Bahagian Empat
Aku
terkedu. Aku berdiri kaku sambil tertunduk. Jantung aku berdegup kencang.
Johan mendekati aku selangkah, "I sayangkan you Fitrah, habis
diploma I nak terus masuk meminang you. I percaya you jodoh I. The only girl I
think of before I go to bed, is you. Plus, semua perempuan yang nak berkawan
dengan I tengok rupa I semata-mata. Ada yang even menggunakan I. I dont mind
tapi I tak rasa they're being 100% honest. But you're different. Hari pertama you
tegur I dekat library pun you marah-marah.”
Aku terdiam. Aku mengumpul keberanian untuk memandang ke
muka Johan. "Dont try to convince me. I no longer trust men and their
words."
“Tapi Fitrah.....”
“I don’t wanna hear anything. I gotta go.” Aku menggalas beg
dan menolak Johan ke tepi lalu terus berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang.
Sampai sahaja bilik, aku mencampakkan beg dan menghempaskan
badan ke atas katil. I wanna go home. Aku teramat rindukan mama babah dekat
Perak.
"Ahhhhhhhhhhhh. stress aku macam ni hari-hari. Dahlah
makin dekat dengan final exam. Spoil lah.” Aku menekup muka aku dengan bantal.
Macam-macam benda aku fikir selepas aku dengar luahan hati Johan. Betul ke apa
yang Johan cakap? Semua ni terlalu rumit! I just wanna sleep, I don’t want to
do anything, except breathing. Aku mengeluh panjang.
"Ktok tok tok" Pintu bilik aku diketuk perlahan. Aduhhhhhh.
Siapa pulak ketuk pintu ni. Ada saja orang nak kacau mood aku. Ni mesti nak
mintak print assignment. Leceh ah awal-awal taknak print.
"Takda orang dalam bilik ni." Aku teriak.
"Fitrah! Main-main lah kau ni. Aku datang nak bagi hard
disk kau yang aku pinjam semalam. Aku dah tengok movie Sekali Lagi yang kau
suruh tengok. Sedih gila weh cerita tu! Emm. Anyway, Fitrah, aku nak bagitahu
satu rahsia. Tapi aku nak kau jangan bagitahu Johan."
"Apa dia yang kau nak bagitahu sampai tak boleh
bagitahu Johan?" Aku bangun dan duduk di sebelah Ju.
"Aku.... Aku rasa aku.... Aku ada hati dekat
Johan. Hihihi." Juliana tersenyum. Mukanya kemerahan tahan malu.
Just like I've thought. "Ohh.... Wow.... Great... I'm
happy for you babe. Johan pun nampak gaya macam sukakan kau. Kau taknak
bagitahu dia?"
"Mungkin bukan sekarang. Aku baru broke up dan aku
taknak dia fikir aku ni murah sangat. Well you know me. Playing hard to get,
tapi takut gak melepas Johan tu. Mana tahu dia ada hati dekat kau ke?"
"Merepeklah. Dia takkan pernah sukakan aku. Siapa jelah
lelaki yang boleh terima cara layanan dingin aku tu? You name me one guy.
None" Penipuan yang tak sepatutnya aku bagitahu. Jujur dada aku sakit.
"Hmmm. Rindu pulak nak tengok muka dia. Aku harap dia confess dekat aku dulu. Sebab aku taknak
malukan diri sendiri. Mana tahu dia takda hati langsung dekat aku. Malu sendiri
nanti. Ok lah babe. Aku nak balik bilik mandi, rimas pulak baju kurung
harini." Juliana memeluk erat tubuh aku.
"Jalan elok-elok nak balik bilik tu."
"Okay. Babe, thanks a lot. Aku sayang kau."
Hmm. Aku sayang kau jugak Juliana. kalau kau tahu kebenarannya
mesti kau akan rasa sedih. Aku taknak kau rasa sedih. Apa lagi tengok kau
menangis macam sebelum ni. Mesti perih kalau kau dapat tahu lelaki yang kau
suka, sukakan kawan kau sendiri. Aku tak tahu apa aku harus aku perbuat.
Pretend like everything is okay?
Malamnya aku terpaksa sms Johan dan pergi bertemu denganya.
