Saturday, November 5

Surat cinta untuk Ridzwan III

Sambungan dari surat cinta untuk Ridzwan bahagian satu dan bahagian dua.


Aku terpaksa ponteng kelas hari ini. Mata aku lebam. Lebam kerana terlalu banyak menangis. Kepala aku juga sakit. Tapi awal awal aku sudah makan pain killer untuk hilangkan rasa sakit kepala yang teramat sangat tu. Hidung aku merah. Tisu bersepah merata tempat.

Aku taknak ke kelas takut ditanya oleh Encik Azhar. Si botak tu pula seorang yang busy body. Banyak tanya itu dan ini. Malaslah aku nak bagitahu dia masalah aku. Mungkin bagi dia hal aku adalah hal remeh temeh. Orang tua. Biasalah.

Aku mencapai tuala dan terus pergi ke bilik mandi untuk segarkan badan.

Apa yang aku fikirkan cuma kejadian semalam. Tentang Ridzwan. Dan juga Farhan. Betul ke apa yang Syima kata kan semalam?

Apa yang penting sekarang aku harus dapatkan penjelasan Farhan. Aku harus cari jalan untuk bertemu dengan dia.


Di Dewan Makan.

Mata aku melilau mencari kelibat Farhan. Tapi tak ketemu.

"Hafiz! Hafiz! Kau nampak dak Paan tak? Seharian aku cari dia, dia takde. Aku call dia pun dia tak angkat. Dia off kan handphone. Kau nampak tak dia Fiz?"

"Paan? Kau tak tahu ke dia dekat hospital? Mak dia baru je meninggal awal pagi tadi. Serius ke kau tak tahu?"

"Mak dia meninggal? Makcik Rokiah dah meninggal?" Aku terkejut besar mendengar ayat yang keluar dari mulut Hafiz.

"Tak silap aku mak dia kena sakit jantung. Kau pegilah lawat dia. Waktu macam ni Paan memang perlukan kawan kawan. Dan aku tahu kau je yang paling faham dia. Aku dah ke sana lepas aku dapat text dari Paan. Tapi kalau kau nak aku teman kau ke sana, aku on je sebab kelas aku pun dibatalkan harini"

"Fiz, thank you." Aku mengesat air yang bergenang di mata.


Hospital Melaka.

Sampai sahaja di pintu masuk wad ibu Farhan, aku ternampak Farhan sedang menangis di sisi ibunya. Aku jadi lebih pilu melihat keadaan Farhan sedemikian. Dan aku memandang juga pada tubuh ibunya yang sudah ditutupi dengan kain berwarna putih.

Aku turut menangis. Hafiz menenangkan Farhan yang sedang teresak esak menangis sambil menggenggam tangan ibunya yang sejuk dan kaku.

"Paan, kau sabar ya Paan. Aku sentiasa akan ada di samping kau mulai hari ini." Aku mula bersuara.

Farhan menoleh ke arah aku. Matanya merah kerana terlalu banyak menangis.

"Azli, aku dah takde siapa siapa lagi. Mak aku dah takde." Farhan merintih. Teresak esak.

"Sabar Paan. Aku ada untuk kau. Aku akan sentiasa ada untuk kau." Aku memegang bahu Farhan untuk menenangkannya.

Petang itu jenazah ibu Farhan dikebumikan. Wajah Farhan jelas kelihatan pucat dan tidak bermaya. Aku masih berada di sisinya. Hujan renyai renyai di ketika itu. Seakan akan awan memahami derita dan kesedihan yang ditanggung Farhan.

Ramai kawan kawan dan beberapa orang pensyarah kami turut hadir pada petang itu.

Di sebelah malamnya pula, ada kenduri arwah untuk ibunya. Aku tak lupa untuk hadir ke kenduri malam tersebut untuk turut bersama sama memberi sedekah Al fatihah dan yasin untuk ibu Farhan yang selama ini baik dan sayangkan aku macam anak kandungnya.

Malam itu aku menetap sekejap di rumah sepupu Farhan, Aminah.

Banyak jugalah kenangan bersama Makcik Rokiah sebelum pemergian beliau. Aku dan Aminah tak berhenti henti mengimbau kenangan bersamanya. Rindu dengan arwah.

Dan pada malam itu aku tahu sesuatu.

