Saturday, March 22

Sang Pencemburu (Cerpen)



(Currently spending my spare time reading this Untuk Separa Tuhan book by @BukuHitamPress. I would give 5 out of 5 ratings for this brilliant masterpiece. the contents are mind blowing and they didn't fail to amaze me. I can't help it. Not to write this story (below) seems a little bit disturbing. So, enjoy reading!)

 P/s: Baca di atas risiko sendiri. Cerita tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

***

“We really need to break up!” Rizal meluahkan, tegas. Air muka Fika yang tenang berubah serius dengan sekelip mata. Fika menahan air mata. Pura-pura kuat untuk tetap berhadapan dengan Rizal. Meskipun hatinya telah hancur luluh, tetap juga dikuatkan. Meskipun perasaan marah mencapai tahap klimaks, ikutkan akal gila mahu sahaja ditikam bertubi-tubi lelaki di hadapannya itu.

“Why sayang? After all this time, awak tiba-tiba nak breaking up? Tak kelakar, serius tak kelakar langsung.” terketawa kecil, selamba.

“I ada orang lain” Rizal mengaku sendiri tanpa banyak dalih.

“As simple as that? Awak fikir saya akan lepaskan awak senang macam tu je? Well you know what, you’re wrong. Saya akan cari perempuan sial yang hancurkan hubungan kita dan jangan fikir awak akan terlepas dengan sangat mudah.” Fika meletakkan jari telunjuknya pada dada Rizal. Ditekan-tekan. Ditolak-tolak.

“Kau fikir dengan ugutan kau, aku akan kembali duduk celah kangkang kau? Gi mampus lah perempuan!” makian yang dihamburkan dengan suara yang sangat lantang membuatkan Fika terkedu. Lidahnya kelu. Sekali tempik, tahu kau takut. Rizal segera mengorak langkah memasuki keretanya, menutup pintu dan terus memacu laju meninggalkan Fika yang masih tercegat dengan posisi memeluk tubuh.

“Kau akan menyesal Rizal. Aku takkan lepaskan kau. Kau akan menyesal” Air mata yang berlinangan di pipi, dikesat dengan kasar. Matanya merah menahan marah. Jangan bazirkan air mata untuk si bangsat, hidup kau hancur, semua sebab dia. Nak biarkan dia hidup senang-berbahagia? Jangan jadi bodoh! Sekarang, balas dendam. Biarkan dia hidup sengsara! Bisikan yang entah dari mana membuatkan Fika menyengih sendiri. 

“Aku takkan biarkan dia bahagia. Aku. Akan. Balas. Dendam”

***
Fika semakin kerap bersendiri. Berkurung di bilik tak makan dua tiga hari. Kerap juga dia berbual sendirian seperti ada yang menemaninya. Tak tahu apa yang merasuk dia sejak kejadian 3 hari lepas, di hari Rizal telah memutuskan hubungan mereka berdua. Sekejap dia ketawa, sekejap dia menangis, sekejap lagi dia menjerit bagaikan histeria. Ini sangat merisaukan ibu tirinya. Semakin hari, semakin mati akal mahu diapakan si Fika.

Rizal terpaksa memutuskan hubungan mereka, bukan kerana orang ketiga, bukan kerana dia ada perempuan lain. Rizal serik! Serik kerana sering dikongkong dan dikawal ketat pergerakannya sehinggakan dia semakin lama semakin rimas untuk menghadapi situasi yang sama setiap hari. Fika terlalu senang cemburu, sering marah-marah tak tentu pasal lalu menghamburkan kata-kata kesat. 

Perangai Fika sangat memualkan dan menyebalkan. Cukup-cukuplah perempuan gampang. Aku dah serik kena kongkong! Rizal membakar setiap kepingan gambar sewaktu mereka masih bersama. Puas hati aku.

22-Oktober-2011
Rizal dan Jalil sedang menunggu di perkarangan parkir kereta.
“Mana awek kau ni Zal. Lambat doh. Pukul lapan suku wayang start.”Jalil menepuk bahu Rizal. Lama benar mereka menunggu Syima tetapi masih belum ternampak juga batang hidungnya.

“Kau gerak dulu lah. Dia sampai aku terus gerak wayang. Jangan lupa beli popcorn.” Rizal menghulurkan sekeping not RM10.

“Beres bos. Jangan dah jumpa, kau dengan dia buat wayang pulak. Aku gerak dulu bro. Kirim salam sayang awek baru kau tu.”

