Friday, May 24

Some of us.



Assalamualaikum.

Some of us are fortunate, and some of us aren't.

Some of us live in a palace. Some of us live in a small cottage. Some live in a foster home. Some live in a moderate lifestyle and some don't even have a home to live. 

Some of us are fast learners, some of us need loads of practices to be smart, some of us are lazy and effortless and some of us are less fortunate they can't even afford to pay education fees.

Some of us use cool mobile phones but they aren't being grateful. Some of us are hoping that their dads are going to get one for them even if it's cheap and some of us are too poor they just need food to survive.

Some of us need fancy cars. Some of us need a bike and some of us are handicaps, they need feet to walk.

Some of us complain about their life, some of us wish they had someone else's life, some of us somewhere hoping they could live in a very peaceful country.

Some of us live a perfect life.
Some of us don't
Some of us want to have a perfect life.
Some of us just wanna live.

Some of us shot themselves to death, jump off a cliff and die tragically but some of us somewhere are fighting to stay alive.

Some of us seek God only when their heart ache, and some of us pray to God everyday cause they know, God listens.

Life's never easy but believe me God will ease everything. Have faith. Remember Him, He'll remember you. Walk one step to Him, He'll run to you.

If you want paradise don't just sit around and do nothing, instead of doing that, struggle and pray for it.


May God shows us the right way and guide us through; in this world and in the hereafter. May we all meet in Jannah soon. Aamiin.


Friday, May 17

Selamanya Milik Tuhan. (Short Novel)


Bahagian Akhir

Doktor Hadi menyerahkan semula handphone aku lalu mengajak aku duduk di bangku taman sambil menikmati udara yang nyaman. Lalu dia memusingkan badannya ke arah aku dan berkata, “Bila awak nak bercakap dengan saya?”

Aku mengangkat bahu lalu menolehkan wajah ke arah lain.

“Suara Sarah mesti merdu kan?” Dia meneruskan perbualan. Aku memandangnya langsung menggelengkan kepala lalu mengangkat thumbs down.

“Agak-agak suara Sarah ni macam siapa? Mesti macam suara Heliza, lembut je. Atau serak basah macam suara Nabila Huda?” Doktor Hadi tertawa kecil.

Aku menjelirkan lidah. Merepek! Langsung tak sama.

"Lah, jelir lidah dekat saya pulak. Habistu macam Amy Search? Hmm" Sambil tersenyum sinis. 

Aku menjeling dia lantas menggelengkan kepala. Amy Search? Dia ni biar betul.

Doktor Hadi menyambung lagi ayatnya, “Kalau bukan macam Amy Search, siapa? Hmm. Sarah kalau gelak mesti macam ahli sihir kan? Hahahaha” Kali ini aku betul-betul geram, aku menepuk-nepuk bahu dia. Berani dia samakan aku dengan ahli sihir. Aku terketawa. 

Suara aku.... Aku dah keluarkan suara aku. Aku meraba-raba bawah dagu dan leher. Aku memandang Doktor Hadi dengan wajah yang terperanjat bercampur gembira. Akhirnya, aku ketawa! Setelah sekian lama...

Doktor Hadi tersenyum mesra lalu mengajak aku pulang segera untuk khabarkan berita ini pada ibu dan baba. “Jom balik, kita bagitahu uncle dengan auntie. Ini berita gembira buat mereka.” Aku mengangguk teruja.


* * * *

“Sarah kena banyak-banyak berehat.” Ibu mengusap dahi aku lalu mengucup manja.

“Ya.. bu..” Aku menjawab perlahan. Aku rasa seperti bayi baru lahir. Kegembiraan mereka bila aku mengeluarkan suara persis waktu aku kecil dulu baru belajar menyebut ‘baba.’ Aku mahu mereka kekal gembira.

“Hadi, uncle berterima kasih sangat dengan kamu. Kamu sudah banyak membantu keluarga uncle.” Baba bersalaman dengan Doktor Hadi tanda terima kasih dan syukurnya.

“Alhamdulillah uncle. Semua ini anugerah Ilahi. Saya cuma menjalankan tugas saya sebagai doktor. Lagipun uncle dah banyak bantu keluarga saya dulu sebelum Daddy berpindah ke Australia.”

“Iya, alhamdulillah. Uncle bersyukur sangat. Tak apalah, itu namanya kawan sejati.”

“Nampak gayanya tugas saya pun dah hampir selesai dekat sini. Saya akan berangkat balik ke Melbourne minggu depan. Dah lama juga tak jumpa Daddy dengan Ummi dekat sana. Terima kasih uncle sebab percayakan saya.”

“Tak.. tak.. terima kasih sebenarnya untuk kamu Hadi. Kami sekeluarga terhutang budi dengan kamu.” Baba betul-betul menghargai pertolongan anak rakannya.

“Saya gerak dulu lah uncle. Lagipun dah nak maghrib ni. Saya berangkat dulu ya. Kirim salam Auntie Bashirah dengan Sarah ya. Oh dengan bibik Murni sekali. Saya mintak diri dulu, assalamualaikum.”

“Inshaa Allah. Waalaikumussalam nak. Bawak kereta elok-elok.”

* * * *

Ibu menyediakan susu suam untuk aku lalu meletakkannya di atas meja.

Aku cuba bersuara, “Bu... Doktor Hadi mana..?”

“Doktor Hadi dah balik dah sayang. Kenapa dengan Doktor Hadi? Sarah nak cakap apa? Kejap ibu ambilkan tab kamu.” Belum sempat ibu hendak bangun, aku mencapai tangan ibu.

“Sarah.. nak cakap... dengan ibu..”

“Hmmm. Sarah nak cakap apa sayang? Okay, ibu dengar.” Ibu mengusap dahi aku dengan lembut.

“Sarah... rasa Sarah sayang.. dia...” Aku mula meluahkan perasaan pada ibu. Ibu agak terkejut dengan luahan hati aku.

“Sarah sayang Doktor Hadi? Ibu pun suka dia. Dia baik. Bila dengan kamu, ibu nampak dia layan kamu lembut sangat.” Ibu mencuit hidung aku lalu tersengih sendiri.

“Sarah... pun rasa... dia sayang Sarah.” Aku merenung wajah ibu aku. Memberi dia hint dengan mengangkat-angkat kening.