Ceritakan perihal Ju. Johan tergamam. Aku merayu supaya Johan cuba jatuh hati
pada Ju. At least that could make her feel happy. Aku tahu Johan pasti akan terima
rayuan aku. Tapi hakikatnya....
"No. I taknak buat Fitrah. I tak suka menipu diri
sendiri. I takkan pernah jatuh hati secara paksa. please faham I Fitrah."
Johan merenung aku. Matanya sayu bila dipandang. Keningnya berkerut-kerut.
"Please Johan...”
"You tahukan perasaan cinta tak boleh dipaksa. You
tahukan kalau I dah sayang you, you tak boleh halang I dari terus sayangkan you."
"But please Johan. Aku taknak dia sedih." Air mata
jernih yang bergenang di mata aku mulai membasahi pipi. Aku memalingkan muka
dan mengesat air mata.
“No, don’t cry Fitrah. Okay I akan buat. Please Fitrah,
jangan menangis. I akan buat but I'm doing this only because of you."
Johan memegang bahu aku.
"I'm fine. Thanks for being understanding, Johan. Allah akan
balas jasa kau nanti.” Aku pergi tinggalkan Johan.
***
Tamat kelas Encik Lim, Juliana sudah tercegat di sebelah
tangga menunggu aku keluar dari kelas. Aku jadi pelik bila tengok muka dia. Kenapa
berseri-seri je. Tersengih-sengih pulak tu.
"Kau ni dah kenapa Ju? Macam kena sampuk hantu
je?" Aku mengangkat kening. Ju masih lagi tersengih sengih tanpa berkata
sepatah pun lalu dia mengeluarkan handphone dari tas tangannya dan menunjukkan
tepat depan muka aku.
"I think I'm in love with you, Nurul Juliana Binti
Hamdan. Will you be mine? I tunggu jawapan dari you malam ni cause If you dont
mind, tonight family I ada buat makan-makan. I nak jemput you datang rumah. Kalau
tak keberatan ajak Fitrah sekali ya?
Sender: Johan, 3:48 PM."
Juliana masih tersengih-sengih lalu mengangkat keningnya.
"Wow! Babe, I'm happy for you. Kan dah kata dia mesti
suka kau punya. What's not to like kawan aku sorang ni? You're beautiful,
talented and smart. Any guy would definitely fall for you sayang. Johan pun
he's a great guy kan. Sesuai dengan kau" Aku memeluk tubuh Juliana tanda
aku terlalu gembira dan sokong dia dalam segala hal.
"Awwww, you're being such a sweetheart Fitrah. I hope
he's the one. Thank you selalu ada untuk aku Fitrah." Tanpa diduga, air
mata mengalir di pipi aku. Aku tak tahu itu air mata kesedihan atau
kegembiraan. Kenapa perasaan ini datang? Mungkin ke aku makin sayang? Sayangkan
Johan? Hati aku berbolak-balik. Aku tak tahu apa yang harus aku fikirkan.
Aku mengelap air mata. Dan terus tersenyum demi kawan baik
aku.
Seperti yang dijanjikan malam itu itu aku terpaksa ikut Ju. Awalnya
aku dah menolak tapi aku memang tak boleh kata tidak. Semasa hendak bersiap, Ju
begitu teruja memilih baju. Aku manalah tahu sangat tentang fesyen. Tapi dia
tetap setia tanya pada aku mana satu baju yang sesuai, mana satu yang padan, baju
ni buat dia nampak gemuk ke. Macam macam. Jelas sekali memang Ju sangat
gembira. Aku mahu bahagia di mukanya kekal.
Johan call, dia sudah ada dekat bawah. Juliana nampak sangat
cantik malam ni. Mungkin ini titik permulaan buat Johan untuk mula jatuh hati
pada Ju. Senang begitu kata hati aku. Ju berjalan memimpin tangan aku erat ke
kereta Johan lantas membuka pintu.
Aku tak sangka Johan hiraukan je Juliana. Bukan main cantik
dia dress up at least pujilah woi. Tak faham aku lelaki ni. Aku terpandang
wajah Johan dicermin, tepat memandang ke muka aku. Dahinya berkerut-kerut.
Aduh, Johan. Jangan buat macam ni. Aku keluarkan handphone dari pocket seluar
aku, dan sms Johan.
"Johan, please jangan buat muka. Tegur pemakaian Ju
okay? Dia pakai cantik-cantik sebab kau." Sekali lagi Johan pandang aku dicermin.
