Saturday, July 27

Separuh Jiwaku Pergi (Short Novel)



Bahagian Akhir

Perbualan mesra kami terhenti bila Bibik Erin bergegas ke ruang tamu. Wajahnya penuh gelisah. Bibik menghulurkan telefon katanya panggilan dari doktor peribadi ayah.

Ayah menjawab panggilan tersebut. Muka ayah berubah resah lalu ayah menekup mukanya. Usai perbualan 2 minit. Ayah menghirup nafas panjang, cuba untuk meluahkan semula apa yang baru sahaja didengarinya tadi. Terlalu sukar. Terlalu berat hatinya. Mata ayah mula berkaca.

“Kenapa ayah? Kenapa ayah buat muka macam tu, apa dah jadi ayah?” Aku mula rasa tak sedap hati.

“Ibu... ibu dah takda. Dilanggar lari.”

Gelas yang dipegang aku terjatuh ke lantai. Pecah bersepai. Terkejut mendengar kata-kata ayah. Seakan tidak percaya apa yang baru sahaja diperkatakan dia. Ibu sangat sihat sebelum aku keluar dari rumah tadi.

“Tak. Tak. Ayah tipukan? Takkanlah ibu boleh pergi. Tadi pagi, baru sekejap tadi Anis bercakap dengan ibu. Ayah tipu kan? Ayah bergurau kan?” Ayah mendapatkan aku. Memeluk aku seerat-eratnya. Terasa tangan ayah sejuk setelah mendengar khabar berita yang tak pernah dia jangka. Seluruh badan aku menggigil. Aunty Suzy, cuba menenangkan aku.

“Ayah.... tak ayah... Ibu tak pergi lagi.... ibu tak boleh tinggalkan Anis. Ibu sayang Anis. Anis nak ibu....”

“Sayang, ibu dah pergi........ Allah lagi sayangkan ibu... Kita pergi hospital sekarang ya Anis.” Ayah memujuk aku. Badan aku mula terasa lemah longlai. Tak mampu berdiri dengan kaki sendiri.

"Siapa yang buat ibu macam ni.... ayah, siapa yang buat ibu macam ni?" Teresak-esak aku menangis. Sampai mati orang yang melanggar ibu takkan hidup aman. Tak akan pernah.

* * * * 

Tiba sahaja di hospital, aku dan ayah bergegas ke wad kecemasan di mana ibu ditempatkan. Pintu wad ditolak dan aku lihat ibu terbaring kaku tidak seperti pagi tadi. Wajah dan badan ibu penuh dengan kesan-kesan luka yang telah dibasuh akibat kecelakaan. Badan ibu sejuk. Muka ibu pucat. Aku menyesal. Aku sepatutnya menghargai setiap detik bersama ibu dan bukan menangisi orang yang tidak pernah hargai aku, lelaki yang bukan sedarah daging dengan aku. Ibu mengandungkan aku 9 bulan berhempas pulas menjaga aku sampai aku sebesar ini. Andai masa boleh diputarkan kembali. Aku baiki semula kesalahan. Andai...

Terimbau semula apa yang baru sahaja terjadi waktu pagi tadi dan hari-hari sebelumnya.Teringat semula saat aku telah menghiris hati ibu dengan kata-kata aku yang amat menyakitkan dia dan aku terfikirkan semula setiap bait kata-kata ibu "Macam mana kalau ibu pergi nanti?" 

Adrian di sisi aku menangis sambil ditenangkan Aunty Suzy. Aku memeluk ibu erat, menangis semahunya. Pelukan aku tidak dibalas kembali. Ibu tak membalas kembali pelukan aku, pelukan hangat dan mesra yang penuh dengan kasih sayang ibu tak dapat aku rasakannya lagi. 

Saat aku kehilangan lelaki yang aku sayangi, pelukan ibu ada untuk mengurangi derita yang aku rasa. Saat aku kehilangan ibu aku, siapa mahu memeluk aku dan berkata “anak ibu kuat....”?

