Monday, April 29

#ThatOneGuy (Short Novel)



Bahagian Akhir.

Awek Taufiq yang setahun? Itu aku. Aku dump dia? Bukan ke dia yang menggatal dengan perempuan lain. Siap bawak masuk apartment. Aku tak faham. Aku makin jadi tak faham dengan semua ni. 

Aku mula merasakan ada yang tak beres. 


Aku bersuara, "Uhmm, sebenarnya, saya ex girlfriend dia yang setahun tu. Tapi untuk pengetahuan awak, saya tak dump dia, tapi dia yang mainkan hati saya. Dia bawa perempuan lain masuk apartment dan perempuan tu.... hmm”

“Lahh awak ke orangnya. Baru saya tahu. Malam tu saya pujuk dia, dia luahkan semua yang terbuku dalam hati dia pada saya. Dah puas saya tanya siapa perempuan tu, mana tahu saya boleh tolong serba serbi. Slow talk dengan perempuan tu ke. Tapi dia taknak bagitahu. Saya tak tahu apa reason dia taknak bagitahu. Rupa-rupanya perempuan tu awak, Fitrah. Kalau saya tahu awak ex dia, saya bagitahu awak semua benda ni lama dah. Fitrah, bukan dia yang bawak perempuan tu masuk.....”

“Habis tu siapa yang bawak perempuan tu masuk? Takkan perempuan tu suka hati masuk sendiri dan jalang sangat nak pakai selimut depan Taufiq. And those private messages that I read before?”

“Ya Allah, semua ni salah faham yang besar. Okay, apa yang Taufiq cerita malam tu sebenarnya macam ni. Perempuan yang awak nampak malam tu makwe Harith. Harith ni teruk sikit perangai dia. Malam tu Harith ajak Dania stay apartment sebab saya dan Mukhriz balik kampung. Taufiq pula keluar seharian sambut anniversary korang lah kan?" 

Qayyum menyambung ayatnya lagi, "kiteorang sendiri tak tahu Harith berani beraninya bawak perempuan masuk dalam apartment. Dan katanya Harith keluar pergi beli rokok. Masa Harith keluar, Taufiq pula balik. Dia betul-betul terkejut tengok Dania berselimut je. Nothing happened, Fitrah. Dan pasal private message tu saya tak tahu pulak. Dia tak cerita.”


Aku menahan air mata. Tak tahu apa yang perlu aku rasa. Sedih? Marah? Semuanya kalut.....

“Taufiq betul-betul marah. Marah pada Harith. Marah pada Dania. Then you came knocking on the door. Dia tak buat apa-apa pun dengan Dania. Ini semua cuma salah faham yang nyata. Awak tolak dia waktu dia nak explain. Awak taknak dengar penjelasan dia walaupun seminit. Awak taknak bagi dia peluang, awak terus dumped him and left him macam tu je.”



Air mata yang ditahan akhirnya menitis juga. Selama ini aku salah faham. Aku tak pernah tahu apa yang terjadi. Hati aku sangat sakit bila teringatkan apa yang aku nampak malam tu.

“Pada awal korang berkenalan, dia ingat awak macam perempuan-perempuan lain yang dia pernah kenal. Kaki tipu. Kaki kikis. Kaki ampu. Awak tahukan dia jenis macam mana dulu? Ternyata anggapan dia salah. Awak ubah dia. Saya sendiri tengok dengan mata kepala saya. Kalau dulu, awek keliling pinggang. Tapi lepas dia patah hati, dia lepak dengan saya je. Pandang perempuan pun dia tak lalu. Awak dah bagi hidup baru dalam diri dia.”

“Tapi semua private message dalam inbox dia tu.....”

“Semua private message dalam inbox saya tu cerita lama Fitrah. Awak tak pernah bagi saya kesempatan untuk jelaskan. Saya dah cuba. Malam selepas awak pergi saja dari rumah saya, berulang kali saya taip message untuk jelaskan semua yang dah terjadi. Saya taip, saya padam. Saya taip lagi, saya padam. Saya terlalu takut untuk tahu respon dari awak. Saya tak ada bukti untuk membuktikan perempuan tu no one. Sebab masa lalu saya, saya memang kaki perempuan. Jujur, dia bukan siapa-siapa Fitrah. Tapi buang masa kalau saya cuba jelaskan dan awak tetap tak percayakan saya.”

Aku menoleh kebelakangan. Taufiq berdiri sambil wajahnya sangat serius. Aku cuba untuk bangun dan tinggalkan tempat itu tapi Qayyum meminta aku untuk tunggu dan dengar penjelasan dari Taufiq. Aku turuti.

“Semua message dalam inbox saya semua masa lampau saya. Waktu awal perkenalan, ya saya mengaku saya ada message dengan perempuan lain. Ajak mereka couple. Waktu tu saya tak kenal siapa awak. Saya masih tercari-cari perempuan sempurna. Saya ingat awak macam perempuan lain. Tapi saya tersedar selepas dua bulan bersama awak, saya kenal dengan awak, jujur, saya makin sayangkan awak. Makin perlukan awak. Makin inginkan awak. Saya juga sedar ketidaksempurnaan awak, sempurnakan hidup saya.”

“Saya bekerja di sini dan tak balik Johor sebab saya nak selalu ada di sisi awak, walaupun setiap kali kita terserempak awak tengok saya dengan penuh jijik dan benci sekalipun, saya tetap mahu berada dekat dengan awak. Nothing will change my feelings. Saya kerja sungguh-sungguh untuk awak. Saya dah tak punya siapa siapa selain awak. Saya nak awak jadi isteri saya.”

“Dan mungkin Allah titipkan perasaan ingin tahu dalam diri awak, dan malam ini, Allah bongkarkan segala yang terjadi masa lalu dan saya pasti awak sudah faham. Can’t you see ini takdir kita Fitrah. Saya tahu saya jahat dulu. Saya tahu saya kaki perempuan. Tapi semuanya berubah bila saya kenal awak!” Taufiq melutut di sisi aku. Aku dapat merasakan kesesalan yang dirasainya. 

Aku bencikan dia, tapi tipulah kalau aku kata aku tak sayangkan dia.

Air mata aku deras mengalir. Aku tak tahu apa harus aku katakan. Aku terdiam seketika. Trying to put up my thoughts and feelings into words.

“Taufiq, aku mintak maaf. Tapi aku tak boleh terima kau lagi dalam hidup aku. Walaupun semua ini salah faham. Aku masih rasa.....”


“Fitrah, I still love you. Setiap hari all I think about is you. Saya takkan lepaskan awak lagi seperti sebelumnya. Saya....”

“Sudah Taufiq. Aku cuma masa lalu kau. Kau patut lupakan aku. Jangan buang masa cari aku lagi.” Aku bangkit dari kerusi dan menolak Taufiq ke tepi, lalu berjalan pergi tanpa menoleh sedikit pun. Hati aku perih, pedih. Susah untuk aku gambarkan.

Waktu aku berjalan di satu lorong, satu kumpulan lelaki melepak di situ. Aku tak fikirkan keselamatan aku sedikit pun kerana terlalu melayan perasaan yang hiba. Aku terus berjalan tanpa memikirkan bahaya yang bakal berlaku. Seorang lelaki dari kumpulan itu bersuara.

“Awek lawa siot. Buat apa malam-malam ni nak abang temankan adik?”

“Diamlah! Jangan kacau aku.” Aku menempik ke arahnya.

“Awek lawa marah... makin lawa muka dia. Kenapa awek menangis malam-malam ni awek? Kena tinggal balak ke? Balak cari bohsia lain lahtu....”

“Aku cakap jangan kacau aku!” Aku menolak lelaki tadi yang semakin melampau.

“Wahhh... perempuan ni main kasar tolak-tolak aku. Weh perempuan, jangan jual mahal sangat lah. Perempuan murahan cam kau tak layak pakai tudung... kalau kau bukak tudung lagi cantik!” Lelaki tadi menarik tudung sehingga menampakkan rambut aku. Lelaki jahanam itu menolak aku lalu aku jatuh ke tanah. Dia cuba untuk mencabul kehormatan aku. 

Aku menjerit mintak tolong tapi tiada siapa di situ. Tapi aku tahu Allah ada. Ya Allah, selamatkan aku Ya Allah. Selamatkan aku dari durjana-durjana ini.

Dengan secara tiba-tiba Taufiq datang lantas menumbuk lelaki tadi. Qayyum juga ada. Teruk mereka dipukul. Taufiq yang berbadan sasa memang susah untuk ditumpaskan. Taufiq menggenggam tangan aku dan cepat-cepat menarik aku masuk ke dalam kereta.

Satu badan aku menggeletar. Aku ketakutan. Aku trauma. Aku tak tahu apa akan terjadi kalau Taufiq tak ada untuk selamatkan aku. 

“Fitrah, are you hurt?” Dia mula bersuara dengan muka yang penuh kerisauan.

“No.” Aku menggerakkan tangan dan “Ahhh, sakit.” Siku aku berdarah kerana terjatuh waktu lelaki tadi cuba mengapa-apakan aku. "Dont worry. I'm okay. Cuma darah sikit. Thanks for saving me Taufiq."


“Saya bawak awak pergi jumpa doktor. Lain kali jangan buat macam ni Fitrah. I can’t imagine kalau mereka apa apakan awak. I will kill them all. Saya tak boleh hidup tanpa awak, saya nak awak faham satu tu sahaja. Saya boleh jadi gila tau tak?”

