Sunday, June 23

Repair.



Assalamualaikum.

Dua puluh tahun aku hidup tiada pula bersayap, digelar manusia dan bukan malaikat. Aku pernah juga merasa pahitnya jahiliyyah. Makin aku belajar erti hidup makin aku tahu, jahilnya aku. Kerdilnya ilmu aku. Banyak betul aku tak tahu. Banyak lagi aku kena ambil tahu.

Aku buat dosa. Tapi bukanlah itu alasan aku untuk terus bergelumang dalam dosa. Memang kita dicipta tak sempurna. Buat silap. Kelak jangan jumpa Allah beri alasan 'aku memang dicipta untuk buat dosa nak buat macam mana.' Kena bantai kat akhirat bukan macam kena bantai guru disiplin. Alasan tu tak valid. Allah dah bagitahu, kalaupun dosa kita di muka bumi sebanyak buih di lautan, andai kita manusia bertaubat sebenar benar taubat, Dia akan ampunkan. Insha Allah.

Benar kata orang, berubah senang. Istiqamah susah sikit. 

Bila nak jadi baik, akan datang bertalu-talu ujian. Orang hebat ialah orang yang sering Allah titipkan ujian. Bertambah hebat orang tu bila dia terima ujian Allah dengan hati yang redha dan bersyukur. Fuh. 

Bila berubah ke arah kebaikan, akan ada mata-mata manusia tukang perhati kain. Mana tahu kain terlondeh, kaki tersadung dek kain jatuh tergolek. Bukan dihulur tangan. Dibiarkan jatuh tersungkur. 

Rilek

Kalau tersungkur, bangun.

Kalaupun lutut bercalar balar, bangun.

Kalau nak nangis, nangis. Semahunya, nangis.

Tolong diri sendiri. Berusaha sendiri. Pulun dan pulun sehabis baik. Tinggal dekat bumi kena jadi baik. Kalau jadi jahat orang kahak kan. Kalau perangai samseng orang benci. Biar jadi baik orang tak suka dari jadi jahat dibenci ramai. Rugi pulak.

Manfaatkan ilmu yang diterima pada orang sekitar. Ilmu bukan ala ala topup Hotlink. Bila kongsi ke kawan, kredit berkurang. Makin ilmu diberi, makin diberkati ilmu.

Si polan bertanya, "kenapa orang kafir tak berdoa tapi otak bijak pandai tapi kita setiap hari berdoa pada Allah tak bijak bijak? Kenapa orang kafir tak berdoa tapi kebanyakkan mereka dikurniakan harta yang banyak, kaya raya tapi kita hidup dalam kehidupan serba serbi sederhana dan ada yang hidup susah? Allah tak tolong ke?"

"Dunia tempat mereka yang kafir sedang syurga itu tempat untuk kita orang Islam yang beriman. Siapa cakap Allah tak tolong? setiap hela nafas adalah peluang dari Dia untuk kita beribadah. Harta kekayaan semua Allah bagi kat mereka, biar mereka seronok di dunia. Kita berhempas pulas, dunia penjara bagi orang beriman. Sat lagi kat syurga, kita rehat pulak." Jawapan ringkas rakan si polan. 

Allah Maha Adil. Siapa yang berusaha, dia dapat pulangan lumayan. Persoalannya, kita usaha untuk syurga tak? 

Muhasabah diri kau Adah. Layak kau masuk syurga? Tepuk dada tanya iman. Repair diri Adah, repair.

Doakan aku terus istiqamah :'>



Thursday, June 20

Perempuan makhluk rumit.


Assalamualaikum.

Jadi perempuan tu rumit. Lelaki sendiri melabel perempuan sebagai makhluk rumit dan susah untuk difahami. Aku perempuan. Aku rasa aku rumit.

"Why so complicated lah babe?" Men asked women.