“Hahahaha gampang kau. Pergilah bodoh!” Sempat pula mereka bertumbukan mesra, bergurau-gurau senda.

***

“Tolong… Tolong jangan apa-apakan aku.” Syima meronta kasar. Tangannya diikat pada kerusi, wajahnya penuh dengan lebam dan darah, penglihatannya kabur.

Fika berjalan setapak demi setapak, perlahan, mengelilingi kerusi yang diduduki Syima. Dia sudah semakin tak terdaya mahu meronta dan melawan. Fika telah memukul mukanya menggunakan kayu besbol bertubi-tubi tanpa sedikit belas kasihan.

“Tolong….. Aku merayu kat kau. Lepaskan aku. Apa salah aku sampai kau seksa aku teruk macam ni?”

“Huh!” Fika mendengus kasar.

“Apa salah kau? Hahahahaha. Kau lah perempuan yang Rizal puja-pujakan sekarang. Dulu aku, sekarang kau, jahanam! Kau tak layak nak gantikan aku! Bodoh! Mati! Mati! Mati!” pisau Kiwi yang terletak di atas meja, pantas dikaut. Mengenggam ia kukuh, diangkat tinggi lalu ditusuk dengan rakus berkali-kali pada wajah Syima. Lunyai. 

Tubuh Fika dipenuhi darah merah pekat. Hanyir. Tangannya berlumurah darah. Bebola mata Syima yang tertanggal dek tusukan pisau tadi, dipijak-hancur. Lenyek. Ini balasan untuk kau sebab hancurkan hubungan aku, bitch. “Aku akan cari kau kat neraka. Jangan lupa kirim salam setan.”

25-Oktober-2011
Rizal sedang bersiap untuk ke majlis pertunangan rakan karib di waktu sekolahnya – Mira. Tetapi seketika dia merasa sebal bila terfikirkan Syima yang langsung tak muncul malam temu janji pertama mereka. Bazir duit aku beli tiket wayang, satu. Mungkir janji pulak tu. Perempuan tu memang taknak kat aku kot. Contact aku pun tak sekarang.

Bunyi hon kereta Azfar menghentikan lamunan Rizal.
“Woi, cepat siap lah bontot!” Azfar menjerit ke luar tingkap. Rizal segera mencapai wallet, tergesa-gesa keluar dan mengunci pintu rumah. Setelah Rizal memasuki kereta dan memakai seat belt, Azfar bersuara,
“Weh, kau okay tak? Pucat muka kau”

“Eh, pucat ke? Aku okay jelah. Cuma aku rasa ini pertama kali aku kena reject. Sakit gak ek?”
“Alah, setakat Syima…. petik jari kau boleh dapat lagi lawa lah bro. Jangan frust sangat. Apa kisah awek kau yang dulu tu?” Azfar memulakan perbualan kosong bersama Rizal sambil memandu ke daerah yang dituju.

“Fika? Aku dengar cerita, dia dah kena buang kerja, sekarang duduk berkurung dalam rumah, meroyan macam orang gila. Kesian gak. Tapi kesian lagi kat aku hari-hari kena kongkong, rimas weh. Aku ni lelaki, kalau aku kahwin dengan dia, takkan lah aku kena turut semua benda, jadi laki takut bini. Not in a million years.” Rizal menerangkan panjang lebar.

***
Usai majlis pertunangan Mira – sewaktu semua tetamu dipersilakan untuk menjamah hidangan, pandangan mata Rizal tertancap pada seorang gadis berbaju kebaya nyonya berwarna jingga, rambutnya ikal mayang dan badannya sangat menggoda nafsu. Tak lekang pandangan mata Rizal padanya. 

Azfar yang sudah kenal lama kawan baiknya, tahu apa yang bermain difikiran Rizal lalu langsung menepuk bahu dia, “Yvonne, budak Sarawak, kawan tadika aku. Berminat?”

Rizal menoleh pantas ke arah Azfar dan mengangguk laju. “Gila tak berminat? Lawa gila doh perempuan ni! Macam mana Mira pun boleh kenal dia???”

“Mira satu sekolah dengan dia. Kelakar kan. Kau pindah sekolah Mira, Yvonne pindah balik Sarawak. Kalau aku tak ada makwe memang awal lagi aku cop. Tapi tulah, dulu waktu tadika selekeh je, sekarang aku sendiri tak percaya dengan perubahan dia. Kau nak aku kenen kan?”