Aku memandang dengan penuh sayu wajah Taufiq. Dia begitu risau. Aku tak sangka dia sangat sayangkan aku. Tapi kenapa dia menjauhkan diri? Kenapa after so long baru nak explain everything? Aku menoleh ke tingkap dan menangis.

“Awak... awak jangan menangis. I love you okay? I dont want you to get hurt. Saya akan sakit juga.”

I love you. Semua orang boleh cakap. Tapi tak semua orang boleh buktikan. Malam itu aku sedar, selain cinta tak semestinya memiliki dan pengorbanan, cinta juga memerlukan keikhlasan, kesetiaan, menyayangi dan juga melindungi. Aku bersyukur aku tak cedera teruk. Cuma luka-luka di siku. Kalau Taufiq tak datang selamatkan aku, aku tak tahu apa akan jadi.... Allah mendengar doa hambaNya yang teraniaya.

Malam itu aku sedar, Taufiq ikhlas. Taufiq setia. Taufiq ada untuk aku. Mungkin tidak sentiasa, tapi dia ada di saat aku sangat memerlukan pertolongan.

Sejak kejadian itu, hubungan aku dan Taufiq kembali pulih. Aku nampak pengorbanan dia, bukan hanya pada mulut. Aku nampak cinta dia, bukan hanya pada mulut. Aku nampak kesetiaan dia, bukan hanya pada mulut.

Aku menerima lamaran Taufiq dan kami menikah setelah tiga bulan mengenal semula hati budi. Aku hargai usaha dia dalam menunggu aku. Cinta perlukan penantian. Bukan sekadar menanti, penantian itu mestilah disulami dengan doa. Taufiq berubah. Aku berubah. Hidup kami berubah.

Mungkin setiap kebetulan itu dari Allah SWT. Mungkin ini jodoh. Mungkin ini dia lelaki yang telah tertulis di lauh mahfuz. Milik Fitrah Yusni binti Kamarudin selamanya, sampai ke syurga.


Jujur, aku bukan Tuhan yang menentukan jodoh. Aku mampu mencintai, tapi sekiranya Allah kata bukan orangnya, maka bukan. Setiap jodoh yang dikurniakan Tuhan, pasti yang terbaik. Taufiq Henry bin Abdullah adalah kekasih aku dan juga suami aku, dunia akhirat. 


#ThatOneGuy (Short Novel)


As requested by someone. This is a continuation of my short novel #AlasanBreakUp. Enjoy!


Bahagian Satu.

Aku merenung ke luar tingkap. Indahnya bumi ciptaan Tuhan. Hobi kegemaran aku masih kekal tak pernah berubah sejak dulu lagi. Menghirup milo panas waktu hujan membasahi bumi adalah satu nikmat. Aku memandang kad undangan perkahwinan yang terletak di atas meja. 

Johan Amani binti Nasarudin dan Nurul Juliana binti Hamdan. Johan dan Ju bertunang selepas peperiksaan akhir mereka. Perkahwinan pula akan berlangsung dua minggu selepas hari graduasi. Cepat betul masa berlalu.

Aku masih lagi menjalani hari-hari aku ke kelas.  Buka buku, tutup buku. Balik rumah sewa, aku buka buku semula, dan biarkan ia terus terbuka. Aku selalu beranggapan kalau aku tidur atas buku, otak akan serap masuk semua ilmu-ilmu dari buku dengan mudah dan efektif. Tapi ternyata ianya langsung tak logik dan tak boleh pakai.


Aku selalu terserempak dengan Taufiq Henry sejak aku menyewa di luar. Urgh. Annoying. Tapi aku musykil. Taufiq kan sudah habis belajar. Tapi kenapa aku selalu terserempak dengan dia?

Teringat pula waktu dulu, setahun aku bersama dengan Taufiq. Waktu aku bersamanya aku kerap tanya bilangan batang rokok yang sudah dia sedut. Katanya sudah makin jarang. Kadang seharian dia tak ambik. Ada satu hari Taufiq isytiharkan yang dia sudah tak merokok ke aku. Aku betul bangga.

Tapi tak sangka dia sudah mula merokok balik. Aku pernah terserempak dengan dia waktu aku hendak beli mi goreng dekat kedai mamak berdekatan dengan rumah sewa aku. Muka dia kerek betul bila menghembus asap rokok. Aku betul-betul rasa menyampah. Konon cool? Itulah. Bila bercinta semua sanggup. Bila dah takda apa apa ikatan. Balik semula pada dirinya yang asal. Manusia tipikal.

Esoknya Sabtu. Aku tak tahu apa yang aku patut buat esok. Nak balik jumpa mama babah, kopak pula sekarang. Tinggal duit untuk makan dan beli barangan keperluan. Bukan berkira. Tapi entahlah. Juliana pula sibuk dengan persiapan perkahwinan. Banyak lagi belum beres katanya. Biasalah. Aku faham.

Hmm, takpalah. Lebih baik aku masuk tidur, besok sahajalah aku fikir mahu buat apa. Mana tahu housemate aku ada rencana mahu keluar hang out besok. Aku seorang sahaja yang belum tidur, lebih baik aku berehat.

* * * 

Hari ini aku cuma duduk bersantai di rumah. Tiba-tiba teringin pula nak makan keropok Pringles. Tambah pula dengan keinginan aku untuk makan ais krim cornetto dan coklat. Uhmmm nak kitkat. Apa lagi, aku menyarung tudung, mencapai beg dompet lalu keluar pergi ke 7 Eleven.

“Ini sahaja ya cik? Semua sekali RM6.30” Kata cashier perempuan yang bertugas di kaunter sambil tersengih-sengih. Pekerja baru ni, nak sengih pun macam terpaksa je. Tak pernah pula nampak dia sebelum ini. Nampak sangat aku betul-betul perhatikan orang. Aku tersenyum sendiri.

Waktu aku pusing ke belakang untuk keluar, aku terlanggar seorang lelaki lalu aku jatuh terduduk. Aku memandang ke muka lelaki yang terlanggar aku tadi. Ish, Taufiq. Mana ada aku, ada saja dia ni. “Aduhhh, sakitnya bontot aku.” Sambil menggosok-gosok di bahagian pinggul.

“Eh, sorry Fitrah. Sorry sangat sangat sebab terlanggar awak. Saya tak perasan. Awak okay?” Taufiq memohon maaf lalu menghulurkan tangannya.

“Hmm, takpalah. Aku pun tak perasan jugak. Sorry langgar kau. Tak, aku okay.” Aku dengan nada yang agak serius menjawab pertanyaannya. Lantas aku bangun, mengangkat barang aku dan terus keluar. Bengkak punggung aku macam ni. Aduii.

Aku sudah semakin kerap terserempak dengan dia. Kenapa dia tak balik Johor? Apa lagi yang dia nak semak semak lagi depan mata aku. Kenapa ya?

Aku terbaring di atas katil memikirkan semua kebetulan yang semakin kerap berlaku. Hari tu aku jumpa dia dekat kedai mamak. Sebelum tu aku ternampak dia dekat klinik. Harini pula aku terlanggar dia dekat 7E.

Perasaan ingin tahu ini menyelubungi hati aku. Minda aku. Aku harus cari informasi tentang Taufiq. Kenapa dia masih ada di sini sedangkan dia sudah habis belajar? Kalaupun dia extend satu semester, mesti aku akan kerap terserempak dengan dia dalam kampus, dia kan suka melepak dalam perpustakaan. Tapi aku hanya selalu nampak dia dekat luar kampus. 

Hmm, aku jadi musykil.

Kebetulan housemate aku, Nadia adalah junior Taufiq. Mungkin dia kenal seniornya. Tapi sia-sia sahaja usaha aku. Nadia kata, dia tak berapa rapat dengan senior senior dan dia malas nak ambil tahu.
“Kenapa kau tak tanya Abang Qayyum? Mesti dia tahu setiap benda pasal Taufiq. Dia kan dulu tinggal serumah dengan Taufiq. Mungkin kau boleh dapat tahu dari dia.”

“Abang Qayyum? Kau ada nombor dia tak?”

“Ada.. ada... Sekejap aku cari dalam handphone. Ahhh, 0176557431.”

“Okay, thanks babe.”

Nadia merupakan housemate aku yang paling rapat berbanding Sofia, Musfirah dan Atifah. Mungkin mereka tak seperti Nadia. Walaupun Nadia lebih muda setahun dari aku dan baru masuk semester ke tiga, tapi aku suka berkawan dengan dia. Aku tahu Nadia lebih faham aku, dan boleh terima gila aku. Malam itu aku sms Qayyum.

“Assalamualaikum. Ini Qayyum kan? Boleh tak kalau saya nak jumpa awak? Ada hal sikit nak tanya. Saya Fitrah. Kawan Nadia. Kalau awak free malam ni kita jumpa dekat kedai mamak Abdul Khabil jam 9:00 PM. Thanks awak J

Beberapa minit selepas itu, sms masuk. “Wslm. Aah, Qayyum ni. Owh.. insya Allah.. nnt kte jumpe kat sane ok.”

* * *

Sebelum jam 9:00 lagi aku sudah berada di kedai mamak. Aku menongkat dagu dan menjuihkan bibir sambil tengok wrestling di televisyen. Bosannya. Mamak ni cubalah buka channel lain. Suka betul tengok wrestling. Entah apa yang seronok sangat tengok lelaki badan ketak-ketak bergasak. Asal aku datang kedai dia, wrestling. Setiap masa wrestling. Aku merungut sendiri dalam hati.

