Monday, January 21

Penghujung cintanya (A short novel)





"Aku nikah akan dikau Iskandar bin Abdul dengan anakku, Aisya Yasmin dengan mas kahwin rm30, tunai."

"Aku terima nikah Aisya Yasmin dengan mas kahwin RM30, tunai." Itulah lafaz yang aku ucapkan dengan sekali lafaz walaupun disulami dengan perasaan gugup yang amat sangat.

Hari ini merupakan hari bahagia kami, 14 November kami telah sah menjadi pasangan suami isteri.

 

Tak tergambar rasa bahagia aku. Kini tanggungjawab Ayah jatuh pada bahu aku untuk menjaga, membimbing dan melindungi Yasmin dunia akhirat.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. Aku menyapu muka aku setelah habis berdoa usai solat sunat lalu aku menoleh ke belakang melihat isteri juga makmumku, Yasmin mengaminkan doaku. Indah tersenyum manis dengan lesung pipit di pipinya. Yasmin seperti bidadari syurga. Wajahnya kelihatan berseri seri tapi bila dia terlihat aku yang sedang memandangnya, dia jadi tersipu malu lalu menundukkan mukanya.

3 minggu setelah hari pernikahan.

Aku terasa dunia ini bagai di syurga kerana aku punya isteri seperti dia. Cantik, solehah, lemah lembut, pandai memasak dan dia juga pandai ambil hati aku. Aku rasa hidup aku cukup lengkap dengan adanya Yasmin. Pilihan ibu sangat tepat. Walaupun pada awalnya aku tak berkenan sangat dan merasa rendah diri kerana siapalah aku dibandingkan Yasmin yang baik dan tinggi ilmu agamanya. Saat merisik, niqabnya dibuka dan ketika itulah hati aku terpaut dan hati aku yakin bahawa dialah orang yang aku cari selama ini.

Kebahagiaan aku bertambah saat aku mendengar berita gembira. Aku bakal jadi seorang bapa. Itulah impian aku bersama Yasmin. Aku memeluk Yasmin kegembiraan.

Enam bulan kami menanti detik gembira untuk menyambut kelahiran bayi pertama kami. Macam macam nama kami padankan untuk bakal putera sulung kami. Adam, Affendy semua nama kami cari maknanya. Perasaan teruja ini sukar digambarkan.


Suatu tengah hari,

"Astaghfirullah. Ya Allah, sorry. Maafkan saya tak sengaja langgar awak taaa......di??" Pandangan aku terhenti pada satu wajah yang sepertinya aku pernah lihat sebelum ini.

"Iskandar? You buat apa dekat sini? Ya Allah, what a coincidence! I tak sangka boleh jumpa you dekat sini. You buat apa now?" Suara itu, suara yang aku sangat rindui.

"Maria? Oh I just had my lunch. I buka business sendiri. Biasa-biasa saja. Aah kan. Yes, coincidence yang unik I think. I never thought I could see you again since you balik London dan tak balik balik Malaysia lagi sejak kita belajar dulu."

"Kann? I balik Malaysia sebab nenek I sakit tenat. I ikut my parents then. By the way maaf tadi. I tak sengaja" Maria, menyisip rambutnya ke belakang telinga. Wangi. Cantik. Aku seakan terpukau melihat wajahnya, sekali lagi; dia tak pernah berubah sama persis dulu.

"Anyway, Maria. Since kita dah lama tak jumpa ni, mesti banyak benda nak dibualkan. I nak pinjam masa you. Boleh?"

"Sure, Is. I'd love to. Jom?" Dia melemparkan senyuman yang cukup menawan buat aku. Bergetar jiwa ragaku. Terpesona.



Saat kami berbual panjang, tiba-tiba terkeluar soalan yang membuat aku tersentap seketika. "Is, you masih single? Anyone special?" Dan saat itu jugalah aku telah melakukan kesilapan, jawapan aku ringkas "Ya, single." Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran aku. Aku seakan terlupa Yasmin yang sedang sarat mengandung di rumah.