Benar-benar kali ini ‘separuh jiwa aku pergi’

Allah, pulangkan ibu Anis.....

Anis merayu..........




Separuh Jiwaku Pergi (Short Novel)


Bahagian 2

Aku bingkas bangun dan terus beredar dari meja menuju ke bilik air. Aku menangis semahunya. Amani yang tersedar dengan tingkah laku aku, mengikut aku dari belakang.

“Anis, aku dapat tahu kau dengan Azim dah putus. Apa yang sebenarnya berlaku? Aku bukanlah nak busy body tapi aku risaukan kawan aku. Walaupun kita tak serapat dulu, tapi aku sayang semua kawan-kawan aku. Dan meskipun lepas kau ada Azim, kau pernah kata, kau tak pernah anggap aku sebagai kawan baik kau, aku redha. Aku masih tetap anggap kau kawan baik aku dunia akhirat.” Amani mengusap bahu aku cuba menenangkan aku yang masih lagi menangis.

“Hati aku sakit Amani. Aku tak tahu mana silap aku sampaikan dia tinggalkan aku untuk perempuan lain. Lelaki semua sama sahaja! Tak cukup dengan yang satu, yang lain dicari-carinya. Aku mintak maaf aku pernah sakitkan hati kau. Aku silap menilai kau.”

“Tak ada manusia yang sama Anis. Lelaki semua sifatnya berbeza-beza. Cuma kau belum jumpa lelaki yang sangat baik untuk diri kau. Mungkin awal-awal lagi, Tuhan nak tunjukkan perangai Azim. Bersangka baik dekat Allah. Satu hari nanti Dia akan gantikan Azim dengan lelaki yang jauh lebih baik. Ingat tu Anis. Pasal hal dulu, biarkan jelah. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih ok?”

“I'm sorry Amani. Aku akan cuba bersangka baik.” Amani tersenyum melihat keadaan aku yang kembali reda.

“Kau kena kuat Anis. Prove to him what he had lost. Prove to him you’ll be happier without him in your life and prove to him dia langsung tak layak untuk kau.”

“Thanks for the advice Amani. You’re the best.” Aku tak sangka walaupun dulu aku pernah buat jahat dekat Amani, dia tetap anggap aku kawan baik. Walaupun aku tinggalkan dia, hina dia dan pilih Azim instead of her, dia tetap setia anggap aku kawan baik. Mungkin ini khilaf aku yang Tuhan mahu tunjuk. Karma berjaya menggigit.

* * * *

Malam aku sepi. Ditemani lagu-lagu sedih. Gambar-gambar aku dan Azim waktu kami masih bersama dulu menjadi peneman bila aku rindu. Bukanlah aku tak cuba untuk lupakan dan move on. Kalau orang lain berada di dalam kasut aku, mereka cuba rasa pedih perih aku, mereka akan faham kenapa susah untuk move on. 

“Move on” bukan kerja mudah dan perlukan masa yang lama untuk sembuhkan luka. Dua perkataan yang simple, tapi sebenarnya sangat complicated. Pintu hati aku pun dah tertutup untuk mana-mana lelaki. Cukuplah Azim, aku fobia dengan lelaki lain. Sekali lagi aku tidur ditemani air mata. Cukuplah. Sedang aku sibuk mengimbau kenangan, ibu mengetuk pintu.

“Anis dah tidur ke belum?” Ibu menjengah ke dalam bilik.

“Belum lagi tapi dah ngantuk. Anis nak bersendiri malam ni.”

“Anis dah makan dinner belum? Ibu tengok nasi tak berusik. Makanlah ya.”

"Anis tak lapar."

"Tak lapar pulak. Awak tu tak makan lagi takkan tak lapar. Anis pergi makan cepat."

“Anis taknak makan!” Aku mula meninggikan suara.

“Kenapa taknak makan? Ibu risau nanti. Pergilah makan nanti sakit pulak.” Ibu masih cuba memujuk.

“Anis cakap taknak, taknaklah! Ibu ni tak faham ke orang nak bersendiri.” Aku menekup muka dengan bantal. Tidak mahu lagi melayan kerenah ibu. Menambah sebal.