Seorang lelaki keluar dari kereta Proton Wira. Dia memandang kiri ke kanan seperti mencari seseorang. Mungkin itu Qayyum. Aku mengangkat tangan dan melambai-lambai ke arahnya. Qayyum berlari anak melintasi jalan dan menuju ke arah tempat aku duduk. 

Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan aku. Qayyum mengangkat tangannya memanggil mamak yang sedang leka menonton wrestling. "Haaa mamak, kasi saya kopi panas satu. Kurang manis tau. Nanti kencing manis pulak." Dia tertawa kecil. Kemudian memandang ke aku, lalu tersenyum.


Aku gugup. Manisnya senyuman Qayyum ni. Boleh bikin cair hatiku. Aku mengetap bibir. Malu. Suasana antara aku dan dia sepi seketika. Lalu dia bersuara. "Aik, awak. Takkan diam je ni? Awak nak tanya pasal apa?"

“Uhmm. Tak tahu macam mana nak mula sebenarnya. By the way, saya dapat nombor awak dari Nadia. Dengar cerita, awak rapat dengan Taufiq dulu? Korang masih rapat ke? Korang tinggal serumah kan dulu? Boleh tak saya nak tanya, dia buat apa eh sekarang?” Aku bertalu-talu mengajukan soalan.

“Aah kiteorang masih rapat lagi. Dia dah habis belajar. Bukan awak tahu ke? Hmm, tapi satu jelah, dia masih menetap dengan saya kat apartment yang sama. Dia bekerja sekarang.”

“Ohh, memang saya tahu dia dah habis belajar. Kenapa dia cari kerja dekat sini? Sedangkan dekat Johor berlambak-lambak kot kerja?”

“Itu saya tak pasti. Tapi pernah sekali masa sem 4, dia patah hati gila-gila. Sebelum dia patah hati, frust menonggeng keadaan dia langsung tak macam tu. Setiap hari tersengih bila dia bersms. Entah apa yang dia seronokkan. Masa tu memang dia jarang lepak dengan kiteorang. Dia memang bahagia betul. Ni, dia kerja kat sini nak kumpul duit katanya. Nak meminang perempuan tu.” Masa semester 4 Taufiq patah hati? Perempuan tu siapa? Aku ke?

“Dia kan banyak perempuan? Awak tahu tak perempuan tu siapa? Apa nama dia?”

“Hmmm, saya tak kenal perempuan tu. Taufiq kalau bab awek yang dia betul-betul sayang, memang dia tak bagitahu kiteorang, simpan je sorang-sorang. Memang dia banyak kenal awek tapi bila dia kena dump dengan awek dia yang setahun tu, dia sampai taknak makan, taknak buat apa apa. Berkurung je dalam bilik. Nasib baik saya dapat pujuk dia. Semalaman saya dengar cerita dia. Memang dia hilang semangat masa tu.”

Awek Taufiq yang setahun? Itu aku. Aku dump dia? Bukan ke dia yang menggatal dengan perempuan lain. Siap bawak masuk apartment. Aku tak faham. Aku makin jadi tak faham dengan semua ni.


Friday, April 26

#AlasanBreakUp (Short Novel)


Bahagian Akhir


Aku dah nak masuk tidur, ada sahaja yang nak kacau. Aku membuka pintu. Lah, Juliana rupanya. Kenapa pulak dia datang malam-malam macam ni.

Jangan jangan Johan bagitahu perkara sebenar. 

Tapi. Takkanlah? 

"Kenapa kau datang malam-malam ni Ju? Aku bertanya pada Ju yang masih tercegat di pintu, tercungap-cungap. Dia ni berlari ke tadi? Ke kena kejar hantu? Tapi kenapa pula Ju datang malam ni sedangkan hari esok masih ada? Kalau ada hal penting pun biasanya dia sms je. Bingung aku dibuatnya.

"Kau buat aku cuak lah babe. Kau ni kenapa?" Secara tiba-tiba Juliana menarik lengan aku dan membawa aku ke tepi tangga. 

“Ehhh! Kenapa kau tarik aku ni sakit lah. Ju, kau okay tak ni? Kau demam? Ke kau nampak hantu?” Aku semakin risau melihat gelagatnya. Juliana menghela nafas, lalu melemparkan senyuman ke aku kemudian tertawa sendiri. Peliklah dia ni. Aku makin bingung.

“Hahahaha. This is crazy and I don't really know how to put this into words. But guess what?! Johan lamar aku tadi! Aku gembira sangat Fitrah. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku. I don’t even know what to say, what to do, should I scream? Haha I just can't think straight because I am too happy! Dia lamar aku dalam kereta tadi. Ini cincinnyaaaa, asalnya cincin mummy Johan." Juliana menarik nafas panjang. Lalu menyambung ayatnya.


"Ya Allah you know what, aku sampai tak boleh nak kata apa. Lidah aku kelu sampai tak boleh nak kata ‘I do’ waktu dia keluarkan cincin tadi. And Johan kata besok dia akan bawa aku ke rumahnya lagi untuk khabarkan berita ni dekat Auntie Ariyana saing buat perancangan selanjutnya. Malunya aku Fitrah. What should I do? I don't even know what to wear."

Jantung aku bagai berhenti berdegup bila mendengar berita ini. Berita yang sangat mengejutkan, aku tak jangka. Hati aku cuma mampu menangis dari dalam, tapi kuatnya hati ini, aku masih mampu untuk terus tersenyum. 

“Tahniah Juliana. Kau dapat lelaki yang kau idamkan. I’m happy for you. So happy!” Air mata mula mengalir deras waktu Juliana berada dalam dakapan aku. 

“Thank you Fitrah. Kau kawan baik aku dunia akhirat. Aku sangat hargai persahabatan kita. Aku sangat bersyukur pada Allah sebab aku dikurniakan rakan sebaik kau. Tak pernah putus bagi aku dorongan dan semangat, jatuh bangun aku, kau selalu ada. Aku sayangkan kau sampai syurga, Fitrah.” Makin erat pelukannya. 

"Be happy with him. You deserve it, Ju. And I get to see my best friend kahwin dulu, kalau best friend aku kahwin dulu, maknanya dia dapat baby dulu." Aku mencuit bahunya penuh nakal.

"Ya Allah, jauhnya kau fikir. Aku belum lagi sampai ke situ. Nak tunggu hari esok pun aku berdebar Fitrah. Hahahaha." 

Persahabatan aku dan Juliana tak akan terputus. Aku sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan dia. Apa sahaja.

***

Mungkin benar kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Andai kita korbankan cinta kita demi kebahagiaan orang lain. Pasti Allah akan membalas dengan kebahagiaan yang berlipat ganda. 

Walaupun susah bagi Johan untuk menerima Juliana pada awalnya, tapi cinta antara Johan dan Ju tetap wujud kerana ternyata mereka mempunyai banyak persamaan dan keserasian. Juliana tidak pernah tahu perasaan aku terhadap Johan. Mungkin ada rahsia, yang harus tetap kekal sebagai rahsia. Hanya Allah dan diri aku sahaja tahu apa disebalik rahsia itu. 

Waktu di hari pernikahan mereka, itu adalah kali pertama Juliana mengenakan tudung. Johan jatuh cinta pada Juliana saat akad nikah. Saat dia merasakan tanggungjawab jatuh pada bahunya. Saat Juliana sah bergelar isterinya. Saat mata bertentang mata ketika Johan memandang makmum yang meng'amin'kan doanya di belakang usai solat sunat nikah. Juga pada saat Johan menyarung cincin di jari manis Juliana. Cinta itu ajaib kan? 


Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Adam dengan Hawa. Mama dengan Babah. Johan dengan Juliana. Dan aku?

Aku? Hmmm. Mana terletaknya kebahagiaan aku? Kata orang, jangan benci bilang sayang. Sebab dari benci yang meluap-luap akan wujud sayang walaupun kecilnya sekecil zarah. Dari marah jadi rindu. Dari menyampah jadi sayang. Mana datangnya sayang itu? Allah lah yang jentik ke hati manusia. Manusia boleh juga berubah. Andai Allah titipkan hidayah di dalam hati manusia, pasti dia akan kembali ke jalan Allah. Masih ingat Taufiq Henry?


Dialah suami aku sekarang :)



Thursday, April 25

#AlasanBreakUp (Short Novel)


Bahagian Empat


Aku terkedu. Aku berdiri kaku sambil tertunduk. Jantung aku berdegup kencang. 

Johan mendekati aku selangkah, "I sayangkan you Fitrah, habis diploma I nak terus masuk meminang you. I percaya you jodoh I. The only girl I think of before I go to bed, is you. Plus, semua perempuan yang nak berkawan dengan I tengok rupa I semata-mata. Ada yang even menggunakan I. I dont mind tapi I tak rasa they're being 100% honest. But you're different. Hari pertama you tegur I dekat library pun you marah-marah.”

Aku terdiam. Aku mengumpul keberanian untuk memandang ke muka Johan. "Dont try to convince me. I no longer trust men and their words."

“Tapi Fitrah.....”

“I don’t wanna hear anything. I gotta go.” Aku menggalas beg dan menolak Johan ke tepi lalu terus berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang.

Sampai sahaja bilik, aku mencampakkan beg dan menghempaskan badan ke atas katil. I wanna go home. Aku teramat rindukan mama babah dekat Perak.