“Belum ada jodoh masa tu. Weh, serius ke?”

“Serius lah. Aku mana pernah main-main. Kau tunggu sini, aku settle kan” Azfar mengangkat punggungnya lalu bergerak ke arah Yvonne. Rizal cuma memandang dari jauh dengan penuh pengharapan. Terlihat Azfar terkumat-kamit mulut sewaktu berbual dengan Yvonne lalu mereka berdua memandang ke arah Rizal. Yvonne melambai mesra dan lambaiannya disambut teruja. Whoa! Macam tak percaya!

***

Halus permainan Azfar. Tak tahulah jampi serapah apa yang dia guna sehinggakan Yvonne mahu berkawan rapat dengannya.
“Erm, Hello. Yvonne, kalau I nak ajak you pergi dinner malam ni…. You sudi tak?”
“Oh, hey Rizal! Why not. Sure, sure. Lagipun roommates I semua baliklah. Kita jumpa pukul 8 malam, Caroline Restaurant? See you there okay?”
“Thank you sebab sudi terima perlawaan I. Jumpa dekat sana. Don’t be late!”

Rizal tiba di tempat yang dijanjikan. Waiter lelaki yang berpakaian segak siap dengan bow tie mampir untuk mencatat pesanan makanan.
“Sir, what would you like to have for your dinner?”
“Bagi I, Spaghetti Arabietta dengan Lemon Juice. For now, itu jelah. Nanti I order lagi bila kawan I sampai”
“Okay Sir.”

Spaghetti yang hangat menjadi dingin dan tidak menyelerakan. Rizal mengerling kearah jam tangannya, apa benda ni kata pukul 8. Dah pukul lapan empat puluh, kenapa tak muncul-muncul. Dah dua kali perempuan buat aku tunggu lama macam ni. Kalau tak berminat, tak payah janji lah. Buang masa aku je. Getus hatinya, sebal. 

Rizal tak terfikirkan yang tidak-tidak. Hampa. Dia memanggil waiter untuk membuat bayaran. Setelah selesai, Rizal segera mengangkat kaki keluar dari restoran. Sekali lagi dia mengerling ke arah jam, 9.20 malam.

“Argh, celaka!”
***

“So, kau lah Yvonne? Cantik. Sangat cantik.” Fika mendekati Yvonne dan memegang dagunya dengan sangat kasar.  Fika membelek-belek wajah Yvonne dengan teliti. Disentuhnya hidung, mata dan bibir mangsa keduanya perlahan-lahan.

“You nak buat apa dekat I…. Please…. I tak kenal pun you siapa… Tolong jangan cederakan I.” Yvonne menangis teresak-esak. Berkali-kali dia meronta-ronta, cuba melepaskan diri, tapi sia-sia. Seperti mangsa pertamanya, Fika telah merencana segala-galanya dengan amat teliti. Perancangannya tiada sebarang cacat cela. Dan tidak akan ada peluang untuk mangsa meloloskan diri.

“Hmm… Kesian… jangan menangis okay Yvonne?” Fika memeluk kepala Yvonne dan membelai lembut rambutnya.

“Halusnya rambut kau. Cantik. Tapi biar aku cantikkan lagi” Fika menyalakan lighter dan menghalakan ia pada rambut Yvonne. Yvonne melolong meminta pertolongan tapi percuma. Rambutnya terbakar dan kulit kepalanya menggelegak. “Arghh!! Sakit! Sakit! Sakit!”  

Fika ketawa mengilai. Teruja melihat perempuan yang dibencinya meraung dalam kesakitan. Riak wajah Fika berubah kusam. Hilai ketawanya terberhenti. Dia mendekati Yvonne dan langsung menjerit “Api! Api! Air mana air?!” Fika mencampakkan air ke muka Yvonne. Ssssssss. “Alamak! Sayang, ini bukan air. Ini asid. Hahahahaha sorry sangat-sangat Yvonne. Tak sengaja” Raungan Yvonne semakin kuat dan menyedihkan. 

Sedikit pun Fika tidak berasa kasihan. Malah, dihayunkan kayu besbol pada kepala Yvonne untuk memberhentikan jeritan, takut-takut didengari orang pula. “Mati pun. Hihihihihihihi” Fika menekup mulut dan ketawa terkekeh-kekeh. Suka.