"Maria, I need to go now. Nanti kita jumpa lagi. Ini card I if anything, you contact I okay? I pergi dulu, Assalamualaikum" Aku memandang Maria dan menghulurkan kad tersebut. Maria mencapainya, tersenyum mesra - "Will do that. See ya. Waalaikumussalam."

Sejak pertemuan semula aku dengan Maria, aku dan dia semakin rapat seperti waktu dulu. Sudah dua bulan setengah, dan ya, kami juga sudah bercinta semula. Maria cinta pertama aku. Dan kerana keadaan tak mengizinkan dia harus pulang ke London. Kami terpaksa memutuskan hubungan. 4 tahun aku menunggunya pulang ke tanah air. Tapi tiada khabar darinya.

Dan sejak pertemuan itu juga, aku jadi semakin dingin dengan Yasmin. Aku sering melukakan hati Yasmin. Aku marah Yasmin bila Yasmin tanya aku kemana, dengan siapa, kenapa pulang lewat. Tapi aku tahu Yasmin risaukan aku. Aku pernah juga melemparkan pinggan pada Yasmin kerana enggan makan. Hati aku menjadi keras, di imaginasiku dan bayanganku cuma Maria yang aku lihat. Aku pernah terniat untuk melamar Maria. Aku juga semakin lalai dengan tanggungjawab aku sebagai seorang suami dan hambaNya. Setiap hari aku mendengar Yasmin menangis ketika dia menunaikan solat subuh. Tapi aku tak endahkan. Aku masih berkeras dengan dia.


Suatu malam.

"Abang, kopi" Yasmin datang ke sebelah ku sambil menghidang air kopi panas. Lalu Yasmin sambung bicaranya.

"Um, abang, Yasmin dah lama tak jumpa Ummi. Boleh tak Yasmin nak balik hujung minggu ini? Abang Saif jemput Yasmin tengah hari nanti.

"Kau nak buat apa balik?" Wajah Yasmin berubah terkejut.

"Yasmin rindu Ummi, bang. Yasmin nak jumpa Ummi." Mata Yasmin mula berkaca.

"Tak payah kau nak balik nak mengadu kat Ummi kan? Kau nak mengadu dekat Ummi so Ummi dengan Abah boleh marah aku kan? Kau duduk je kat rumah ni. Makan minum aku siapa nak jaga? Aku nak buang Bibik Sue, biar dia tak kerja dekat sini lagi. Aku nak kau masak untuk aku, sediakan semua keperluan aku. Peduli apa aku kau sarat. Faham?"

Yasmin tertunduk dan menangis teresak esak kerana terlalu sedih.

"Yang kau nak menangis ni kenapa, perempuan?!" Tanpa aku berfikir waras aku mengambil cawan berisi air kopi yang panas lalu aku curahkan ke muka Yasmin. Aku bangkit dari sofa, langsung menampar mukanya lalu aku tinggalkan Yasmin di tepi pintu, mencapai kunci kereta, hidupkan enjin dan terus pergi.


Aku tak tahu apa yang aku lakukan. Kenapa aku tiba-tiba boleh bertindak sedemikian. Pada waktu itu, telefon bimbit aku berdering dan terpapar nama Maria di skrin.

"Bie, I rasa tak sedap hati. Are you okay? Boleh tak you temankan I malam ni?

"I'll be on my way, sayang"

* * * *

Hari demi hari, aku makin buas memukul Yasmin di badannya tanpa menyedari bayi ku juga sakit di dalam kandungan Yasmin. Aku mengurung Yasmin di rumah dan mengerahnya untuk membuat kerja kerja rumah. Hampir seluruh badan Yasmin bengkak dan berbirat. Yasmin hidup sengsara kerana aku.

Pada malamnya, Yasmin datang dan duduk di sebelah aku lalu berkata,

"Abang, Yasmin dah tahu abang ke mana setiap malam dan kenapa abang tak tidur di rumah. Yasmin dah tahu abang dengan siapa. Ramai orang sudah beritahu Yasmin bang. Tapi Yasmin diamkan kerana Yasmin percayakan abang sepenuh hati Min. Min selalu berharap abang akan berubah. Min tak kisah abang nak pukul Min. Min tak kisah abang nak cemuh Min. Tapi abang, fikirkan bayi kita ini bang. Mana abang yang Yasmin kenal dulu? Yang lemah lembut, yang sentiasa berada di samping Min?" Yasmin merayu dengan suara yang serak basah gara gara hari hari menangis.