"Yana, waktu kita form four, Farhan ada bagitahu Ina sesuatu."

"Apa dia tu Ina? Waktu form four Paan memang terejal kan? Teringat pula dia suka betul ponteng kelas. Panjat pagar dan lari dari cikgu disiplin."

"Hahaha aah Paan tu memang majal dari kecik sampai besar. Hm. Sebenarnya Paan bagitahu Ina yang dia sukakan Yana. Dia nak sangat Yana tahu tapi dia tak berani sebab dia taknak Yana putus kawan dengan dia kerana perasaan dia. Dia tahu Yana takkan suka dekat dia sebab Yana anggap dia sebagai kawan. Sampai sekarang dia pendam perasaan tu."

"Dan haritu dia ada mengadu dekat Ina. Dia kata Yana dah lupakan dia. Dia rasa macam Yana makin jauh dari dia. Dia nak luahkan dekat Yana tapi dia masih takut Yana tak terima dia dengan hati yang terbuka." Sambung Aminah lagi.

"Ya Allah. Yana tak pernah tahu hal ni. Yana rasa berdosa sangat dengan Paan."

Tiba tiba satu bunyi dentuman kuat kedengaran di luar rumah. Terdengar juga bunyi seretan dan hon bergema di telinga aku dan Aminah.

Aku dan Aminah memandang antara satu sama lain. Wajah kami berubah seakan akan terkejut dengan bunyi tadi. Kami bergegas keluar dari rumah dan membuka pintu pagar.

Ramai orang berpusu pusu ke tempat kejadian. Aku menyarung selipar Angry Birds dan berlari ke arah orang ramai yang sedang berkumpul.

Aku terlihat kereta Wira berwarna biru yang remuk di bahagian depannya tersandar di tepi pokok. Beberapa orang lelaki cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. Dan di sebelah kanan aku pula ada sekujur badan seorang lelaki tidak berhelmet terbaring di atas jalan berlumuran darah.

Mata aku terbeliak bila aku melihat baju yang dipakai lelaki itu. Baju tu adalah baju kegemaran Farhan. Farhan ke Ya Allah?!

Aku berlari lari ke arah dia. Menolak semua orang yang menghalang laluan aku. Dan ternyata benarlah dia; lelaki itu adalah Farhan. Kepalanya berdarah. Tangannya luka teruk kerana di seret jauh.

Orang ramai yang berada di situ mengangkat Farhan ke tepi jalan. Menunggu ambulans yang tak kunjung tiba. Aku menangis di sisi Farhan. Tersedu sedu kerana aku baru sahaja tahu hal sebenar dan tiba tiba ini yang terjadi? Berat ujian kau ini Ya Allah.

Seorang lelaki yang kebetulannya seorang para medik, berlutut di tepi Farhan. Mengangkat dan meletakkan jarinya di pergelangan tangan Farhan. Kemudian lelaki tersebut kelihatan hampa lalu dia menekup mukanya, sedih. Aku seakan akan tidak faham dengan reaksinya lalu aku bersuara.

"Abang, dia okay kan? Dia akan selamatkan bang? Jawab saya bang!" Aku meninggikan suara kerana terlalu sedih.

"Dik, sebaiknya kau sabar. Dia dah pergi dik. Dia dah takde."

Aku tergamam. Terduduk kaku dan tak terdaya untuk berkata apa apa. Aku terkejut. Kawan aku, kawan aku dah meninggal. Aminah datang dan terus memeluk diri aku. Dia juga faham apa yang aku rasakan.

Kawan aku yang selama ni aku sayang dah pergi tinggalkan aku sendiri. Kawan aku yang selalu berkongsi gelak ketawa, suka dan duka dah tiada. Dia dah pergi dulu. Allah lebih sayangkan dia. Ya Allah, aku terima suratan takdir kau walaupun sukar bagi aku untuk menerimanya.

Dan Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Aku terasa kehilangan yang sangat perit. Seolah olah aku telah kehilangan tulang belakang aku.

Aku sepatutnya lebih menghargai dia tika dia ada di samping aku dan sepatutnya aku bersyukur mempunyai kau sebagai seorang kawan yang setia. Yang sanggup abaikan perasaan sendiri demi menjaga hati aku.