“Ibu rasa kalau ibu tanya baba pasal Doktor Hadi pun, mesti baba sukakan dia jugak, ya kan sayang? Sesuai jadi menantu ibu”

“Hihihihi. Ibu ni...” Just like I have expected, ibu mesti mahu jodohkan aku dengan Doktor Hadi. Seperti yang aku inginkan. Ya Allah, moga peristiwa lama tak berulang lagi. Peristiwa hitam yang telah merubah hidup aku secara drastik. Moga dialah pemilik hati ini buat selama-lamanya.

Hari keesokkannya, Doktor Hadi singgah ke rumah. Sengaja ibu meminta baba mengajak dia makan malam bersama.

“Hadi, harini masakan special tau. Sarah yang masak. Sarah ni nampak je manja tapi kalau dia masak, memang marvellous lah.” Aku tersipu malu. Ibu ni lebih-lebih pula memuji aku, sekali tak kena tekak Doktor Hadi mahu segan aku seumur hidup.

“Uhm.. Doktor, rasalah.” Aku menghulurkan mangkuk berisikan lauk ayam masak merah hasil air tangan aku pada Doktor Hadi.

Well, ayam masak merah ni taste very good! Pandai awak masak Sarah. Untunglah siapa yang jadi bakal suami awak nanti. Dahlah saya memang minat lauk ayam masak merah. Mana awak tahu ni?” Makin laju Doktor Hadi menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sedap betul.

Usai makan malam, aku mengajak Doktor Hadi duduk berehat sebentar di buaian. Aku cuba untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku. Aku mengetap bibir tak terungkap apa yang tersimpan ini. Tiba-tiba Doktor Hadi bersuara.

“Saya rasa saya cintakan awak. Benda pelik ke? Saya tak pernah jatuh cinta dengan pesakit saya.” Dia menoleh ke arah aku. Memandang mata aku dalam-dalam. Aku terpaku mendengar luahan dia yang sepatutnya keluar dari bibir aku. Aku tak bertepuk sebelah tangan. Cinta aku dibalas cinta dia.

“Tak.. tak pelik. Bukan awak sorang... saya juga.” Aku memalingkan muka ke arah lain. Malu.

“He’eh. Sama pulak perasan kita ya. Hmmm. Jadi apa yang kita kena buat?” Orang tua ni tanya aku pulak?! Lamarlah. Takkan tak faham faham lagi konsepnya. Urgh. Stress!

“Entah... awak rasa?” Aku menjeling.

“Sarah nak kahwin dengan saya tak? Tapi saya dah tua. Sarah nak kahwin dengan saya jugak walaupun saya tua?” Cubaan Doktor Hadi untuk menjadi comel, memikat hati aku. Aku tersenyum lalu berlari masuk ke rumah.

“Eh, lari pulak Sarah ni dah macam filem hindustan. Kira setujulah tu kot. Hehehe.” Getus hati Doktor Hadi sambil menyengih sendiri.

Athar masa laluku. Doktor Hadi Fahmi pula suami aku. Aku sah menjadi isteri Doktor Hadi pada tarikh 11 Oktober 2011. Sudah setahun lebih kami berkahwin tapi masih belum punya rezeki untuk mendapat cahaya mata. Hadi ajarkan aku, sabar itu iman, bersyukur itu iman, bersangka baik itu iman dan perkahwinan itu juga menyempurnakan separuh daripada iman. 

“Sabda Nabi s.a.w. dari Anas bin Malik, "Jika seorang hamba Allah itu menikah (kahwin), maka telah sempurnalah setengah (separuh) agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah yang lain." (Riwayat al-Hakim dan at-Thabrani)”

Hadi mengajar aku kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi kembali menghadap Tuhan. Jika diizinkan Tuhan, aku mahu menjaga Hadi sampai ke hembusan nafas aku yang terakhir. Hadi juga mengajar aku, tak semestinya cinta pertama kita itu adalah cinta terakhir. Mungkin Allah hadiahkan Athar untuk aku belajar erti persahabatan lalu kemudian Dia mengambil Athar dari aku untuk menguji kesabaran aku dalam menempuh hidup ini.

Hakikatnya, kita tak pernah memiliki siapa pun, harta apa pun, kerana semuanya pinjaman dari Allah SWT. Allah memberi dan Allah mengambil semula. Setiap nyawa orang yang kita sayangi diambil Tuhan, bukanlah bererti untuk menyeksa manusia semata, tapi untuk kita belajar menghargai kehadiran seseorang itu dalam hidup kita dan juga untuk belajar menerima pemergian dan kehilangan dia bila satu saat helaian daunnya gugur dan jatuh ke tanah.

Sedih, ya memang sedih. Walau apapun hidup harus diteruskan juga selagi roh masih melekat pada jasad, kita sebagai manusia bersyukurlah. Hargailah kesempatan ini.

Aku mahu menggapai syurgaMu bersama suami aku, Doktor Hadi Fahmi di sisi, selalu.




Selamanya Milik Tuhan (Short Novel)



Bahagian Dua.

Tiga minggu aku mengurungkan diri dalam bilik. Hidup aku berubah drastik sejak pemergian Athar. Aku sudah tidak bersuara. Membisu. Hidup aku terasa kosong. Teramat kosong. Aku cuma nampak hitam. Kehidupan aku makin kusam sehinggakan aku tiada daya untuk buat apa-apa. Aku makan bila dipaksa, mandi bila ibu merayu dan aku luangkan masa tidur sepanjang hari. Kerana sikap aku ini, aku telah dibuang kerja.

Setiap malam aku akan mimpi bertemu Athar. Aku nampak Athar, tapi dengan sekelip mata Athar akan hilang dari pandangan. Mana Athar pergi? Kenapa Athar tinggalkan Sarah without saying goodbye?

Sarah sakit, Athar. Athar baliklah.....

Bila aku tersedar dari tidur, aku akan menjerit memanggil Athar berulang kali. Keadaan aku sebegini hampir setiap malam, membuatkan ibu dan baba runsing dan khuatir. Aku tak mahu baba dengan ibu risau. Aku cuma mahu Athar kembali.

Pernah sekali, bibik Murni temui aku pengsan di sebelah katil sambil memegang botol pil tidur. Bayangan Athar menghantui hidup aku, aku mahu lari dari Athar. Aku tak mahu terus hidup macam ini. Aku sangat tertekan lalu aku memutuskan untuk menelan kesemua pil dengan harapan aku dapat lupakan semua benda yang telah terjadi dan tinggalkan dunia yang kejam. Pemikiran aku makin tidak waras. Aku makin hilang arah. Makin hilang harapan.