“Hmm, suka hati kamu lah. Dah sakit nanti jangan mengadu kat ibu.” Ibu membalas kata-kata aku lalu terus berlalu keluar dari bilik.

“Kacau je” Getus hati aku.

* * * * 

Entah kenapa pagi Sabtu itu, hati aku seperti ada yang tak kena. Aku putuskan untuk ikut Tasha dan Sakinah pergi shopping. Pagi lagi aku sudah bersiap rapi untuk keluar pergi makan angin. Dah lama aku tak ikut serta ‘Girls Day Out’ sejak aku dengan Azim. Ke mana mana aku cuma bersama dia sahaja.

“Ibu, Anis nak duit.”

“Anis nak buat apa tiba-tiba mintak duit. Kan ibu dah bagi Rabu kelmarin?”

“Sakinah ajak Anis shopping. Kepala Anis kusutlah fikirkan masalah Anis. Anis nak enjoy dengan kawan-kawan Anis.”

“Ibu dah bagi haritu. Ibu dah pesan jimat-jimat gunakan duit.”

“Alaaaaa tapi duit haritu dah habis. Anis guna buat beli baju dinner, hari Selasa minggu depan ada Annual Dinner lah”

“Ibu taknak bagi.”

“Ibu ni kenapa? Kenapa kedekut dengan anak sendiri?”

“Ibu dah bagi haritu kenapa Anis taknak berjimat? Kamu fikir masalah kamu je, ibu susah payah nak cari duit, fikir masalah duit tak cukup untuk tanggung Adrian dengan kamu, ada kamu cuba fikirkan? Jangan manja sangat Anis! Kalau satu hari nanti ibu pergi macam mana?”

“Ishhhhhhh, kalau taknak bagi tak apalah. Ibu tak payah membebel. Susahlah macam ni. Mintak duit sikit pun tak boleh. Baik Anis duduk dengan ayah je.” Aku berjalan pantas keluar dari rumah, menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu pergi.

“Ishh geramnya. Mintak duit sikit pun nak marah sampai macam tu sekali.” Aku mendengus kasar. Duit poket yang ibu beri tempoh hari sudah tinggal RM50 macam mana nak shopping pula. Jatuh air muka aku. Sakinah dan Tasha kedua-duanya anak orang berada nak dibandingkan dengan aku ni, bezanya bagaikan langit dengan bumi.

Aku putuskan untuk singgah ke rumah ayah. Mungkin ayah boleh consider bagi duit poket pada aku.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Eh Anis rupanya.” Aunty Suzy membuka pintu. Jelas sekali Aunty Suzy kelihatan terkejut melihat aku di depan pintu rumahnya. Aunty Suzy adalah ibu tiri aku. Selepas ayah bercerai dengan ibu, ayah menikah lagi.

“Anis nak jumpa ayah. Ayah ada tak?”

“Lahh, masuklah dulu. Kan ni rumah Anis jugak. Mari, mari masuk.”

“Ayah tengah bersiap. Ada urusan pejabat katanya. Tapi sekejap lagi dia turun. Aunty buatkan air untuk kamu ya. Tunggu sekejap.” Aunty Suzy langsung terus menuju ke dapur.

Beberapa minit selepas itu, ayah bersuara dari tingkat atas.

 “Ha, ada apa anak ayah datang ke mari? Dah lama tak jenguk ayah. Ayah rindu dekat Anis.” Ayah menuruni tangga perlahan-lahan mendekati aku. Ayah terus memeluk tubuh kecil aku ini dan menepuk-nepuk bahu aku. Boleh dikatakan sudah berbulan juga aku tak singgah ke rumah ayah.

“Anis pun rindu ayah juga. Tapi lately Anis banyak assignment lah yah.”

“Ohhh macam tu. Takkan assignment lagi penting dari ayah kot?”

“Alaaaa bukan macam tu lah ayah. Ayah ni...”