"Ahhhhhhhhhhhh. stress aku macam ni hari-hari. Dahlah makin dekat dengan final exam. Spoil lah.” Aku menekup muka aku dengan bantal. Macam-macam benda aku fikir selepas aku dengar luahan hati Johan. Betul ke apa yang Johan cakap? Semua ni terlalu rumit! I just wanna sleep, I don’t want to do anything, except breathing. Aku mengeluh panjang.

"Ktok tok tok" Pintu bilik aku diketuk perlahan. Aduhhhhhh. Siapa pulak ketuk pintu ni. Ada saja orang nak kacau mood aku. Ni mesti nak mintak print assignment. Leceh ah awal-awal taknak print.

"Takda orang dalam bilik ni." Aku teriak.

"Fitrah! Main-main lah kau ni. Aku datang nak bagi hard disk kau yang aku pinjam semalam. Aku dah tengok movie Sekali Lagi yang kau suruh tengok. Sedih gila weh cerita tu! Emm. Anyway, Fitrah, aku nak bagitahu satu rahsia. Tapi aku nak kau jangan bagitahu Johan."

"Apa dia yang kau nak bagitahu sampai tak boleh bagitahu Johan?" Aku bangun dan duduk di sebelah Ju.


"Aku.... Aku rasa aku.... Aku ada hati dekat Johan. Hihihi." Juliana tersenyum. Mukanya kemerahan tahan malu.
Just like I've thought. "Ohh.... Wow.... Great... I'm happy for you babe. Johan pun nampak gaya macam sukakan kau. Kau taknak bagitahu dia?"

"Mungkin bukan sekarang. Aku baru broke up dan aku taknak dia fikir aku ni murah sangat. Well you know me. Playing hard to get, tapi takut gak melepas Johan tu. Mana tahu dia ada hati dekat kau ke?"

"Merepeklah. Dia takkan pernah sukakan aku. Siapa jelah lelaki yang boleh terima cara layanan dingin aku tu? You name me one guy. None" Penipuan yang tak sepatutnya aku bagitahu. Jujur dada aku sakit.

"Hmmm. Rindu pulak nak tengok muka dia. Aku harap dia confess dekat aku dulu. Sebab aku taknak malukan diri sendiri. Mana tahu dia takda hati langsung dekat aku. Malu sendiri nanti. Ok lah babe. Aku nak balik bilik mandi, rimas pulak baju kurung harini." Juliana memeluk erat tubuh aku.

"Jalan elok-elok nak balik bilik tu."

"Okay. Babe, thanks a lot. Aku sayang kau."

Hmm. Aku sayang kau jugak Juliana. kalau kau tahu kebenarannya mesti kau akan rasa sedih. Aku taknak kau rasa sedih. Apa lagi tengok kau menangis macam sebelum ni. Mesti perih kalau kau dapat tahu lelaki yang kau suka, sukakan kawan kau sendiri. Aku tak tahu apa aku harus aku perbuat. Pretend like everything is okay?

Malamnya aku terpaksa sms Johan dan pergi bertemu denganya. Ceritakan perihal Ju. Johan tergamam. Aku merayu supaya Johan cuba jatuh hati pada Ju. At least that could make her feel happy. Aku tahu Johan pasti akan terima rayuan aku. Tapi hakikatnya....

"No. I taknak buat Fitrah. I tak suka menipu diri sendiri. I takkan pernah jatuh hati secara paksa. please faham I Fitrah." Johan merenung aku. Matanya sayu bila dipandang. Keningnya berkerut-kerut.

"Please Johan...”

"You tahukan perasaan cinta tak boleh dipaksa. You tahukan kalau I dah sayang you, you tak boleh halang I dari terus sayangkan you."

"But please Johan. Aku taknak dia sedih." Air mata jernih yang bergenang di mata aku mulai membasahi pipi. Aku memalingkan muka dan mengesat air mata.


“No, don’t cry Fitrah. Okay I akan buat. Please Fitrah, jangan menangis. I akan buat but I'm doing this only because of you." Johan memegang bahu aku.

"I'm fine. Thanks for being understanding, Johan. Allah akan balas jasa kau nanti.” Aku pergi tinggalkan Johan.

***

Tamat kelas Encik Lim, Juliana sudah tercegat di sebelah tangga menunggu aku keluar dari kelas. Aku jadi pelik bila tengok muka dia. Kenapa berseri-seri je. Tersengih-sengih pulak tu.

"Kau ni dah kenapa Ju? Macam kena sampuk hantu je?" Aku mengangkat kening. Ju masih lagi tersengih sengih tanpa berkata sepatah pun lalu dia mengeluarkan handphone dari tas tangannya dan menunjukkan tepat depan muka aku.

"I think I'm in love with you, Nurul Juliana Binti Hamdan. Will you be mine? I tunggu jawapan dari you malam ni cause If you dont mind, tonight family I ada buat makan-makan. I nak jemput you datang rumah. Kalau tak keberatan ajak Fitrah sekali ya?

Sender: Johan, 3:48 PM."

Juliana masih tersengih-sengih lalu mengangkat keningnya.

"Wow! Babe, I'm happy for you. Kan dah kata dia mesti suka kau punya. What's not to like kawan aku sorang ni? You're beautiful, talented and smart. Any guy would definitely fall for you sayang. Johan pun he's a great guy kan. Sesuai dengan kau" Aku memeluk tubuh Juliana tanda aku terlalu gembira dan sokong dia dalam segala hal.


"Awwww, you're being such a sweetheart Fitrah. I hope he's the one. Thank you selalu ada untuk aku Fitrah." Tanpa diduga, air mata mengalir di pipi aku. Aku tak tahu itu air mata kesedihan atau kegembiraan. Kenapa perasaan ini datang? Mungkin ke aku makin sayang? Sayangkan Johan? Hati aku berbolak-balik. Aku tak tahu apa yang harus aku fikirkan.

Aku mengelap air mata. Dan terus tersenyum demi kawan baik aku.

***

Seperti yang dijanjikan malam itu itu aku terpaksa ikut Ju. Awalnya aku dah menolak tapi aku memang tak boleh kata tidak. Semasa hendak bersiap, Ju begitu teruja memilih baju. Aku manalah tahu sangat tentang fesyen. Tapi dia tetap setia tanya pada aku mana satu baju yang sesuai, mana satu yang padan, baju ni buat dia nampak gemuk ke. Macam macam. Jelas sekali memang Ju sangat gembira. Aku mahu bahagia di mukanya kekal.

Johan call, dia sudah ada dekat bawah. Juliana nampak sangat cantik malam ni. Mungkin ini titik permulaan buat Johan untuk mula jatuh hati pada Ju. Senang begitu kata hati aku. Ju berjalan memimpin tangan aku erat ke kereta Johan lantas membuka pintu.

Aku tak sangka Johan hiraukan je Juliana. Bukan main cantik dia dress up at least pujilah woi. Tak faham aku lelaki ni. Aku terpandang wajah Johan dicermin, tepat memandang ke muka aku. Dahinya berkerut-kerut. Aduh, Johan. Jangan buat macam ni. Aku keluarkan handphone dari pocket seluar aku, dan sms Johan.

"Johan, please jangan buat muka. Tegur pemakaian Ju okay? Dia pakai cantik-cantik sebab kau." Sekali lagi Johan pandang aku dicermin. Kemudian dia bersuara. "Juliana, you nampak cantik harini. Terima kasih sebab sudi ikut I jumpa family."

"Eh, bergurau jelah you ni. I pakai biasa je pun ni. Uhmm, sama-sama."

Aku cuma melihat aksi kedua-dua manusia di hadapan aku. Jelas kelihatan Ju malu bila membalas pujian Johan.

***

Setibanya di rumah Johan. Puan Ariyana sambut kami dengan penuh mesra. Wafiy datang berlari anak ke arah aku lantas memimpin aku masuk ke rumah. Johan selalu cerita, selepas makan makan haritu, waktu pertama kali aku ke rumahnya, Wafiy sering bertanya tentang aku "bila kak Fitrah nak datang rumah lagi?" sampaikan kadang-kadang Johan mati akal mahu jawab apa pada adiknya.

"Kak fitrah datang rumah Afi lagi, Afi seronok. Kak, Afi dapat mainan baru dari abang."

"Hehehe akak pun seronok dapat datang rumah Afi lagi. Oh mainan baru? Mana mana? Tunjuklah dekat akak.”Aku bermain-main dengan adik Johan tanpa aku sedari Johan sedang memandang aku. Puan Ariyana dan Ju tengah sibuk bersembang, boleh pula dia usha-usha aku dari jauh. Aku menjelir lidah, lalu tersenyum. Johan tersengih kemudian menggelengkan kepalanya.

"Thank you auntie. Auntie masak sedap sangat! Nanti boleh auntie kongsikan resepi rahsia auntie tu. Hehehehe"

"Hahaha auntie masak biasa sajalah. Sama-sama Juliana. Nanti datang lagi tau. Johan, bawak Ju datang rumah selalu tau. Ada jugak kawan mummy nak bawak borak."

"Hehehe Inshaa Allah auntie." Juliana bersalaman dengan ibu Johan.

"Iya mummy, nanti Johan bawak Ju. Mummy memang suka berborak. Kalau I ada dekat rumah nanti dia ajak bercakap je." Johan menyakat ibunya.

"hahahaha takpa, Ju pun suka berborak macam mummy you. Jadi kita samakan auntie." Juliana begitu pandai mengambil hati orang tua.

Aku duduk di buaian bersama Wafiy dipangkuan aku. Melihat kemesraan mereka sebenarnya membuatkan aku rasa puas hati. Aku tahu ini jalan yang terbaik buat kami bertiga. Tiba-tiba Wafiy menanyakan soalan yang membuat aku rasa cukup sebak.