Aku tak mahu teruskan hidup. Aku give up.

Namun, kerana bibik Murni aku terselamat. Aku terselamat dari satu dosa besar yang tak mungkin Tuhan ampunkan. Allah... Apa yang aku fikirkan. Kisah aku ini tersebar luas di kawasan kejiranan sehingga membuatkan jiran sekeliling mula menuduh aku perempuan gila, perempuan laknat dan pembawa sial.

Macam-macam tohmahan dan fitnah dilemparkan satu persatu. Hanis yang dulu rakan karib aku dunia akhirat juga makin menjauhkan diri dari aku, kerana takut aku mencederakan dia. Maruah keluarga aku tercalar kerana perbuatan aku cuba untuk membunuh diri.

Tapi seringkali ibu dan baba yakinkan ini bukan salah aku. Semua yang terjadi ada hikmah. Mungkin ini adalah ujian Tuhan untuk mendekatkan diri denganNya. Benar kami menjaga solat, menjaga ukhuwah sesama manusia dan selalu beramal jariah, tapi baba selalu berpesan kita manusia biasa dan pendosa.

Dalam pada kita tak sedar mungkin adakalanya kita menjadi riak dengan kebaikan yang kita pernah buat. Allah menguji keimanan kita. Dia uji bukan kerana benci tapi kerana Allah sayangkan hambaNya. Biar kita dicaci dan difitnah tanpa penghujung. Ingat, Allah itu Maha Adil. Kelak Dia akan tetap balas perbuatan jahat orang pada kita, tak dunia mungkin akhirat.

* * * *

Ibu meletakkan cawan berisikan kopi hangat di atas meja lalu bersuara, “Abang, saya risaukan Sarah. Saya sedih tengok dia terseksa. Pagi-pagi dia okay je tapi bila malam dia menjerit-jerit, memanggil Athar.” Ibu mengelap air matanya. Sudah tidak mampu menahan sebak.

“Sabarlah sayang. Abang akan usahakan untuk sembuhkan anak kita. Saya pun taknak anak kita macam ni. Inshaa Allah, lusa anak kawan saya dari Australia balik ke Malaysia. Dia doktor psikiatri. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.” Baba cuba memujuk ibu. 

“Abang, saya takut anak kita tertekan dan cuba buat benda yang sama lagi. Biarlah orang nak kata Sarah itu, ini. Saya taknak kehilangan anak kita.” Ibu menekup mukanya, menangis. Baba merapati ibu dan memeluk dia untuk menenangkan hatinya yang sedih.

“Abang akan usahakan. Abang janji.” Baba mengucup dahi ibu penuh kasih sayang.

 Baba dengan Dato Mustafa sudah lama kenal, sejak di bangku sekolah lagi. Persahabatan mereka memang sangat kukuh. Baba susah, uncle Mus tolong dan begitu juga sebaliknya. Uncle Mus ada tiga orang anak. Salah seorang anaknya bekerja sebagai doktor pakar psikiatri, Doktor Hadi Fahmi.

Berkenaan dengan anak uncle Mus, dialah doktor yang merawat aku. Umurnya 32 tahun. Wajahnya hitam manis, rambutnya sentiasa disikat kemas dan dia berkaca mata. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah lagi aku sudah merasakan aura yang kurang aku senangi. Aku tak suka dia. Dahlah tua.

* * * *

Bibik Murni yang sedang meletakkan bubur panas di atas meja bersebelahan dengan katil, tersengih-sengih. Aku mengerutkan dahi lalu mengangkat kening pada bibik. Bibik memang faham dengan setiap mimik muka aku.

“Enggak ada apa apa. Cuma, doktor tu gantang ya?” Bibik tersenyum gedik.

Aku mengangkat bahu lalu menggelengkan kepala. Tak berkenanlah bibik.

“Bibik rasa kamu berdua cocok. Dia pantas kok buat kamu, Sarah. Okay yaaa, udah udah! Ayuh makan. Nanti sejuk buburnya.”

Aku menggelengkan kepala. Tak mahu makan. Takda selera.

“Ya jangan geleng terus. Kamu harus makan nanti bisa cepet sembuh. Lagian kamu kan gak makan dari kemarin. Terus Puan marah pula sama bibik. Kamu makan ya, boleh kan?” Bibik memujuk aku untuk makan kerana takut dimarahi ibu. Aku tak ada selera. Hmm tak apalah nanti bibik kena marah pula dengan ibu.

Aku memuncungkan bibir.

“Bagus ni. Anak pintar.” Bibik menepuk-nepuk bahu aku langsung keluar untuk mengangkat baju kotor di hadapan bilik.

“Tak baik muncung-muncung. Silap-silap saya boleh gantung hanger dekat bibir awak tu.” Doktor Hadi bersuara bila terlihat aku memuncungkan bibir kerana tak lalu nak makan. Ibu dengan baba cuma ketawa dengan gurauan doktor yang menjengkelkan ni. Sempat pulak lelaki tua ni nak sindir-sindir aku. Ish, tak sukanya aku dengan orang tua ni!

“Sarah, baba nak kenalkan, ni doktor Hadi. Dia akan rawat Sarah sampai Sarah sembuh.”

“Inshaa Allah, uncle.” Doktor Hadi tersenyum manis. Jelas kelihatan lesung pipit di pipinya.

Kata doktor Hadi pada baba, Aku mengidap penyakit ‘post-traumatic stress disorder’ dan 'pathological grief'. Aku sering murung dan terlalu tertekan kerana bayangan Athar yang sering muncul di dalam benak fikiran aku. Setiap kali aku tidur, aku akan mimpi dia dan mimpi itu akan mengganggu emosi aku lalu membuatkan aku tak terkawal sesudah aku sedar dari tidur. Kadang aku berhalusinasi. 

 “Hadi, tolong sembuhkan Sarah.” Rayu ibu pada Doktor Hadi. 

“Inshaa Allah, auntie. Kuasa menyembuhkan bukan pada tangan saya, tapi tangan Dia. Saya akan cuba bantu Sarah semampu saya. Inshaa Allah, anak auntie akan sembuh. Uncle Talhah dan auntie jangan risau.” Doktor Hadi merenung wajah ibu lalu tersenyum tanda semuanya akan baik-baik sahaja.