Tak ada perempuan yang boleh menarik minat Rizal, kecuali aku. Dan cuma aku! Aku paling cantik!!!

***

Perlawanan antara Chelsea dan MU ditunggu-tunggukan. Sanggup Rizal bersengkang mata untuk menonton perlawanan pagi nanti. Sedang Rizal menghirup kopi panas yang baru sahaja dibancuhnya tadi, telefon rumahnya berdering.

Termelatah. Terketawa. Menekup muka malu. Nasib baik tak didengari latahannya. Rizal bangun menjawab panggilan telefon.

“Hello…?”
“Hai, sayang. Do you miss me?”
“Apa kau nak perempuan? Jangan kacau aku!”
“You ni kenapa marah-marah je. I rindu you lah. That’s why I call you up nak tanya khabar. Sombong sekarang.”
“Kau berambus lah perempuan, aku tak ada masa nak bercakap dengan kau. Bye” gagang telefon diletakkan, kasar. Rizal menarik nafas dan menghembus perlahan. Apa lagi yang kau nak dari aku, tak cukup-cukup lagi ke kau nak kongkong hidup aku dulu perempuan. Tak faham aku!

***

Rizal, Azfar, Jalil, serta Mira dan tunangannya, Kamil sudah sepakat mahu menonton perlawanan bola sepak MU vs Chelsea bersama di kedai mamak Abdullah. Suasana sangat meriah, lebih-lebih lagi bila pasukan MU berjaya menjaringkan gol. Usai menonton perlawanan bola sepak, Azfar dan Jalil meminta diri untuk pulang awal. Letih setelah seharian bekerja mengangkut barang. Kamil pula meminta diri untuk ke toilet sebentar gara-gara pekena dal yang kurang elok rasanya. Kata Mira, perut Kamil agak sensitif, mudah sangat sakit perut.

Sementara menunggu tunangannya melepaskan ‘hajat’, Mira dan Rizal berbual kosong dan kelihatan sangat mesra. Tanpa pengetahuan bersama, gerak-geri mereka sebenarnya telah lama diperhatikan. Mira ketawa berdekah-dekah bila Rizal membuat lawak. Tak kering gusi bila bersama Rizal. Pandai menceriakan suasana dan berada bersama Rizal membuatkan Mira selesa untuk bergurau dengannya.

Fika mematahkan jari kelingkingnya kerana terlalu marah. Sakitnya tak terasa seperti rasa sakit di hatinya. Patah riuk hati Fika bila melihat mereka berdua bermesra-mesraan, bertepuk-tampar. Dasar perempuan tak tahu malu!

***

29-Oktober-2012
Kamil menghantar Mira pulang ke rumahnya.
“Bye sayang. Jaga diri elok-elok. Kunci rumah lepas abang pergi tau.”
“Iya, abang jangan risau sangat okay. Mira pandai jaga diri Mira. Abang bawak motor hati-hati” Mira mencapai dan mencium tangan tunangannya.

Sewaktu Mira berjalan menuju pintu hadapan….. Panggggg! Suatu pukulan kuat hinggap di kepalanya. Mira jatuh menyembah bumi dan tidak sedarkan diri.

“Aku kat mana ni? Tolong…. Aku tak nampak…. ” Mira meraba-raba sekitarnya. Gelap gelita. Mira terdengar bunyi tapak kaki yang semakin dekat ditelinganya tapi akibat terlalu gelap dia tak dapat mengenal pasti siapa.

“Tolong…. Siapa kat situ????” Mira teraba-raba mencari sesuatu untuk melindungi dirinya dan tiba-tiba keadaan yang gelap menjadi terang. Lampu dibuka dan sekujur badan berdiri tidak jauh dari tempat Mira berada.

“AKU MALAIKAT MAUT!” Fika berlari pantas ke arah Mira sambil menggenggam kapak ditangan kirinya. Ditetak-tetak kepala Mira sehingga terkeluar otak dan dipijak-pijak perutnya.

“CUMA SATU PEREMPUAN YANG BOLEH SENTUH RIZAL, DAN IANYA CUMA AKU. AKU! AKU! AKU!” Fika semakin hilang kawalan. Semakin gila!

***
(masih 29-Oktober-2011)
Usai mandi, Rizal bersandar di balkoni dengan hanya bertuala. Tiba-tiba, seorang perempuan datang memeluk Rizal dari belakang dan meletakkan sepuntung rokok pada bibirnya lalu dinyalakan api. Rizal menghembus asap rokok, berkepul-kepul.