"Kakak, kakak sayang Abang Johan tak? Afi tau kakak sayang abang. Afi kan suka dekat Farisha. Dia satu kelas Afi. Tapi Farisha takut kat Afi. Afi sedih sangat. Tapi sekarang Afi ada kakak, sayang kakak. Dah tak sedih dah" Wafiy turun dari pangkuan aku dan mengucup pipi aku.

Aku mengelap air mata dan mencuit pipi Wafiy. "Eiiii, nakal adik akak ni. Akak pun sayang kat Afi. nanti Afi kena sayang kat kakak Ju jugak tau"

"Kenapa pulak? Afi taknaklah." Wafiy menyilang tangannya.

"Mana boleh macam tu. Wafiy kena sayang kakak Ju sebab nanti Abang Johan kahwin dengan kakak Ju. Haaaaa.... Janji dengan akak cepat kena sayang kakak Ju"

"Hihihihihi. Okay, Afi janji kakak Fitrah."

***

Johan menghantar aku dan Juliana pulang. Waktu aku menaiki tangga, Johan dan Juliana masih lagi berada di dalam kereta. Mungkin mereka ingin berbual seketika tentang soal hati seperti yang diperkatakan Johan dalam sms.

Setengah jam kemudian, ada orang mengetuk pintu bilik. Siapa pulak datang malam-malam ni. Aku dah nak tidur, ada sahaja yang nak kacau. Aku membuka pintu. Lah, Juliana rupanya. Kenapa pulak dia datang malam-malam macam ni.

Jangan jangan Johan bagitahu perkara sebenar.


#AlasanBreakUp (Short Novel)


Bahagian Tiga

Patut atau tak patut aku tweet say thanks atau biarkan je? Aku buntu.

“Ah biarkan jelah dia. Nanti aku say thanks nampak terhegeh-hegeh pulak.” Aku ikut kata hati kecil aku. Meskipun aku tahu, deep down aku memang nak hantar tweet dekat dia. Tapi aku tetap kena keraskan hati. Ya, keraskan hati.

Aku bangun dari meja dan pergi ke toilet untuk membasuh cawan. Tiba-tiba rasa nak minum nescafe pulak malam ni. Aku panaskan air dan sementara tunggu air menggelegak aku ke bilik Nora untuk bertanyakan serba serbi tentang assignment esok.

Serabut kepala otak aku ni. Selalu kalau aku serabut, aku akan duduk diam nikmati nescafe di koridor. Tapi sebabkan malam ni aku ada banyak kerja untuk dibereskan, terpaksalah aku duduk nikmati air nescafe aku dekat meja je.

Aku menggerakkan cursor ke arah ‘connect’ dan aku perasan ada satu interaction baru.

“@FtrhKmrdn Heyyyy Fitrah, tomorrow I’ll pick you girls up at 9:30 okay? Pakai comel comel tau. Hehehe

Dia ni memang tak tahu malu atau dia memang tak malu? Aku pulak yang jadi malu. Aku ingat nerd macam dia ni skema dan pemalu. Rupanya tidak. Entah entah playboy jugak sama je spesis dengan Taufiq. Aku alergik dengan spesis-spesis macam ni.


Balas ke taknak balas? Hmmm biarkan jelah. Apa yang penting mesej sampai ke aku dan Ju. Bukan ke Johan ada nombor Ju? Kenapa tak inform terus dekat Juliana? Lelaki ni spesis yang aneh.

***

“Yayyy! Dapat tengok Twilight. Kau rasa apa akan jadi dekat Bella? Dia dah jadi vampire kan? Waktu scene last Breaking Dawn Part 1 aku rasa frust sebab habis macam tu je. Nasib baik bersambung. I just can’t wait to watch the movie.” Juliana begitu teruja sehingga membuatkan otak aku bertambah stress. Kena hadap muka Johan. Kena hadap suara Johan.

“Babe, babe. Chill. Twilight je pun. Bukannya Lord Of The Ring. Besides, cerita Twilight tu merepek. Vampire dont sparkle kalau kena sunlight. They will get burn and die. Macam tu jugaklah aku nak bakar muka Johan. Hahaha. It would be fun to watch.” Ketawa aku terhenti, muka aku berubah kelat semula bila kereta Johan muncul di hadapan aku. Urgh. Dah sampai pun. Macam tunggul aku tunggu kat sini dengan cuaca panas. Aku merungut dalam hati.

“Girls, sebelum tengok movie kita pergi breakfast dulu ya? By the way, ni kawan I Arif Muizz, panggil Muizz je. Dia nak join tengok Twilight sekali. You girls dont mind kan?” Johan mulakan perbualan sewaktu dalam perjalanan ke Mid Valley.

“Ohh hi there Muizz. I Juliana, ni kawan I yang pendiam ni Fitrah. Thanks Johan sebab bawak kiteorang jalan-jalan kalau tak terperap tengok movie jelah weekend ni. And thanks sebab nak belanja movie kat cinema. Hehehe.” Juliana tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Hehehe takpalah bukan selalu pun. Lagipun free tickets kan. Fitrah, diam je? Taknak cakap apa-apa? Senyumlah sikit kalau ya pun. Senyumkan sedekah?” Sindir Johan sambil memandang ke muka aku menerusi cermin.

“Eh? Uhmmmm. Aku taktahu nak cakap apa. Aku diamlah. Anyway, thanks belanja.” Aku betul-betul geram dengan Johan. Kalau boleh cekik, aku dah cekik sampai mati. Tapi nanti terbabas, aku mati sekali. Aku belum kahwin lagi. Hmm kuburkan jelah niat kau Fitrah. Harini hari dia, hari esok hari kau untuk balas balik.

***

Aku mencebik bibir. Kenapa aku kena duduk sebelah Uncle Cina gemuk ni. Euw peluh dia busuklah. Malangnya. Sebelah aku kiri aku pula Muizz. Aku menjeling ke arah Juliana dan Johan. Wah, seronoknya mereka berdua duduk tempat selesa. Kenapa aku terpilih untuk duduk sebelah uncle ni. Apa istimewanya dia. Berselera betul kunyah popcorn sampai berterabur dekat lantai. Urgh.

“Muizz nak tukar tempat duduk tak?” Aku cuit lengan baju Muizz.

“Ehm? No, I’m good.”

Eeeee mamat ni. Pentingkan diri betul. Aku sekeh nanti. Geram betul, mentang-mentang yang duduk sebelah dia tu amoy pakai skirt pendek. Alang-alang boleh pandang. Alergik aku dengan lelaki macam ni. Aku bersandar dan menyilang tangan. Could this day get any worse? Hmm.

After the movie, aku kena jalan dengan Muizz. Juliana dengan Johan dari tadi berkepit je. Ahhh aku tak cemburu pun tapi hello do notice me. Aku bukan halimunan. Muizz ni pulak dari tadi kerja dia pandang perempuan seksi je. Naik menyampah aku dengan dia ni. Urgh. Stress.

“Juliana, aku nak balik kolej. Aku penatlah nak jalan lagi.”

“Penat? Kita belum jalan-jalan lagi pun. You nak I dukungkan ke? I kuat tau kalau you nak tahu.” Johan menyakat aku. Tak habis-habis lagi ke dia ni.

“Jangan main-main boleh tak Johan? Aku nak balik.”

“Tak boleh. You cant go home. I nak bawak you girls meet my mum. Sebab harini birthday adik I, jadi mummy mintak I ajak kawan-kawan I datang rumah. Just today, boleh tak Fitrah? Please....”

“Tapi...... Aku....” Belum sempat aku menghabiskan ayat Juliana mencelah.

“Wow! Makan-makan. Of course we will go. Kan Fitrah? Fitrah kita ikut Johan okay?” 

“Uhmmm... Yelah, tapi sekejap je eh.” Aku tak boleh nak kata tidak sebab ianya melibatkan mak Johan dan Juliana pun mahu betul ikut pergi ke rumah dia.

***

Besar juga rumah Johan ni. He’s living a perfect life. Pandai, kaya, ada rupa, ada kereta. Apa sahaja yang kurang dekat dia? I am pretty sure parents dia jenis down to earth. Mak Johan begitu teruja menyambut kedatangan kami sambil adiknya Wafiy berdiri di sisi Puan Ariyana. Kami bersalam-salaman dan dijemput masuk.

Seperti yang aku jangkakan mak dia sangat peramah dan baik hati. Tengok sahajalah gaya percakapan ibunya. Tutur katanya lembut. Memang Johan dilahirkan dari keluarga yang baik-baik. Aku juga baru dapat tahu, ayah Johan dah lama meninggal dunia. Puan Ariyana seorang ibu tunggal. Gigihnya dia membesarkan dua orang anak.

Nampaknya banyak perkara aku tak tahu tentang Johan. Banyak positif daripada negatif. Masakkan Puan Ariyana memang first class. Spaghetti Bolognese yang dihidang memang buat aku rasa nak tambah lagi dua tiga pinggan. Tapi malu. Hihi.

Kek hari jadi Wafiy pun Puan Ariyana yang buat. Tak payah tanya rasa. Cukup aku tengok luaran dah boleh buat aku terliur. Bila suap sesudu kek ke dalam mulut, aku dapat rasakan satu perasaan yang luarbiasa. Rasa damai. Manis kek ibunya mampu membuat hati yang berduka terus jadi gembira. Persis itulah perasaan aku. Air tangan ibu. Takda tandingannya.