“Ayah bergurau jelah. Ibu kamu dengan Adrian macam mana? Ayah dah lama tak peluk Adrian.”

“Diorang okay je yah. Ayah ni cakap je Anis lupa kat ayah. Ayah tu yang busy sangat kerja kat ofis sampai lupa dekat Adrian. Kan aunty kan?”

“Aah, macam tulah ayah Anis ni. Kesian aunty kena duduk rumah sorang-sorang dekat rumah sepanjang hari. Nasib baik ada Bibik Erin buat teman.”

“Lahh, tengok aunty Suzy ni Anis. Dah merajuk dengan ayah pulak. Ha Ha Ha”

“Eh, Anis. Minumlah air tu.” Aunty Suzy mempelawa air oren yang telah dihidangkan di atas meja.

“Terima kasih Aunty Suzy.”

Perbualan mesra kami terhenti bila Bibik Erin bergegas ke ruang tamu. Wajahnya penuh gelisah....


Separuh Jiwaku Pergi (Short Novel)


Bahagian 1

“Kenapa, Azim? Kenapa awak nak tinggalkan saya?” Aku merentap tangan Azim. Genggaman tangan aku dilepaskan, kasar. 

“Aku dah taknak tengok muka kau lagi. Aku benci kau. Aku tak suka hidup dengan kau. Aku taknak kau lagi. Aku dah ada orang lain yang lebih baik dari kau.” Azim mendengus kasar sambil dahinya dikerutkan.

“Kenapa Azim? Apa yang saya dah buat. Saya setia dengan awak. Saya nak hidup dengan awak, nak jaga awak. Kenapa awak buat saya macam ni after all that we’ve been through.” Aku cuba untuk menenangkan Azim. 

“Peduli apa saya awak setia ke tak setia. Bagi saya awak ni sampah!” Kata-kata Azim membuatkan tangan aku terus menampar pipinya. 

“Sampai hati awak! Awak buang saya, awak panggil saya sampah. Awak kejam, Azim! Saya benci awak sampai saya mati!” Aku berlari pergi meninggalkan Azim. Tergamaknya hati dia memperlakukan aku sebegini teruk. Aku mengesat air mata jernih yang membasahi pipi aku. Apa salah aku... 

Sampai sahaja rumah, aku berlari masuk ke bilik dan langsung menghempaskan pintu. Ibu yang sedang menolong Adrian menyiapkan tugasan sekolahnya tergamam melihat sikap aku. Adrian dan ibu memandang sesama sendiri. Ibu bangkit dari sofa, berjalan perlahan menuju ke dalam bilik aku. 

“Anis sayang, kenapa ni? Ada yang tak kena ke?” Ibu merapati aku lalu duduk di tepi katil. Aku menekup muka dengan bantal masih menangisi apa yang barusan terjadi. 

"Anis.. ok” 

“Kalau anak ibu ni ok takkan menangis pulak? Anak ibu ni kan periang. Ceria selalu? Ada apa ni? Cuba cerita dekat ibu meh.” Ibu menarik lengan aku. Cuba untuk menenangkan keadaan yang tegang. 

“Azim... Azim tinggalkan Anis” Aku memeluk ibu erat. 

“Lah... sebab Azim ke Anis menangis sampai macam ni? Haih. Kenapalah si budak Azim tu. Ibu tengok dia sayang betul dengan kamu. Kenapalah dia buat kamu macam ni. Memang nak kena budak tu.” 

“Azim panggil Anis, sampah. Dia buang Anis. Dia maki hamun Anis. Apa salah Anis, ibuuuu” Teresak-esak aku menangis. Pedihnya hati diperlakukan seperti perempuan tidak bermaruah. 

“Ya Allah, melampau betul budak tu. Nak ibu jumpa dia tak? Biar ibu kasi smack down budak tu” 

“Hmm ibu, tak payah lah. Nanti Azim cakap Anis ni kuat mengadu.” 

“Hihi, anak ibu kan memang kuat mengadu. Biarlah dia nak kata apa pun. Lelaki macam tu tak layak dapat anak ibu ni.” Sempat ibu cuba bergurau senda. 