Dia satu dalam sejuta. Dialah Muhammad Farhan Muhaimim bin Majid. Seorang teman, seorang sahabat, seorang abang dan seorang pencinta yang setia. Di manakan ku cari ganti seorang sahabat seperti kau?


Aku sayangkan kau Paan. Selamanya.


The story had finally ends. Dan obviously bukan happy ending. Kadang we have to face the reality of having to lose someone we love. Jadi solutionnya, hargailah dia. Sayanglah dia selama dia ada di sisi. Assalamualaikum. K geng, sorry kalau the ending macam "WHAT?!" hahaha. boboi.


Friday, November 4

Surat cinta untuk Ridzwan II



Sambungan dari post Surat cinta untuk Ridzwan.


Aku mulakan pagi aku meratap surat tu hampir setiap minit. Seolah olah aku masih tidak percaya surat itu memang dari Ridzwan. Ayat ayat itu memang dari Ridzwan. Dari hati Ridzwan. Hiba. Hampa. Sakit Ya Allah sakit.

Aku kelihatan lesu. Jelaslah bila ramai rakan rakan sebilik menegur wajah aku yang pucat. Ada yang tanya aku sudah makan apa belum. Aku nak makan cuma tak bermaya nak mengunyah. Alah gedik.

"Wei, kau ni kenapa? Aku tengok dah macam zombi je. Kau patut berlakon dalam Zombi Kampung Pisang kau tahu? Otakk! Otakk! Hahaha. By the way, apa yang jadi semalam? Cepat je kau hilang." Farhan menepuk bahu aku lalu mengajak aku berbual.

Aku tak terdaya nak ketawa. Hati aku masih sedih.

"Entahlah Paan. Rupanya selama ni aku syok sendiri. Aku bertepuk sebelah tangan. Hm."

"Kenapa ni Azli? Kau okay ke tak? Surat yang Ridzwan bagi semalam tu mana? Aku nak baca. Kau dahla kedekut."

"Hm nah lah. Kalau kau baca, kau mesti faham." Menghulur surat tersebut yang hampir renyuk.

"Paan, sekejaplah aku nak ke toilet." Mengangkat tangan dan meminta izin dari Encik Syubri. Lalu aku segera bangun dan melangkah keluar dari kelas.

Aku terasa langkah aku semakin berat. Aku pening. Kepala aku pusing. Entah macam mana aku terjatuh di tepi. Terbaring sopan. Aku terdengar beberapa suara yang aku tak berapa kenali. Dan satu suara ni. Macam familiar. Dan . . .

"Err aduiii sakit sehh kepala aku. Eh aku dekat mana ni? Lahh bilik rawatan rupanya." Menoleh ke kiri dan ke kanan. Aku terbaring di atas katil dan aku terlihat roti gardenia inti coklat di atas meja sebelah aku. Apa lagi? Perut lapar maka terus aku capai roti tadi.

*tokk tokk*

Pintu diketuk dan aku tertanya tanya siapa gerangan yang berani mengacau aku yang sedang menikmati roti gardenia.

"Assalamualaikum." Dia lalu bersuara.

"Waalaikumussalam. NOM NOM NOM" Aku menjawab salam dan menoleh ke kanan aku sambil mulut mengunyah roti dengan sangat gelojoh. Alangkah terkejutnya bila orang yang berdiri di pintu tu adalah Ridzwan. Bukan ke dia taknak aku jumpa dia? Kenapa dia pula yang bersusah payah datang jumpa aku? Aneh ni. Ada yang tak beres.

"Eh apa awak buat dekat sini?" Sambil mengelap mulut aku yang comot.

"Tadi saya nampak awak terjatuh waktu saya nak pergi jumpa Encik Syubri. Bergegas saya minta kawan kawan perempuan saya papah awak masuk ke bilik rawatan. Pucat muka awak. Awak sakit ya? Dan nampaknya perut awak dah tak merajuk?" Menunjuk ke arah roti. Tangan di sebelahnya pula sedang memegang bekal makanan.

Aku memandang bekal tu dengan harapan itu untuk aku. Dan tak sangka pula dia perasan.

"Haaa, saya dah agak mesti awak lapar kan? Jadi tadi saya pergi ke Dewan Makan dan belikan awak nasi dengan lauk ayam masak merah ni. Harap awak makanlah ya." Meletakkan bekal di meja, membuka penutup.