Hari pun sudah semakin petang. Wafiy begitu sedih waktu aku hendak balik.

“Kak Fitrah nanti datang rumah Afi main dengan Afi lagi tau. Afi nanti rindu kakak Fitrah.” Wafiy menggosok matanya, sedih.

“Iya Afi. Nanti akak datang lagi tau. Akak janji. Meh sini peluk akak.” Wafiy memeluk tubuh aku erat. Hati kanak-kanak sangat sensitif. Malah hati mereka tidak pernah menipu. Kalau sedih, sedih betul. Kalau sayang, sayang betul. Wafiy mengucup pipi aku dan melambai-lambai waktu aku masuk ke dalam kereta.

“Sedih pulak nak tinggalkan dia. Seronok main dengan dia harini. Hilang penat aku.” Aku berkata pada Juliana. Juliana memandang ke aku dan mengangguk lalu tersenyum. “Nanti kita datanglah lagi okay?”

***

Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Namun peristiwa bermakna dalam hidup aku masih segar dalam ingatan. Terasa macam baru sahaja semalam aku bermain-main dengan Wafiy. Walaupun aku sudah mulai belajar mengenali Johan, tapi aku tetap melayannya seperti biasa. Dingin. 



Aku cuma takut hati ini terlalu cepat untuk jatuh sayang. Tapi setiap kali Johan bersama dengan Juliana, dada aku terasa sakit. Cemburu?

Peperiksaan akhir semakin dekat. Library yang sebelumnya begitu lengang sekarang semakin padat dengan pelajar-pelajar. Majoriti pelajar tahun akhir. Malamnya, aku akan duduk di katil sambil membuat nota kaki. “Ping!” Bunyi sms masuk.

Johan hantar sms. 

Opening.....

“Fitrah, fakulti I ada buat dinner this Tuesday night. I nak you teman jadi partner I. You tak perlu risau, bayaran masuk I akan setelkan. Please?” 

Johan ajak aku jadi pasangan dia untuk ke majlis macam tu. Malunya. Aku nak pakai baju apa. Aku mana ada kasut yang sesuai. Tiba-tiba fikiran dan perasaan aku terhenti bila terkenangkan Juliana. Wait, no. I cannot go. Juliana tengah sedih-sedih tapi aku boleh berseronok. Absolutely not.

Juliana ke bilik aku waktu petang tadi menangis teresak-esak. Dia baru dapat tahu, boyfriend dia yang tinggal di Egypt dah berkahwin dekat sana dengan perempuan Singapura. Juliana betul-betul sedih sampaikan aku tidak tahu apa cara lagi untuk memujuknya. Memang aku buntu. Ini kali pertama Juliana menangis seperti ini. Mana tidaknya, sudah 5 tahun dia bersama dengan Lokman. Setia Juliana memang sangat aku kagumi. Tapi Lokman..... I knew he is such a jerk.

Aku putuskan untuk suruh Johan ajak Juliana dengan alasan aku banyak assignment untuk dihantar. Johan bersetuju.

Semenjak Johan dan Juliana pergi ke dinner bersama, mereka berdua jadi semakin rapat. Mana ada Juliana di situ ada Johan setia menemani. Besides, Johan pun sudah tahu mengenai Ju. Jadi dia lebih arif dalam memberi nasihat membina. Aku tahu Johan itu pandai menasihat. Tapi, semenjak mereka semakin rapat, aku jarang berjumpa dengan Ju. Bila aku ke biliknya, Ju pasti sedang berbual dengan Johan di telefon. Kadang-kadang aku rasa seperti aku disisihkan. Aku perasan, Juliana dan aku makin jauh. Atau itu cuma mainan perasaan aku?

Aku berjumpa Johan untuk berdepan dengannya. Aku harus memberi amaran.

“Johan, kalau kau suka Juliana. Kau jaga dia baik-baik. Jangan bagi harapan palsu dekat dia. Jangan lukakan hati dia, ataupun buat dia menangis. Hati Ju masih lagi belum sembuh jadi aku nak kau jangan kecewakan dia.”


“What makes you think so? And why should I take care of her when the one I wanna take good care of is you? Fitrah, dont you see? I only wanna know you... I love you. I love you more than anything. From the first day I saw you, I knew that you’re the one I’ve been saving my heart for. I dah lama perasan you since you seorang je manusia yang suka membaca sambil berdiri siap bersandar dekat rak. I love you, Fitrah. Dalam banyak-banyak perempuan dalam kampus ni I cuma nampak you.” Johan meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya.

Aku terkedu. Aku berdiri kaku sambil tertunduk. Jantung aku berdegup laju. 






Wednesday, April 24

#AlasanBreakUp (Short Novel)


Bahagian Dua.


Malam yang dingin. Hujan membasahi bumi. Aku menghirup perlahan milo yang masih lagi hangat. Hilangkan kedukaan. At least rasa relax sedikit. Sambil aku menikmati malam yang sepi, aku scroll timeline Twitter. “Macam kena pula dengan situasi aku.” Getus hati kecil aku. Malam itu pula trending #AlasanBreakUp. Aku yang membaca, aku pula berasa geram. Kenapa semuanya seakan sama dengan apa yang aku lalui sepanjang aku bercinta? Apa yang Tuhan cuba tunjukkan?

Mungkin aku degil. Patah tumbuh. Hancur sembuh.  Kuat hati aku. Tiga kali dipermainkan. Mungkin ada yang keempat?

Keempat? Ya, ada.

Pagi keesokkannya. Seperti biasalah aku akan ke library. Meluangkan masa membaca. Kadang-kala ada lah juga perasaan rajin bergolek-golek masuk dalam hati, aku buat nota kaki untuk subjek Law. Kalau aku bosan aku melukis. Tapi hari itu, aku bawa bersama buku ‘WTF are men thinking?’ Buku ni menarik. Waktu aku sedang mengamati setiap bait kata dalam buku tu, aku ternampak kelibat Johan. Johan Amani. Nama macam orang pandai. Masalahnya memang dia budak pandai. Top student UiTM course Accountancy. Setiap sem 4 flat. 

Mungkin mak si Johan amalkan surah Luqman masa mengandungkan dia. Takpun mak dia selalu bekalkan kismis nabi masa dia kecik-kecik. Otak bertambah geliga. Mungkin itu antara penyebab dia pandai. Mungkin. Aku buat andaian sendiri.

Buku ditutup. Aku perhatikan gelagat pelajar-pelajar lain dalam library. Ada yang tekun. Ada yyang tergelak-gelak entah apa yang lawak sangat. Ada yang garu-garu kepala. Macam-macam.


Aku mula perhatikan Johan. Amboi rajinnya membaca. Padanlah pandai. Dengan spec mata, segak berkemeja hitam. Tergugat iman tengok lelaki skema tengah belajar. Skema bukan skema nerd. Tapi skema jenis Johan ni skema hot. Aku menongkat dagu. Sambil aku sumbat ear phone dalam telinga dan layan lagu Paramore, aku jeling-jeling. Surprisingly, jelingan aku dibalas jelingan dia. Eh, dia perasan aku pandang dia ke? Alamak. Pura-pura tengok handphone.

Aku pandang dia lagi sekali. Kami bertentangan mata. Aku terus pandang ke tempat lain.

Aku menjeling dari arah sisi, ternampak dia bercakap dengan seorang lelaki. Aku tak fikir apa pun. Lelaki tadi datang dekat meja aku untuk bagi secebis kertas dan dalam kertas tu ada nombor dan perkataan “call me maybe? :-)” Pehhhh lelaki ni. Lantas, aku bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah meja tempat duduk Johan.

“Okay, listen carefully dude. Aku dah broke off dengan tiga orang teman lelaki aku. Ketiga-tiga lelaki yang aku kenal semuanya perangai macam haprak. Tambah lagi dulu cinta aku bertepuk sebelah tangan dan end up aku dikecewakan. Kalau aku call kau dan terima kau jadi boyfriend aku, mesti satu hari nanti bila kau dah mula bosan dengan aku, kau akan mula cari alasan bodoh untuk putuskan hubungan dengan aku. Mesti kau akan jadi jenis yang hmm let me guess. Oh, mungkin nanti kau hantar sms dekat aku ‘saya nak fokus study. Saya tak dapat nak teruskan hubungan kita.’ Tapi kesudahannya, few days later kau dah ada perempuan baru.”

“Tapi.....” Johan cuba mencelah.

“Atau mungkin kau jenis yang akan kata ‘awak terlalu baik untuk saya. Mungkin ini bukan takdir kita bersama.’ Jadi sebelum aku dikecewakan lagi, better simpan nombor kau ni baik-baik dan pergilah cari perempuan yang mudah terpedaya sebab aku bukan lagi perempuan macam tu. Hati aku dah bulletproof. Tembak pakai sniper pun takkan pecah berderai lagi. So, bye.”

Aku menoleh ke belakang “And one more thing, jadi gentleman sikit boleh? Datang dekat aku bagi sendiri nombor tu. Aku akan lebih hargainya.” Aku terus berjalan ke arah meja aku, angkat buku dan terus bergerak keluar dari library tanpa pusing sedikit pun pada Johan.

“Wow, who is she? Impressive. Belum pernah perempuan cakap dekat aku macam ni. Aku akan buat perempuan ni terkedu nanti. Tunggulah kau.” Johan sudah merancanakan sesuatu.