“Ish.. ibu ni kan...” Aku terketawa kecil. Ibu mengesat lembut air mata aku. Jari jemari ibu hangat, sehangat kasih sayangnya. 

“Dah... jangan nangis pasal benda kecik lagi dah. Anak ibu ni kuat kan?” Serasa sakit dalam hati aku berkurang bila aku dalam dakapan ibu, bila dipujuk ibu. Aku rasa kesakitan itu kian lenyap. Semuanya terasa kembali pulih untuk sementara. 

“Anis kuat bila ada ibu je.” Makin erat pelukan ibu. 

“Ibu tahu anak ibu semua kuat-kuat. Dah pergi bersiap dan mandi. Busuklah. ibu terpaksa tahan nafas Anis busuk sangat.” 

“Ishhhhh, mana ada lah ibu ni kan pandai-pandai je. Anis nak pergi mandilah ni.” Aku bangkit dari katil terus mencapai tuala yang disangkut kemas pada belakang pintu. 

 * * * * * * 

Usai mandi dan solat isyak. Aku menghamparkan badan aku ke atas katil. Menarik teddy bear yang terjatuh di bawah katil lalu memeluknya. Kata-kata Azim masih terngiang-ngiang. Masih aku ingat setiap bait katanya yang sangat menyakitkan hati aku. Bersepai pecah hati ini. Tergamaknya dia. Kejamnya dia.

Serasa bagai separuh dari jiwa aku pergi. Mungkin juga keseluruhan jiwa dan hati aku ini hilang. Berlubang hati aku dirodoknya dengan pisau tajam. Macam mana aku mahu lupa. Azim lelaki yang paling aku sayang. Aku setia, tapi dicurangi. Aku sayang, tapi dibuang. Dibuang macam tu sahaja. Terukkah aku sampaikan dia memperlekehkan hati ini.

Lama aku bersoal jawab dengan hati. Dikuis-kuis hidung teddy bear tadi bila geram. Dipeluk bila terasa rindu yang teramat sangat pada Azim. Dan dicampak pula bila perasaan geram menyelinap lagi dalam kotak hati. Sampai bilalah aku terus macam ni. Air mata mengalir deras bila aku teringat setiap peristiwa pahit manis aku dan Azim. Malam yang dingin, aku tidur bertemankan air mata bersama hati yang ranap.

Pagi aku yang selalu disinari dengan “Good morning Anis sayang. Azim loves you” cuma tinggal kenangan. Aku tak tahu mahu klasifikasikan ia sebagai kenangan manis yang perlu dikenang atau kenangan manis yang tak perlu aku ingat kembali. Aku buntu.

Urgh, dah pukul 9:30 pagi. Kelas aku 10:30. Malasnya. Aku bangun menuju ke bilik mandi untuk bersiap ke kelas. Letihnya. Hari ini kelas Mandarin pukul 8:30 pagi dibatalkan. Aku cuma ada satu kelas iaitu kelas Statistics sekejap lagi. Janganlah aku terserempak dengan Azim seperti selalu. Kalau boleh aku mahu tukar kampus biar aku senang hati tak perlu nampak muka jantan keparat tu lagi. Apakan daya. Pasrah.

Aku menyarung kasut dan menghidupkan enjin kereta. Ibu menghulurkan bekal makanan roti sandwich telur yang dibuatnya awal pagi tadi.

“Nah, roti. Jangan tak makan pulak. Bawak kereta elok-elok. Jangan langgar lampu merah. Pakai seatbelt. Hati-hati dekat jalan tu. Ibu sayang Anis.” Ibu memeluk dan mengucup dahi aku.

“Ya. Anis gerak dulu ya. Kang terlambat pulak pergi kelas.”

“Ha, bawak kereta tu hati-hati! Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam ibu.”