Doktor Hadi menyambung perbualannya dengan baba, “sebenarnya kan uncle, penyakit trauma ini boleh pulih dalam tempoh kurang daripada enam bulan, tapi kalau Sarah tak dirawat lalu sampai ke tahap parah, mungkin akan makan masa bertahun-tahun untuk Sarah pulih seperti sediakala. Saya akan berikan ubat ‘anti-depressant’ dan beberapa ubat lain untuk Sarah.” 

“Sarah dah lama tak bercakap. Asik geleng-geleng kepala, angguk, berkerut je. Auntie dah lama tak dengar dia ketawa. Kalau Athar ada dulu....” Bergenang air mata ibu memikirkan kondisi aku yang sudah lama membisu. 

“Saya akan beri dia kaunseling juga untuk memulihkan semangat dia yang hilang. Auntie sabar ya, doakan kesembuhan Sarah. Dia sangat memerlukan doa dari uncle dan auntie.” Doktor Hadi sangat positif orangnya. Dato’ Mustafa sangat mementingkan didikan agama yang sempurna. Sudah tentulah dia seorang lelaki yang sangat optimis kerana didikan agama yang diterapkan oleh bapanya. Doktor, kacak, bijak dan positive-thinking. Idaman setiap gadis Malaya. Tapi kenapa dia tidak berkahwin? 

* * * *

Lima bulan aku menjalani sesi rawatan dan kaunseling Doktor Hadi. Ingatan aku terhadap Athar perlahan-lahan makin lenyap. Aku sudah makin jarang mimpikan Athar dan bayangan Athar sudah semakin jarang aku lihat. Aku makin pulih. Bila aku termimpikan Athar, aku sudah boleh kawal depresi aku. Aku sudah semakin kurang menangis dan meratapi pemergian Athar seperti selalu. 

 Baba dan ibu sangat bersyukur aku sudah semakin sembuh tidak seperti lima bulan yang lepas. Cuma aku masih lagi membisu. Tak mahu bercakap sepatah. Mungkin kerana sudah terlalu lama sehinggakan aku terbiasa dengan keadaan ini. Hidup aku seperti telah diberikan nafas dan harapan yang baru. Roh aku seperti telah bertukar damai. Aku seperti baru belajar bernafas. 

Menghirup udara di taman dan ditemani Doktor Hadi di sisi aku. Sepertinya dialah orang yang telah memberikan aku nyawa untuk kembali hidup seperti orang normal. Aku ingin berterima kasih dengannya. Aku menaip message di telefon bimbit, lalu menghulurkannya pada Doktor Hadi. 

“Doc, thanks for giving me life and a new soul. Thanks for helping me in getting out of my darkest hour J Aku memandang wajahnya. Tersenyum. 

Doktor Hadi terketawa kecil membaca message aku. Kenapa dia ketawa? Apa yang lucu? 

“Sarah kena berterima kasih dekat Allah. Saya tak bagi awak hidup, tapi Dia yang bagi awak peluang untuk hidup. Jadi awak kena berterima kasih padaNya. Saya cuma menjalankan tugas sebagai seorang doktor. Dan awaklah pesakitnya.” Dia merenung wajah aku sambil melemparkan senyuman yang paling ikhlas. Baru aku perasan, mata Doktor Hadi berwarna Hazel.

Macam Athar....



Thursday, May 16

Selamanya Milik Tuhan. (Short Novel)


Bahagian Satu.

"Sarah, will you marry me?" Athar melutut di depan aku sambil menghulurkan sebentuk cincin permata. 

Aku cuma mampu berdiri sambil mengelap air mata gembira yang membasahi pipi aku. Aku tak terkata.  Lidah aku kelu seketika. Athar memandang aku masih menanti jawapan.

"I do! Yes I do Athar." Sebaik mendengar kata setuju aku, Athar tersenyum lega. Mungkin dia takut lamaran dia ditolak. Mana mungkin aku mahu menolak dia. Ini yang aku tunggu. Ya! Ini. Cincin permata tadi disarung ke jari manis aku. Hidup aku kini lengkap. Selangkah lagi untuk aku dan Athar merasai keindahan alam berumah tangga. Aku dan Athar sudah lama berkawan. Dialah peneman, dialah pelindung. Athar adalah cinta pertama aku juga cinta terakhir. Hidup aku cukup sempurna dengan adanya Baba dengan ibu yang sentiasa menyokong, Athar yang sentiasa menyayangi aku dan juga Hanis, rakan aku sejak kecil. 

Athar adalah pelajar lulusan Ijazah Perniagaan. Dia sangat peramah dan aktif bersukan. Sangat memilih dalam berkawan. Dia juga alergik makanan laut. Aku dan Athar tak pernah berpisah sejak zaman Diploma. Baba dengan ibu pun dah anggap Athar macam anak mereka sendiri. Keluarga Athar pun dah anggap aku sebahagian dari keluarga mereka.

Empat bulan aku menanti detik yang mendebarkan. Aku bakal jadi isteri Athar yang sah setelah lafaz akad. Sungguh aku tak percaya masa berjalan dengan begitu pantas. Rasa macam baru semalam aku berkenalan dengan Athar hari ini aku akan jadi isteri dia. Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Betapa bahagia hati ini bakal hidup bersama dengan lelaki yang aku sayang lebih dari nyawa aku.

Bahagia dicampur gaul dengan gementar. Aku memandang jari jemari aku, inai dijari tampak kemerahan. Kata orang kalau inai yang dipakai merah pekat, suami sayang. Aku tak tahu nak percaya atau tak apa kata orang., yang pasti Athar memang sayangkan aku. 

"Berserinya wajah anak ibu." Ibu datang menghampiri aku lalu memeluk tubuh kecil aku ini. Aku tersenyum lalu menoleh ke arah ibu dan memandang wajahnya penuh sayu.

"Ibu, maafkan Sarah kalau Sarah tak dapat jadi anak yang ibu dan baba banggakan. Halalkan segala yang ibu pernah beri pada Sarah ya ibu? Sarah sayang ibu sangat-sangat." Air mata mulai bergenang. Terus aku mencapai kotak tisu dan mengelap air mata takut rosak pula masterpiece Kak Anoi. 