Kami ada sembilan nafsu sedangkan kau lelaki cuma punya satu. Kami ada berlambak pakaian, berlonggok tudung dan bersepah kasut tapi kami tetap rasa kami tak punya pakaian yang cantik. Kami pilih baju berejam, kami pakai tudung berejam belum masuk pilih warna yang tepat bersesuaian dengan penampilan. Kena ke dengan baju? Kena ke dengan kasut? And so a woman asked herself.

Belum cerita sikap toleransi tudung ketika itu. Gelembung sana gelembung sini. Jenis aku jenis kisah tudung berperangai najis. Selagi tudung belum sampai tahap memuaskan elok sopan tak tunjukkan pipi tersembul, semua tak sempurna di mata aku. Jangan hairan kalau tas tangan penuh barangan. Setiap satu item punya fungsi tersendiri. Isu kaki melecet sering berlaku. Justeru itu, setiap saat kami akan komplen. Bare with us please, jejaka.

Membebel sifat lahiriah perempuan. Perempuan hidup lebih lama dari lelaki kerana ribuan perkataan yang diucapkan dalam satu hari. Ini fakta bukan nak kencing orang. Membebel juga senaman mulut bagi perempuan tapi bagi lelaki bebelan perempuan mampu memecahkan gegendang telinga. Kami membebel hampir setiap benda. Salah, bebel. Salah, bebel. Tambah pula waktu datang bulan. Merungut setiap minit, merajuk setiap dua minit, menangis setiap tiga minit lalu kembali normal semula. Kemudian kitaran tadi berulang lagi hari esok.

Kadang pula, kami maksudkan begini, lelaki faham yang itu. Kami nakkan begini, tapi lelaki buat tak tahu. Manakan tidak kami ini makhluk yang rumit sedang lelaki itu sendiri buat tak reti dan malas untuk cuba faham. Faham kami, pelajari sifat kami. Mungkin dari situ akan wujud toleransi. 

Perempuan jarang sekali digelar egois. Mungkin ada segelintir. Kebanyakkan lelaki dilabelkan egois tapi yakinlah masih ada lelaki penyabar dan lemah lembut hatinya. Bahkan lebih lembut dari hati perempuan.

Bukan kami mahu jadi rumit. Tapi hidup kami juga sememangnya sudah rumit dan sukar. Sama seperti kamu, jejaka-jejaka. Kami salahkan 'semua lelaki sama' bukan secara literalnya kami maksudkan semua lelaki. Tapi just to remind you guys, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dan untuk pepatah aku, kerana satu lelaki durjana, fobia hati wanita yang setia. Tuhan ciptakan lelaki perempuan bukan untuk saling menyalahkan tapi untuk melengkapi hati kedua-duanya. 

Dengan adanya wanita dalam hidup lelaki, maka dialah lelaki yang beruntung. Wanita bukan wanita biasa, tapi wanita solehah yakni bidadari di syurga kelak.

Dan beruntung jugalah wanita dengan adanya suami yang soleh. Bilamana suaminya masuk syurga, dia ikut sekali masuk bersama suaminya. Wallahu a'lam bissawab.


Monday, June 17

Ikhlas?



Assalamualaikum.

Ikhlas. Kadang aku sukar untuk mendefinisikan ikhlas. 
Ikhlas bukan "aku ikhlas belanja kau milo ais harga rm1.50 ikat tepi letak straw."
Ikhlas juga bukan monolog dalaman, "makcik ni asik mintak tolong aku jelah. Tolong jelah... aku ikhlas." 
Bagi aku secara personal, aku kadang merungut jugak bila tolong orang. Kadang.

Ikhlas datang bila hadir satu perasaan nyaman. Kau tak mencebik bila tolong orang.
Tiada getaran dalam hati kau lalu kau merungut kecil, "aduh beratnya, aduh malasnya, aduh nyusahkanlah."
Kau rasa gembira. Kau rasa bahagia. Kau rasa tak kisah kalaupun kau penat menolong orang.
Mungkin itu definisi ikhlas aku.

Ikhlas dan riak harus dipisahkan dengan satu garisan halus. Kalau bisa riak itu kau hapuskan terus.
Boleh jadi kau pernah mengalami perkara sebegini mungkin bukan persis. Lebih kurang. 

