve it, Ju. And I get to see my best friend kahwin dulu, kalau best friend aku kahwin dulu, maknanya dia dapat baby dulu." Aku mencuit bahunya penuh nakal.
"Ya Allah, jauhnya kau fikir. Aku belum lagi sampai ke situ. Nak tunggu hari esok pun aku berdebar Fitrah. Hahahaha."
Persahabatan aku dan Juliana tak akan terputus. Aku sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan dia. Apa sahaja.
***
Mungkin benar kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki.
Andai kita korbankan cinta kita demi kebahagiaan orang lain. Pasti Allah akan
membalas dengan kebahagiaan yang berlipat ganda.
Walaupun susah bagi Johan untuk menerima Juliana pada
awalnya, tapi cinta antara Johan dan Ju tetap wujud kerana ternyata mereka mempunyai banyak persamaan dan keserasian. Juliana tidak pernah tahu perasaan aku terhadap Johan. Mungkin ada rahsia, yang
harus tetap kekal sebagai rahsia. Hanya Allah dan diri aku sahaja tahu apa disebalik rahsia itu.
Waktu di hari pernikahan mereka, itu adalah kali pertama
Juliana mengenakan tudung. Johan jatuh cinta pada Juliana saat akad nikah. Saat
dia merasakan tanggungjawab jatuh pada bahunya. Saat Juliana sah bergelar
isterinya. Saat mata bertentang mata ketika Johan memandang makmum yang meng'amin'kan doanya di belakang usai solat sunat nikah. Juga pada saat Johan menyarung cincin di jari manis Juliana. Cinta itu ajaib kan?
Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Adam
dengan Hawa. Mama dengan Babah. Johan dengan Juliana. Dan aku?
Aku? Hmmm. Mana terletaknya kebahagiaan aku? Kata orang, jangan
benci bilang sayang. Sebab dari benci yang meluap-luap akan wujud sayang walaupun kecilnya sekecil zarah. Dari marah jadi rindu. Dari menyampah jadi sayang. Mana
datangnya sayang itu? Allah lah yang jentik ke hati manusia. Manusia boleh juga berubah. Andai Allah titipkan hidayah di dalam hati manusia, pasti dia akan kembali ke jalan Allah. Masih ingat Taufiq Henry?
Dialah suami aku sekarang :)
Besarnya cinta dari Illahi. Sangat sweet! Happy ending :)
ReplyDeleteHeee alhamdulillah! terima kasih Anies! :D
DeleteHappy ending ! Wow great ! :')
ReplyDeletehehehe finally kan. alhamdulillah thank you syaza! :D
Deletehoho. setia sampai bahagian akhir.ingat kan ngan Johan. sobs sobs. tapi betul la jodoh tu di tangan Allah. HIS plan is better than our plan :) great !
ReplyDeletehehe awwww thank you hafizah! :'D hehe true things! jodoh tu rahsia Allah kan.
DeleteIts a great story ! Dah boleh jadik novelis lah lepas ni :) Keep writing sis and im here to read it all time.
ReplyDeleteAlhamdulillah thank you sayang :* inshaa Allah in near future. kena improve lagi writing skills. masih banyak lacking. hehe
Delete