"Ibu dah lama maafkan Sarah. Ibu nak anak ibu ni berjaya dunia akhirat. Sarah sayang ibu, ibu lagi berganda-ganda sayang dekat anak ibu sorang ni. Lepasni ibu bergurau dengan baba jelah dekat rumah, anak ibu dah jadi isteri orang." Mata ibu berkaca. Aku tahu apa yang ibu rasa waktu ibu cakap dia dah takda teman bergurau. Kalau dulu, aku sahajalah kawan dia di rumah. 

"Sarah tetap anak ibu lah. Nanti kalau Sarah balik, kita gosip gosip macam biasa okay ibu? Nanti ajak Athar bergurau sekali." Ibu ketawa kecil. Aku mendakap ibu erat. Tersenyum. Tapi dalam keriangan terselit sedikit perasaan ralat dalam hati aku. Sedih pula mahu meninggalkan ibu yang sudah 24 tahun menjaga aku dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna. Tapi ibu kata bukan selamanya apa yang kita ada itu milik kita. Tak selamanya aku milik ibu dan baba. 

Baba menyingkap langsir pintu bilik aku dengan wajah yang penuh cemas. Gurauan dan gelak ketawa aku dengan ibu tadi bertukar gelisah. 

"Baba, kenapa ni baba? kenapa muka baba macam ni?" Aku bangun mendapatkan baba yang masih lagi dalam keadaan terkejut.

"Athar...... dia....." Sayu suara baba.

"Baba, kenapa dengan Athar? Baba jangan macam ni. Baba cakaplah." 

"Sarah, Athar dah meninggal. Athar kemalangan waktu dia dengan keluarganya dalam perjalanan ke sini. Ayah Man dengan Auntie Embun dah dikejarkan ke hospital. Mereka cedera parah." Baba menghabiskan ayatnya.

"Athar.... Athar dah takda.... Athar dah tinggalkan Sarah." Aku terduduk di atas lantai. Masih belum boleh menelan kelat ini. Masih belum menerima apa yang baru sahaja aku dengar dari mulut baba. Aku nangis semahunya dalam dakapan ibu. Ibu turut menangis, menenangkan aku. Suasana ceria barusan digantikan dengan tangisan. Ya Allah, Athar. Kenapa Athar aku, Ya Tuhan....

"Istighfar Sarah... Istighfar..... Allah sayangkan Athar.... Ini ketentuanNya nak..." baba memegang bahu aku. Menahan air mata. Deep down baba juga sedih kerana dia sudah menganggap Athar seperti anak kandungnya sendiri.

"Athar... Ibu, Sarah nak jumpa Athar.... Sarah nak tengok Athar...." 



Monday, May 13

Even with my dark side?



Assalamualaikum.

"Everybody's got a darkside, do you love me? can you love mine? Will you love me even with my dark side?

I'm annoying. I complain. I grumble. I babble. I'm ego. I'm sensitive. I'm emotional. I'm a rebel. I have unstable mood quite often. I'm a spoil brat. I'm childish. I'm picky and I'm overweight.

I can never be perfect. I never will be perfect. Cause nobody's born to be perfect. 

I have my dark side. Too many of them.

I have my dark side. I can't even list them.

I have my dark side. I even forget some of them.

I have my dark side. Will you accept them? 

Will you still be here for me throughout each days in my life? Will you always keep me company? Will you be there with me through thick and thins? Will you love me for the rest of your life? And will you marry me and accept all of my imperfections and flaws? Once I'm your lawfully wedded wife, I'm willing to do anything, just. for. you. 


You're imperfect. But your imperfections complete me. 

Promise you'll stay :')


Thursday, May 9

"Therefore remember Me, and I will remember you."



Assalamualaikum.

Hasbunallah wa nikmal wakil - Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Allah itu Maha Adil kan? Dia tahu apa yang terbaik, Dia tahu apa yang tak baik. Aku jadi makin yakin kegagalan yang aku pernah rasa satu ketika dahulu, bukan tanda Dia tak sayang, bukan tanda Dia mahu aku bersedih dan bermuram; tapi itu tanda kasihnya Dia. Untuk mentarbiyyah hati aku, mendidik jiwa aku.

Allah bagi kegagalan supaya kita merasa pahitnya. Allah bagi kegagalan supaya kita determine untuk buat lebih baik in future. Allah bagi kegagalan bukan kerana tak sayang, tapi kerana Dia tahu dengan cara jentik hati manusia dengan kegagalan, minda tersedar dari zon selesa.

Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Aku belajar, kegagalan itu norma kehidupan. Bukan sesuatu yang aku perlu sadiskan. Aku tahu, kegagalan itu mungkin titik perubahan untuk aku terus meniti hari-hari aku menjadi student diploma in Accountancy. Allah Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Boleh jadi apa yang aku suka, bukan sesuatu yang baik untuk aku. Dan boleh jadi apa yang aku tak suka, itulah yang terbaik untuk aku. Allah sudah merancanakan yang terbaik, aku bergantung padaNya dan cuma Dia. It seems like things hardly ever go as I planned, but regardless I am very blessed.

Kegagalan semester dua yang lepas baru sedikit, mungkin suku ujian dari Allah. Tak pun secubit ujian untuk aku rasa langit itu tinggi atau rendah. Aku berdoa, pada tiap waktu, good nor bad, Al Khaliq tetap bersama aku :') O' Allah, berikan aku istiqamah, perubahan yang berterusan. Tak kira apa tohmahan manusia, aku tahu itu ujian buat aku dalam penghijrahan ini.


Dan Alhamdulillah untuk keputusan yang sangat baik. Hadiah dari Allah untuk aku, atas usaha aku. Dan aku bersyukur buat bahagia yang aku kecap. 3.26 itu sudah sangat banyak buat aku. I wouldnt ask for more Allah but I will strive to be better in near future. Alhamdulillah wa syukurillah.

Loads of thank you to the pipowl who remind me not to give up when I lost hope. And for the pipowl who helped me throughout semester three! I'm grateful; being surrounded by these pipowl. Can't wait for semester four. How time flies, in a nick of time aku bakalan grad lagi satu tahun. Just, wow. 