* * *

Petang tu waktu di kafeteria, aku dan Juliana duduk berbual kosong. Kejap kejap aku mengeluh. Kejap kejap aku sedih. Kejap kejap aku tersengih. Jiwa aku entah ke mana. Juliana tepuk bahu aku dan bagi semangat. “I know how you feel walaupun aku tak berada dalam kasut kau, but I know. Dan aku tahu juga kawan aku ni kuat. Diorang tak layak untuk kau. You deserve someone better.” Juliana menunjukkan keprihatinannya lalu memberikan senyuman ke aku. Aku turut senyum walaupun hati penuh duka.

Aku hargai dia. Persahabatan ini. Cukup rasanya Juliana ada selalu untuk temankan aku. Cuma aku tak boleh selalu bersama dia. Aku dan dia course berlainan. Roomate aku dan aku tak rapat. Hmm. Mungkin aku gila dan dia tak. Aku pun bukannya selalu lepak dengan dia. Selain Juliana, aku lepak dengan classmate jelah. Kalau tak dengan Fiza atau Farah Ain, aku lepak dengan Syafiq. Itu jelah geng aku.


"Chill babe. One day kau akan jumpa the right guy at the right time. Aku yakin. Dahla babe. Jangan fikirkan sangat. Muka kau pucat. Kau okay tak ni? You need anything?" Juliana menggenggam tangan aku, sejuk. Dia begitu risaukan kondisi aku.

"Takpa Ju. Aku okay." Aku menongkat dagu, memikirkan nasib aku. Haih lah Labu.

Sedang aku mengelamun jauh, kerusi sebelah aku ditarik.

“Hi there girls. I duduk sini boleh kan?” Suara macam aku kenal. Aku menoleh ke kanan aku. Muka aku terus berubah kelat.

Apa mamat ni buat dekat sini. Dahlah takda adab dah duduk baru nak mintak izin. Tak malu duduk sebelah aku. Nasib baik kau handsome.

“Oh tak apa. Duduklah Johan. Fitrah pun tak kisah kan, Fitrah?” Juliana mengenyit mata pada aku penuh nakal.

“Hmmm. Haaa... duduklah kau.” Aku memandang ke arah tempat lain langsung tak tengok muka Johan. Ceria je pulak Johan ni hari ini.

“Oh by the way, Fitrah. You nak tak ikut I pergi tengok wayang Twilight Breaking Dawn this weekend? Tak silap I dah keluar dekat cinema. Kalau you nak, ajaklah Juliana sekali. I dapat free tickets sebenarnya. Menang contest. Jadi membazirlah pulak I ni bukannya ada ramai sangat kawan.”

“Twilight? Eeee nak nak! I confirm confirm akan ikut. Rezeki datang bergolek ni.” Juliana tepuk tepuk tangan teruja.



“Hmmm. Tengoklah.” Ikhlas tak ikhlas aku terima ajakkan Johan. Risau hati aku. Aku ni mudah suka orang. Mudah juga cair dengan ayat manis. Mestilah aku makin risau. Sebab aku kenal diri aku.

“Kalau macam tu, nanti I’ll pick you both. You girls duduk dalam kan? Jumpa weekend ya. I gotta go. Sebelum tu, Fitrah. Jangan masam-masam muka. Senyum tu kan sedekah. See you both later. Bye.”

“Bye Johan. See you later too.” Juliana melambai-lambai Johan sambil senyum kambing sehinggalah Johan hilang dari pandangan.

“OH MY GOD FITRAH! Cant you see that he likes you. I mean really really likes you? Siap nak ajak tengok Twilight. Twilight is full of romance okay? Besides, apa je yang dia buat dekat kau sampaikan kau tak suka dia. Kau cakap dia tak gentleman, there you go siap duduk sebelah kau lagi. Ajak dating bagai. Wow. I wouldnt let him go kalau dia nak dekat aku.”

“Eishhhh. Aku tak suka dia. Kalau kau suka sangat dekat dia, kau jelah ambik. Aku takutlah Ju. Kau tahukan how many times aku kena dumped. Sedih tau. Kau cantik, kau perfect. Boyfriend kau pun tak pernah curang dengan kau. Hmmm” Aku mengeluh panjang.

“Alaaa. Okay okay aku terlupa. I’m sorry. Tapi kau akan pergi jugak ikut tengok Twilight this weekend kan? Not because he asked you, tapi for me?” Mulalah Juliana kelip-kelip matanya buat aku rasa tak sampai hati untuk kata tidak.

“Okay. Fine. Aku ikut. Tapi after the movie, kita terus balik okay? Promise?”

“Iya, babe. Promise” Juliana tersengih-sengih, gembira. Bukan kerana aku nak ikut teman dia, tapi sebab dia dapat tengok Edward Cullen. Hmm untung sangatlah.

* * * 

Malam aku sangat hambar. Aku cuma duduk depan laptop buat assignment yang perlu dihantar esok. Biasalah student suka buat kerja last minute. Akulah tu student yang suka buat kerja bila dah dekat-dekat   dateline. Lecturer dah bagi lama kerja ni. Aku tengah bertempur hebat dengan assignment boleh pula roomate aku ni berenak-enak tengok Lawak Ke Der, terkekek-kekek dia ketawa sendirian. Aku hiraukan dia dan teruskan kerja aku.

Sambil aku siapkan kerja, aku scroll timeline. Mana berkait rapat dengan diri aku, aku retweet. Dengan adanya Twitter hidup aku taklah rasa sepi sangat. At least setiap saat ada sahaja orang post tweet membebel entah apa apa. Jari tersepit pintu pun nak bagitahu orang. Unlike Facebook. Timeline Facebook tak bergerak selaju ini.

Sedang aku membalas tweet Fiza berkaitan assignment yang perlu dihantar, aku terperasan nama Johan Amani, baru 2 minit dia follow aku. Mana pulak dia dapat Twitter aku ni? Dan kenapa dia terhegeh-hegeh sangat nak follow aku bagai. Rimas! 

Aku jadi ingin tahu. Aku buka profile Johan. Mana tahu dia ada tweet tentang aku. Manalah tahu. 

"A 21y/o guy who loves his mom so much ♥" Bio dia comel. Mesti anak mak. Aku memang dah agak. Muka jambu macam dia kalau bukan anak mak, memang sangat mustahil. Aku scroll ke bawah dan ke bawah. Aku ternampak tweet "Planning on watching Twilight with Fitrah." Aku sangka nama aku tak akan muncul dalam kepala otak dia. Rupanya ada.

                                 


Patut atau tak patut aku tweet say thanks atau biarkan je? Aku buntu. 



#AlasanBreakUp (Short Novel)


Bahagian Satu.


Cinta. Apa maksud cinta? Waktu aku masih bersekolah di tingkatan empat, kawan aku ajarkan cinta. Katanya cinta itu rumit. Katanya lagi cinta ada banyak peringkat. Dengar sahaja makna cinta kepala aku pula jadi rumit. Aku mula faham apa itu cinta sejak pertama kali aku pandang Syed Amin. 

Lama aku simpan perasaan dekat Syed Amin. Ada dalam 1 tahun setengah. Aku buat keputusan tulis surat untuk luahkan perasaan yang sudah lama hati kecil aku yang comel ini pendamkan. Walaupun tulisan aku cakar ayam, tapi aku tahu Syed Amin pandai membaca. Aku minta kawan aku, Juliana untuk pass kan surat aku ke Syed Amin. Tahu apa dibalasnya?

“Maaf, awak bukan taste saya. Saya dah ada girlfriend di London. Mungkin kita tak ada jodoh.”

Remuk hati aku. Bertepuk sebelah tangan 1 tahun setengah. Lelaki yang ajarkan aku cinta jugalah lelaki yang sama ajarkan aku ‘broken heart.’ Ya, cinta itu rumit. Tak dapat dinafikan.


Aku kini mahasiswa UiTM. Aku berkenalan dengan Khalid Affendi, lelaki yang aku kenal dulu waktu di bangku sekolah Satu kelas pula dengan Syed Amin. Tapi aku tak suka dia dulu, dia pakai braces dan kuat mencarut. Khalid suka bersukan. Sangat sukakan sukan bola sepak. Dan teramat sukakan Cristiano Ronaldo. Kenapa aku cerita pasal Khalid dan kesukaannya? Selain sukan, bola dan C.Ronaldo dia juga suka mainkan perasaan perempuan. Itu sangat nyata. Akulah tu salah seorang yang dipermainkan.

Cuti semester, aku hang out dengan Juliana ke Pavillion. Sengaja nak habiskan masa bersama. Girls Day Out, mat salleh panggil. Juliana ni boleh tahan anak orang berada. Dia tahu modern fashion. Jadi kalau aku perlukan consultation berkenaan fesyen, aku tanya dia. Aku ni apa tahu. Pakai baju, pakai jeans, pashmina aku lilit kemas. Siap.

Waktu kami lepak minum-minum dekat Old Town White Coffee, aku ternampak Khalid. Aku lantas bangkit dari tempat duduk aku menghampiri dia.

“Amboi bukan main seronok peluk pinggang awek lain, aku awek engkau kat belakang pun kau tak sedar. Oh, kata engkau pergi tournament. Kalau Allah nak tunjuk tu, tunjuk jugak. Macam ni perangai kau.”

“No, its not like what you think. Sayang, I can explain.”

“Sudahlah kau, jangan nak ‘sayang’kan aku. Meluat.” 

And yeah I’m over him.