Situasi: Kau sedang berjalan, kau ternampak seorang pengemis, kau tolong pengemis tu atas dasar kasihan, berniat sedekah rm10 walaupun kau rancang untuk beli dua komik doraemon dekat kedai buku. Waktu kau hulur duit dalam cawan plastik pengemis, orang pandang aksi kau. Kau rasa "Fuhhhh! orang pandang aku, baik jugak aku ni" Ikhlas yang awalnya ada terus terhapus dan langsung tidak dikira pahala. Bahkan bila kau rasa, berat hati "hmm, aku nak beli komik. bagi ke taknak? menyesal pulak lalu sini. urgh, bagi jelah kang orang cakap apa pulak."

Natijahnya, ikhlas kau juga mungkin tidak dikira. Mungkin. Wallahu a'lam.

Tapi ikhlas ataupun tidak kau membantu orang, tiada satu manusia tahu kecuali hati kecil kau sendiri dan sedia maklumlah, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Jadi Dia tahu. Setiap perkara sebesar zarah juga Dia tahu. Jadi walau sebesar zarah kebaikan yang kau lakukan, Dia nampak. Dia suruh malaikat catat. Diam kan je bila buat baik. Tak perlu megah. Tak perlu bangga. Kelak hati kau terisi dengan perasaan riak yang merugikan. Sungguh. 

Apa apa pun, terus saja ringankan tangan membantu orang. Jadi baik meskipun orang benci. Kalau jadi jahat lagi orang melaknat. Jadi baik kau untung dunia akhirat. Ikhlaskan hati dan moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang selalu memberi. Ini peringatan buat aku, aku, aku dan juga semua. Aku juga banyak lacking. Banyak sangat. Mohon maaf atas kekurangan aku. Dan maaf kerana gunakan aku. 

Friday, June 7

“Barang siapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…” (HR. Bukhari)




Assalamualaikum.

Penat kan puaskan hati semua orang? Penat kan kena bersabar dengan orang? Penat kan kena tolerate dengan orang? Penat kan hati patah remuk berkecai kerana orang? Penat kan kena mengalah dengan orang? Penat kan kena aibkan dengan orang? Penat kan kena sindir, kena hina, kena caci dengan orang? Penat kan berhadapan dengan manusia hipokrit?

Penat kan? Takpa. Jangan risau. Takpa. Allah kan ada? 

Setiap sakit, sedih, patah, remuk, hancur lebur hati akan dibalas dengan kebaikan sekiranya kita tetap terus bersabar. Penat bersabar? Mana boleh penat sedangkan Rasulullah SAW tak pernah berhenti bersabar walaupun baginda diejek, dihina dan difitnah orang. Walaupun kita takkan pernah jadi persis Rasulullah, sekurang-kurangnya kita jadikan baginda Rasulullah sebagai role model. Sebagai contoh. Tak rugi bersabar. 

Tak apalah orang tak suka kita, kita sendiri tak suka beberapa orang. Hidup kita bukan untuk puaskan hati orang semata dan abaikan Allah? Salah jalan.

Tak apalah kalau orang buat jahat dekat kita. Tak apalah kalau orang menganiaya kita. Tak apalah kalau orang mengherdik kita. Tak apalah. Allah kan ada? Allah nampak. Allah tahu setiap kebenaran yang tersembunyi sedang kita manusia langsung tak tahu. Kalau orang berdusta, kelak Allah yang akan bongkarkan kebenaran. Kalau orang menganiaya, Allah jugalah yang akan berikan balasan.

Apa tugas kita? Hidup dan beribadah untuk bekalan hari Akhirat.