"And (remember) when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you (in favor); but if you deny, indeed, My punishment is severe.'" [Surah Ibrahim: 7]"

Saturday, May 4

Hikmah (Short Novel)



Aku bukanlah anak orang berada. Aku hidup dalam suasana keluarga orang kebiasaan, menetap di rumah papan di sebuah kampung, tak jauh dari Ibu Kota. Walid kontraktor dan ibu pula meniaga kecil-kecilan. Aku ada adik perempuan, Safiyyah Naura -- dan dia pelajar cemerlang di sekolahnya. Aku? Nama aku Din, Akmaluddin Gadaffi. Hmm. Aku macam budak lelaki biasa, normal dan tipikal. Tak ada yang istimewa.

Ibu dan walid selalu inginkan yang terbaik buat anak-anak. Terutama aku. Aku anak sulung. Jadi tanggungjawab menjaga keluarga waktu walid tiada di rumah, jatuh ke bahu aku. Aku baru habis bersekolah di tingkatan lima. 

Ibu pernah tanya aku, "kau nak ambik jurusan apa nanti?" Ibu tanya, ibu jugalah yang jawab. Ibu suruh aku jadi doktor. Tapi mustahil. Subjek Biologi aku gred C+. Aku pun memang benci subjek Sains. Walid pula suruh aku jadi engineer. Aku tak yakin aku mampu kabulkan permintaan mereka berdua. Keputusan SPM aku tak gah mana. Cukup-cukup makan. 

Nak sambung belajar di universiti pun ikut peluang dan rezeki. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Tapi aku tahu ibu dan walid tetap mahu aku jejakkan kaki ke menara gading. Bukan aku taknak. Serius, aku bukan taknak sambung belajar. Cuma aku.......

Aku nak jadi pereka fesyen. 

Mungkin orang ingat aku ada naluri dan sifat pondan. Aku bukan pondan. Aku masih normal. Aku masih  lelaki sejati dan berpijak di bumi yang nyata. Ya, aku mahu jadi pereka fesyen. Tapi kalau cita-cita ini aku khabarkan ke orang tua aku, mahu berbirat dan lebam-lebam badan ni. 

Sejak pertama kali aku menonton Project Runway di 8TV, aku jatuh hati. Program realiti TV itu memang menarik minat aku untuk mereka dan melukis baju. Koleksi baju rekaan aku masih tersimpan rapi di dalam diari harian aku. Dengan kemudahan internet yang walid sediakan di rumah, aku selalu meluangkan masa google gambar-gambar fesyen terkini. Aku juga kerap google gambar-gambar fashionista termahsyur. Aku paling tertarik dengan penampilan dan keunikan gaya Lady Gaga dan Nicki Minaj. 

Bukan setakat fesyen di Hollywood, malah aku selalu google gambar-gambar busana muslimah tak kiralah di Malaysia atau negara lain. Semua cantik-cantik belaka. Gaya tudung masakini memang membuatkan aku kagum. Fesyen ikon seperti Hana Tajima, Dian Pelangi dan Yuna menjadi ikutan remaja perempuan sekarang yang gilakan trend. Mereka membuatkan aku mahu belajar lebih mendalam tentang rekaan fesyen wanita berhijab.


Tapi bagi aku wanita Islam itu boleh berfesyen dan tidak bertabarruj. Wanita Islam itu boleh berfesyen tapi bukanlah secara berlebihan dan tidak mendedahkan bahagian aurat yang wajib ditutup. Bukan ke hijab itu bermaksud menutup aurat keseluruhan? Bila wanita memahami hijab itu sebagai kain tudung yang hanya untuk menutup kepala. Sebenarnya ianya silap. Walaupun aku lelaki sejati, tapi aku faham konsep hijab yang disalah ertikan beberapa golongan wanita. 

Aku mahu mengubah mentaliti mereka. Aku mahu mencipta sesuatu yang baru, trendy, mengikut arus fesyen masakini tapi masih tampak sopan. 

Tapi macam mana mahu mula, kalau diri aku sendiri tak punya kekuatan untuk memberitahu ibu dan walid tentang cita-cita aku ini. Aku buntu. Kadang aku patah semangat bila ibu bersungguh-sungguh menyuruh aku jadi peguam pula. Aku tak mahu. Aku mahu kejar cita-cita aku. Cita-cita aku yang satu iaitu menjadi pereka fesyen terunggul di Malaysia seterusnya terkenal di mata dunia. 

Aku selalu berangan-angan. Aku dapat bersalaman dengan pereka fesyen dunia, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana. Mereka adalah pereka fesyen terulung dunia dari Itali. Vera Wang pula adalah salah seorang pereka fesyen yang dikenali dalam industri perkahwinan. Gaun-gaun pengantin yang direka semuanya menggunakan fabrik-fabrik mewah. 


Rekaan fesyen khusus buat wanita oleh Vera Wang sangat sofistikated dan anggun. Aku mahu jadi seperti mereka. Terkenal di serata dunia. Sambil tangan menongkat dagu, mulut aku ternganga, aku tersentak dari lamunan. Perlahan aku menepuk-nepuk pipi lalu berkata pada diri sendiri, "Mustahil semua tu. Tak mungkin." 

* * * *

"Ibu, permohonan UPU dah dibuka." Aku bangun dari kerusi, mendapatkan ibu lalu duduk bersila di hadapan dia yang sedang khusyuk menumbuk cili api untuk dibuat sambal kicap. Ibu selalu buat makan petang. Semalam pisang goreng, harini cempedak goreng pula. 

"Din mohon je jurusan yang bersesuaian dengan keputusan Din. Kalau boleh, macam ibu cakap semalam, ibu nak kamu jadi peguam. Tapi keputusan SPM kamu biasa-biasa je. Jadi, ibu pun tak tahu lah Din. Kamu nak mohon apa?" Ibu memandang tepat ke muka aku, menunggu jawapan.

"Kalau Din nak mohon...." Aku gugup seketika.

"Din, nak mohon apa? Din nak jadi guru? arkitek? atau Din nak mohon jadi askar?" Suara ibu makin serius. Membuatkan aku tak yakin ibu akan bersetuju dengan keputusan aku.

"Ermm... Din nak mohon fesyen, boleh tak ibu?" Lantas aku mengalihkan pandangan.

"Kamu nak mohon apa? Fesyen?" Ibu berhenti menumbuk cili setelah mendengar konfesi aku.

"Emm.. aah ibu. Din nak mohon fesyen." Aku mengulang semula ayat aku.

