As requested by someone. This is a continuation of my short novel #AlasanBreakUp. Enjoy!
Bahagian Satu.
Aku merenung ke luar tingkap. Indahnya bumi ciptaan Tuhan. Hobi kegemaran aku masih kekal tak pernah berubah sejak dulu lagi. Menghirup milo panas waktu hujan membasahi bumi adalah satu nikmat. Aku memandang kad undangan perkahwinan yang terletak di atas meja.
Aku merenung ke luar tingkap. Indahnya bumi ciptaan Tuhan. Hobi kegemaran aku masih kekal tak pernah berubah sejak dulu lagi. Menghirup milo panas waktu hujan membasahi bumi adalah satu nikmat. Aku memandang kad undangan perkahwinan yang terletak di atas meja.
Johan Amani binti Nasarudin
dan Nurul Juliana binti Hamdan. Johan dan Ju bertunang selepas peperiksaan
akhir mereka. Perkahwinan pula akan berlangsung dua minggu selepas hari
graduasi. Cepat betul masa berlalu.
Aku masih lagi menjalani hari-hari aku ke kelas. Buka buku, tutup buku. Balik rumah sewa, aku buka
buku semula, dan biarkan ia terus terbuka. Aku selalu beranggapan kalau aku
tidur atas buku, otak akan serap masuk semua ilmu-ilmu dari buku dengan mudah
dan efektif. Tapi ternyata ianya langsung tak logik dan tak boleh pakai.
Aku selalu terserempak dengan Taufiq Henry sejak aku menyewa
di luar. Urgh. Annoying. Tapi aku musykil. Taufiq kan sudah habis belajar. Tapi
kenapa aku selalu terserempak dengan dia?
Teringat pula waktu dulu, setahun aku bersama dengan Taufiq.
Waktu aku bersamanya aku kerap tanya bilangan batang rokok yang sudah dia
sedut. Katanya sudah makin jarang. Kadang seharian dia tak ambik. Ada satu hari
Taufiq isytiharkan yang dia sudah tak merokok ke aku. Aku betul bangga.
Tapi tak sangka dia sudah mula merokok balik. Aku pernah
terserempak dengan dia waktu aku hendak beli mi goreng dekat kedai mamak
berdekatan dengan rumah sewa aku. Muka dia kerek betul bila menghembus asap
rokok. Aku betul-betul rasa menyampah. Konon cool? Itulah. Bila bercinta semua
sanggup. Bila dah takda apa apa ikatan. Balik semula pada dirinya yang asal.
Manusia tipikal.
Esoknya Sabtu. Aku tak tahu apa yang aku patut buat esok.
Nak balik jumpa mama babah, kopak pula sekarang. Tinggal duit untuk makan dan
beli barangan keperluan. Bukan berkira. Tapi entahlah. Juliana pula sibuk
dengan persiapan perkahwinan. Banyak lagi belum beres katanya. Biasalah. Aku
faham.
Hmm, takpalah. Lebih baik aku masuk tidur, besok sahajalah
aku fikir mahu buat apa. Mana tahu housemate aku ada rencana mahu keluar hang
out besok. Aku seorang sahaja yang belum tidur, lebih baik aku berehat.
* * *
Hari ini aku cuma duduk bersantai di rumah. Tiba-tiba
teringin pula nak makan keropok Pringles. Tambah pula dengan keinginan aku
untuk makan ais krim cornetto dan coklat. Uhmmm nak kitkat. Apa lagi, aku
menyarung tudung, mencapai beg dompet lalu keluar pergi ke 7 Eleven.
“Ini sahaja ya cik? Semua sekali RM6.30” Kata cashier
perempuan yang bertugas di kaunter sambil tersengih-sengih. Pekerja baru ni,
nak sengih pun macam terpaksa je. Tak pernah pula nampak dia sebelum ini.
Nampak sangat aku betul-betul perhatikan orang. Aku tersenyum sendiri.
Waktu aku pusing ke belakang untuk keluar, aku terlanggar
seorang lelaki lalu aku jatuh terduduk. Aku memandang ke muka lelaki yang
terlanggar aku tadi. Ish, Taufiq. Mana ada aku, ada saja dia ni. “Aduhhh, sakitnya
bontot aku.” Sambil menggosok-gosok di bahagian pinggul.
“Eh, sorry Fitrah. Sorry sangat sangat sebab terlanggar awak. Saya tak perasan.
Awak okay?” Taufiq memohon maaf lalu menghulurkan tangannya.
“Hmm, takpalah. Aku pun tak perasan jugak. Sorry langgar
kau. Tak, aku okay.” Aku dengan nada yang agak serius menjawab pertanyaannya.
Lantas aku bangun, mengangkat barang aku dan terus keluar. Bengkak punggung aku macam ni. Aduii.
Aku sudah semakin kerap terserempak dengan dia. Kenapa dia
tak balik Johor? Apa lagi yang dia nak semak semak lagi depan mata aku. Kenapa
ya?
Aku terbaring di atas katil memikirkan semua kebetulan yang
semakin kerap berlaku. Hari tu aku jumpa dia dekat kedai mamak. Sebelum tu aku
ternampak dia dekat klinik. Harini pula aku terlanggar dia dekat 7E.
Perasaan ingin tahu ini menyelubungi hati aku. Minda aku. Aku harus cari informasi tentang Taufiq. Kenapa dia masih ada di sini sedangkan dia sudah habis belajar? Kalaupun dia extend satu semester, mesti aku akan kerap terserempak dengan dia dalam kampus, dia kan suka melepak dalam perpustakaan. Tapi aku hanya selalu nampak dia dekat luar kampus.