"Awak lemah lagi. Jadi saya suapkan ya?" Mencedok sedikit nasi dengan sudu dan dihulur ke arah bibir aku.

Boleh bayangkan tak hati aku macam mana? Terasa nak melompat lalu menembusi siling dan sebut yahoooooo di angkasa. Oh tahpape.

Belum sempat habis, Farhan mengetuk pintu dalam keadaan tercungap cungap.

"Adeh adehh adehhh. Fuhh fuhhhhh. Semput jahhhh. Weh Azli, kau okay tak? Eh?" Muka Farhan langsung berubah bila melihat aku dan Ridzwan bersama.

"Aku okay Paan. Aku cuma letih sikit je tadi. Kau ni dah kenapa?"

"Ok korang boraklah dulu. Nanti saya datang balik. Yana, awak habiskan makan tau. Biar nanti ada energy sikit."

Andai saja kau tahu Ridzwan, kau lah sumber energy aku. Hikhik

Ridzwan melangkah keluar dari bilik rawatan. Dari ada sehinggalah tak nampak bayangnya aku tetap perhatikan dia. Indahnya dunia.

"Oi Azli! alaaaa tu jelah kerja kau. Ngelamun. Eh bukan dia bagi surat cakap taknak jumpa kau wak eva ke?"

"Tak kisahlah Paan. Janji aku gembira dia suapkan aku harini. Rasa macam hati aku yang pecah, bercantum cantum kembali." Tersenyum gembira tak berhenti-henti. Rasanya macam sudah kejang mulut aku tersenyum dari tadi. Takpelah. Asalkan aku gembira itu sudah cukup.


Sebulan kemudian.

Sejak kejadian tempoh hari, aku dan Ridzwan mula rapat. Aku tak pernah tanya dia tentang surat yang dia beri pada aku hari itu. Aku taknak keadaan menjadi tegang. Aku taknak Ridzwan pergi dari hidup aku.

Dan Farhan pula semakin menjauhkan diri dari aku. Dia kata aku semakin berubah. Aku berubah? Tak mungkinlah.

Hari hari aku bertemu Ridzwan. Tak jemu jemu berjumpa dengan dia. Aku harap dia pun tak jemu. Dan hari hari aku sentiasa bahagia di samping dia. Ridzwan pernah dua kali mengajak aku jadi teman wanitanya. Tapi aku masih butuh waktu. Aku sendiri tak faham sebabnya.


Di Kolej Teratai depan bilik aku.

"Weh perempuan! Meh sini kau." Seseorang menarik lengan aku. Aku terkejut buat seketika dengan lagak spontan perempuan tadi.

Aku tahu kau minat Ridzwan kan? Tak payah susah susah Yana. Dia tu kaki perempuan. Aku tahu sebab aku pernah kena. Ingat sikit lelaki macam dia nak ke pandang perempuan macam kau? Terhegeh hegeh nakkan lelaki. Ridzwan tu cuma mainkan perasaan kau." Sambungnya lagi.

"Tak payah kau nak berbohonglah Syima. Aku tahu Ridzwan terima aku ikhlas. Dan aku tak terhegeh hegeh dekat dia. Dia yang datang jumpa aku selalunya. Jadi aku ke yang salah? Dan by the way, aku takde apa apa urusan dengan kau. Jadi tolong blah." Cuba menjelaskan.

"Berlagak kau kan? Kau dah dapat Ridzwan, kawan karib kau pula yang kau lupakan. Paan? Kau masih kenalkan? Ke kau dah tak kenal dah?" Masih mencuba menarik lengan aku.

"Mana ada aku lupa dia. Kiteorang masih berkawan. Dan aku tahu Paan akan sentiasa anggap aku kawan baik dia. Dia kawan terbaik yang pernah aku ada. Dan aku tahu apa apa yang aku buat dia akan selalu support. Kau apa tahu?!"

"Kawan terbaik siapalah yang upah aku untuk tukar surat Ridzwan dengan surat yang palsu. Wei, sedarlah. Kau takde siapa siapa. Dan lepasni aku tahu Ridzwan pun akan tinggalkan kau satu hari nanti. Hahahaha. Kesian kau Yana."