"Hmm.... fesyen tu reka-reka baju macam dalam tv tu eh? Kau nak jadi perempuan ke?"

"Tak ibu... tak semestinya ambik fesyen kena perempuan. Ramai pereka fesyen lelaki dalam Malaysia, apa lagi dekat luar negara."

"Semua lelaki tu lembut. Kau tak tengok ke dalam tv tu? Nampak je lelaki sejati, tapi suka pada kaum sejenis. Ibu taknak kau ambik benda-benda macam tu. Nanti ibu bincang dengan walid."

Aku terus bangkit meninggalkan ibu lalu masuk ke bilik. Menahan air mata. Aku cuma mahu kejar impian aku. Kenapa ibu tak nampak aku akan bagi dia dan walid kesenangan bila aku dah bekerja nanti. Takdalah kena tinggal dalam rumah papan dan naik kereta proton saga yang hampir serupa dengan besi buruk. 

* * * *

Malam itu, aku terdengar perbualan walid dan ibu. 

"Anak awak nak ambik fesyen. Saya cakap dekat dia yang ambik fesyen tu semua lelaki lembut."

"Hah? Apa bendalah budak tu fikirkan. Kalau ambik fesyen, dah keluar dari universiti nanti nak kerja jadi apa? Silap silap kerja mekanik je nanti."

"Apalah abang ni. Doakan anak kita macam tu. Saya nak dia jadi peguam. Sebenarnya saya tak kisah dia nak ambik jurusan apa pun. Tapi kalau fesyen, memang langkah mayat saya dulu bang. Saya taknak anak saya tu jauh tersasar."

"Hmm... abang pun tak tahulah. Tapi abang tengok anak Pak Tam ambik akaun, sekarang dah jadi akauntan pun. Belajar dekat luar negara. Balik Malaysia terus hadiahkan Pak Tam kereta besar. Bukanlah saya ni nakkan sangat anak kita tu balas jasa kita, tapi saya nak dia hidup senang. Saya taknak dia hidup macam kita ni. Nak cari duit pun susah. Kita ni bukan makin muda. Awak pun dah berkedut saya tengok."

"Ishh. Abang ni main-main pulak tengah serius kan." Ibu yang sedang mengurut walid, menepuk bahunya.

"Alaaaa. Saya main-main je pun, awak berkedut macam mana pun, awak tahu kan saya sayang awak?" Walid mencuit hidung ibu.

Manja-manja pulak ibu dengan walid ni. Aku merangkak perlahan masuk ke bilik dan duduk di atas katil. Hm. Besok mesti ibu akan bincangkan soal ini. Aku tak mahu jadi akauntan. Aku mahu kejar impian aku. Kenapa ibu dengan walid susah sangat nak faham isi hati aku. 

* * * * 
Pagi keesokkannya, ibu masuk ke bilik lalu duduk di hujung katil. Aku bangun, menggosok-gosok mata. 

"Walid suruh Din ambik akaun. Itu keputusan walid." Ibu memegang peha aku. Cuba menenangkan hati aku. 

"Tapi.... Din kan tak suka matematik. Ibu pun tahu."

"Memang ibu tahu kamu tak suka kira-kira. Kenapa Din awal-awal putus asa? Din tahukan hidup ni bukan mudah. Kalau Din nak tahu hidup ni perlukan cabaran. Din kena suka apa yang Din tak suka. Macam pekerjaan walid sekarang. Walid taknak jadi kontraktor, siapa sahajalah dalam dunia ni nak jadi kontraktor binaan. Tapi kenapa walid teruskan juga kerja sebagai kontraktor? Sebab walid tahu, walid ada tanggungjawab bagi nafkah pada ibu dan kamu dua beradik. Walid belajar untuk suka pekerjaan walid. Sekarang sikit demi sikit, rezeki keluarga kita Alhamdulillah dimurahkan Allah." Ibu menerangkan panjang lebar. Aku terpaksa turut kata ibu dan walid demi kebahagiaan mereka. 

Lupakanlah impian. Berikan ibu dan walid kegembiraan.

Keputusan permohonan kemasukan ke universiti telah dikeluarkan. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat di dalam UITM. Meskipun aku rasa ada lagi manusia yang layak. Tapi aku tetap bersyukur. Peluang diberikan pada aku. Beruntung!

* * * *

Awal permulaan semester aku masih di awang-awangan. Result semester satu aku agak teruk, pointer aku 2.23. Ibu dan walid kerisauan memikirkan aku yang semakin banyak berubah. Aku mula lupa siapa aku. Aku mula lupa dari mana asal aku. Aku semakin kerap keluar malam. Pernah satu kali, aku meninggi suara pada ibu lalu ditampar walid. Dua hari aku lari rumah, menetap di rumah rakan sekolej aku. 

Semester tiga, aku kembali ke pangkal jalan. Aku mula sedar tujuan aku ke mari. Bukan untuk bersuka ria. Bukan untuk bergembira. Tapi untuk belajar. Aku mempunyai misi untuk mendapatkan dekan semester ini. Namun, aku gagal subjek Management. Pointer aku 2.71, ada juga improvement walaupun gagal satu subjek.

Makin aku redha dengan pemberian Tuhan ini dan makin aku belajar, aku makin faham. Aku juga makin jatuh cinta dengan Accountancy. Aku sudah tidak melukis. Malah lukisan dan rekaan baju aku waktu aku di sekolah menengah telah lama aku buang. Aku semakin serius dalam pelajaran. Semakin aku tahu misi hidup aku. Aku gagal, aku bangkit bersemangat. Aku jatuh, aku bangun dengan matlamat. Matlamat yang baru.

Aku meneruskan pengajian aku sehingga ke peringkat Ijazah dan seterusnya Master. 

Sekarang semuanya boleh diterima akal. Semuanya make sense. Semua yang ibu dan arwah walid pernah nasihatkan pada aku satu ketika dahulu sudah menjadi realiti. Aku bekerja sebagai akauntan di salah satu syarikat terbesar di Malaysia. Hidup aku berubah. Walaupun Allah sudah mengambil walid dari hidup aku, tapi aku tahu dia berbangga dengan kejayaan aku. Ibu sudah tidak berniaga lagi. Safiyyah meneruskan Ijazah kedoktorannya di Cairo. 