"Dah habis cakap? Diam boleh?"

"Yasmin cuma....." Belum sempat Yasmin menghabiskan ayatnya, aku menendangnya sekuat hati aku lantas berkata "AKU SURUH KAU DIAM! KAU NAK DERHAKA DENGAN AKU?!!!"

Yasmin terbaring dan menangis semahunya. Darah mula mengalir ditengah tengah betisnya.

"Auww... Abang, sakit............ Abang, Yasmin sakit." Aku tersedar dari amarah setelah mendengar tangisan dan teriakan Yasmin. Aku terkejut dengan apa yang aku telah perbuat sendiri. Aku mendapatkan Yasmin dan kelam kabut mencapai telefon. Yasmin dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU. Abah, Ummi dan Ibu datang dengan wajah gelisah. Ummi mula menangis. Abah memujuknya. Ibu tanya pada aku apa yang terjadi. Aku cuma diam membisu tak terkata.

Doktor perempuan berbangsa india keluar dengan muka yang pasrah lalu menggeleng kepalanya.

"Kenapa doktor? Is she okay? Isteri saya okay tak doktor?"

"Isteri awak masih dalam keadaan lemah. Dan..... I'm sorry to say this, bayi awak tak dapat diselamatkan."

Aku terkedu. Dan perasaan sedih yang teramat sangat menyelinap dalam hati aku. Hati apa yang aku punya ini, Ya Allah. Aku telah membunuh darah daging aku sendiri. Bicara hati kecil ku. Kesal. Aku mengesat air mata lalu bertanya, "Boleh saya jumpa isteri saya?"

Aku masuk ke ruangan dan terlihat Yasmin terbaring kaku. Aku mencapai tangannya dan mengucup dahinya. Selama ini tangan aku ini yang sering memukul dirinya. Aku perhati wajah isteri ku. Walaupun dalam kesakitan riak wajahnya masih kelihatan ceria.

"Yasmin, maafkan abang. Sepatutnya abang lindungi Yasmin. Tapi abang sendiri yang cederakan Yasmin. Abang pembunuh, Min. Abang salah selama ini. Abang banyak berdosa dengan Yasmin. Abang lukakan Yasmin walaupun dulu abang pernah janji takkan berkeras dengan Yasmin. Abang sayang Yasmin tapi abang jahat dengan Yasmin. Abang berdosa dengan Allah, dengan Yasmin dan dengan semua orang. Min, bangun Min untuk abang. Min dengar tak Min. Abang dah sedar walaupun sedar abang takkan kembalikan bayi kita Min. Abang sayang Min sangat." Aku menggenggam tangannya, erat.

Perlahan lahan matanya dibuka.

"Abang...... Yas... min.... maafkan abang. Abang.... cinta pertama Min... dan.... cinta terakhir.... Min. Min, mintak maaf tak dapat... jadi yang... terbaik buat... abang. Min, berdosa dengan abang sebab.... tak mampu beri apa yang abang inginkan.... Halalkan makan.. minum Min. Min cinta... abang. Abang syurga.... buat Min. Min... tunggu abang dekat.... sana."

"Min, abang yang patut minta maaf dekat min, bukan Min. Min tak salah. Min? Sayang? Min?!! Jangan tinggalkan abang Min. Ya Allah! Apa yang perlu aku perbuat untuk tebus kesalahan aku ya Allah!!"

 

Aisya Yasmin, maafkan abang :'(




P/s: Hargai seseorang yang hadir dalam hidup kita lebih-lebih lagi yang dinamakan suami/isteri/ibu bapa. Kerana kita tak tahu bila ajal mereka, dan bila ajal kita. Maaf yoooo saya bukanlah novelis yang bagus, cukup sekadar cerita dan pengajarannya sampai. Mesti cam malaskan nak baca panjang gila kan? hahaha okay. Then again, thank you for reading! :D Assalamualaikum.