"Paan? Paan yang tulis surat tu?" Aku jadi runsing.

"Haaa kawan kau tulah. Dia datang dekat aku mintak aku tuliskan surat. Dia nak aku gantikan surat tu dengan surat original dari Ridzwan. Kau ni pun bodohlah. Berapa lama kau dengan dia kenal? Kau takkan tak terfikir sesuatu?"

"Fikir? fikir apa? Ada benda yang aku tak tahu ke?" Makin bertambah tambah runsing.

"Paan suka kau! Kau tak nampak ke? Kau dok terhegeh hegeh dekat Ridzwan tapi kawan kau sendiri yang sukakan kau, yang ambil berat pasal kau, kau buat tak peduli. Kau ingat dia suka ke kau rapat dengan Ridzwan? Sebab tu dia mengundur diri. Bodoh bodoh."

"What?" Aku pantas masuk ke bilik, meninggalkan Syima di luar pintu dan segera mencapai handphone aku. 017889**** dialing.

*nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba sebentar lagi.*

"Tak aktif pula nombor dia ni. Aku betul betul perlukan penjelasan dari kau. Aduh Paan, kenapa dengan kau ni?" Aku cuba menghubungi Farhan beberapa kali tapi gagal. Handphonenya tak aktif.

Dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menelefon Ridzwan. Mana tahu dia dapat bantu aku serba sedikit. Mungkin dapat hilangkan perasaan sedih aku ni.

*Tut tutt. Tutt tuutt*

"Hello? Siapa ni ya?" suara perempuan yang menjawab panggilan aku.

"Err hello? Awak pula siapa?" Aku tertanya tanya. Hati aku mulai terasa sedih.

"Eh? Kau yang telefon kau tanya aku pula. Aku awek Iwan? Kau siapa? Nak ganggu hubungan kiteorang ke perempuan?!" Jawab dengan nada tinggi.

Aku pantas menekan butang merah.

Ya Allah. Habis selama ni? Selama ni aku ditipu mentah mentah? Kenapa semua ni berlaku dalam satu hari. Kenapa harus aku yang kena? Kenapa Ya Allah.

Aku menghantar SMS ke nombor Ridzwan.

*Salam. Sampai hati awak permainkan hati saya. Awak tahu kan saya sayangkan awak selama ni. Sebulan kita kenal. Dan awak pernah ajak saya jadi awek awak. Mungkin memang nasib saya begini. Maaf mengganggu.*

Aku menekan butang 'send' dan terduduk di tepi katil. Menangis. Meratapi nasib aku yang selalunya malang dalam percintaan. Kawan sebilik aku pula tiada. Andai kata dia ada, hilang sedikit bebanan dalam hati aku.

2 minit kemudian. Aku dapat reply dari Ridzwan.

*Wassalam. Saya malas nak tunggu perempuan macam awak. Jual mahal sangat. Sorry.*

Lebih perit apa yang hati aku lalui setelah mendapat SMS dari Ridzwan. Aku kesal. Menyesal kerana mengenali kau Ridzwan.



(Alaaa ada lagi sambungan. Adah blur kot. Hahaha. Tunggu last part tau! Thanks for your support. Harap takde yang tak faham. Hihihi XX)




Surat cinta untuk Ridzwan.



Aku melangkah maju ke hadapan. Sambil memeluk tiga buah buku. Aku mengintai kau yang sedang bersandar di depan koperasi bersama teman teman kau dari jauh. Alaa janganlah senyum sebegitu. Makin berpeluh ketiak aku. Lencun.

Hati aku bercampur baur. Aku gementar. Aku resah gelisah.

Patut atau tak patut aku serahkan surat ni? Kalau aku bagi apa respon kau ya? Dan kalau aku bagi aku nak lari macam mana? kau dah nampak aku. Dan nanti mesti kau terus taknak hai pada aku. Hm.

Memandang seorang pelajar sekelas aku yang berbangsa india.

"Siva, meh sini kejap, Boleh tolong I tak bagi surat ni dekat mamat tu? I terburu buru ni. Ada hal urgent ni. Serius nak cepat. Tolong ya. Nah upah RM5"

"Ohh boleh boleh. Nanti I tolong you. Haaa you minat Ridzwan eh?" Senyum kambing.

