Tuesday, December 30

late night post

Dalam hidup ni apa yang kau nak tak semestinya kau akan dapat. apa yang kau rancang tak semestinya akan berlaku. Kalau tanya apa yang paling aku nak, aku nak grad on time. dah rancang nak naik pentas yang sama dengan Faisal ambik gambar baling baling topi petak dengan dia tapi benda tu aku tak dapat. tak payah tanya frust ke tak, sebab jawapan aku memang ya.

Tiga tahun diploma 99% masa aku habiskan dengan dia. baki 1% aku tidur, study sorang takpun balik rumah cuti hujung minggu. dek kerana fail satu paper, extend sampai part 7, kena hadap lagi satu sem. nak taknak, kena hadap. aku tak kisah aku kena pergi kelas 2 kali seminggu, aku tak kisah aku kena belajar balik apa yang aku belajar last sem sebab bagi aku gagal is a learning process, bukan sebab aku bodo aku fail. kalau aku bodo awal lagi aku give up diploma duduk rumah jadi bibik. aku tak kisah sebab aku tahu fail satu paper isnt really a bad thing sebenarnya (sedapkan hati)

Cumanya, terkilan. 

Bila aku pergi kelas, dulu- kebetulan Faisal punya kelas somewhere around my classroom jugak so boleh jumpa paling paling pun aku lambai dia dari jauh. Kadang terserempak pulak bila dia dah habis kelas dan aku baru nak pergi kelas atau bila aku nak pergi cafeteria, dia nak pergi library. Bila sekarang aku pergi kelas, jalan yang aku lalu nak ke kelas tulah jalan yang sama aku lalu setiap hari dengan dia. 

Drama queen i might say tapi selagi tak rasa sendiri orang takkan tahu.



Monday, December 22

setan

Dalam setiap fasa hidup kau, 
kau akan jumpa ramai perangai setan atau 
kau sendiri si setan dalam hidup orang lain. 

memang selalu macam tu oh well life continues