Ibu dan walid pernah berpesan, jangan lupa asal usul kamu, jaga maruah ibu dan walid dan jadi anak yang soleh. Ibu dan walid tak pernah pesan, jadi anak yang kaya dan balas jasa kami yang sudah membesarkan kamu. Tidak pernah sama sekali. Ibu dan walid, redha. Allah SWT juga redha. 

Aku percaya, setiap benda dalam hidup ini bukan mudah untuk kita gapai. Bukan mudah untuk kita kecap tanpa halangan dan rintangan. Gagal sekali, gagal dua kali, gagal tiga kali, kenapa perlu risau? Itu lumrah hidup. Kita betul-betul gagal bila kita tak bangkit! Kita betul gagal bila kita tak mencuba sehabis baik! Kita betul-betul gagal bila kita taknak berusaha dan awal-awal lagi sudah berputus asa. Hidup ini tak mudah. Hidup ini takkan pernah mudah macam makan kacang. 

Tapi hidup akan dipermudahkan bila kita yakin pada Allah serta tak putus-putus berdoa meminta petunjuk dariNya. Allah itu Maha Mendengar. Allah itu Maha Mengasihani. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Have faith, restart. 








Friday, May 3

You're original cannot be replace.



Assalamualaikum.

Kalau nak dibicarakan perkara ini, aku sangat positif mesti akan ada hati kecil yang akan terasa dan menggelabah. Take it easy. Just breathe. Okay? And please, I beg you, don't narrow your thoughts and mind. Buka minda anda dan bersangka baik. Mungkin ini mesej dari Allah untuk kamu dan saya menjadi perantaraan. Wallahu a'lam. 

Tak semua manusia akan suka dengan kita. Buat jahat, orang jelik. Buat baik, orang jelik. Buat diam, orang nak jelik jugak? Lumrah hidup bila kita lebih, orang dengki. Bila orang lebih, kita merungut mintak kat Tuhan nak jugak benda yang sama atau mungkin lebih dari orang tu. Sedangkan apa yang kita dah ada tu sudah sangat mencukupi. Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi yang kurang? 

Kadang Allah tak bagi apa yang kita nak mungkin kerana Dia sedang melindungi kita dari penyakit hati. One word. Riak.

Some people are complaining about their miserable life. Some people asked their parents to buy Iphones, fancy cars, branded apparels&clothing just to be cool. What's with the swag thing? Your parents work hard to get money, have you ever looked at their faces when they're asleep? Muka penat, tangan kat dahi, pikir pikir besok nak kerja cari duit untuk kesenangan keluarga. Kita pulak senang jadi perabis duit. 

And does that particular people actually know, people in Uganda, Africa or maybe in Zimbabwe starve to death because they cannot afford to buy food? Appreciate what you have people! Rather than asking your parents to buy those expensive materials, why don't you, yourself get a job and try getting them on your own. You will learn how to appreciate then. Ni tak, dah ada blackberry, gaduh dengan boyfriend, campak campak je kat dinding. Henpon murah kan? Tapi duit siapa? Mak bapak.

Dalam hidup semua manusia tak perfect. Semua manusia takkan pernah dapat title sempurna. Kita cuba jadi sempurna sedangkan sampai kiamat pun kita tak mampu nak raih kesempurnaan. Kadang-kadang kita terlalu mencuba untuk jadi sempurna sampaikan kita sendiri tak sedar, kita jadi orang lain. Likewise, we're sooooo obsessed with Lisa Surihani. Kita jadi mesmerize dengan her look, her style, her appearances, how she speaks, how she walks, how she laughs. 

Kalau boleh secara detail kita mahu ikut persis dia sebab di mata kita, dia sangat sempurna. What we do not know is, apa yang dia experience throughout her life? Kita tak tahu setiap inci hidup dia dan kita memang takkan pernah tahu apa apa tentang dia kecuali yang zahir.

Kita nampak hidup dia sempurna. Kaya, cantik, suami kacak, rumah besar, fancy cars. But do we actually know how hard she struggles in order to get those? Yes, we dont.

One day, when you're all grown up, becoming an adult, you will look back to those days when you were young. And you will feel, "how stupid I was trying to be someone I'm not." All we need to do is to be ourselves. Be proud of who we are. Be original. 

Tapi at some point ketidaksempurnaan seseorang membuahkan beberapa alasan cliche.

Some people, buat salah they will say "Saya manusia tak sempurna, saya buat silap." I do know we're all human beings -- buat silap, buat dosa and all. Tapi kalau setiap minit kita kecikkan hati orang, bercakap kasar dengan orang, itu apa? Our unpleasant attitude boleh buatkan orang jadi benci even baru dengar bunyi tapak kaki kita. Baru dengar bunyi tapak kaki, belum tunjuk muka lagi. Jauh-jauhkanlah.

I, myself, have loads of things to learn, banyak kena ubah, banyak kena muhasabah. I have so many flaws. Indeed, I'm a human being, I do loads of mistakes. And that's when your role came in. Advice me, guide me, help me. Kalau ada salah tunjukkan, jangan menghukum. 

Jangan mengata belakang, you got nothing. Seriously, none. Satisfaction takda, mesej tak sampai and plus, dapat dosa. Orang yang berkata belakang itu bacul, bila diberi peluang untuk menegur dia membisu tak mampu berkata apa-apa. 

Bila ada yang menegur, husnuzon. Bila ada yang menegur, ucap Alhamdulillah masih ada yang prihatin. Masih ada yang mahu menegur kesilapan. Menegur bukan ingin mencari silap. Menegur bukan untuk mempercilkan. Tidak. Antara menegur depan-depan dan mengutuk belakang, mana kita pilih? You decide. 

Jangan pernah kata, "Cakaplah buruk buruk pasal aku, pahala korang dapat kat aku" when it's actually your fault that people are talking behind your back. Start muhasabah. "Mana silap aku? Where have I gone wrong?" 

To me personally, orang yang cakap macam ni pentingkan diri sendiri. Dia nak masuk syurga sorang-sorang. Dan sanggup membiarkan kawan-kawan dia masuk neraka. 

Aku tak sempurna. Sama macam kalian juga. Ini juga mesej buat diri aku yang hina dan banyak dosa. Setiap yang baik dari Allah, yang jelik dan buruk dari diri aku sendiri. Allah Maha Mengetahui lebih dari kita. Allah Maha Mulia, siapalah kita.

Kita muhasabah sama-sama. Masuk syurga sama-sama. Inshaa Allah :')