Entah perempuan mana dibawa Rizal untuk berseronok buat satu malam.
“Baby, kenapa duduk sini je. Jom lah.” Perempuan itu menarik manja lengan Rizal dan direbahkan di atas katil.
Sedang mereka seronok dan leka melampiaskan nafsu setan, Fika menyaksikan setiap gerak-geri mereka sambil merakam setiap aksi menggunakan cam recoder.

“Nice… very nice….” Fika menepuk tangan. Cam recoder masih ligat merakam.

Terkejut. Rizal pantas menoleh. Perempuan entah siapa itu sudah bersembunyi disebalik selimut.
“Baby…. Siapa perempuan ni?” perempuan entah siapa bersuara lantas memeluk lengan Rizal. “Perempuan celaka!’ Fika yang semakin berang terus melempar pisau Rambo sehingga tertusuk tepat di kepala perempuan itu. Menggelupur-mati. Darah yang memercik keluar, mewarnai cadar putih menjadi kemerahan.

“I’ve warned you sayang. I dah bagi amaran awal-awal. But you won’t listen. You nak jugak putuskan hubungan kita. You tengok sekarang apa dah jadi?” Fika mengangkat sebuah beg plastik hitam dan menarik keluar sesuatu. Ternyata yang yang dikeluarkan itu adalah tiga kepala yang telah dipenggal. Lunyai setiap satu.

“Kenal? Syima, Yvonne, dan oh kawan baik you, Mira. Sorry sayang, I can’t help it. I kuat cemburu. Hihihihihihihihi. Maafkan I tau baby?” Fika melepaskan rambut ketiga-tiga kepala itu, bergelimpangan jatuh ke lantai berjubin biru.

“This is sick! Kau dah gila Fika!” Rizal gelisah. Psiko perempuan ni. Musibah apa yang aku terpaksa tempuh ini, Tuhan.

“I memang gila, sayang. I terlalu gilakan you. I cintakan you. Tapi you tak nampak!!!!” Fika menengking marah.

Rizal mengumpulkan segala kudrat dan keberanian.
“I nampak. You memang cintakan I. cemburu kan tanda sayang. I mintak maaf sebab I lalai untuk jaga you sehabis baik. Cukup sayang. Mari sini.”  Rizal menepuk katil sebelah kanannya.

Fika menangis teresak-esak. Mendekati Rizal dengan lemah. Pisau yang berada dikepala perempuan entah siapa ditarik kasar. Darah yang mengalir pada pisau, dikesat-kesat menggunakan baju. Badan perempuan entah siapa ditolak ke bawah.

Rizal hanya mampu melihat setiap aksi perempuan psiko di hadapannya. Pura-pura tenang.

“I penat menangis sayang.” Fika duduk di sebelah Rizal. Dia memandang Rizal dengan wajah yang sayu. Rizal membetulkan rambut Fika yang kusut masai, darah-darah ungu diwajah Fika, dikesat.

“Comotnya awak, sayang. Kenapa tak pakai cantik-cantik macam selalu?” Rizal menyengih. Terpaksa.

“Sebab you tinggalkan I. I tak tahu nak pakai cantik-cantik untuk siapa lagi. You nak tahu satu rahsia tak? I bakar rambut Yvonne sampai menggelegak kulit kepalanya. Buah dada dia I kelar-kelar. Hmm I lagi cantik dari dia kan sayang?” Fika menggenggam tangan Rizal. Erat.

“Mestilah.” Dikucup pipi Fika untuk meyakinkannya. Pantas Fika memeluk kekasihnya. “Funny thing, sayang. You tak pandai menipu.” satu tusukan hinggap dibelakang Rizal. Terbelalak mata menahan sakit yang mengilukan.

Semakin erat pelukan Fika. Dibisikkan kata-kata terakhir di telinga Rizal yang sudah separuh nazak. “Tak ada satu orang pun yang boleh dapat memiliki kau, Rizal. Cuma aku, aku aku! Sekejap lagi malaikat maut menjemput kau. Jangan risau, dia kawan aku.” Pisau ditarik. Semakin banyak darah memercik.

“Jumpa dekat neraka, sayang. Kita akan kembali bersatu di sana.”


Friday, March 14

Be wise