"Alaaa tolonglah. Hal penting thankss. Jangan bagitahu dia nama I ok. I dapat tahu dia tahu nama I, nahas you I buat chicken chop." Aku memberi dia warning awal awal. Seganlah kalau Ridzwan tahu akulah dalang yang menulis surat tu.

"Ohh okay okay. your secret is safe lah, Yana." Sambil menunjuk ibu jarinya lalu mengenyit sebelah mata tanda dia akan kotakan janjinya.

Aku berlalu pergi tapi masih sempat aku menoleh ke muka dia lalu langsung mengeluh. Haih, bilalah kita akan dapat berkenalan dan berbual panjang lebar. Memendam perasaan suka terhadap kau boleh buat aku hilang fokus dalam kelas.

Dan aku terlampau risau sekiranya aku beritahu kau perasaan sebenar aku terhadap kau. Kau malah menolak untuk mengenali aku. Aku manalah cantik kalau nak dibandingkan dengan perempuan perempuan dari course Art and design ataupun course fashion ataupun ahhh peduli apa aku. Aku harap kau tak pandang wajah aku.

"Hoi! dok mengelamun tak henti henti. Eh aku serius blur lah dengan assignment yang Encik Azhar bagi tadi. Aku rasa macam nak sekel kepala botak dia kasi berlekuk." Sampuk Farhan rakan sesama course dengan aku dan juga rakan sekolah aku sejak darjah satu. Kacau betul aku nak day dreaming pun payah.

"Alaaa kau ni. Macam berani nak sekel kepala orang tua tu. Sekali kau sekel, mati kau dia kejar sampai ke hujung dunia." Ketawa kecil.

"Weh seriuslah aku tak faham. Btw, kau dah makan? Makan jom Azli." Menepuk meja tiga kali.

"Eeeeeee bingitlah kau ni. Sehari tak kacau aku memey tak boleh ke Paan?! Kuaja kau jangan panggil aku Azli. Teringat kisah dulu zaman zaman aku tomboy." Memandang tajam ke muka Farhan.

"Hoklohh, tak berniat. Tapi dah dulu kau yang biasakan aku panggil kau Azli. Lidah aku ni jadi berbelit nak panggil kau Yana. Macam geli pun ada. Hahahaha" Ketawa berdekah dekah.

"Kalau geli panggil nama penuh. Nor Azlyana binti Rafik. Bapak aku bagi nama perempuan sesedap kau ubah nama aku jadi macam taiko besar pulak. Dan lagi satu jangan panggil aku Lee Minho boleh? Aku tak suka dia dah macam gay."

"Ya bos besar. Eh, Ya Azlyana. Semoga kau gembira dengan hidup kau sekarang. Dah jomlah makan nyah. Aku lapar dah ni. Tadi bangun lambat terus ke kelas. Nasib baik aku sempat mandi. Kalau tak, tahanlah kau dengan bau ketiak ultra hebat aku ni jakgi."

"Paan. Aku ada bau ketiak kat sini. Serius ke kau mandi? Hahahahaha" Aku ketawa kerana dapat mengenakan Farhan. Kalau tak asyik dia je yang kenakan aku. Menyampah.

"Eh dahla dahla. Siap kau nanti aku balas." jeling ke muka aku.


Di McDonald.

"Wehhhh asal kau tak pergi ambik sos hawau? Pergi ambik cepat. Aku dah berdiri dekat situ lama dah cukup baik. Pergi sana pergi." Mengarah aku untuk ambilkan sos. Tak habis habis jadikan aku kuli si Farhan ni. Balas dendam letew.

Aku bangkit dari tempat duduk dan menuju ke arah tempat terletaknya sos. Dan tiba tiba.

"Aduh! Eh sorry gila saya tak nampak awak tadi awak okay tak ni?"

AKU TERKEJUT BILA AKU MEMANDANG KE ARAH YANG BERSUARA.

OH MAK GUARD! RIDZWAN!!! APA AKU NAK BUAT. OK CHILL CHILL YANA CHILL. TAPI AKU DALAM DAKAPAN DIA. RASA NAK JERIT KUAT KUAT.

"Eh sorry sorry. Ok bai." Aku lantas menolaknya dan berlari pergi ke meja. Farhan terkejut melihat reaksi aku.