On the other side, “uhuk... uhukk... how could he did this to me after all of my sacrifice, Ju!! I hate you khalid khinzir!!” “Dahla, dah, dah. Sabar je okay. Karma will bite him back nanti.” Well, basically, that’s me bila aku dengan Juliana. Dia tahu setiap inci tentang aku dan semua rahsia aku dia pegang.

Taklah kuat mana pun aku ni sebenarnya.

Belum cukup dengan bertepuk sebelah tangan dan dua kali patah hati. Suffian bin Ismail. Pertama kali aku bertentang mata dengan dia, waktu depan masjid lepas terawih. Itu kali pertama lelaki pandang aku dan terus alihkan pandangannya seraya beristighfar 3 4 kali. Kelakar, mungkin. Aku hormati dia sebab dia hormati aku. Mungkin budak baik macam dia tak sesuai untuk aku. 

Satu hari, aku dapat surat dari Kamariah. Katanya surat tu dari si Pian. Aku terkejut dua minit. Apakebenda Pian ni dah buang tebiat ke? Bila aku baca surat dia, dia nak ajak aku kahwin. Katanya benda baik jangan dilengahkan. Eeeee belum tiba masa aku nak kahwin, belum habis enjoy. Lama dia tunggu aku. Ada lah juga dalam dua bulan, akhirnya aku terima dia. Bukan lamaran dia untuk kahwin tu. Bukan. A big no. Tapi aku ajak dia couple. Mula-mula dia taknak. Couple itu haram katanya. Lama-lama fikir baru dia terima. 

Hubungan aku dengan Suffian, tak berkekalan. 

Lepas 2 bulan berkenalan dengan aku dia dah mintak putus. Aku baru nak mula sayang, dah kena lempar taik. Katanya nak berubah. Taknak teruskan hubungan ini. Aku pun iyakan. Aku rasa serba salah sepanjang aku dengan dia. Katanya maksiat. Aku pun iyakan lagi. Tapi dua hari lepastu aku dapat berita dari Ju. Dua hari selepas dia putus dengan aku, dia dah couple dengan perempuan lain. Advance. Aku pun tak selaju tu. Aku geram. Aku hantar sms.

“Ewah ewah, senangnya awak replace saya. Kejap je dah naik status in relationship dekat Facebook. Haa. Eloklah, elok.”

“Yang awak nak dengki sangat kenapa? Hidup saya suka hati sayalah.“

“Okay. Saya pulak yang dengki? Saya taknak dengar suara awak, tengok muka awak, dengar bunyi motor kapcai awak tu pun saya taknak. Faham.”

Itu sms terakhir aku hantar pada Suffian. And I’m over him too.

But on the other side, “Juuu, sampai hati dia replace aku dengan sangat cepat Ju. Dia kata aku dengki tengok dia gembira Ju. Siapa tak sedih Juuuu. Jahanam kau Suffian!!” Tersedu sedan aku menangis mengenangkan nasib aku yang malang. Pisang berbuah dua kali dah pun. Satu kali bertepuk sebelah tangan, dua kali kena mainkan.


Aku pasrah.

Pasrah aku tak lama. Aku selalu habiskan masa aku dekat library. Baca buku. Membaca kan jambatan ilmu. Ada pula seorang mamat ni selalu usha aku tiap-tiap kali aku tengah cari buku dekat rak. Waktu aku tarik buku dari rak, muka dia betul betul celah-celah buku buku yang lain. Dia pandang aku. Kenyit mata. Wah. Ini namanya flirtation. Tapi aku suka.

Nama dia, Taufiq Henry. Muka mat salleh, badan tough, atlit bola keranjang. Ketinggian dia, just wow. Aku memang dah lama dambakan lelaki handsome, tinggi, tough, atlit macam dia. Aku selalu juga main tennis dan selalu juga nampak dia bermain bola keranjang. Bila dia berpeluh-peluh, dia akan jadi sangat attractive. Just. Wow.

Tapi aku tahu lelaki macam Taufiq ni mesti playboy. Memang cari masalah kalau aku nak bercinta dengan dia. Tapi satu hari aku cuba nasib. Aku add dia dekat facebook. Sengaja nak tambah kawan. Itu sebenarnya alasan. Niat sebenar nak mengurat. Biasalah aku. Pisang dah berbuah dua kali pun aku abaikan. Sebab Ju selalu nasihat, karma will bite on them one day. Jadi apa aku kisah. Diorang lempar tahi, nanti kena balik dekat diorang. Prinsip Ju mempengaruhi aku.

“Eh dia approve.” Aku tergamam.

Message box pop-up tiba-tiba, Taufiq menegur.“Hi, awak yang selalu duduk library baca sambil berdiri tu kan?”

“Aduh, laju approve, laju pulak dia hantar instant message. Balas ke taknak balas? Balaslah.”

Ya, dan ianya berlarutan sampai ke pagi keesokkan. Boleh tahan mamat ni. Pandai dia layan aku. Jodoh mungkin. Amin Ya Allah amin! Dahlah perfect, baik hati, pehhhhh tough pulak.

“Awak, single?”

Aik? Baru first day kenal dah tanya aku single. Aku nak jawab apani. Kalau nak diikutkan memang single available sangat. Tapi...... Ahh cakap jelah aku single.

“Aah, saya single. Kenapa awak tanya soalan macam tu?”

“Oh, saja. Kalau awak jadi makwe saya awak nak?”

Ya Allah, gila advance lelaki ni terus ajak aku couple. Baru beberapa jam aku borak dengan dia. Dari pukul 9 malam sehinggalah pukul 7 pagi. Mata aku pun dah sembab ni baik aku pergi tidur. Beauty sleep itu paling penting. Sebelum tu....

“Macam ni jelah. Nanti saya bagi awak jawapan. Itupun kalau awak sudi tunggu jawapan saya. Saya nak tidur ni.”

“Apa-apa sahaja untuk permaisuri hatiku. Lautan pun sanggup ku renangi inikan pula tunggu untuk beberapa jam. Selamat malam

Oh my God, mamat tough mesti kena jiwang ke? Siap ada emoticon hati, cepat betul dia nak bagi hati dia dekat aku. Oh well, baik aku tidur.

Aku bagi jawapan dekat dia tengah hari lepas lunch, ternyata dia gembira. Gembira betul. Siap update dekat blog declare kiteorang couple. Tak pernah orang buat macam ni dekat aku. Aku pun layankan jelah. 1 tahun lamanya aku dengan dia, aku tak pernah jemu. Aku makin sayang dekat dia. Sangat sayang. Setiap kali monthlysary, dia akan hadiahkan aku coklat cadbury large size diikat dengan ribbon. Dan untuk anniversary dia hadiahkan rantai.

Memang dia istimewa. Malam selepas sambut anniversary, aku minta izin dia untuk save gambar yang kiteorang tangkap petang tadi. Yalah, dia upload dan privatekan album. Takkan nak tunjuk dekat semua orang. Nanti insecure semua couple dalam Malaysia ni. Tapi secara tiba-tiba hati aku rasa tak enak. “Macam ada yang tak kena pulak hati ni.” Getus hati aku sambil mengurut dada perlahan. Aku ambil keputusan untuk buka private message di akaun Facebook dia.

Kalau aku pegang gelas kaca, mungkin gelas kaca tu jatuh terhempas ke tanah. Mungkin macam itulah kondisi hati aku, persis. Aku baca setiap perbualan dia dengan awek lain. Bukan setakat awek. Tapi awek awek. Berderai hancur hati aku. Macam kena tembak pakai sniper dari jarak dekat. Aku kira total 16 orang awek dia cuba try. Dan empat berhasil. Termasuk aku. Tak guna punya jantan. Malam tu jugak aku serang rumah dia.

“Taufiq! Taufiq! You keluar sekarang I ada benda nak cakap dengan You.”

“Eh, baby. Kenapa you ada dekat sini lewat malam? And why didnt you call? I kan selalu pesan call dulu sebelum datang rumah.”

“Oh, why? Sebab kalau I tak call, you tak boleh nak suruh perempuan lain keluar dari rumah you dulu sebelum I dapat tahu. Ada perempuan dekat sini kan?” Aku meluru masuk apartment Taufiq dan Ahhh just like I’ve expected. Perempuan jalang lain.

“Jangan jumpa dengan aku lagi Taufiq.”

“Wait, I can explain. Perempuan tu no one okay? You mean so much to me.” Menggenggam lengan aku erat.

Aku menoleh ke belakang dan melepaskan lengan aku “Hmph. If I mean so much to you this thing would not happen. Bye Taufiq. Just go to hell. Aku jijik dengan perangai engkau.”

Surely, I get over him too.



And on the other side, “Its been 1 year Juliana. Dia boleh tipu aku macam tu je. Aku ni dibuat macam perempuan simpanan! Ju, aku terlalu sayangkan dia tapi ini yang dia balas dekat aku. Aku sakit hati dengan Taufiq. Aku jijik bila tengok perempuan lain ada dalam bilik dia berselimut sahaja Ju.” Dan Juliana tetap pujuk aku “Sabar Fitrah. Aku tahu kau sakit hati. Aku tahu kau sedih gila Fit. Tapi one day he will get what he deserves.”

Dua tahun 3 bulan aku simpan hati aku bagi yang layak memegangnya. Aku Fitrah, Fitrah Yusni binti Kamarudin dan aku perempuan. Aku pernah dipermainkan. Aku belajar dari kesilapan. Bila hati aku pulih,  aku buat lagi kesilapan yang sama. Bodohkah aku? 




Mungkin aku perlu ambik serius jenis-jenis #AlasanBreakUp di Twitter.