Usai kelas, aku terpaksa menapak ke perpustakaan atas persetujuan kelima-lima ahli kumpulan aku bagi membincangkan tugasan yang diberi pensyarah semalam. Aku menongkat dagu sambil mencatat apa yang perlu. Bosan.. Semua nak ikut kepala sendiri. Teamwork apa macam ni.

Sakinah menepuk bahu aku. “Oi, mengelamun jauh nampak.”

“Manada aku mengelamun. Aku tengah buat kerja ni kau tak nampak ke?”

“Ohh buat kerja ya. Dari tadi aku nampak kau tulis nama Azim je. Kau ada masalah dengan dia ke babe? Eh tu Azim, panjang umur dia, baru je aku sebut. Eh siapa pulak minah tu?” Sakinah memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah kiri aku. Terlihat Azim diiringi seorang perempuan. Kelihatan mereka sangat mesra siap bertepuk tampar dan bergurau senda.

Hati aku bagaikan dicincang-cincang. Sakitnya.....



Thoughts.


None of us can actually point their finger at someone 
saying that she's an awful person because she doesnt wear the hijab.
We dont actually see that person crying while asking Allah to forgive their sins.
None of us can actually said that they're already good enough because they wear the hijab
When its actually kerja Tuhan. Everything is in God's hand. 
He'll decide who's better and who's not.
He'll decide who will enter Jannah and who's not.
Mungkin akan datang satu ketika Tuhan tunjuk kuasaNya, 
Orang tu akan jadi lebih mulia dari kita.

I respect non hijabis who pray five times a day.
Who can read the Quran fluently.
Who can fast without skipping any days (except for period days lah) in the holy month of Ramadhan.
Being super kind to everyone and soft-spoken.

At the end of the day, hidayah will come to that person.
As long as she'll always believe that Allah is the Creator, Helper to all mankind 
and He gives hidayah to anyone He desires.
Tuhan tak kejam. Sungguh.

I am a hijabis.
I wear hijab.
I do sins and I am never perfect.
And you expect others to be perfect?
You expect others are not sinners?

Judging people extremely will give you no good.

Surely it takes time to suit on the new appearance, istiqamah and all.
At least you're trying and God sees that. 
We live on this earth to please our Creator.
and definitely not to please people in it.

I believe changing oneself drastically isnt the best decision to make.
Been there, done that.
Changing need loads of time.
Slowly. 
Continuously.
But it depends on their imaan too of course.

This is only a note to self for me.
And in hopes it'll be beneficial to you too.
Stop judging spread love with du'as :)


Thursday, July 25

Berdiri dengan kaki sendiri.


Berdiri dengan kaki sendiri.
Mungkin dunia ini kadang kala kejam.
Kadang kala tidak berapa adil.
Dan mungkin pada satu masa
The whole world is against you
Terus kuat, maju ke depan
Jangan hiraukan 
Jangan beri perhatian
Persetankan.

Berdiri dengan kaki sendiri.
Mungkin akan datang waktu kau diulit kepayahan
Kebaikan kau setiap incinya dilupakan
Keburukan kau akan dipertikaikan
Jangan risau
Jangan hirau
Persetankan.

Berdiri dengan kaki sendiri,
Mungkin hari ini kau bukan siapa-siapa
Orang merendahkan kau
Mengejek kemampuan kau
Melabel kau 
Rilek
Jangan biarkan 
Jangan berhenti takat situ
Jangan mengiyakan 
Tunjukkan mereka, kau boleh.
Dan tanggapan mereka yang jelik
Semuanya adalah salah belaka.
Kau mampu
Kau bukan lahiriah bodoh
Dan dengan usaha, kau akan maju
Dengan doa Tuhan merahmati
Itu kunci kejayaan
Usaha dan doa.
Moga sampai syurga kejayaan kau.


Aku pelajar akauntansi. Sedang cuba mencintai akauntansi sebanyak mana aku mencintai diri aku. Sedang cuba. Akauntan cita-cita ku, kereta Hyundai Elantra bakal jadi milik aku. Moga Allah makbulkan.


Saturday, July 20

Ingat


Terjatuh, tersungkur dek batu di atas jalan.
Bingkas bangun teruskan mengejar Tuhan.