Kemudian dia bersuara. "Juliana, you nampak cantik harini. Terima kasih
sebab sudi ikut I jumpa family."
"Eh, bergurau jelah you ni. I pakai biasa je pun ni.
Uhmm, sama-sama."
Aku cuma melihat aksi kedua-dua manusia di hadapan aku.
Jelas kelihatan Ju malu bila membalas pujian Johan.
***
Setibanya di rumah Johan. Puan Ariyana sambut kami dengan
penuh mesra. Wafiy datang berlari anak ke arah aku lantas memimpin aku masuk ke
rumah. Johan selalu cerita, selepas makan makan haritu, waktu pertama kali aku ke
rumahnya, Wafiy sering bertanya tentang aku "bila kak Fitrah nak datang
rumah lagi?" sampaikan kadang-kadang Johan mati akal mahu jawab apa pada
adiknya.
"Kak fitrah datang rumah Afi lagi, Afi seronok.
Kak, Afi dapat mainan baru dari abang."
"Hehehe akak pun seronok dapat datang rumah Afi lagi.
Oh mainan baru? Mana mana? Tunjuklah dekat akak.”Aku bermain-main dengan adik
Johan tanpa aku sedari Johan sedang memandang aku. Puan Ariyana dan Ju tengah
sibuk bersembang, boleh pula dia usha-usha aku dari jauh. Aku menjelir lidah, lalu
tersenyum. Johan tersengih kemudian menggelengkan kepalanya.
"Thank you auntie. Auntie masak sedap sangat! Nanti
boleh auntie kongsikan resepi rahsia auntie tu. Hehehehe"
"Hahaha auntie masak biasa sajalah. Sama-sama Juliana.
Nanti datang lagi tau. Johan, bawak Ju datang rumah selalu tau. Ada jugak kawan
mummy nak bawak borak."
"Hehehe Inshaa Allah auntie." Juliana bersalaman dengan ibu Johan.
"Iya mummy, nanti Johan bawak Ju. Mummy memang suka berborak. Kalau I ada
dekat rumah nanti dia ajak bercakap je." Johan menyakat ibunya.
"hahahaha takpa, Ju pun suka berborak macam mummy you.
Jadi kita samakan auntie." Juliana begitu pandai mengambil hati orang tua.
Aku duduk di buaian bersama Wafiy dipangkuan aku. Melihat
kemesraan mereka sebenarnya membuatkan aku rasa puas hati. Aku tahu ini jalan
yang terbaik buat kami bertiga. Tiba-tiba Wafiy menanyakan soalan yang membuat aku
rasa cukup sebak.
"Kakak, kakak sayang Abang Johan tak? Afi tau kakak sayang
abang. Afi kan suka dekat Farisha. Dia satu kelas Afi. Tapi Farisha takut
kat Afi. Afi sedih sangat. Tapi sekarang Afi ada kakak, sayang kakak. Dah tak sedih dah" Wafiy turun dari pangkuan aku dan
mengucup pipi aku.
Aku mengelap air mata dan mencuit pipi Wafiy. "Eiiii,
nakal adik akak ni. Akak pun sayang kat Afi. nanti Afi kena sayang kat
kakak Ju jugak tau"
"Kenapa pulak? Afi taknaklah." Wafiy menyilang
tangannya.
"Mana boleh macam tu. Wafiy kena sayang kakak Ju sebab
nanti Abang Johan kahwin dengan kakak Ju. Haaaaa.... Janji dengan akak cepat
kena sayang kakak Ju"
"Hihihihihi. Okay, Afi janji kakak Fitrah."
***
Johan menghantar aku dan Juliana pulang. Waktu aku menaiki
tangga, Johan dan Juliana masih lagi berada di dalam kereta. Mungkin mereka
ingin berbual seketika tentang soal hati seperti yang diperkatakan Johan dalam
sms.
Setengah jam kemudian, ada orang mengetuk pintu bilik. Siapa
pulak datang malam-malam ni. Aku dah nak tidur, ada sahaja yang nak kacau. Aku membuka
pintu. Lah, Juliana rupanya. Kenapa pulak dia datang malam-malam macam ni.
Jangan jangan Johan bagitahu perkara sebenar.
No comments:
Post a Comment