"LAAAAAAAAAAAAAHHH, SOS NYA MANA KIAH?" Choi! Bukan nak tanya aku kenapa. Malah tanya pasal sos. Memey bangang si Farhan ni tau.

"Err emm sos? Mana ek sos? Alaa kau pegilah ambik."

"Hish, kalau tahu baik aku ambik sendiri. Nak terberak aku tunggu kau punya sos. Yelah, aku ambik sendiri. Hape punya member lah blablabla." Seperti biasa Farhan akan membebel panjang. Aku masih lagi gugup. Aku maluu Ya Allah malu sangat sangat.

Sedang aku tersenyum sendiri. Sedang aku mengelamun tiba tiba aku terpandang ke satu sudut. Ridzwan. Dan dia sedang memandang ke arah aku. Tepat ke muka aku. Ya Allah. Aku terus menoleh ke arah lain dan berpura pura tak nampak dia.

Hati aku berdegup kencang. Aku terus menarik keluar handphone blackberry kepunyaan aku dan buat buat leka bermain message. Walhal aku tak tahu apa yang aku godekkan.

Farhan duduk di tempatnya semula masih juga membebel tak berhenti henti.

"Paan. Cuba kau pandang belakang. Belah kanan kau. Cuba pandang mamat tu dia tengah pandang kita ke?" Aku seakan berbisik pada Farhan tapi mata aku tertumpu pada handphone. Berpura pura.

"Haa asal dengan mamat tu? Dari aku ambik sos tadi dia dok usha kau dari jauh. Weh, dia kacau kau eh? Meh aku lenyekkan muka dia pakai dulang ni. Berani dia kacau binik aku. Hahahaha." Menggertak dalam nada bergura.

"Serius ke Paan? Sebenarnya tulah Ridzwan. Yang selalu aku cerita dekat kau sambil senyum senyum ayam tu."

"Lahh budak tu ke? Apahal lah muka selenge yang kau pilih. Kalau handsome dari aku adalah rasa cabaran. Ni muka macam samdol je. Kau ni buta eh? Hahahaha. Ada aku tapi kau curang eh? Hahahaha." Makin kuat ketawa si Farhan. Ikutkan hati dah aku tampo.

"Tu kau cakap tak handsome An? Kau tengok orang sekeliling dok usha dia, gila lah kau. Kau cemburu cakap leww. Hahaha."

"Alaa bising bising. Ganggu konsentrasi aku nak makan dari tadi kau ni. Makan burger kau tu kang hilang kena makan toyol aku tak tahu." Memandang muka aku dengan senyuman sinis yang sangat menjengkelkan.

"Haaa kau lah toyolnya kan? Hahaha."


Di Kolej Teratai.

Aku buntu. Apa agaknya reaksi kau bila kau baca surat yang aku bagi petang tadi ya. Hm. Aku nak tanya Siva besok. Harus.

Apa yang penting sekarang, aku nak tulis surat lagi untuk kau.

Dear awak,

Maaflah kalau surat saya yang sebelum ni mengganggu awak. Dan maaf jugalah saya terpaksa rahsiakan identiti saya. Satu hari nanti saya akan jumpa awak dan bagitahu awak apa perasaan saya. Tentunya saya sukakan awak bukan setakat rupa awak. Tapi saya sukakan peribadi awak dan sikap awak yang ramah.

Saya harap satu hari nanti bila awak tahu siapa diri saya, awak akan tetap mahu berkawan dengan saya. Saya bukanlah gadis paling cantik dalam dunia ni. Dan saya bukanlah perempuan yang sempurna. Sedangkan Aishwarya Rai tak sempurna, ini kan pula saya orang biasa.

Saya minta maaf juga tak dapat nak beri surat sebelumnya dengan tangan saya sendiri. Saya takut saya mengganggu awak. Dan tentulah kerana saya seorang yang pemalu.

Saya harap surat kali ini tak mengganggu awak. Terima kasih sudi meluangkan masa membaca surat dari saya.

Ikhlas,
seorang teman.

Hm siap pun surat ni. Tapi tak panjang macam surat sebelumnya. Tak mengapalah. Janji dia sudi baca dah cukup buat aku gembira.

Arhhhhh *menguap* lebih baik aku tidur dulu besok dapat bangun awal pagi.