Tersesat, kehilangan.
Mencari cahaya waktu di pertengahan jalan.
Dongak ke atas dan ingat kembali siapa pencipta langit dan bumi.

Saat kau merasa hidup ini tidak adil.
Ingat kembali siapa yang Maha Adil?

Saat kau merasa hidup ini menyakitkan.
Ingat kembali siapa yang Maha Menyembuhkan segala perih.

Saat kau merasa hidup ini penuh dengan kepayahan
Ingat kembali siapa yang Maha Mengetahui tiap-tiap isi hati.

Saat kau merasa hidup ini telah kau penuhkan dengan dosa
Ingat kembali siapa yang Maha Pengampun.

Ingat kembali. Ingat.

Siapa Dia itu yang Maha Agung?
Ya, Allah Ar Rahman Ar Raheem.




Friday, July 12

Aku pilih bahagia.



Norma hidup
Ada derita, ada bahagia.
Ada tangisan, ada ketawa.
Manusia diturunkan ke bumi untuk hidup 
Meniti hari-hari yang penuh dugaan dan pancaroba.
Kelak manusia akan balik semula ke tempat asal mereka 
yakni Jannatul Firdaws.

Dalam hidup manusia diberi pilihan.
Dua pilihan penentu kehidupan 
Pilih antara dua.
Hidup di muka bumi
mahu menjadi watak antagonis
atau watak protagonis?
Mahu disukai atau dibenci?
Mahu dihormati atau dipijak?
Mahu diberkati atau dilaknat?
Mahu syurga atau mahu neraka?
Kita pilih.

Kalau aku.
Aku pilih yang mana membawa aku ke syurga Illahi
Mungkin tak mudah, tapi apa salahnya cuba dan terus cuba.
Biarlah longlai asalkan tak terus patah semangat.
Biarlah rebah termelutut dan bangkit semula
dari jatuh terlentang lalu meratapi pula nasib yang menyedihkan.
Menyalahkan Allah itu kejam sedangkan Dia masih kurniakan nafas. 
Siapa yang kejam?
Yang Maha Pengasih atau kita manusia yang tak sedar diri berTuhan?

Hapuskan air mata di pipi, bangun.
Kesat air mata yang bercucuran, senyum.

Mungkin hidup aku tak sempurna
tapi ada mata-mata manusia yang menginginkan posisi aku
sedang aku pula sibuk merasakan 'kalaulah aku ini dia'
Hidup aku tak seindah apa yang dilihat, sejujurnya.
Tapi hidup aku cukup lengkap.
Keluarga, dia, sahabat yang benar-benar sahabat fillah.
Itu sudah lebih dari cukup.
Dan sememangnya aku sangat perlu bersyukur atas kurniaanNya.


Tuesday, July 9

Marhaban Ya Ramadhan.


Assalamualaikum.

Bulan yang dinanti telah tiba.
Rejab, Syaaban berlalu pergi kini hadir Ramadhan bulan wajib puasa.
Setia malaikat kiri kanan mencatat amal baik buruk.
Tiadalah syaitan penghasut untuk sebulan.
Syaitan digari, nafsu diperangi.
Jadikan bulan Ramadhan sebagai titik perubahan diri.
Jangan biarkan bulan penuh barakah ini berlalu pergi bagai awan di langit.
Indah tapi tak dinikmati teduhan di bawahnya.

Moga bulan ini kita mampu kikis sikap mazmumah dan terapkan sifat mahmudah dalam diri.
Biar hati bersih, jiwa tenang.
Hidup pula dipenuhi bahagia dalam hati.
Terawih jangan dilupa.
Moga di bulan ini kita mampu meraih malam lailatul qadar. 
Dan moga juga, Allah Azza Wa Jalla mengampunkan dosa-dosa lalu sama ada sedar atau tidak sedar. Tersembunyi atau terang-terangan.
Allahuma aamiin. 
Moga doa kita dimakbulkan.
Moga impian kita tercapai.