Nak tahu berita gembira tak? Sekiranya kita berjaya peroleh syurga, setiap hari Jumaat kita akan dibawa oleh Malaikat untuk bertemu Allah. Allah akan tanya, "apa khabar hambaku?" Kita diberi peluang berjumpa Allah, melihat wajah kecintaan kita dan bersamaNya selama satu jam. Allahurabbi :') Siapa yang taknak jumpa Allah? It will be worthless kalau kita hidup cintakan dunia, kelak mati mushrikin dan masuk neraka Jahannam dan tak dapat jumpa Allah. Tragedi. 

Jangan pula kita berandaian "takpa, masuk neraka dulu, at the end of the day masuk syurga jugak."

Sanggup ke kita nak tempuh azab yang Allah janjikan? Wallahi, dengar sahaja "perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak" atau "perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak)." sudah buatkan hati bergetar. Allah.

Seksa neraka tak sama dengan seksa dunia. Kena seksa ribu riban tahun. Kita terpijak tulang ikan keluar darah sikit pun kita rasa sakit. Inikan dibakar, dituang timah dalam tekak. Allah. Dalam masa yang sama, orang-orang soleh bergembira dalam syurga, kita berteriak kerana tak mampu tahan seksaan Allah. Allahumma ajirna minannar ya Rabb :'(

Tak apalah kalau kita bersusah berhempas pulas dalam dunia. Syurga tempat kita beristirehat dan dunia adalah ujian. 

Aku nak jumpa Al-Khaliq. Aku nak jumpa balik mak abah, semua ahli keluarga. Aku nak jumpa Rasulullah SAW. Aku nak jumpa semua orang yang aku kenal, yang aku sayang dalam syurga nanti.

Mungkin aku tak dijanjikan masuk syurga. Tapi Allah janji siapa yang berusaha dekat dunia, beribadah pada Allah dan tidak syirik serta mati dalam Islam, berhak masuk ke Syurga. Syurga impian aku. Impian kau juga kan? :) 

Tak kira apa orang buat, kita bersangka baik. Husnuzon. Setiap yang jadi ada hikmah. Relaks brader, brader relaks.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)




Sunday, June 2

Lesson learned, move on.



Assalamualaikum.

Hidup ni singkat. Bukan cuma kain yang singkat.
Dalam pada kita tak sedar, banyak duka kita dah lalui. banyak perih kita tempuhi. Rapuh lalu jatuh tersungkur. Setiap orang hidupnya macam gelombang elektromagnetik. Ada atas, ada bawah. Ada susah, ada senang. 

Pada aku secara personal, susah ke senang adalah lebih baik dari senang ke susah.

Sebab tak semua orang senang boleh menerima dugaan susah yang Tuhan titipkan. Tuhan beri tabah supaya manusia cekal tempuh segala pancaroba dunia. Tanpa tabah, ramai manusia beratur terjun bangunan. Ramai manusia beratur beli racun tikus di kedai-kedai runcit. 

Kesenangan adalah nikmat. Kekayaan adalah ujian. 

Tuhan tak keji. Dia bagi manusia lupa daratan macam kita peluang berdoa dan bertaubat bila buat dosa. Setiap doa yang baik, Dia kabulkan. Kadang Tuhan tak kabulkan bukan sebab Dia benci, sebab tu Dia ciptakan sabar. Kadang Tuhan tak kabulkan doa bukan sebab Dia tak dengar, boleh jadi kita yang tak taat dan tak bersyukur bila dikurniakan rezeki. Sombong dan bongkak dengan Tuhan. Meminta bila susah dan bila perlu. 

Some people are meant to be in our life for the purpose of learning. Some people are needed in our life in order for us to become stronger. Thank them, they preach us and make us who we are today. Lesson learned, move on and live our life. You are not in this world to live up to the expectations of others, nor should you feel that others are here to live up to yours.

And so I thought my dark days has past, there's a lot more to come in future. Loads more things to learn and lesson to be earned.



Pandang belakang, fikir semula dah berapa banyak benda yang kita dah lalui. Pandang belakang, fikir lagi kalau tak kerana pertolongan Tuhan we wouldnt make it this far. And yes, when life knocks you down, remember, God will help you. The only key is to never neglect God and never be ungrateful.