Hmm, aku jadi musykil.
Kebetulan housemate aku, Nadia adalah junior Taufiq. Mungkin
dia kenal seniornya. Tapi sia-sia sahaja usaha aku. Nadia kata, dia tak berapa
rapat dengan senior senior dan dia malas nak ambil tahu.
“Kenapa kau tak tanya Abang Qayyum? Mesti dia tahu setiap
benda pasal Taufiq. Dia kan dulu tinggal serumah dengan Taufiq. Mungkin kau
boleh dapat tahu dari dia.”
“Abang Qayyum? Kau ada nombor dia tak?”
“Ada.. ada... Sekejap aku cari dalam handphone. Ahhh,
0176557431.”
“Okay, thanks babe.”
Nadia merupakan housemate aku yang paling rapat berbanding
Sofia, Musfirah dan Atifah. Mungkin mereka tak seperti Nadia. Walaupun Nadia
lebih muda setahun dari aku dan baru masuk semester ke tiga, tapi aku suka
berkawan dengan dia. Aku tahu Nadia lebih faham aku, dan boleh terima gila aku.
Malam itu aku sms Qayyum.
“Assalamualaikum. Ini Qayyum kan? Boleh tak kalau saya nak
jumpa awak? Ada hal sikit nak tanya. Saya Fitrah. Kawan Nadia. Kalau awak free
malam ni kita jumpa dekat kedai mamak Abdul Khabil jam 9:00 PM. Thanks awak J”
Beberapa minit selepas itu, sms masuk. “Wslm. Aah, Qayyum
ni. Owh.. insya Allah.. nnt kte jumpe kat sane ok.”
* * *
Sebelum jam 9:00 lagi aku sudah berada di kedai mamak. Aku
menongkat dagu dan menjuihkan bibir sambil tengok wrestling di televisyen. Bosannya.
Mamak ni cubalah buka channel lain. Suka betul tengok wrestling. Entah apa yang
seronok sangat tengok lelaki badan ketak-ketak bergasak. Asal aku datang kedai
dia, wrestling. Setiap masa wrestling. Aku merungut sendiri dalam hati.
Seorang lelaki keluar dari kereta Proton Wira. Dia memandang
kiri ke kanan seperti mencari seseorang. Mungkin itu Qayyum. Aku mengangkat
tangan dan melambai-lambai ke arahnya. Qayyum berlari anak melintasi jalan dan
menuju ke arah tempat aku duduk.
Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan
aku. Qayyum mengangkat tangannya memanggil mamak yang sedang leka menonton wrestling. "Haaa mamak, kasi saya kopi panas satu. Kurang manis tau. Nanti kencing manis pulak." Dia tertawa kecil. Kemudian memandang ke aku, lalu tersenyum.
Aku gugup. Manisnya senyuman Qayyum ni. Boleh bikin cair hatiku. Aku mengetap bibir. Malu. Suasana antara aku dan dia sepi seketika. Lalu dia bersuara. "Aik, awak. Takkan diam je ni? Awak nak tanya pasal apa?"
“Uhmm. Tak tahu macam mana nak mula sebenarnya. By the way, saya dapat nombor awak dari Nadia. Dengar
cerita, awak rapat dengan Taufiq dulu? Korang masih rapat ke? Korang tinggal
serumah kan dulu? Boleh tak saya nak tanya, dia buat apa eh sekarang?” Aku bertalu-talu
mengajukan soalan.
“Aah kiteorang masih rapat lagi. Dia dah habis belajar. Bukan awak tahu ke? Hmm, tapi satu jelah, dia masih menetap dengan
saya kat apartment yang sama. Dia bekerja sekarang.”
“Ohh, memang saya tahu dia dah habis belajar. Kenapa dia
cari kerja dekat sini? Sedangkan dekat Johor berlambak-lambak kot kerja?”
“Itu saya tak pasti. Tapi pernah sekali masa sem 4, dia
patah hati gila-gila. Sebelum dia patah hati, frust menonggeng keadaan dia langsung tak macam tu. Setiap hari tersengih bila dia bersms. Entah apa yang dia seronokkan. Masa tu memang dia
jarang lepak dengan kiteorang. Dia memang bahagia betul. Ni, dia kerja kat sini nak
kumpul duit katanya. Nak meminang perempuan tu.” Masa semester 4 Taufiq patah
hati? Perempuan tu siapa? Aku ke?
“Dia kan banyak perempuan? Awak tahu tak perempuan tu siapa?
Apa nama dia?”
“Hmmm, saya tak kenal perempuan tu. Taufiq kalau bab awek yang dia
betul-betul sayang, memang dia tak bagitahu kiteorang, simpan je sorang-sorang. Memang dia banyak kenal awek
tapi bila dia kena dump dengan awek dia yang setahun tu, dia sampai
taknak makan, taknak buat apa apa. Berkurung je dalam bilik. Nasib baik saya dapat pujuk dia. Semalaman saya dengar cerita dia. Memang dia hilang semangat masa tu.”
Awek Taufiq yang setahun? Itu aku. Aku dump dia? Bukan ke dia yang menggatal dengan perempuan
lain. Siap bawak masuk apartment. Aku tak faham. Aku makin jadi tak faham
dengan semua ni.
No comments:
Post a Comment