Selamat malam Ridzwan. Awak sentiasa ada dalam doa saya. Minda saya. Dan mimpi saya.


Pagi keesokkannya.

"Allahuakbar! Aku bangun lambat?!! bukan semalam aku tidur awal ke?! Ridzwan, awaklah ni." Tersenyum sendiri sambil tergopoh gapah mencapai apa yang perlu.

Farhan seperti biasa akan tunggu aku dihadapan pintu kelas. Setia menemani aku walaupun Farhan sangat menjengkelkan. Hahaha dah memey kawan, apa boleh dibuat.


Setelah tamat kelas.

"Siva!! tunggu jap I nak tanya ni. Semalam apa respon Ridzwan bila dapat surat tu. Respon dia baik tak? Kalau tak baik I nak tutup telinga. I takut patah hati."

"Ehh haaa panjang umur you. Nah. ni Ridzwan bagi. Semalam kan ayoyo senyum panjang sehh dia. Macam dapat kad jemputan perkahwinan dengan dato' siti je."

"Yeke Siva? Eh??? Serius Ridzwan bagi surat ni ke? Biar betul you ni Siva." seakan tidak percaya dengan kata kata Siva.

"Adoi. Yelah cuba you tengok dalam baru you tahu lah. Oklah I gotta run. See you later Yana."

Surat dari Ridzwan? Surat?! Ridzwan?!! Dia bagi surat?!!! Ya Allah bahagianya hidup aku. Aku nak simpan dulu surat ni. Nanti balik aku baca. Hihihi tak sabar sehh.

"Amende tu Azli? Surat? surat dari siapa weh? Aku nak baca boleh tak?" Macam biasa akan ada Farhan untuk menyampuk.

"Eh sibuklah kau Paan. Ni surat dari Ridzwan. Aku nak baca balik nanti. By the way, aku nak ke tandas kejap. Tapi macam leceh nak bawak beg. Kau jagakan jap eh. Ingat! Jangan curi baca surat tu."

"Yeeee." sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.


Malam di bilik Yana.

"Eh mana surat tadi? mana aku letak ek? Oh ni haaa adui macam mana boleh letak dekat poket depan ni? Alah pape jelah." Aku bermonolog sendirian.

Salam.

Aku tahu kau Azlyana. Aku taknak kau bagi apa apa surat dekat aku lagi. Aku tak suka kau dan aku takkan pernah sukakan kau.

So please. Aku nak kau jangan ganggu aku lagi. Aku tak suka baca surat dari kau. Aku harap kau faham aku dah nak final exam. Dan aku tak suka orang ganggu aku dengan hal remeh temeh.

Aku nasihatkan kau bagilah surat dekat orang lain. Aku tak sudi nak kawan dengan kau.

Btw, thanks ok sebab susah payah tulis surat. But sorry aku dah buang pun surat tu sebab bukan satu keperluan untuk aku.

Dan aku harap kau tak datang jumpa aku. Aku taknak kau malukan diri kau.


Wassalam, Ridzwan Fahmi.


Jujurnya aku terduduk jatuh lalu menangis teresak esak dengan respon dari surat balasan Ridzwan. Aku harapkan yang sebaliknya tapi aku dapat ini. Ya Allah, aku terlalu berharap dia sukakan aku tapi sebenarnya tiada guna. Tapi, aku dah cuba dan aku gagal. Tak apalah. Setidaknya aku dah tahu apa dalam hatinya. Berat ujian kau Ya Allah.

Aku melangkah ke arah beg dan mengambil surat semalam yang aku telah tulis. Lalu aku koyakkan hingga menjadi cebisan cebisan kecil lantas membuang terus ke dalam bakul sampah.

Itulah tempat selayaknya.

Aku tahu aku siapa. Mulai dari hari ini aku tak akan ganggu dia lagi. Mungkin sukar untuk aku lupakan dia, tapi aku tahu aku boleh.

Ridzwan, malam ini hati aku hancur berderai.

Dan Ridzwan, aku harap kau tahu apa perasaan aku setelah membaca surat respon dari kau.

Sakit Ridzwan, sakit.


(Alaaa adah kena buat panjang lagi cerita ni. Nanti adah nak sambung balik ceritanya tau. Hihihihi. Harap korang suka XX)